Rabu, 3 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu MyKad: Pakatan dakwa PM hilang kawalan, mahu sidang khas Parlimen

Posted: 03 Aug 2011 01:17 AM PDT

PETALING JAYA, 3 Ogos — Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah kehilangan kawalan ke atas institusi-institusi yang menguruskan pilihan raya selepas perikatan itu membangkitkan telah mengesan 1,600 nama rakyat asing diberikan hak untuk mengundi antara Mac dan Jun lalu.

Wakil rakyat pembangkang menegaskan situasi itu mencetuskan kebimbangan mengenai program-program perlindungan seperti kempen mendaftar kedua-dua pekerja tanpa asing dan sah yang dilaksanakan sekarang.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata Pakatan Rakyat akan mengemukakan permintaan akhir minggu ini agar diadakan satu sidang tergempar Parlimen, pada bulan Ramadan, bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.


"Beberapa hari lalu Perdana Menteri berkata beliau komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya dan tidak akan ada pengundi hantu," kata beliau.

"Sekarang, beberapa hari kemudian, kita ada laporan media bahawa rakyat asing diberi kewarganegaraan. Jika Najib tidak setuju dengan sidang khas (Parlimen), maka bermakna beliau telah hilang kawalan ke atas institusi-institusi ini, yang telah mengambil alih kuasa daripada pentadbirannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada sidang media di sini hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli pula berkata wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Kuala Krai ini berkata sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat," kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat mendakwa seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan penuh sehingga semalam dan adalah sesuatu yang mengarut jika 1,000 kad pengenalan dapat dikeluarkan dalam satu hari.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga menunjukkan dokumen-dokumen yang mendakwa antara pukul 1.06 petang dan 2.30 petang semalam tiga pengundi yang memiliki taraf kewarganegaraan penuh berbanding pemastautin sebelum itu.

"Maklumat ini dimuat turun dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri dan kami ada sebanyak 1,597 kes di seluruh negara," kata beliau.


Penipuan SPR - Pakatan Rakyat Selangor Dalam Bahaya

Posted: 02 Aug 2011 11:42 PM PDT

PAS mendakwa telah mengesan lebih 1,000 penduduk tetap (PR) di Selangor, yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi, dan ia mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada setakat 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara.

Selepas mengenalpasti kehadiran orang asing dalam senarai pemilih yang yang pengundi di Selangor, badan pemantau pilihan raya Pemuda PAS negeri itu, menggesa ahli di negeri-negeri lain supaya meneliti daftar tambahan pengundi yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu (EC) di kawasan masing-masing.

"Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa," kata pengarah jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah.


Semalam, PAS Wilayah Persekutuan mendakwa telah mengesan 52 kes penduduk tetap disenarai sebagai pengundi apabila mengemukakan bantahan kepada SPR Wilayah Persekutuan.

Sama seperti Malaysiakini yang mengesan seorang penduduk tetap bernama 'Mismah', setiausaha PAS kawasan Titiwangsa, Hedzer Ibrahim berkata pada jam 3 petang, 52 penduduk tetap tersebut telah dikategorikan sebagai warganegara Malaysia.


Kematian misteri 10 pekerja SFC di Bakun

Posted: 02 Aug 2011 09:26 PM PDT

BELAGA: Kematian 10 pekerja 'Sarawak Forestry Corporation' (SFC) yang terlibat dalam operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun kini dianggap satu kejadian misteri.

Ketika pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada punca kematian itu akibat kencing tikus, penduduk tempatan pula percaya kejadian berlaku akibat perbuatan 'penunggu' di kawasan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Kes terbaru membabitkan seorang pekerja SFC, Larry Kiding, 28, yang tiba-tiba jatuh sakit selepas menyertai operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun.


Doktor yang melakukan bedah siasat ke atas Larry sehingga kini belum dapat mengesahkan punca kematian pekerja SFC itu dan perkara ini mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Selain 10 pekerja SFC yang dilaporkan telah terkorban, kini seorang ketua masyarakat dari Sungai Asap di Belaga pula dilaporkan sakit tenat dan dikatakan mengalami simtom yang sama.

Lebih 10,000 penduduk, terutama golongan Pagan, percaya 'penunggu' mengamuk akibat kemusnahan alam sekitar yang berlaku ekoran pembinaan Bakun.

"Penunggu sudah memberi amaran awal tahun ini apabila ratusan tan ikan ditemui mati di Bakun dan apabila tiada sebarang tindakan dilakukan, kini ia meragut nyawa manusia," kata Jok Ngau.

Jok, 54, yang bekerja sendiri memberitahu, beberapa amaran yang hanya difahami penduduk setempat telah 'dikeluarkan' penunggu namun kerja-kerja penakungan air tetap diteruskan tanpa mempertimbangkan pendapat dan sensitiviti penduduk.

"Kita di sini masih tinggal di dalam hutan dan beberapa 'peraturan alam' perlu dipatuhi supaya semangat atau penunggu itu tidak mengamuk," tambahnya.

Selain kematian misteri serta berpuluh-puluh tan ikan yang dijumpai mati di Bakun, beberapa fenomena ganjil juga berlaku sebelum dan selepas bermula operasi penakungan air Bakun.

Penduduk setempat memberitahu haiwan liar di kawasan itu berkelakuan ganjil selain berlaku musim kemarau luar biasa serta

longgokan kayu hanyut yang menyebabkan Sungai Baleh dan Rajang seperti longkang sumbat.

Ketika isu ini hangat diperkatakan, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Bakun Dr Ellie Luhat pula mencetuskan kontroversi dengan menuduh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berbuat apa-apa untuk menyiasat punca penyakit misteri itu. - FMT


Pengundi Hantu - Sistem Pulak Yang Dipersalahkan.. Hahaha

Posted: 02 Aug 2011 08:10 PM PDT

PR Jadi Pengundi : SPR Kata Kesilapan Teknikal

KUALA LUMPUR 3 OGOS : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu berlakunya kesilapan akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga menyebabkan seorang penduduk tetap (PR) didaftarkan menjadi pengundi.

Dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Malaysiakini, Aziz menafikan bahawa ada PR yang diberi peluang mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," katanya.

Menurut Aziz, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.


"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru.

Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan, seorang yang bernama Mismah yang pada asalnya mempunyai status PR dan memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru.

Menurut portal itu, semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang kelmarin dan 11.30 pagi semalam - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. - TVS


Wan Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah

Posted: 02 Aug 2011 07:55 PM PDT

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.


Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

Berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya. - Mkini


Naib Canselor Unisel Letak Jawatan Akibat Tekanan Politik

Posted: 02 Aug 2011 04:41 PM PDT

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.

``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin.


Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel. - mstar


'Melayu' Dan Umno P. Pinang Terpaku Sayu.. Hahaha..

Posted: 02 Aug 2011 03:13 PM PDT

Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, "nampaknya MCA begitu jahil sekali" kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

"Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?


"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

"(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi," kata Izham lagi.

"Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

"Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman," katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan "kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini."

"Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan," katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

"Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

"Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri," katanya lagi. - TMI


Selain Mismah, 52 lagi PR jadi warganegara dikesan

Posted: 02 Aug 2011 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.

Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.


Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.


Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.

Dipetik dari Harakahdaily


Muka Dah la Tak Siap, Perangai Macam Setan..

Posted: 02 Aug 2011 06:18 AM PDT

Zahrain minta Nik Aziz nafi secara terbuka

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menafikan secara terbuka penglibatan beliau dalam agenda mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

"Saya mencabar beliau untuk membuat kenyataan secara terbuka bahawa beliau tidak berjumpa Ku Li dan mempelawa Ku Li memimpin pakatan pembangkang," kata ahli parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, ketika mengulas laporan bahawa pakatan pembangkang cuba memujuk anggota parlimen Gua Musang daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah, menjadi ketua
pembangkang.

Zahrain berkata isu sebenarnya bukan mengenai pemilihan Tengku Razaleigh sebagai pengganti Anwar sebaliknya ia mencerminkan keraguan pemimpin-pemimpin kanan pakatan pembangkang terhadap kredibiliti Anwar.


Beliau berkata rakyat harus tahu tindakan mencari pengganti Anwar adalah petunjuk jelas bahawa pemimpin Pas dan DAP sedar Anwar adalah satu bebanan kepada kelangsungan politik mereka.

- Bernama


Lim Guan Eng Meraikan Umat Islam Berbuka Puasa

Posted: 02 Aug 2011 06:06 AM PDT


Antara perkara yang menjadi amalan Guan Eng sejak dari beliau mula memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pinang yang berugama Islam, tak kira walau dimana, semua tempat diredahnya.

Begitu juga dengan tahun ini.. dan semalam beliau ditemani oleh Tuan Haji Mat Sabu dalam majlis perasmian Pasar Ramadhan Bayan Lepas.

Bagi aku ini adalah satu amalan yang baik kerana amalan ini merapatkan hubungan Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan penduduk Pulau Pinang selain dari membina imej beliau.


Cuma.. sedikit terkilan..Dimana pemimpin Melayu yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang?ASD














Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI


Tiada ulasan: