Selasa, 2 Ogos 2011

Biaqpila

Biaqpila


Tok Non akui UMNO sekadar BONEKA di Pulau Pinang

Posted: 02 Aug 2011 03:00 PM PDT


WarkahDaily – 'Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri' di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu.

Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen.

Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno.

Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat 'makan gaji buta' oleh bangsa Melayu.

Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya.

Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang.

Warkahdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Posted: 02 Aug 2011 08:50 AM PDT


Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Najib takutkan Muhyidin

Posted: 02 Aug 2011 01:00 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan," kata Najib. (harakahdaily.net)

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.

penangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ASTRO PENAIK HARGA JUGAK....MANGKUK BETOI!!!

Posted: 01 Aug 2011 07:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
RUPA-RUPANYA ASTRO DAH MULA PENAIK HARGA PAKEJNYA
LAGU MANA KATA KERAJAAN TOLAK CADANGAN ASTRO NAK PENAIK HARGA?
1MALAYA DAH KENA KENCING ???
SEMUA DAH KENA TEMBERANG...
KAH! KAH! KAH!


INI HARGA LAMA UNTUK PAKEJ FAMILY + 1MINI + SPORT = RM70.95 TERMASUK CUKAI KERAJAAN.



INI ADALAH NOTIS KENAIKAN YANG DIKATAKAN MENCANGGAHI UNDANG-UNDANG YANG ADA DI BAWAH AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988.



INI PULAK,BIL TERBARU DARI ASTRO YANG TERANG-TERANG DAH NAIKKAN CAJ...UNTUK PAKEJ FAMILY + 1MINI + SPORT =RM79.45 TERMASUK CUKAI.

APA ADA DENGAN KERAJAAN?
ASTRO PUN DEPA TAKLEH NAK KAWAL
ASALKAN MASYUK,MAMPUIH PI LA DENGAN RAKYAT
KAH! KAH! KAH!

UNTUK RUJUKAN,INI BERITA PADA 1 JULAI 2011:

Kabinet tolak cadangan Astro naikkan harga langganan

KUALA LUMPUR 1 JUL: KABINET pada hari ini memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif kecuali ia diluluskan mengikut kadar yang berpatutan dan mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet di Angkasapuri.

Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

"Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian," katanya.

Menjelaskan maksud 'tindakan sewajarnya', Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Langkah itu menyebabkan sesetengah (sebahagian besar) pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain (segelintir) menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan. — BERNAMA

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Astro mempertimbangkan cadangan PPIM untuk menawarkan pakej pra-bayar kepada pelanggannya tanpa mengenakan caj langganan yang tidak munasabah.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak mahu Astro mengambil tindakan segera memperbetulkan polisi dan kadar penyambungan semula dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terutama apabila hujan.

Jelasnya, pada kerajaan pula, PPIM mahu dikaji semula kebenaran yang diberikan kepada Astro menyiarkan iklan TV selama sepuluh 10 minit setiap jam dan seterusnya menghadkan atau tidak membenarkan siaran iklan TV.

"Pihak berwajib perlu memastikan Astro tidak memonopoli secara eksklusif hak siaran rancangan atau acara yang diminati rakyat manakala pengguna yang tidak melanggan Astro masih dapat menonton rancangan atau acara yang diminati secara percuma.

"Kerajaan juga perlu mengkaji semula syarat dan terma lesen yang diberikan kepada Astro memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga menafikan matlamat utama stesen penyiaran TV," ujarnya.

Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui PPIM menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Sementara itu dalam respon segeranya, pihak Astro akur akan keputusan kabinet yang tidak membenarkan mereka menaikkan kadar harga langganan terbaru sebelum mendapat kelulusan SKMM.-Sumber




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: