Ahad, 5 Jun 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Politik Kotor Dan Lucah Tanda BN Diambang Kiamat

Posted: 05 Jun 2011 04:02 PM PDT

Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur, Ahad.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.

Beliau berkata PAS sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

"Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredhaan Allah.

"Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti PAS," katanya

Siapa yang bermain politik sebenarnya,jika UMNO bukan dalang disebalik pengedaran video lucah ini kenapa blog-blog pro umno dengan muka tak malunya dan dengan tanpa rasa bersalah dari segi adat ,akhlak dan hukum agama menjaja video lucah ni di blog masing-masing

Soal siapa pelaku video itu tidak timbul ,prinsip Islam kita mesti menutup aib sesama islam walaupun betul dia melakukan perkara itu ,kecuali dia melakukan ditempat terbuka.Jika dia melakukan ditempat tersembunyi ,itu masaalah dia dengan tuhan,kita dikira berdosa jika dengan sengaja mendedahkan keaiban sesama islam apatah lagi dengan niat politik kotor,

Soal kedua,jika betul nak buktikan dia bersalah,bawak bukti dimahkamah dan hanya ditunjukkan pada hakim dan pihak-pihak berkenaan bukannya dijaja pada semua rakyat.kalau betulpun itu video asli dalam hukum Islam kes-kes melibatkan zina(Jenayah hudud) mestilah mendatangkan 4 orang saksi yang adil  yang melihat dengan mata sendiri ,saksi video tidak boleh dijadikan bukti.Jika si penuduh tidak dapat membawa 4 orang saksi adil dia yang akan dikenakan hukuman kazaf(Sebat ) kerana melakukan tuduhan zina tanpa saksi.(Berapa kali nak cakap ni ,tak reti-reti lagi  puak-puak ni)

Sekarang  sudah cukup jelas UMNO dan kerajaan Malaysia adalah dalang dalam isu ni,sebab ada laporan bahawa video ini ditayangkan dikursus yang buat oleh pihak kerajaan sendiri kepada cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah seluruh Malaysia yang mana antara penceramahnya ialah seorang pegawai tinggi polis.
Polis duduk bawah arahan siapa,lu pikirlah sendiri.

Saya yakin,dengan politik kotor dan lucah yang diamalkan sekarang,UMNO benar-benar diambang kiamat

Kata seorang ulama'
"Semakin gelabnya malam menandakan semakin dekatnya dengan cahaya fajar,semakin kuatnya islam ditekan menandakan semakin dekatnya dengan kemenangan islam"

baca lagi berita menarik disini
Cari N3 lama-lama disini

SPRM Sudah Jadi Kuda Tunggangan UMNO

Posted: 05 Jun 2011 02:33 AM PDT

Isu Semasa
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat dakwaan beberapa pihak terhadap penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang dakwa menerima wang RM350,000 dari Exco Kelantan, Datuk Husam Musa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sudah lama menyiasat kes itu dan akan meneruskannya hingga selesai.


"Kita akan lengkapkan siasatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Latihan Asas Suruhajaya Anti Rasuah Bhutan, di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar; Pengarah MACA, Datuk Samarajoo Manikam dan Ketua Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Anti Rasuah Bhutan, Dorji Thinlay.

Semalam, akhbar melaporkan, Kickdefella mengaku menerima wang terbabit secara berperingkat pada 2009 melalui 'orang tengah'.

Beliau juga mengaku wang itu bukan dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden untuk pemilihan pada Muktamar Pas kali ke-57 ini.

Katanya, RM50,000 daripada jumlah wang itu adalah berkaitan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009, manakala selebihnya dipercayai sebagai wang pampasan.

Antara blog yang mendedahkan bayaran diterima Kickdefella daripada Husam itu adalah Selangor Bangkit di http://medan-info-kita.blogspot.com; dan Lydia USM di http://lydiausm72.blogspot.com dan Papa Gomo di http://www.papagomo.com.

Mengenai program latihan asas dijalankan pihak MACA itu, Abu Kassim berkata, program itu adalah kursus asas pertama dianjurkan pihaknya di sini, sejak tiga minggu lalu.

"Mereka didedahkan tentang perkara asas dalam siasatan, risikan dan aktiviti berkaitan.

"Sebelum ini, kita sudah banyak jalankan kursus khas yang tajuknya ditentukan negara masing-masing antaranya Vietnam dan Fiji," katanya. 

sinarharian.com.my

kalau laporan dari blog  merapu macam Papagomo tupun dahdikira setaraf macam laporan peguam negara ,tak ada yang tak betul melainkan betul semata-mata ,nampak sangatlah SPRM betul-betul dah jadi kuda UMNO.
Adakah tidak ada kemungkinan bahawa itu hanyalah mainan politik papagomo dan kickdefeller untuk memburukkan nama Husyam

Kenapa setiap tulisan dalam blog -blog pro kerajaan sedah dikira laporan rasmi tapi tuduhan kepada pemimpin kerajaan dalam blog-blog pro pembangkang tidak disiasat ,kalaupun disiasat tuan punya blog yang akan kena siasat sebab lakukan fitnah,sedangkan jika nak berlaku adil,kedua-dua pihak perlu disiasat,orang yang kena tuduh dan blogger yang menuduh.SPRM sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana parti politik tapi apa yang kita lihat semakin hari SPRM dilihat semakin berat sebelah dan jika ini terus berlaku kepercayaan rakyat terhadap intergriti SPRM akan hilang.
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: