Ahad, 5 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


POLIS BIJAK TANGKAP 50 ANTI KENAIKAN HARGA AIR?

Posted: 05 Dec 2010 08:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.
Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.
Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.
Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.
Beliau beserta Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari turut mengadakan perbincangan dengan pihak polis supaya tidak terus menahan para peserta sebagaimana yang dijanjikan.
"Tetapi sangat malang apabila polis menggunakan kekerasan menahan pseserta himpunan," ujarnya.
Menurutnya, pihak polis memberi jaminan akan membebaskan mereka yang ditahan dan tidak akan menangkap peserta yang mahu bersurai sekitar jam 3.30 petang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor akan membawa usul pada persidangan Dewan Rakyat nanti berhubung penangkapan peserta himpunan aman itu.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempersoalkan tindakan polis menahan peserta kerana pada awalnya berjanji memberikan kerjasama.
Beliau kesal kerana polis sedia memberi kerjasama kepada peserta himpunan untuk berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa polis bahawa memberi kerjasama kerana pihak Istana Negara sedia menunggu rombongan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak polis mengikut arahan siapa di sebalik penangkap yang dilakukan itu.
Menurut Suaram, sekitar 70 orang ditahan pada himpunan aman itu yang difahamkan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan Cheras.

MANUSIA INI SUKA ANDA BAYAR AIR MAHAL? TENGOKLAH RAKYAT OIII

Posted: 05 Dec 2010 06:53 AM PST

Abang ini mahu Syabas mengenakan caj 37% terhadap bil air rumahnya? Biar betul?









http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/12/gambar-banyak-ini-sahaja-orang-yang.html

MB SELANGOR SANGGUP BERDEMO DEMI RAKYAT SELANGOR...HOREE..KITA HUMBAN UMNO NANTI OK

Posted: 05 Dec 2010 05:35 AM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

selangor water demo crowd Khalid ibrahim baca kandungan memo"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

DEMO LAWAN DEMO:TAKTIK BARU UMNO

Posted: 04 Dec 2010 09:44 PM PST

Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

NONELagipun, katanya perhimpunan itu juga terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

"Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis," kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu," katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE"Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik

NAH INI BARU BETUL WAHAI SIKITUL PAS

Posted: 04 Dec 2010 08:10 PM PST

Kerajaan sepatutnya mempunyai pilihan lain selain menaikkan harga barangan keperluan rakyat sekalipun beralasan mengurangkan tanggungan subsidi negara.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, tindakan terbaru kerajaan BN menaikkan harga petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula, tidak membuktikan 'rakyat didahulukan', tetapi 'rakyat yang dahulu kena'.
Katanya, rakyat yang tidak bersalah sentiasa menjadi mangsa keadaan, sedangkan kerajaan pula boros dan membazir dalam mengurus perbelanjaan wang negara.
"Negara kita begitu banyak sekali kes-kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara.
"Jika ini situasinya, maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan sewajarnya bertindak sebagai payung kepada rakyat, dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan mereka bukan memangsakan mereka.
"Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa, maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara.
"Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna," katanya lagi.
Turut dipersoal, sama ada kerajaan sebenarnya memang merancang menaikkan  harga minyak kerana mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya.
"Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan Umno dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat.
"Kalau boleh saya tanya soalan nakal, saya nak tanya, kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu?
"Habis duit buat main jet di Langkawi? Maaf, saja saja jer tanya kerana sedar soalan ini agak nakal," katanya

ISU SEMASA TPM:PEMUDA PAS WAJAR TUTUP MULUT;BUKA DAN NGANGA DALAM ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN

Posted: 04 Dec 2010 06:57 PM PST

PAS meminta semua pemimpinnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan polemik – khususnya mengenai isu-isu semasa dipercayai soal "Ketuanan Melayu", negara Islam dan jawatan timbalan perdana sehingga parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat 12 Disember ini.
"Saya meminta semua pemimpin tertinggi parti tidak membuat sebarang kenyataan yang dimainkan oleh media sekarang ini sehingga menimbulkan terus polemik kerana ia akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat kita 12 Disember ini," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik Harakah Daily hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ramai meramalkan Umno-BN akan meningkatkan serangan ke atas Pakatan Rakyat yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut isu-isu semasa yang dimaksudkan.
Dalam kenyataan dua perenggan kepada Harakah Daily itu, Mustafa berkata, beliau bimbang kalau-kalau ia terus menyusahkan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia memang menjadi tujuan pihak dan media-media berkenaan untuk melagakan mereka.
Tindakan berhati-hati itu diambil memandangkan wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 dikatakan semakin dekat.
Pakatan Rakyat akan mengadakan konvesyen keduanya 19 Disember ini.
Laman web itu melaporkan ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat bimbang kalau-kalau konvensyen kali ini akan menjadi medan serang-menyerang antara mereka, bukannya membuat persiapan ke arah pilihan raya umum.
Sejak kebelakangan ini, media-media tertentu mula memainkan kembali isu sensitif yang melibatkan hubungan antara PAS dan komponen Pakatan Rakyat.
Sesetengah pihak pula melihat, ia berlaku kerana sikap sesetengah pemimpin PAS yang terus melayan isu berkenaan apabila dipancing oleh media.
Antara isu panas sejak akhir-akhir ini adalah isu timbalan perdana menteri, ungkapan Ketuanan Melayu dan negara Islam.
Berdasarkan kenyataan Mustafa itu, PAS akan membincangkannya dalam mesyuarat mereka 12 Disember ini.
Mustafa berharap sehingga ia diputuskan minggu depan, tidak ada mana-mana pemimpinnya memberikan pendapat kepada mana-mana media.
"Tunggulah sehingga kita mesyuarat dan bincangkan isu ini terlebih dahulu," katanya.

DI ANTARA YANG HARUS TUTUP MULUT ITU ADALAH PEMUDA PAS..FIQH POLITIKNYA BELUM HATAM ATAU SAHAJA DIA MEMBERI RUANG KEPADA MUSUH MEMBELASAH PASUKAN KITA DALAM ISU TPM CHINA..? SEMENTARA DALAM ISU RAKYAT DAN KENAIKAN HARGA BARANGAN SIKITUL INI DIAM SEHINGGA ISU TERSEBUT DI JUARAI PEMUDA PKR...

TAKZIAH BUAT PAK BAKAQ:ALFATEHA..........

Posted: 04 Dec 2010 06:30 PM PST

setelah berhari hari hati tertanya tanya...mengapa pak baqak menyepi dari blog hari ini terjawab dengan postingen beberapa teman...

dengan ini bms mengucapkan dengan setulus jiwa takziah dan kuntuman al fatehah buat keluarga pak baqak.. dari allah kita datang kepada allah wst kita kembali.

Tiada ulasan: