Blog-list Malaysia |
- PKR Jahat
- Nazri Aziz Sanggah Ku Li
- Jawatan TPM - Tolong Jangan Perasan Sangat..
- Rakyat Selangor Digesa Jadi Bangsa Bermaruah Dan Bertaqwa
- Putrajaya jatuh, Umno akan lapar
- Keputusan dakwa Khir Toyo bukan sandiwara
| Posted: 09 Dec 2010 04:40 PM PST PKR punca isu ketuanan Melayu – Dr. M Perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membangkitkan soal ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik adalah punca utama menyebabkan isu itu kembali hangat dibincangkan. Bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu yang beliau sifatkan sebagai mempunyai sifat perkauman, sengaja membangkitkan isu berkenaan semata-mata bagi mendapat sokongan daripada golongan tertentu. ''Isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Jika tiada siapa menimbulkan perkara ini, orang Melayu tidak akan menjawab dan mempertahankan hak mereka. ''Malangnya, apabila orang Melayu menjawab, mereka dituduh sebagai melanggar hak asasi manusia dan bersifat perkauman manakala pihak yang mempersoalkan ketuanan Melayu pula tidak dilabelkan dengan gelaran sama," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program Hari Inovasi Ideapreneur Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2010 di Taman Teknologi Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof. Ditanya gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya penggunaan istilah ketuanan Melayu diharamkan di negara ini, Dr. Mahathir berkata, langkah itu hanya akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas. ''Apabila kamu mula meminta perkara ini dan itu diharamkan, pihak lain juga akan membuat tuntutan supaya perkara yang tidak menyenangi mereka turut dikenakan tindakan sama. ''Ini hanya akan menimbulkan konflik antara kedua-kedua belah pihak. Bagi saya permintaan seperti ini seeloknya tidak dijawab kerana kebanyakannya adalah tidak logik dan tiada sebarang asas," katanya. Mengenai titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini bahawa sebarang suara yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu adalah perbuatan menderhaka kepada kaum sendiri, beliau berkata, terpulang kepada orang ramai untuk memikirkan tentang nasihat baginda itu. Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, laporan pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bertajuk Laporan Hak-Hak Politik dan Awam 2010 yang diumumkan hari ini yang mengkritik era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, adalah bermotifkan politik. ''Jika Suaram prihatin dengan hak asasi manusia mereka tidak harus memberi tumpuan kepada Malaysia sahaja sebaliknya perlu juga mengkritik pencabulan sama di negara lain termasuk terhadap pihak yang membunuh penduduk Gaza. ''Nampaknya mereka tidak berbuat demikian dan ini bermakna pandangan Suaram bukan yang terbaik. ''Bagi saya mereka juga melanggar hak asasi manusia apabila tidak menghiraukan ahli politik dan negara tertentu yang turut mencabul hak asasi," katanya. |
| Posted: 09 Dec 2010 06:31 AM PST Beliau berkata apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat. "Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan. "Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat. Jadi, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak kerajaan pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu. Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan. "Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan recognition daripada kerajaan pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri. Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan usulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas. Mohamed Nazri berkata permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan kerajaan pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu melibatkan persetujuan kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri. "Saya katakan di sini tak ada masalah pun sebenarnya dalam pemasyhuran itu. Jadi, tak kan lah jika hanya seorang, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak berpuas hati kita akan ambil kira pandangan beliau dan tidak pernah berlaku pun rakyat, kerajaan pusat atau kerajaan negeri dilibatkan dalam soal pemasyhuran sultan," katanya. Beliau berkata isu tersebut juga tidak layak dibawa ke mahkamah khas kerana mahkamah itu hanya untuk membicarakan salah laku seorang raja, bukan untuk membicarakan pertikaian sama ada pemasyhuran itu sah atau sebaliknya. "Pemasyhuran ini perlu diterima semua. Ia bukan boleh menjadi pertikaian di mana-mana mahkamah pun. Apabila telah dimasyhurkan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan dan dimaklumkan kepada pusat dan kita terima, bukanuntuk kita iktiraf pun kerana ia tak perlu pengiktirafan daripada kita (kerajaan pusat)," katanya. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. - BERNAMA |
| Jawatan TPM - Tolong Jangan Perasan Sangat.. Posted: 09 Dec 2010 06:02 AM PST Tumpu kalahkan Umno BN dulu Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 9 Dis: Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat. "Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya. Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab. "Bagi PAS, setiap kali kita berunding dengan mana-mana pihak pun, kita berpegang tegas dengan tujuan perjuangan kita untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya sambil memberikan pertimbangan kepada realiti semasa. "Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh sahabat-sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz begitu yakin, pendirian tegas untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak kerana Islam bukan sahaja ajaran yang sangat rasional dalam hubungan sesama manusia malah ia adalah rahmat bagi seluruh alam. "Apa yang penting, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dengan tingkah laku, perbuatan dan amalan politik kita dan jangan melakukan tindakan yang menyebabkan Islam dituduh akibat persepsi terhadap kita," katanya. Presiden PAS, baru-baru ini menegaskan bahawa PR bergerak secara kolektif. "Apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat. "Ketua bukan semesti PAS, bukan semesti PKR, tidak semestinya... kemungkinan ada orang Umno yang masuk PAS, ada orang Umno yang masuk PKR ada tokoh-tokoh mereka atau daripada kalangan kita sendiri yang jadi pemimpin," katanya. |
| Rakyat Selangor Digesa Jadi Bangsa Bermaruah Dan Bertaqwa Posted: 09 Dec 2010 05:52 AM PST Rakyat Selangor digesa menjadi bangsa yang bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang mengagungkan Ketuanan Melayu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi". "Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia", kata beliau pada Majlis Persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini. Bagaimanapun, teks ucapan beliau dibacakan oleh Yaakob Sapari, exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan. Namun, tindakan ahli-ahli Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Sementara itu, dalam kenyataannya kepada media hari ini, Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap ahli-ahli Umno Selangor yang membawa juru sorak hingga mengganggu ketika beliau sedang berucap. Beliau berkata, hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh Umno yang dilihat sebagai satu slogan retorik. "Pihak penganjur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan Umno dan menggesa mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka," ujar beliau. |
| Putrajaya jatuh, Umno akan lapar Posted: 09 Dec 2010 03:57 AM PST Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Beliau mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini. Katanya, PAS berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Menurutnya, mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno, mereka bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Tambahnya, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar. Justeru, katanya Muhyiddin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Tambahnya, seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang, ujarnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara. "Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka," ujarnya. Beliau turut membidas tuduhan Muhyiddin mengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin". "PAS hendak sedarkan Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. "Bukankah pemimpin umno yang berkata pada 1 November 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan, siapa yang lidah bercabang?" soalnya. Justeru, katanya PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan madat kepada BN dalam pilihanraya akan datang kerana jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Katanya, air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang. Buktinya, kata beliau rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa. |
| Keputusan dakwa Khir Toyo bukan sandiwara Posted: 09 Dec 2010 03:46 AM PST Perdana Menteri (gambar) berkata BN dan Umno tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu "mainan" kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu. "Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara," kata beliau dipetik Bernama. "Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Najib diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan mendakwa Dr Mohd Khir hanya sebahagian daripada sandiwara Umno untuk membersihkan imej parti itu di mata rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.