Khamis, 14 Oktober 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Azmin & Pemimpin PKR Manipulasi Pemilihan, Gobala Ugut Tinggalkan Parti

Posted: 14 Oct 2010 12:45 AM PDT

MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk "puak" untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

"Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

"Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

"Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini," kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama "berdiri di depan kamera" mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

"Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Ulasan GB

Banyak dah GB ulas bab manusia yang bernama Azmin dan pimpinan PKR termasuk Ketua de Fakto, senator dan setiausaha agongnya yang dilihat terlalu biased dan partisan.

Tapi semua teguran GB, baik yang bernada lembut dan tegas, tak mahu diambil peduli.

Malah siap ada pertemuan diantara Anwar, Azmin dan Yusmadi di Indonesia lagi beberapa hari lepas di Sarihala.

Sekarang tanggung dan jawab sendiri.

Kepada Gobala, GB dengan tulus ikhlas mempelawa Gobala sertai PAS sebagai ahli Kelab Penyokong PAS.

GB juga yakin akan lebih ramai pemimpin PKR yang akan mengikut jejak langkah Gobala nanti.

GB tak segan-silu kini untuk mempelawa mana-mana ahli/pemimpin PKR yang nak menyertai PAS, silakanlah. Daripada menyiksakan jiwamu dengan PKR yang semakin cuba dimonopoli oleh golongan gila dan tamak kuasa.

Benar kata seorang pengkomen di Karpet Hijau blog GB, PKR sudah menjadi liabiliti besar untu Pakatan Rakyat.

PKR nak marah, marahlah. GB dah banyak juga membantu selama ini mempromosi PKR dan bertoleransi terhadap karenah-karenah pimpinan PKR sekalipun GB lihat ada waktunya GB tidak adil kerana keterlaluan membela mereka. Kali ini tidak lagi. Reformis sebenar bukan buaya-buaya lagi yang boleh diketuk kepalanya oleh sang kancil untuk ke seberang memakan buah-buahan lagi. Umat Islam tidak akan terjelepok ke dalam lubuk biawak dua kali (mafhum hadith). GB sudah cukup berkecil hati dengan tindak-tanduk pemimpin PKR selama ini.

Kini, GB yakin Allah akan bantu PR menghadapi UMNO BN sekalipun PKR tiada lagi di dalamnya. Selama ini pun yang memperkuatkan PKR, yang memenangkan PKR, adalah petugas-petugas PAS jugak. Kena akur dan akui fakta itu!

Buang Bayi Menjadi-jadi. Janin Ditemui Di Flat

Posted: 14 Oct 2010 12:15 AM PDT

Kuala Pilah – Penduduk Flat Wisma Sentosa di Kuala Pilah gempar apabila menjumpai janin di tingkat satu flat berkenaan, jam 2.30 petang, semalam.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 34, berkata, dia terbau busuk di tingkat itu dan mencari daripada mana arah bau itu.

"Apabila saya melalui tingkat terbabit, tiba-tiba bau tidak menyenangkan menusuk ke dalam hidung. Pada mulanya saya biarkan sahaja tetapi lama-kelamaan rasa tidak sedap hati.

"Saya cuba cari dan terkejut kerana ternampak janin yang mempunyai kaki bersaiz kecil. Keadaan janin masih berdarah, seolah-olah cukup sifat dan rasanya baru sahaja dibuang," katanya.

Menurutnya, selepas penemuan itu, dia segera menghubungi pihak polis dan mereka tiba kira-kira jam 3 petang.

Arif berkata, dia kesal dengan kejadian itu kerana secara tidak langsung mencemarkan nama baik flat berkenaan. -SH

Kes Liwat: Keterangan Dr Siew Yang Meloyakan Dikeluarkan Dari Rekod

Posted: 13 Oct 2010 10:45 PM PDT

Pakar dakwa Saiful diliwat, keterangan dibuang ekoran protes Karpal

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat lapan kali oleh majikannya pada pertengahan dua tahun lalu, kata seorang patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng berkata, Saiful memberitahu beliau dan dua doktor lain pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat lapan kali dalam dua bulan oleh Anwar.

"En Saiful memberitahu saya apa yang berlaku, dia telah diliwat oleh seorang personaliti berprofil tinggi selama beberapa bulan," kata Dr Siew.

Malah menurut Dr Siew, Saiful juga memberitahunya bahawa kondom tidak digunakan ketika hubungan seks luar tabii itu.


Bagaimanapun keterangan itu mendapat bantahan Karpal Singh yang mengetuai pasukan peguam bela.

Karpal mendakwa dakwaan Saiful bahawa dia diliwat lapan kali bukan sebahagian daripada tuduhan liwat dan keterangan itu seharusnya dikeluarkan daripada rekod.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bersetuju dengan bantahan Karpal dan mengarahkan agar kenyataan itu dikeluarkan daripada rekod. -TMI

Bab Yang Meloyakan

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa," katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen."

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom." -mk



Negeri Kuat UMNO Takda Air

Posted: 13 Oct 2010 10:20 PM PDT

Kota Tinggi – Gangguan bekalan air sejak lapan hari lalu menyukarkan kira-kira 2,000 penduduk di Felcra Sungai Ara di sini, dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui merungut kerana masalah gangguan bekalan asas itu mendatangkan kesukaran kepada mereka, sekali gus menjejaskan aktiviti harian seperti membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.

Seorang penduduk, Mohamad Hudzari, 58, berkata, ketiadaan air selama seminggu itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kolah di belakang rumahnya, namun bekalan itu juga masih tidak mencukupi.

"Mujurlah ramai penduduk di sini ada kolah di belakang rumah. Pada awalnya, bolehlah mereka menggunakan air tersebut, namun ketiadaan air yang berlarutan lebih seminggu ini menyebabkan air kolah menjadi kontang," katanya kepada Sinar Harian.

Masalah bekalan air ini dipercayai berpunca daripada dua pam air yang sebelum ini digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan itu rosak. -SH

Ulasan GB

UMNO Kedah bising-bising kenaikan tarif air yang diumumkan pihak SADA di Kedah ditarik balik kerana kononnya membebankan rakyat. Dakwa mereka kenaikan 27 peratus adalah sangat besar.

Sedangkan UMNO di Johor terpaksa membisu bila paip dibuka airnya tak da!

UMNO Kedah perlu jadikan ia pengajaran.... dan bersyukurlah selagi ni'mat itu ada sebelum terjadi apa yang terjadi di negeri sahabat terkuatnya, Johor.

Ibu Sosilawati Harap Pembunuh Anaknya Dihukum Seadilnya

Posted: 13 Oct 2010 09:10 PM PDT

Ibu Datuk Sosilawati Lawiya, Yatmi Abdul Rahman, 77, meletakkan sepenuh harapan agar pesalah yang membunuh Allahyarham dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan.

Menurut Yatmi, mahkamah perlu meneliti segala bukti yang diperolehi polis agar penjenayah terbabit dapat diadili dengan sebaik mungkin dan jangan sampai terlepas.

"Kami sekeluarga mahukan orang jahat itu dikenakan hukuman yang paling berat, setimpal dengan perkara yang telah dilakukannya kepada Wati," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam suspek utama, N Pathmanabhan dan tiga yang lain didakwa di Mahkamah Majistret Banting, pagi semalam, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai CIMB Noorhisham Mohammad, 38

Sementara itu, adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, berkata, keluarganya berasa lega kerana suspek utama kes pembunuhan kakaknya telah mula dibicarakan dan jika didapati bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang berat.

"Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mana-mana pihak yang mengambil berat dengan kes ini, termasuklah pihak polis dan media yang bekerja bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan.

"Tiada apa yang kami harapkan, cuma jika suspek berkenaan memang benar-benar bersalah, hukumlah dengan seadilnya. Kami mengharapkan ia dijadikan pengajaran kepada pesalah berkenaan," katanya. -SH

Gadis Dilarikan Jin Dapat Permata! Ulasan GB.

Posted: 13 Oct 2010 07:29 PM PDT

Dapat permata

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

Gambar: BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam.

Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.

Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.

Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.

Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam. -hmetro


Balkis ghaib lagi

BESUT - Kejayaan dua bomoh yang mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus yang sering 'menyembunyikan' seorang gadis, Siti Balkis Mohd Nor, 22, kelmarin nampaknya tidak berjaya menghalang gadis itu daripada terus ghaib pada waktu senja.

Semalam, gadis itu ghaib lagi dan ditemui terkulai tidak sedarkan diri di atas pokok rambutan belakang rumahnya di Gong Nangka, Apal di sini.

Gadis itu didapati ghaib jam 7.30 malam semalam dari rumahnya iaitu kira-kira 30 minit sebelum ketibaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat bersama tiga tokoh agama dari Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Difahamkan hajat Khazan membawa tiga pegawai YIT berkenaan bagi membantu merawat Siti Balkis dengan kaedah rawatan Islam namun tidak dapat berbuat demikian kerana gadis itu terlebih dahulu ghaib.

Kehilangan gadis itu semalam selepas berlaku sejak dua bulan lalu menggemparkan lagi orang ramai dan usaha mencari di merata tempat dilakukan tetapi dia gagal ditemui.

Bagaimanapun kira-kira jam 11.30 malam, ibu Siti Balkis, Norizan Said, 47, menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya memberitahu dia berada di celah batu di satu lokasi seakan-akan di Bukit Keluang, kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.

Menerusi SMS itu juga, Siti Balkis meminta keluarganya membaca Yasin dan sehubungan itu Khazan mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sementara itu pada masa sama, orang ramai, keluarga termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang untuk mencari Siti Balkis namun tidak berhasil menemuinya, didakwa dia telah disorokkan ke tempat lain disebabkan kelewatan orang ramai tiba di situ.

Sehingga jam 1 pagi, Siti Balkis masih gagal ditemui dan Khazan bersama pegawai berkenaan pulang meninggalkan rumah gadis misteri itu.

Kira-kira 30 minit selepas Khazan beredar, penduduk kampung akhirnya menemui gadis itu berada di atas pokok rambutan hanya 20 meter di belakang rumahnya.

Kata keluarganya, ketika ditemui, Siti Balkis tidak sedarkan diri dan badannya tersangkut pada dahan pokok rambutan.

Dia dibawa turun ke bawah oleh orang ramai dalam keadaannya tidak sedarkan diri dan hanya sedar kira-kira jam 5 pagi semalam.

Semalam akhbar termasuk Sinar Harian melaporkan kisah bomoh tempatan yang mendakwa berjaya menangkap sembilan daripada sepuluh makhluk halus yang dikatakan sering mengganggu Siti Balkis. -SH


Ulasan GB

Macam dalam kisah Ahmad Albab pulak, jin boleh beri macam-macam harta karun. Sekarang dikisahkan pula jin boleh bawakan permata seperti delima, nilam dan zamrud. Siap dengan ada saksi lagi, dengan wartawan TV3 dengan kameranya bersama... Dihebohkan pula oleh blogger yang main tampal dalam blog ikut suka.

Nanti al-hasilnya, ramai tak percaya lagi majlis bacaan Yassin, ramai tolak kaedah agama. Lebih baik ikut cakap jin... dapat batu-batu permata... ghaib sekejap tak apa, asalkan dapat batu permata berharga "kurniaan" jin...

Inilah akibatnya apabila ilmu tauhid dan aqidah sudah kesasar jauhnya. Jin mengambil-alih mentadbir dunia, bukan lagi manusia menjadi khalifah. Akal kurniaan Allah sudah tidak berguna. Jin berkuasa bawakan itu dan ini, kata mereka... sedangkan ilmu tauhid mengajar kita "yang baharu tidak boleh memberi bekas" - samada mendatangkan menafaat atau mudharat.

Maka jadilah Terengganu dari sebuah darul-iman bertukar menjadi negeri jin bertendang.. dengan kisah Balkis ini, histeria di sekolah agama di negeri Terengganu... dihebohkan oleh wartawan yang ilmu tauhidnya juga empang-empang alang.. Ramailah yang terpesona dengan kisah ini, bukan sahaja UMNO, tapi ada sekerat dua dalam PAS yang berkopiah juga.. Dan jin runtuh itu khabarnya dah pergi ke Kedah juga. Semalam ada bangunan sekolah di Pokok Sena yang runtuh cederakan 10 pelajar, nak uji Mahfuz di sana. Jin ini, dibela dan diharapkan oleh UMNO akan runtuhkan kerajaan Kedah di sana.

Percaya kepada kuasa jin inilah timbul mendarem, timbul kisah politikus jumpa bomoh nak pertahankan jawatan, nak jadi YB sampaikan terjadi kisah Mona Fendy pun masih tak insaf-insaf lagi.

Dunia kita dibentuk oleh minda kita sendiri. pegangan kita sendiri, aqidah kita sendiri, ilmu yang pada kita sendiri. Apa yang ada di dalam fikiran kita, itulah kita. Kalau percaya jin tu yang boleh bawa permata, jadilah ia begitu. Maka hilanglah pengetahuan tentang kudrat dan iradat Allah yang menakluki segala yang maujud, maujud qadim dan maujud hadith. Hilanglah pengertian ayat kelima suratul fatihah (iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in) dan ayat kedua suratul ikhlas (Allahus-Samad) yang dbaca saban hari.

Apabila ilmu tauhid sekangkang semut, maka runtuhlah aqidah sepertimana runtuhnya bangunan-bangunan di negeri Terenganu yang oleh politikus dan wartawan dikatakannya nanti, akibat jin-jin. Justeru itu, serunya lagi, mari beriman dengan jin - darul-iman juga namanya! - kata mereka.

PR Ke Putrajaya: Jangan Lagi Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran

Posted: 13 Oct 2010 05:55 PM PDT

Surat Daripada Zaid Kepada Dr Molly Cheah mengenai Proses Pemilihan Parti

Nota: Balasan dari pihak Jawantankuasa belum diterima sejak tarikh kiriman.

Selasa, 5hb Oktober 2010

Dr Molly Cheah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat Kuala Lumpur

Per: Proses Pemilihan Parti

Saya telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai. Banyak masalah timbul yang telah menjadi pengetahuan umum bahawa berlaku kekecohan dalam pemilihan peringkat Cabang.

Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat yang menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat dilaksanakan dengan telus dan adil dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.

Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu: jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding; kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir; peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira; kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja.

Oleh kerana saya telah mendapat pencalonan untuk beberapa jawatan dalam pemilihan ini, saya meminta jasa baik Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk melaksanakan langkah- langkah berikut untuk membolehkan proses pemilihan yang baik dan adil.

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent (PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.


Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak. Parti kita mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kalau tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa.

Sekian, terima Kasih.

Zaid Ibrahim

s.k YB Setiausaha Agung


Ulasan GB

Permintaan-permintaan Datuk Zaid itu ada asasnya berdasarkan kepada senario pemilihan yang berlaku di cabang-cabang.

Jika tidak masakan boleh berlaku kekecohan di hampir 1/3 dari jumlah cabang seluruh negara.

Keperluan standard minima tidak dipatuhi malah tidak lansung piawaian yang digunapakai di dalam pemilihan PKR 2010. Sungguh dasyat dan sungguh teruk. Tidak ada procedure dan disiplin yang boleh dijadikan teladan sebagai parti yang mendominasi Pakatan Rakyat selain dari slogan retorik "Satu Ahli Satu Undi".

Diperburukkan oleh tindakan pimpinan tertingginya termasuklah Penasihatnya yang dilihat terlalu partisan ingin memenangkan calon tertentu. Bukan sahaja pelik malah jelek.

Saya kalau jadi Zaid Ibrahim pun akan menuntut perkara yang sama. Malah lebih daripada itu saya akan meminta mereka yang tenyata telah melakukan diskriminasi dan berpihak supaya dilucutkan jawatan. Ini siap ada wayang MP-MP dan ADUN-ADUN berdiri di belakang calon tertentu. Siap dengan serangan Penasihat kepada calon yang tidak disukainya. Tuan Penasihat juga siap ada pertemuan dengan calon Timbalan Presiden di Indonesia. Politik bebal!

Saya telah menyatakan berkali-kali, bagaimanakah kita hendak menjadi pemerintah yang lebih baik kepada BN jika di dalam parti kita sendiri tidak boleh dilaksanakan kebenaran dan keadilan. Ia akan hanya mengundang padah - mengundang kemarahan rakyat dan Allah s.w.t. juga.

Itulah hikmahNya mengapa PR ditangguhkan kemaraannya ke Putrajaya. Bersihkan part yang berbau hamis. Jangan angan berlebihan, jangan semangat keterlaluan. Jangan peristiwa 16 September berulangan, belum apa-apa dah dipukul gendang, akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Mengharap orang sebelah menyeberang ke PR, rupanya yang di sebaliknya berlaku, sehingga satu negeri terlungkup dikerjakan. Penyanyi macam M.Nasir pun tahu nak menyindir di dalam Mentera Beradunya:

M.Nasir:
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang


Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu


Malique:
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

(GB dulu kerap putarkan lagu ni di GB.fm, tetapi tidak ada seorang pun bertanya GB kenapa asyik putarkan lagu itu sedangkan GB sudah senyum begitu lama terhadap bangau yang dah pulang itu... suaranya sumbang)

Berubahlah sebelum rakyat kata "You can all go to hell!"

Polis Bebaskan Tiga Individu Termasuk Surendren, Jesyntha

Posted: 13 Oct 2010 11:17 AM PDT

Polis Bebas Tiga Individu Disiasat Kes Sosilawati

KUALA LUMPUR: Polis hari ini membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam Facebook petang ini, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor pagi ini.

Peguam N. Patmanabhan, 41, bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor antara 8.30 malam hingga pukul 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga Jumaat ini. - BERNAMA

Ulasan GB

Tidak diketahui butiran lanjut tentang pembebasan mereka. Namun mengikut pandangan GB mereka dibebaskan berkemungkinan mereka telah memberikan kerjasama di sepanang siasatan polis sehingga beberapa maklumat kritikal mengenai pembunuhan diperolehi.

Bantahan Terhadap Pemilihan PKR

Posted: 13 Oct 2010 08:23 AM PDT

64 cabang PKR bantah pemilihan masing-masing

Jawatankuasa pemilihan pusat PKR telah menerima bantahan ahli daripada 64 cabang yang tidak puas hati dengan mesyuarat dan pemilihan masing-masing.

Ia merupakan satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.

Ini termasuk bantahan yang diterima oleh jawatankuasa itu daripada lima cabang hari ini, iaitu - Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Ketika menerima memorandum bantahan tersebut, pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata beliau akan memajukanny akepada pengerusi jawatankuasa berkenaan, Dr Molly Cheah.

"Saya akan bagi tahu Dr Molly bahawa ahli-ahli nak keputusan mengenai bantahan mereka, secepat mungkin," katanya ketika menerima bantahan dari kira-kira 40 ahli dari Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Beliau menerima mereka di pintu masuk ibupejabat PKR di Petaling Jaya kira-kira jam 3.15 petang tadi

Manakala bantahan dari cabang Hulu Selangor diserahkan lebih awal pada kira-kirajam 1.45 tengahari tadi.

Raden juga berkata, setakat ini, jawatankuasa pemilihan sedang menjalankan siasatan terhadap cabang Subang, Hulu Selangor, Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat.

Sementara itu, Malaysiakini menemui beberapa ahli dari cabang-cabang yang hadir berhubung bantahan mereka.

Ketua cabang Kuala Selangor, Norazmi Tahir berkata antara bantahan mereka ialah terdapat kertas undi yang tidak betul dicetak di mana jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), dicetak naib ketua cabang.

Berikutan itu, beliau mahu pemilihan diadakan semula, di samping menuntut penjelasan mengenai calon-calon yang didakwa tidak mengikut etika berkempen.

Di Pandan pula, seorang ahli yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa mereka menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung dengan keputusan seri bagi jawatan ketua cabang tersebut.

Dalam pemilihan yang lalu, dua calon yang bertanding - Zakaria Rahim dan Nik Md Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi.

Beliau mendakwa sebelum ini ada arahan dari pihak pusat meminta pengerusi tetap pemilihan untuk memilih yang mana satu.

Di Hulu Selangor pula ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak puas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan cabang itu diadakan semula.

Ia ekoran dakwaan bahawa undi yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi di mana 1,583 ahli mengundi tetapi terdapat 1,622 kertas undi dalam kotak undian.

Manakala di Kota Raja pula, calon ketua cabang tersebut, K S Kottapan tidak puas hati pengiraan undi di ibupejabat PKR tanpa kehadirannya.

Ulasan GB

Berita di atas membenarkan ulasan GB di Saifuddin Tidak Bersikap Berkecuali Di dalam Pemilihan

Saifuddin Tidak Bersikap Berkecuali Di dalam Pemilihan

Posted: 13 Oct 2010 07:00 AM PDT

Konspirasi untuk halang pencalonan Nurul Izzah?

Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang akan datang.

Dalam kenyataan berasingan, cabang Selangau dan Semporna dari Sabah yang mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti, mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum tarikh akhir 10 Oktober lalu.

"Kami tidak pernah diberitahu mengenai tarikh akhir itu dan adalah tidak adil bagi menafikan Nurul Izzah daripada bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi bagi menghalang beliau?" soal ketua cabang Semporna, Lokman Uri.

Ketua cabang Selangau Steven Epay Ganing juga mengakui bahawa tarikh akhir mengemukakan pencalonan perlu dihebahkan dengan teratur bagi membolehkan cabang mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami beranggapan ini adalah kelalaian penganjur (pemilihan) kerana gagal menyelaras pemilihan dan berharap ini bukan cubaan menghalang Nurul Izzah daripada bertanding.

Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka "terkejut" bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.



"Kami binggung bahawa terdapat tarikh 10 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan manakala 35 lagi cabang tidak menyedari tarikh itu," katanya kenyataan bersama itu.

Ia ditandatangani oleh ketua cabang dari Tanjung Karang, Petaling Jaya Utara dan Putrajaya serta pemangku ketua Petaling Jaya Selatan.
Lanjutkan tarikh akhir

Sementara itu, ahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

"Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku," katanya pada satu kenyataan akhbar.

Dalam satu kenyataan media lain, bekas pengarah komunikasi PKR, Jonson Chong berkata Nurul Izzah tidak sepatutnya dilucutkan kelayakannya untuk bertanding hanya kerana berdasarkan soal teknikal.

"Adalah baik bagi mempunyai proses pentadbiran tetapi mereka mesti telus dan memenuhi objektif parti," katanya.

Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan.

Ulasan GB

Dari awal GB lihat Setiausaha Agong PKR yang bernama Saifuddin Nasution itu tidak benar-benar berkecuali, tidak jujur malah dalam banyak hal dan ketika, menampakkan secara jelas beliau terlalu partisan, terutama di dalam pemilihan yang sedang berlansung ini.

Beliau dilihat seperti mahu mengaturkan siapa perlu duduk di jawatan apa di dalam pemilihan PKR. Dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Agong, beliau mengeluarkan procedure-procedure anih bagi mengubah "padang permainan" agar calon yang disukainya berjaya.

Sebelum GB ulas lebih lanjut, kita lihat dulu rentak dan tarinya. Lebih banyak cakap dan tindakannya akan lebih banyak mendedahkan siapa Saifuddin sebenarnya.

Kes Sosilawati: Surendren Terlepas?

Posted: 13 Oct 2010 06:15 AM PDT

Hari ini, negara menyaksikan Peguam N. Patmanabhan dan tiga orang lagi telah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Apa yang menjadi bualan orangramai di mana-mana sekarang ini ialah bagaimana dengan adik kepada suspek utama iaitu Surendren a/l Nalilannen.

Apakah beliau telah dilepaskan atau apakah beliau lansung tidak terlibat dengan pembunuhan berkenaan?

Apakah siasatan sudah begitu lengkap untuk tidak mendakwa Surendren atau apa?


Patmanabhan diwakili oleh empat peguam iaitu Ravi Neeko, R. Pushpa, Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong, manakala tiga yang lain tidak diwakili peguam pada prosiding pagi tadi.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff yang dibantu oleh Idham Abdul Ghani dan Saiful Edris Zainuddin.

Ishak turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia, yang memerlukan masa untuk dilengkapkan.

Beliau kemudian memohon satu tarikh sebutan, sementara menunggu laporan tersebut diterima.

"Ia berupa amalan kes dadah satu bulan (untuk memperolehi laporan kimia), tarikh sebutan (untuk kes ini) memerlukan dua bulan," kata Hurman.

"Beliau kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Disember "

Amer Hamzah pula membangkitkan isu mengenai keperluan tiga tertuduh diwakili peguam.

Hurman menjelaskan bahawa Pegawai Penyiasat telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Kalau nak ambil peguam silakan. Ada sesiapa yang kamu fikirkan," katanya.

Salah seorang tertuduh iaitu Thilaiyalagan kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa keluarganya tidak mengetahui dia ditahan polis.

Hurman menyoalnya di mana dia ditangkap.

Dia memberitahu dia ditangkap di ladang di Tanjung Layang.

Hurman lalu mengarahkan supaya polis memberitahu keluarga Thilaiyalagan mengenai penahanannya.

Beliau juga berkata peguam boleh dilantik oleh keluarga tiga tertuduh berkenaan semasa perbicaraan nanti.

Patmanabhan memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiganya tidak arif mengenai soal undang-undang dan hak mereka untuk mendapatkan peguam bela.

Hurman juga membenarkan permohonan Amer Hamzah dan tiga peguam lain untuk bertemu dengan anak guam mereka iaitu Patmanabhan selama 10 minit dengan pengawasan pihak polis bagi menjamin keselamatan mereka.

Beliau turut membenarkan keempat-empat peguam untuk bertemu dengan tiga tertuduh lain untuk membantu mereka dalam soal perundangan juga dengan pengawasan polis.

Laporan Polis Perlu Dilakukan Ke Atas Rais Yatim

Posted: 13 Oct 2010 05:00 AM PDT

Ahirudin beri keterangan dakwaan babitkan anak Rais

CYBERJAYA: Penulis blog Rocky's Bru hari ini hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada jam 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata, beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar.

"Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin... sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya.

Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Ahiruddin berkata, beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu itu.

Katanya, setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu.

Beliau berkata, Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terbabit dalam pemberian geran RM1 bilion itu.

"Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya. -Bernama

Ulasan GB

Siasatan perlu menyeluruh. Bukan sekadar menyoalsiasat Datuk Ahiruddin Atan. Kini Ahiruddin sendiri cuba mengelak dengan menyatakan Datuk Seri Rais Yatim tidak memahami mesej yang hendak disampaikan. Apa sebenarnya kisah ini?

Datuk Rais Yatim dan anaknya juga perlulah disiasat untuk membuktikan berita itu tidak benar.

Satu laporan polis oleh Pakatan Rakyat boleh/perlu dibuat ke atas Rais Yatim bersandarkan kepada laporan Rocky's Bru! Apakah PR buat tak kisah hal ini? Atau PR sendiri tidak ada komitmen untuk mencungkil dan mendedahkan penyelewengan pemberian geran RM1 billion itu?

Lantai Sekolah Runtuh, 10 Murid Cedera

Posted: 13 Oct 2010 03:50 AM PDT

10 murid SK Sri Gunong cedera apabila lantai sekolah runtuh

Gambar: Beberapa petugas media cuba mendapatkan cerita saat-saat cemas lantai bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Sri Gunong runtuh, pagi tadi dari Filza Nadhira Idris,10, (berkerusi roda) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR: Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu membabitkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam. Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.

Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.

Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.

"Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan," katanya ketika ditemui di HSB.

Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah.

"Saya jatuh tertiarap. Lutut kanan saya cedera. Saya kemudian menangis.

Cikgu angkat saya," katanya yang kelihatan trauma dengan kejadian itu.

Seorang saksi kejadian, Ali Mohammad, 49, berkata keseluruhan bangunan termasuk lantai yang dibina sekitar tahun 1970-an itu dipercayai pada asalnya diperbuat daripada kayu dan diubah suai oleh pihak sekolah lapan tahun lalu dan digantikan dengan lantai simen tanpa mempunyai konkrit yang kukuh.

"Mungkin kayu yang diletakkan simen di atasnya tanpa konkrit yang kuat tidak mampu menanggung pelbagai bebanan seperti meja, kerusi dan peralatan tambahan kelas menyebabkan berlaku runtuhan berkenaan," katanya.

Pemangku Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Setar, Md Noor Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.22 pagi dan mengejarkan 17 anggota dari balai Alor Setar dan Jalan Raja ke tempat kejadian.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Zuraidi Rahim yang melawat murid-murid di HSB berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa lapan pelajar menerima rawatan pesakit luar, manakala dua lagi agak serius kerana kaki mereka dihempap batu dan almari.

"Dua pelajar ini mungkin terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Saya harap ada siasatan segera terhadap kejadian ini kerana ada yang tidak kena dengan lantai bangunan sekolah," katanya. -Bernama

Ulasan GB

Siapa Menteri Pelajaran? - Muhyiddin Yasin
Siapa Menteri Kerja Raya? - Shahziman Mansor

Kedua-dua perlu dipertanggungjawabkan.

Ajal Dalam Keadaan Bersujud

Posted: 13 Oct 2010 02:50 AM PDT

Hulu Selangor: "Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa," kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

"Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.

"Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu.

Isteri mangsa yang sukar menerima berita itu masih trauma dan pengsan beberapa kali ketika menatap jenazah suaminya sebelum dikebumikan semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

Katanya, seorang penjenayah menggunakan pistol menembak tepat bahagian dada kiri mangsa sebelum dia rebah dan mati di tempat kejadian.

"Penjenayah bagaimanapun, gagal melarikan harta benda dan wang setelah melepaskan satu das tembakan kepada mangsa," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), jam 12 tengah malam semalam untuk dibedah siasat.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keliang, jam 2.30 petang semalam.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Selangor, S Yogendran dan Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Anwar Ridhawi Abd Rahim yang melawat keluarga mangsa petang semalam turut menyampaikan sumbangan. -hmetro

Ternyata, Azmin Benar-benar Terkesima

Posted: 13 Oct 2010 01:49 AM PDT

Azmin terkejut Khalid juga minat jawatan timbalan

Naib presiden PKR Azmin Ali melahirkan rasa "terkejut" berhubung pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang beliau juga meminati jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang diintainya.

"Berdasarkan maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain termasuk kakitangan kanannya, beliau telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri.

"Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam)," katanya.

Azmin berkata atas "semangat keputusan" yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

PKR kemudiannya melantik Azmin sebagai ketua di Selangor bagi menggantikan Khalid dalam usaha merapatkan jurang antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum itu Khalid dibidas teruk oleh ahli-ahli parti termasuk daripada Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti.

Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertandung untuk jawatan nombor dua parti bagi "mengimbangi pertandingan" yang telah bertukar menjadi "kotor" semasa penamaan calon sepanjang bulan lalu.

Walaupun Khalid tidak menamakan seseiapa, namun dipercayai ia ditujukan kepada Azmin dan seorang lagi pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim - bukan menjadi rahsia lagi kedua-dua mereka saling 'menyerang' satu sama lain di media. -mk

Ulasan GB

Seperti yang GB ramalkan di SINI, sungguh nyata Azmin kini terkesima, demikian juga para penyokongnya termasuklah dua media Keadilan, iaitu Suara keadilan dan TVSelangor yang GB katakan sebelum ini telah turut mengamalkan kewartawanan longkang apabila menyebelahi Azmin di dalam pemilihan.

Azmin kini semacam terkejut, dan menyatakan seolah-olah terkejut dengan keputusan MB Selangor itu. Sedangkan Khalid telah menyatakan sebab-sebabnya mengapa beliau bertanding.


Antara Sebab Kenapa Tan Sri Khalid Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM 10 OKT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan kerana mahu membantu parti menyisihkan sebarang amalan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.

Khalid berkata beliau sanggup berundur daripada pertandingan jika sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkankanya mendapati keputusannya itu memberi kesan kepada perpaduan parti.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Syed Sharir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.

"Sekiranya jawatankuasa ini menasihatkan bahawa tawaran saya ini (untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden) tidak baik untuk parti dan ada cara lebih baik untuk saya berkhidmat pada parti, saya akan akur pada nasihat ini," kata beliau.

Khalid yang mendapat empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden akur bahawa beberapa insiden pada pemilihan PKR telah membawa persepsi negatif di kalangan ahli dan dalam media.

"Saya juga melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi. Perkembangan ini tidak sihat dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini," tambah beliau.

Khalid adalah calon keempat bertanding jawatan itu selain Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Khalid menggariskan lima teras perjuangan bertemakan "Memperkasakan Reformasi" untuk kempennya. Lima teras tersebut ialah;

-Setia kepada perjuangan
-Meneruskan agenda perubahan
-Merakyatkan ekonomi
-Menolak politik pecah perintah
-Kesepaduan parti

"Lima teras perjuangan ini akan mencorakkan pentadbiran 'inclusive' dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti. Hanya dengan ini laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akan menjadi realiti," kata Khalid.


Siapakah yang melakukan serangan peribadi di dalam perebutan jawatan selama ini jika bukan Azmin?

GB sudah mengulasnya di SINI.


Tiada ulasan: