Justice For All |
- Pantai Berhantu
- Isu Kenaikan Air Kedah : Saya Sokong Tindakan Pemuda UMNgOk Kedah
- Kah...Kah UMNO Pulau Pinang..Kantoi Lagi
- PERKOSE Gila Meroyan Bila Ibrahim Ali Takde Pangkat Datuk
| Posted: 14 Oct 2010 06:10 PM PDT 15 kes lemas dilaporkan sejak sepuluh tahun lalu MIRI: Amaran tidak diendah, larangan tidak dipatuhi - itulah keadaan yang berlaku di Pantai Tanjung Lobang dekat sini. Biar pun terpampang tanda amaran melarang pengunjung mandi, bermain ombak dan mendekati kawasan pantai Tanjung Lobang, namun ia sama sekali tidak diendahkan. Orang ramai, khususnya pada hujung minggu ternyata tidak menghiraukan keselamatan mereka dan terus mandi-manda serta bermain ombak di tepi pantai berkenaan, tanpa menghiraukan bahaya yang boleh menimpa. Mereka bagaikan tidak peduli dengan ombak tinggi dan berbahaya, terutama ketika cuaca tidak menentu seperti sekarang, menjelang musim tengkujuh. Bukan tidak pernah berlaku, sudah 15 kes lemas dilaporkan di situ sejak 10 tahun lalu, termasuk dua kes awal tahun ini, sehingga ada kalangan penduduk tempatan menyifatkan pantai itu sebagai 'berhantu'. Namun bagaikan tidak takut dan tidak serik, masih ramai yang mandi-manda di situ terutama pada hujung minggu. Seorang pengawal keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, pengunjung tidak takut mandi dan bermain ombak di kawasan pantai itu walaupun mereka mengetahui bahaya sentiasa menunggu. "Sekarang cuaca tidak menentu, ombak besar dan angin kencang berlaku di utara negeri ini sejak seminggu lalu. Namun, masih ada juga pengunjung yang tidak takut mandi dan bermain ombak di pantai Tanjung Lobang. "Kita sudah letak papan tanda dan notis amaran melarang mereka berbuat demikian, namun masih ramai yang berdegil," katanya kepada Berita Harian. Difahamkan terdapat pasir jerlus di kawasan tepi pantai itu, sehingga menyebabkan mereka yang tidak pandai berenang mudah terperangkap dan lemas dihanyutkan arus deras atau ombak besar. Selain terkenal di kalangan penduduk tempatan, pantai Tanjung Lobang juga antara destinasi popular dijadikan sebagai tempat riadah pelancong negara jiran dari Brunei Darussalam. Penduduk Miri, Jimbai Undik, 37, berkata sebelum ini ada cadangan dikemukakan pihak berkuasa tempatan supaya mewujudkan pasukan keselamatan seperti meletakkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bertugas di pantai itu seperti yang dilakukan dekat pantai Luak khususnya pada hujung minggu. "Namun, sehingga sekarang usaha berkenaan belum diambil. Inilah kelemahan kita, yang mana kita hanya bertindak apabila ada berlaku sesuatu kejadian buruk. Selepas beberapa ketika kita mudah lupa terhadap tindakan yang dibincangkan. Ini tidak sepatutnya berlaku," katanya. Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati masih ramai pengunjung bermain dan mandi-manda di pantai berkenaan, termasuk ibu bapa yang membawa anak-anak kecil berkelah pada hujung minggu. |
| Isu Kenaikan Air Kedah : Saya Sokong Tindakan Pemuda UMNgOk Kedah Posted: 14 Oct 2010 04:47 PM PDT Memang bagus UMNO buat macam ni. Desak rakyat Kedah jangan bayar bil air yang baru. Siap buat kempen lagi. Macam PAS kempen dulu, supaya jangan bayar saman ekor. Buat Kerajaan Kedah, sedaqlah weii..walaupun SPAN minta tarif air dinaikkan. Tapi janganlah ikut membabi buta. Bukankah air di bawah kerajaan negeri ikut Perlembagaan Persekutuan. kalau SPAN nak sangat naikkan harga, biarkan. Buatlah syarikat swasta untuk bina bisnes air ini. Bagi tanah kerajaan negeri secara percuma. Memilikrakyatkan air, bukannya menswastakannya. Negeri Selangor yang kaya pun diberi air percuma, apatah lagi negeri miskin seperti Kedah yang sudah pasti membebankan pengguna. Orang kg. yang hanya dengar RTM, pasti akan menyumpah kerajaan PAS ini. Kalau air cantik macam kat Selangor takpe..ni air kat Kedah, penuh dengan kelodak dan bekalan susah nak sampai..hampeh Memang betul tindakan UMNO ini. Kalau isu air pun nak cari untung, memang dahsyatlah kerajaan PAS kat Kedah. Nak memerintah kena bijak. Cari keperluan rakyat, daripada keperluan kompeni..lantaklah pi lah dengan SPAN. Kalau macamnilah gayanya..memang sukarlah PAS Kedah nak bertahan.. Kempen jangan bayar bil air dilancar di Kedah
SOBRI (depan) bersama anggota BBSK mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Tunku, di Alor Setar, semalam. BBSK adakan siri jelajah bantah kerajaan negeri naik tarif ALOR SETAR: Barisan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) yang dianggotai kira-kira 50 ahli Pemuda UMNO negeri akan mengadakan 'Kempen Jangan Bayar Tarif Air Baru' bagi membantah langkah kerajaan negeri menaikkan tarif air kegunaan domestik di antara 25 dan 44 peratus berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Pengerusi Penaja BBSK, Sobri Sudin, berkata kempen berkenaan akan dilaksanakan secara konsisten dengan mengadakan siri jelajah seluruh negeri bagi menggesa rakyat Kedah supaya tidak membayar bil air yang menggunakan tarif baru berkenaan. Beliau berkata, ini pendekatan dilaksanakan pihaknya demi memperjuangkan hak rakyat di Kedah yang disifatkan teraniaya dengan kenaikan tarif baru itu. "Kita pada peringkat akar umbi akan laksanakan kempen ini secara besar-besaran dengan menggesa seluruh ahli Pemuda UMNO menyertai kempen ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif baru berkenaan. "Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan penduduk di negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air adalah satu penganiayaan kerana ia menambah beban ditanggung rakyat. "Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak lebih baik Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan kerana gagal mentadbir negeri dengan baik," katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan perkarangan Bangunan Tunku di sini, semalam. Sementara itu, pada sidang media berasingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Krisis Air untuk mendesak kerajaan negeri memperbaiki mutu bekalan air, khususnya di kawasan bermasalah. Katanya, jawatankuasa yang akan disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk mempertimbangkan langkah mengambil tindakan undang-undang bersesuaian terhadap kerajaan negeri berhubung masalah bekalan air di kawasan tertentu. "Sejurus jawatankuasa ini ditubuhkan, kami akan mengadakan siri jelajah dan berkempen meminta rakyat Kedah, khususnya di kawasan yang kerap berdepan krisis bekalan air supaya tidak membayar bil air. "Kami kesal dengan tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif air, sedangkan mutu perkhidmatan masih di takuk lama yang mana ada kawasan sering berdepan masalah gangguan bekalan air. "Kerajaan negeri tidak sedar bahawa hampir 50 peratus rakyat di negeri menerima bekalan air yang mengecewakan termasuk keruh dan berkeladak,"katanya. Pada 30 September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 25 hingga 44 peratus bagi kegunaan domestik membabitkan 457,707 pemegang akaun di negeri ini, berkuatkuasa 1 Oktober lalu. |
| Kah...Kah UMNO Pulau Pinang..Kantoi Lagi Posted: 14 Oct 2010 03:42 PM PDT Ada tak sape-sape yang nak buat report polis kat UMNO Pulau Pinang ini. Kalau buat report polis, confirm kena dakwa punya. Sebab UMNO ambil duit RM 100 warga emas tanpa ada hitam putih. Pastu nama yang pulangkan duit itupun tiada. Bila-bila masa je UMNO boleh songlap duit tu dan kata hanya sekian-sekian dikutip, sedangkan mereka kutip lebih daripada itu. Hal duit-duit bukannya boleh main-main. Sebab ia duit orang ramai dan hitam putih perlu ada. Beli maggie pun boleh ada resit, apatah lagi serah duit RM 100. Kesian kat orang tua UMNO ini. Dahla hilang duit, kena diperlembukan oleh pemimpin UMNO yang siang malam hanya nak fulus semata-mata.. Mana Senarai Nama??
|
| PERKOSE Gila Meroyan Bila Ibrahim Ali Takde Pangkat Datuk Posted: 14 Oct 2010 08:35 AM PDT PERKOSE nak lawan Sultan Kelantan ke? KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali. Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini. "Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu. "Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider. Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan. "Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana. "Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu. "Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau," katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini. Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa "Datuk", yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam. Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan. "Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya," katanya lagi. "Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura. "Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik," katanya.TMI |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan