Justice For All |
- Macam2 Zaman Mat Said : Bapa 'Makan' Anak Sendiri
- Polis, JPJ Kaki Makan Roswah??
- Gempar..Hantu Lempar Besi Magnet Kerana Marah
- PKR Tak Layak Bertanding Di PRK Batu Sapi
- Azmin Ali Paranoid Lagi Bila Khalid Ibrahim Mahu Bertanding Jawatan No. 2 Dalam PKR
- Nasib Baik Tak Kojol
- Wanita Cina Paling Kaya...PERKOSE Akan Lancar Demontrasi
- Macam2 Zaman Najib : Mati Tersujud Akibat Ditembak Perompak
- Rosmah Memang Tahap kurang Ajar..Masih Dakwa Dia Wanita Pertama Malaysia
- Apa Masalahnya Kalau Saya Kentut Sekalipun Dalam Parlimen - Katak Hijau
- Haritu Sayfoool, Harini Si Rashid Pula Kena 'Liwat'
- PKR Ranting Lepar Utara Rupanya Belum Bubar
- Alfatihah Buat Penyokong Bola Sepak Negeri Tok Guru
- Macam2 Zaman Najib : Diperkose Lepas Solat Isya'
- Siapa First Lady Of Malaysia Yang Sebenar
| Macam2 Zaman Mat Said : Bapa 'Makan' Anak Sendiri Posted: 13 Oct 2010 08:00 PM PDT Kah..kah..mungkin inilah yang selalu bekas MB Sepenggal UMNO Terengganu, Deris Jusoh kata dulu, tak pernah kita lihat sebelum ini...nah, lihatlah sekarang.. Bapa didakwa rogol anak sendiri KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dakwaan merogol anak sendiri dalam dua kejadian berasingan beberapa tahun lalu. Tertuduh, Diang Ab Ghani, 45, didakwa melakukan sumbang mahram ke atas mangsa pada Mei 2006 dan Mei 2008, ketika mangsa berumur sembilan dan 11 tahun. Kedua-dua kejadian tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama di sebuah rumah di Kampung Tok Dor, Ajil, Hulu Terenggganu. Bagi tiap-tiap satu kesalahan terbabit, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Azman Mustapha. Tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Suriati Che Ariffin, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Zalina Awang. Kes akan disebut semula pada 4 dan 5 Januari tahun depan. |
| Polis, JPJ Kaki Makan Roswah?? Posted: 13 Oct 2010 07:10 PM PDT Si 'pelesit' itu mesti dinyahkan Kemalangan ngeri pada waktu senja di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu melibatkan dua bas, dua kereta dan satu van. Sebuah bas ekspres dari arah Melaka yang dikatakan hilang kawalan telah merempuh pembahagi jalan, lalu masuk ke lorong bertentangan, dan bertembung dengan kenderaan-kenderaan lain. Akibatnya 12 maut, berpuluh lagi cedera. Selain mayat bergelimpangan di atas jalan raya, kelihatan juga kereta yang remuk sama sekali, badan bas menghempap kereta, dan darah yang masih merah bertompok-tompok di sana-sini. Fakta paling menyayat ialah 12 mangsa tidak berdosa, termasuk wanita, yang terkorban secara tiba-tiba. Hasrat dan hajat mereka tidak tertunai. Tentu sekali ini menjadi tangisan kaum keluarga dan sanak-saudara. Orang yang ditunggu kepulangannya dengan penuh harapan, tiba-tiba maut dalam keadaan mengerikan. Dan, fakta yang paling menyakitkan hati semua orang ialah pihak berkuasa masih amat lembap bertindak untuk perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya apa yang terjadi pada tarikh 10/10/10 (sesetengah orang terlalu percaya pada tuah atau sial angka-angka tertentu!), bukan luar biasa sangat. Cerita-cerita darah dan air mata di lebuh raya bukan lagi luar biasa. Sebelum ini sudah beratus kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres yang dipandu tidak mengikut peraturan keselamatan. Sudah beratus – mungkin beribu – nyawa pengguna jalan raya melayang akibat pemandu bas ekspres yang cuai. Mereka yang biasa memandu jauh menggunakan lebuh raya pasti akan terserempak dengan bas-bas ekspres – juga lori-lori besar! – yang menekan minyak tanpa menghiraukan had laju. Betapa kenderaan-kenderaan besar ini yang telah ditetapkan had laju 90kmj, telah memecut lebih dari yang dibenarkan. Mereka menekan hon untuk meminta laluan dari kenderaan yang bergerak mengikut undang-undang. Mentang-mentang mereka besar, mereka tidak menghiraukan kenderaan kecil dan memecut bagaikan kereta api peluru @ 'bullet train' di Jepun. Mereka memotong ikut suka, seolah-olah lebuh raya hanya milik mereka. Selalu saya berasa hairan apakah kelajuan bas-bas ekspres itu tidak boleh dikesan oleh kamera-kamera trafik yang dipasang sepanjang lebuh raya? Apakah kamera trafik dan saman ekor hanya untuk pemandu kerdil seperti saya? Atau, apakah bas-bas ekspres kita dilengkapkan dengan alat yang lebih canggih untuk mengesan kamera trafik? Menjadi kebiasaan setiap kali ada tragedi besar lebuh raya, badan penyiasat khas akan ditubuhkan. Kemudian terbongkarlah macam-macam kalut-malut dalam industri pengangkutan awam, khasnya bas ekspres kita. Antara yang telah dibongkar sebelum ini ialah perihal sebuah syarikat bas ekspres yang telah beratus kali menerima kompaun, tetapi tidak dilangsaikan. Ada syarikat bas ekspres yang dikesan melakukan beratus kesalahan trafik, saman telah dikeluarkan tetapi pihak syarikat tidak mempedulikannya. Ada syarikat ekspres yang menggunakan pemandu yang telah disahkan sebagai penagih. Ada pemandu bas ekspres yang telah disenaraihitamkan tetapi masih memandu bas. Ada pemandu bas ekspres yang mengantuk sebab memandu berterusan lebih 16 jam. Malah, ada sekian ramai pemandu bas ekspres yang mengaku telah menjadi 'pelesit' jalan raya. Persoalannya: apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa, khasnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, untuk menghukum pesalah dan pelesit jalanan ini? Apakah syarikat ekspres yang menerima beratus kompaun dan saman itu sudah ditarik permitnya? Atau, apakah setelah bayaran kompaun dibuat, syarikat itu dikira telah bersih sehingga tidak ada sebarang tindakan susulan dilakukan? Sudahkan pihak berkuasa mengadakan pemeriksaan dan ujian menyeluruh ke atas pemandu bas ekspres untuk memastikan penagih dan orang gila tidak menjadi pemandu bas ekspres kita? Tindakan tegas – termasuk menarik permit, menggantung lesen – hendaklah dikenakan ke atas mana-mana syarikat ekspres yang melakukan kesalahan dan kecuaian. Mereka sebenarnya pembunuh secara tidak langsung. Mana boleh orang-orang ini dilepaskan begitu sahaja? Sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan orang ramai akan membuat berbagai andaian. Salah satu persepsi popular sekarang ialah sekiranya syarikat ekspres tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun berulang kali melakukan kesalahan, pasti ada 'orang besar' atau orang politik di belakang syarikat ekspres tersebut. Persepsi ini tidak semestinya betul, tetapi ia perlu diperbetulkan. Tidak kira orang biasa, orang kecil, orang besar, orang politik, kalau buat salah mereka patut dihukum. |
| Gempar..Hantu Lempar Besi Magnet Kerana Marah Posted: 13 Oct 2010 06:20 PM PDT Makhluk ghaib 'marah' tidak dapat larikan Siti BESUT – Misteri seorang gadis dikatakan sentiasa ghaib sejak dua bulan lalu semakin menggemparkan orang ramai apabila dia dibaling sekeping objek berupa besi magnet mengenai belakangnya di Kampung Gong Nangka, di sini, Ahad lalu. Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam ketika Siti Balkis Mohd Nor, 22, berada di ruang tamu rumah bersama anggota keluarganya, sebelum besi magnet di atas mesin jahit di ruang tamu rumah secara tiba-tiba melayang dari bahagian atas siling dan jatuh pada belakang gadis tersebut yang ketika itu ingin bangun untuk berbaring. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, apa yang mengejutkan besi itu kemudian jatuh di atas lantai dengan mengeluarkan bunyi kuat tidak setanding dengan saiznya yang kecil. "Susulan itu, Siti Balkis terus menangis kerana kesakitan dan memberitahu besi itu amat panas," katanya. Kejadian aneh tetapi benar itu turut disaksikan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Zaipah Hussein yang berada di dalam rumah berkenaan. Menurut Norizan, dia cuba membantu anaknya, namun tiba-tiba dia seperti dimasuki makhluk ghaib dalam badannya, sebelum makhluk berkenaan mengatakan tindakan itu disebabkan kerana marah tidak dapat melarikan Siti Balkis sejak dua hari lalu. "Aku tak takut apa-apa, aku tak takut ditembak dan aku tidak boleh bawa keluar dia (Siti Balkis) kerana orang ramai," itulah antara suara aneh yang keluar dari mulut Norizan ketika membantu merawat belakang anaknya yang turut dirakam wartawan Sinar Harian. Menurutnya, pelbagai kejadian aneh lain berlaku kelmarin seperti kunci rumah jiran yang berkunjung ke rumahnya turut ghaib dan ditemui di atas almari di dalam salah satu bilik tidur dalam rumah itu. "Bukan itu sahaja, petang kelmarin lampu suluh kepala yang berada di atas lantai di ruang tamu bergerak sendiri sejauh kira-kira satu meter ke arah tandas dan ia disaksikan semua orang yang berada di dalam rumah," katanya. Norizan berkata, dia percaya pelbagai kejadian aneh berlaku kelmarin disebabkan makhluk yang sering menyorok Siti Balkis terlalu marah kerana tidak dapat berbuat demikian. Katanya, kejadian ini memang aneh namun, orang yang tidak mengalami dan melihat sendiri memang sukar mempercayainya, tetapi yang pasti keluarga dan Siti Balkis begitu derita serta tertekan dengan kejadian aneh yang berlaku sejak lebih dua bulan lalu. Menurutnya, keadaan itu terkawal selepas Siti Balkis menjalani rawatan dengan tiga tokoh pengamal rawatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT) pada Ahad lalu dan sehingga malam kelmarin, anaknya tidak lagi ghaib seperti malam-malam sebelumnya. Bagaimanapun katanya, walaupun anaknya tidak lagi disorok dan dilarikan sejak dua malam lalu, kejadian yang dialami itu benar-benar menggemparkan. Norizan yang bersyukur dengan perkembangan itu berkata, setakat ini ada perubahan selepas menjalani rawatan dengan tiga ustaz itu dan dia berharap keadaan ini berterusan sampai bila-bila. "Keadaannya sekarang letih sedikit dan pada malam pertama selepas menjalani rawatan itu, dia mengadu badannya lenguh-lenguh dan terpaksa diurut," katanya. |
| PKR Tak Layak Bertanding Di PRK Batu Sapi Posted: 13 Oct 2010 05:27 PM PDT Setuju sangat dengan artikel kat bawah ini. Memang PKR tak layak bertanding di Batu Sapi. Baik serah pada DAP. Mereka dah terbukti di PRK SIbu. BATU SAPI : LALUAN PAKATAN RAKYAT LEBIH SUKAR JIKA PKR? Oleh : Azim Fitri Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan. Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31% Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung. PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008. Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding. Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi. Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai. Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama. Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya? KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2. ![]() PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, "PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir ", katanya. Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi. "Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua". Katanya. Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga, apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali. Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali. Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan. Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%. |
| Azmin Ali Paranoid Lagi Bila Khalid Ibrahim Mahu Bertanding Jawatan No. 2 Dalam PKR Posted: 13 Oct 2010 03:37 PM PDT Azmin janganlah buat-buat terkejut pula. Biarlah Tan Sri Khalid Ibrahim buat keputusan nak bertanding. Lagipun Tan Sri Khalid bukannya budak-budak tadika PERMATA Roswah. Tan Sri Khalid MB Selangor. Dia ada kekuatan sendiri. Kenapa Azmin takut sangat bayang-bayang Tan Sri Khalid. Takut MB Selangor dedahkan konspirasi Azmin nak jatuhkan dia ke?? Amin janganlah paranoid sangat. Tak tentu pasal melenting sana-sini bidas orang nak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dia ingat dia ni sacred cow ke ha. Sepatutnya biarkan ahli PKR memilih siapa yang dikehendaki mereka. Bukannya dicaturkan oleh Azmin Ali yang kononnya PKR adalah sinonim dengan dirinya. Apapun buat Azmin, semakin lama anda bersuara tunjukkan kebusukan anda, selagi itulah rakyat akan benci anda. Fokuslah parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa dulu, sebelum nak serang pemimpin yang memerintah seluruh Selangor. Kalau nak sangat jawatan Timbalan Presiden PKR dan nak jadi menteri kanan jika PR memerintah nanti, baik buat pemilihan dalam kelabu. Aku pilih kau, kau pilih aku..Tak payahlah libatkan semua ahli PKR. Azmin terkejut Khalid juga minat jawatan timbalan Naib presiden PKR Azmin Ali melahirkan rasa "terkejut" berhubung pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang beliau juga meminati jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang diintainya "Berdasarkan maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain termasuk kakitangan kanannya, beliau telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri. "Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam)," katanya. Azmin berkata atas "semangat keputusan" yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor. PKR kemudiannya melantik Azmin sebagai ketua di Selangor bagi menggantikan Khalid dalam usaha merapatkan jurang antara kedua-dua pemimpin berkenaan. Sebelum itu Khalid dibidas teruk oleh ahli-ahli parti termasuk daripada Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti. Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertandung untuk jawatan nombor dua parti bagi "mengimbangi pertandingan" yang telah bertukar menjadi "kotor" semasa penamaan calon sepanjang bulan lalu. Walaupun Khalid tidak menamakan seseiapa, namun dipercayai ia ditujukan kepada Azmin dan seorang lagi pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim - bukan menjadi rahsia lagi kedua-dua mereka saling 'menyerang' satu sama lain di media./Malaysiakini |
| Posted: 13 Oct 2010 02:15 PM PDT Terselamat walau kenderaan jatuh tingkat dua Gambar menunjukkan kenderaan Land Rover yang terbalik. GLENDALE, Los Angeles – Seorang warga emas berusia 83 tahun bernasib baik kerana masih terselamat selepas kenderaan Land Rover yang dipandunya terjatuh dari tingkat dua bangunan pangsapurinya di Glendale, Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam. Dia hanya cedera ringan walaupun kenderaan itu berpusing sebelum bumbungnya terhempas ke tanah pada Jumaat lalu. Pesara itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan USC, Los Angeles untuk dirawat. Insiden itu dikatakan berlaku kerana dia tersalah menekan pedal minyak yang disangkanya pedal brek menyebabkan Land Rover yang dipandunya merempuh dinding penghadang tempat letak kenderaan. - Agensi |
| Wanita Cina Paling Kaya...PERKOSE Akan Lancar Demontrasi Posted: 13 Oct 2010 11:09 AM PDT Ini mesti PERKOSE melenting bila baca fakta ini.. Wanita China terkaya di dunia BEIJING 12 Okt. - Lebih separuh daripada 20 wanita terkaya dengan usaha sendiri di dunia adalah rakyat China dengan purata jumlah kekayaan lebih tinggi daripada personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), Oprah Winfrey dan penulis novel popular, JK Rowling. Warga China menguasai senarai tiga teratas sebagai wanita terkaya di dunia, diketuai ahli perniagaan kitar semula, Zhang Yin yang mempunyai harta sebanyak AS$5.6 bilion (RM17.4 bilion), menurut laporan organisasi beribu pejabat di Shanghai, Hurun Report. Ia diikuti Wu Yajun dengan aset sebanyak AS$4.1 bilion (RM12.7 bilion) dan Chen Lihua AS$4 bilion (RM12.4 bilion). Daripada 20 wanita terkaya di dunia yang berjaya atas usaha sendiri itu, seramai 11 daripadanya adalah warga China dengan purata kekayaan AS$2.3 bilion (RM7.2 bilion), menurut laporan itu lagi. JK Rowling yang merupakan penulis novel popular Harry Potter berada di tangga terbawah senarai itu dengan aset sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion). "Tidak ada mana-mana negara mampu menyaingi China yang berjaya melahirkan ramai wanita kaya atas usaha sendiri," kata Rupert Hoogewerf, pengasas dan pengumpul senarai kekayaan Hurun Report. Senarai berkenaan turut menyenaraikan tiga bilionair dari AS, tiga dari Britain dan seorang dari Itali, Rusia serta Sepanyol. Wanita terkaya bukan warga China dalam senarai itu ialah pemilik gedung pakaian Zara, Rosalia Mera dari Sepanyol dengan kekayaan dikatakan berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.88 bilion). Hoogewerf berkata, faktor kejayaan wanita-wanita China itu kerana dasar satu anak yang diperkenalkan kerajaan selain kebanyakan anak- anak kecil dijaga oleh datuk dan nenek, memudahkan mereka membangunkan empayar perniagaan masing-masing. "Ini merupakan perbezaan yang besar," katanya dengan menambah, penerimaan China yang membenarkan wanita bekerja jauh dari rumah merupakan antara faktor lain. Individu terkaya di China ialah pengasas syarikat pengeluar minuman ringan Wahaha, Zong Qinghou yang mempunyai kekayaan berjumlah AS$12 bilion (RM37.3 bilion), lapor Hurun Report. - AFP |
| Macam2 Zaman Najib : Mati Tersujud Akibat Ditembak Perompak Posted: 13 Oct 2010 10:03 AM PDT Ajal keadaan bersujud HULU SELANGOR: "Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa," kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin. Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur. Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ. Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya. "Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu. "Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam. Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu. Isteri mangsa yang sukar menerima berita itu masih trauma dan pengsan beberapa kali ketika menatap jenazah suaminya sebelum dikebumikan semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek mengumpil pintu belakang rumah mangsa. Katanya, seorang penjenayah menggunakan pistol menembak tepat bahagian dada kiri mangsa sebelum dia rebah dan mati di tempat kejadian. "Penjenayah bagaimanapun, gagal melarikan harta benda dan wang setelah melepaskan satu das tembakan kepada mangsa," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), jam 12 tengah malam semalam untuk dibedah siasat. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keliang, jam 2.30 petang semalam. Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Selangor, S Yogendran dan Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Anwar Ridhawi Abd Rahim yang melawat keluarga mangsa petang semalam turut menyampaikan sumbangan. |
| Rosmah Memang Tahap kurang Ajar..Masih Dakwa Dia Wanita Pertama Malaysia Posted: 13 Oct 2010 08:49 AM PDT Rosmah kurang ajar macam Ibrahim Ali. Tengoklah permainan politik si Roswah ini. Diuar-uarkannya kat dunia bahawa dia adalah The First Ladies of Malaysia. Kalau tak percaya, tengoklah kat website sidang kemuncak First Ladies yang diketuai oleh wanita perasan, romah mansor. Kalau nak tengok. Boleh tengok di (sini) Bahkan dalam video sidang kemuncak ini, si roswah tak segan silu pakai nama Wanita Pertama Malaysia Nasib baik ada orang beritahu maklumat sebenar tentangf roswah ini di dalam wikipedia.. There is no such thing as 'The First Lady of Malaysia' It is merely an unofficial title given to the wife of the Prime Minister of Malaysia following the style of the United States where the wife of the President of the United States is known as the First Lady of the United States. However, while the President of the United States is the Head of State of the United States, the Prime Minister of Malaysia is not the Head of State of Malaysia. According to Article 32 of the Constitution of Malaysia, the Supreme Head of the Federation, is the Yang di-Pertuan Agong, who shall take precedence over all persons in the Federation and that the Consort of the Yang di-Pertuan Agong is to be called the Raja Permaisuri Agong who shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation. The title First Lady does not exist in Malaysia as Malaysia is not a Republic. The same applies in Canada where the wife of the Prime Minister is simply the wife of the Prime Minister and not the First Lady of Canada. That singular privilege belongs to HM The Queen. The current "wife of the Prime Minister" is Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, whom married to Dato' Seri Najib Tun Razak. |
| Apa Masalahnya Kalau Saya Kentut Sekalipun Dalam Parlimen - Katak Hijau Posted: 13 Oct 2010 08:10 AM PDT Kah..kah Ibrahim Ali..nak menipu agak-agaklah. Kaki kebas tak boleh berdiri. Kat Parlimen bukannya takde meja.. kan di hadapannya ada meja. Berpautlah kalau kaki sakit. Pastu tengah kaki ketar lagi, boleh jawab telefon dengan kuat. Kata kebas, tapi jawab telefon bolehlah pulak..dia sebenarnya nak tunjuk jaguh, kononnya gila melayu. Jangan langsung ikut kaum bukan melayu, hatta tengah tefakur sekalipun Menipu betullah. Patutlah Sultan Kelantan tarik gelaran 'datuk' daripada katak ini. Sebab tak bermoral. Pastu bila orang timbulkan isu ini, katanya ia isu kecil. Ala yang ngko tu timbulkan isu kecil takpe. Memang dasar kataklah. Dan yang paling kelakarnya, ada ke dia kata dia bukannya kentut masa tafakur..kah..kah...kalau ngko kentut wahai Ibrahim Ali, tentulah akan kuat bunyinya. Baunya??? Nak muntah katak hijau kalau ahli parlimen tercium. Apapun buat Ibrahim Katak, ngko bolehlah berbangga kononya gelaran Datuk masih ada. Tapi sebenarnya ngko dah malu sebenanya. Macam kena buang negeri pun ada. Kalau nak masuk Kelantan, mesti title datuk tak boleh dipanggil. Apa nak dibanggakan dengan gelaran Datuk dari Melaka. Shah Rukh Khan pun dapat. Ibrahim..Ibrahim.bilalah ngko nak bertukar jadi berudu kembalia Ibrahim Ali gagal tafakur kerana kaki kebas... Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa beliau lambat berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah kerana kakinya kebas akibat penyakit kencing manisnya. Beliau yang juga adalah presiden PERKASA berkata rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki. "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur." Menurut Ibrahim, beliau terbuka untuk dikritik tetapi ia seharusnya membabitkan isu yang besar dan penting dan bukannya perkara remeh. "Apa masalahnya? Jika betul, ini satu isu, maka jika saya kentut pun menjadi satu masalah. "Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa ataupun meliwat, maka seranglah saya. "Jika awak dapati saya melakukan kesilapan yang mempunyai implikasi besatr, maka anda boleh serang saya," katanya dengan nada berang. Ibrahim sehubungan itu menafikan dakwaan bahawa beliau tidak menghormati mendiang Chong dan berkata pihak pembangkang hanya mencari alasan bagi membidasnya. "Tak apalah, jika mereka nak cari pasal. Mereka tak ada punching bag, jadi saya rasa seronok juga...lebih ramai yang serang saya, saya bertambah kuat," katanya sinis.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim meramalkan pilihan raya ke-13 yang akan datang adalah yang terakhir PKR akan bertanding. "Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu," katanya di lobi parlimen hari ini. Ibrahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri. "Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk," katanya. |
| Haritu Sayfoool, Harini Si Rashid Pula Kena 'Liwat' Posted: 13 Oct 2010 07:26 AM PDT Apalah UMNO ni..takde isu lain ke nak serang Anwar. Asyik-asyik isu liwat. Tahulah masuk pen dalam ..tuuut.. pun akan dikatakan liwat. Calit air mana dengan kapas ke dalam ..tuut.. pun dikatakan liwat..ini semua kerja bangang UMNO nih Terbaru ada seorang lagi budak kopi Anwar kata ia menjadi mangsa rogol secara liwat oleh Datuk Seri Anwar. Ini kisahnya.. Seorang lagi telah membuat laporan Polis dan mengaku bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, berikut laporan dari blog pro-kerajaan Selangordaily.com sebagai peluru untuk PRK dua kawasan iaitu Galas dan Batu Sapi bagi membedil jentera Pakatan Rakyat. Biasalah nak pancing undi. Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim. Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam. Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh. Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar. Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam. Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat. Kami akan berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut. |
| PKR Ranting Lepar Utara Rupanya Belum Bubar Posted: 13 Oct 2010 06:11 AM PDT PKR Ranting Lepar Utara Belum Bubar - Pengerusi PKR Pahang KUANTAN, 13 Okt (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang pada Rabu menafikan bahawa PKR ranting Lepar Utara dekat sini telah dibubarkan berikutan 215 anggotanya semalam menyertai UMNO. Pengerusi PKR Pahang Datuk Mohd Fauzi Abdul Rahman berkata ranting tersebut tidak dibubarkan kerana masih terdapat 103 lagi anggota yang berdaftar dalam ranting itu. "Saya menafikan dakwaan kononnya PKR ranting Lepar Utara dibubarkan kerana masih lagi terdapat ahli PKR di situ yang mendaftar," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu. Pada Selasa, 215 anggota ranting itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO Paya Besar. Penyerahan borang keanggotaan UMNO itu disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan Abdul Rahim Darus yang berkata mereka memutuskan untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi. Mohd Fauzi juga mencabar UMNO Bahagian Paya Besar menunjukkan senarai nama 215 anggota PKR yang dikatakan menyertai UMNO. Katanya PKR Paya Besar kini mempunyai lebih 2,000 anggota dan mempunyai 18 ranting di kawasan Felda. |
| Alfatihah Buat Penyokong Bola Sepak Negeri Tok Guru Posted: 12 Oct 2010 11:17 PM PDT Memang semangat bola betul. Takpe la mati kat Stadium, bukannya mati kat dalam disko atau rumah urut. Al-Fatihah buat arwah Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola
Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas. Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu. "Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam. "Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan. Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta. Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium. "Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya. Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium. |
| Macam2 Zaman Najib : Diperkose Lepas Solat Isya' Posted: 12 Oct 2010 10:00 PM PDT Dinoda selepas solat Isyak KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin. Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran. Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.
"Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat," katanya. Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja. Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan. "Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil. "Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek," katanya. Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya. "Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis," katanya. |
| Siapa First Lady Of Malaysia Yang Sebenar Posted: 12 Oct 2010 09:00 PM PDT Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini ada suara sumbangyang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu. Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Insititusi Di-Raja Malaysiabukanlah satu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana Yang Di Pertuan Agong di lantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri tetapi Yang Di Pertuan Agong yang melampui mainan politik. Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia. - Merdeka Review |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan