Rabu, 13 Oktober 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Keluar dari kubur ....?

Posted: 13 Oct 2010 08:19 AM PDT

Simpatilah pada Mamat ni ... Kesiaaannnn dia ...?

Posted: 13 Oct 2010 06:00 AM PDT

Simpatilah pada mamat ni.
Dia hanya nama saja perkasa. Pangkat
`Datuk' dah tak ada. `Kencing manis`
ajer yang tinggal. Biasanya, kembar
kencis manis ialah `darah tinggi`.

Di sini.

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, ....

Posted: 13 Oct 2010 05:01 AM PDT

"BINTULU 13 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam."

Sepenuhnya di sini.

Apa maksud `kedudukan aneh` ni ...?

Posted: 13 Oct 2010 03:10 AM PDT

"'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya."

Sepenuhnya di sini.

Katak PreBumi Papua New Guinea ...?

Posted: 13 Oct 2010 12:24 AM PDT

Senarai katak-katak asli
Papua New Guinea
di sini.

Kah kah kaahhh ... Hancuzs ...?

Terkini: Sultan Kelantan Murka ...

Posted: 12 Oct 2010 08:45 PM PDT

"Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, the Star Online juga melaporkan gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim wan Daud juga ditarik balik."

Sumber di sini.

Ewaahhh, sedondon ... Mmmmuah ...

Posted: 12 Oct 2010 08:14 PM PDT

Ewaahhh, sedondon ...
Mmmmuah ...

Rembat gambar dari sini.
Blogger marah di sini.

Niat Nik Aziz Ke Makkah Termakbul Tahun Ini

Posted: 12 Oct 2010 07:03 PM PDT

"SHAH ALAM 13 Okt - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka bakal menunaikan rukun Islam kelima tahun ini selepas hasrat beliau terhalang akibat angkara fitnah Umno-Barisan Nasional yang mempolitikkan rancangannya berangkat ke Makkah tahun lepas.

Menurut sumber, beliau akan berangkat ke Tanah Suci bersama-sama Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang akan turut sama menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Nik Abdul Aziz dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan di mana tarikhnya masih belum ditetapkan.

Menurut maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur, jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Salah seorang kakitangan Tabung Haji memberitahu tarikh pemergian itu adalah sekitar 9 atau 10 November.

Ini bermakna, beliau akan berangkat ke Tanah Suci itu selepas selesainya Pilihan Raya Kecil N45 Galas pada 4 November depan."

Sumber di sini.

Sejuuuk mata memandang ...?

Posted: 12 Oct 2010 03:11 PM PDT

Sejuuuk mata memandang ...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.