D'Perbatasan |
- Politik JUBUR untuk menabur dendam
- MUKA DEPAN AKHBAR FITNAH
- Saya umum jawatan sesuai dalam waktu terdekat, kata Nurul
- Din Binjai Nafi Rahimi Diugut Tandatangani Akuan Bersumpah
- Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan?
- Bajet 2011 : Juak Pembodek Akan Bersorak Lagi
- Jom bersama XPDC Dakwah Konsert Adam Lambert
- Dalam Malaysia Macam-Macam Ada
- Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'
- Siap Sedia Untuk Hadapi Pilihan Raya Mengejut
- 'Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan'
- Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara
- "UMNO Datuk Azhar, minta maaf atau kena saman fitnah"
- Batu Sapi Kita Lawan Tetap Lawan
| Politik JUBUR untuk menabur dendam Posted: 14 Oct 2010 07:05 PM PDT Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas. Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya. Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa. Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi... |
| Posted: 14 Oct 2010 07:04 PM PDT Lihatlah isu yang dimainkan oleh akhbar utusan...Inilah fitnah terbesar yang sedang dimainkan menjelang pilihanraya. Selain memansuhkan GST , untuk sementara waktu, kini serangan akan tertumpu kepada DSAI, dan juga perbicaraan ini akan berlangsung sehinga pilihanraya. Seba itulah , perbicaraan ini tidak dilangsungkan berterusan dan di tunda ke beberapa mingu sehinga menjelang pilihanraya umum. |
| Saya umum jawatan sesuai dalam waktu terdekat, kata Nurul Posted: 14 Oct 2010 07:03 PM PDT Walaupun sudah mempunyai kelayakan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih menunggu "masa yang sesuai" untuk mengumumkan pendirian rasminya. Anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menegaskan beliau hanya akan menawarkan diri untuk jawatan yang sesuai sahaja."Saya komited pada dasar-dasar perjuangan parti dan akan menawarkan diri untuk jawatan yang paling sesuai dalam masa terdekat. "Sila nantikan sidang media saya dalam masa sehari dua ini. Tiada komen selanjutnya," kata Nurul Izzah menerusi khidmtan pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah. "Dalam mesyuarat Biro Politik parti, kita menetapkan untuk menerima pencalonan daripada enam cabang parti yang menghantar senarai pencalonan Majlis Pimpinan Pusat selepas 10 Oktober. "Cabang tersebut termasuk Semporna, Setiawangsa, Titiwangsa, Selangau, Segambut dan Beluran. Dari enam cabang tersebut, Semporna mencalonkan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan timbalan presiden. "Dengan ini Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi. Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dari cabang Keningau. Nurul Izzah sebelum ini dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti. Calon yang layak untuk bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu menyerahkan borang pencalonan pada 16 Oktober ini. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. Anwar menyerahkan kepada Nurul Izzah membuat keputusan. |
| Din Binjai Nafi Rahimi Diugut Tandatangani Akuan Bersumpah Posted: 14 Oct 2010 06:58 PM PDT Exco Pemuda Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Amizuddin Ahmat aka Din Binjai menafikan dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Rahimi Osman bahawa beliau dipaksa dan diugut semasa membuat akuan sumpah berhubung kes fitnah 2 terhadap Anwar. Pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tengahri tadi, Amizuddin menjelaskan pada ketika itu, beliau bersama-sama dua individu lagi iaitu bekas pemandu Rahimi, Dzulimran Mohd Nasar dan Dzulkifli Ibrahim yang juga merupakan Exco Pemuda AMK menemani Rahimi ke Quality Hotel di Shah Alam pada malam 28 Jun 2008."Kami bersama-sama Rahimi pada setiap masa dan beliau bebas bergerak ke mana sahaja, membuat panggilan telefon dan beliau juga bebas berjumpa dengan sesiapa sahaja. "Pada malam 29 Jun 2008 pula, Rahimi mengajak kami menonton perlawanan bola sepak 'Final Euro Cup' menaiki keretanya di Seri Pentas, Damansara. "Selepas itu, kami juga pergi minum di satu kedai mamak sebelum pulang ke hotel, kami bersama Rahimi daripada 28 Jun sehingga 1 Julai 2008," jelas beliau dalam sidang media tersebut. Malah katanya lagi, Rahimi juga memperkenalkan ahli keluarganya ketika berada di hotel tersebut. Sementara itu, peguam, N Surendran berkata dakwaan Rahimi bahawa beliau telah dipaksa merupakan satu tuduhan yang sangat serius. "Keterangan ketiga-tiga saksi ini adalah bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh Rahimi. Ini bermakna, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah tidak benar. "Apa yang menghairankan, mengapa Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar akuan sumpah yang beliau buat dahulu," soal beliau. Ketua Penerangan KEADILAN yang juga merupakan peguam yang mewakili Rahimi semasa itu, Latheefa Koya sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada paksaan dan ugutan ketika menyediakan akuan sumpah tersebut. Menurut Latheefa, bagi dua akuan sumpah seorang lagi bekas pembantu Anwar, Rasid yang turut menukar akuan sumpahnya semalam telah disediakan oleh peguam beliau, Saiful Izham Ramli manakala akuan sumpah yang kedua telah disediakan oleh beliau sendiri. rasid"Untuk akuan sumpah yang pertama ianya telah disaksikan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang merupakan Pesuruhjaya Sumpah pada ketika itu. "Ketika disoal oleh pihak polis, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa Choo Keong menjadi Pesuruhjaya Sumpah kepada akuan sumpah yang pertama manakala akuan sumpah yang kedua pula oleh peguam, S Selvarajah. "Choo Keong harus memberikan penjelasan mengapa beliau secara melulu menyalahkan saya dan mengatakan sesuatu yang tidak kena dengan akuan sumpah tersebut, adakah beliau terlibat seperti yang didakwa Rahimi?," soal Latheefa. Dalam pada itu, Surendran turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Rahimi dan Rasid (Rosdi)yang secara jelas telah melanggar undang-undang di bawah seksen 199 kanun keseksaan, di mana mereka telah membuat akuan sumpah palsu. Semalam Rasid Rosdi, seorang lagi bekas pembantu Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan. Rasid berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya. |
| Mana Senarai Nama Warga Emas Dan Wang Yang Dikembalikan? Posted: 14 Oct 2010 06:57 PM PDT Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, menggesa Umno Pulau Pinang supaya segera mengemukakan bukti tentang dakwaan mereka bahawa sebahagian besar warga emas menolak sumbangan wang penghargaan sebanyak RM100 sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.Menurutnya, jika sebelum ini Umno menjadikan warga emas sebagai alat untuk memperdayakan mereka bagi mendapat sokongan yang hilang terhadap mereka, maka adalah lebih baik bagi Umno mengemukakan bukti segera supaya tidak dilihat sebagai membohongi warga emas yang tidak bersalah. "Sila kemukakan kepada kerajaan negeri dengan tepat butir-butir peribadi penerima serta surat akuan yang ditandatangani oleh warga emas sendiri membuktikan mereka sememangnya melakukannya dengan ikhlas untuk menarik diri dari menjadi penerima sumbangan tersebut. "Sebaik saja kita menerima butir-butir yang telah sahih itu, maka nama mereka yang telah dikenal pasti akan dipotong dari senarai penerima. Kita tidak mahu maklumat yang diberikan tidak benar serta tidak langsung terdapat nama mereka dalam sistem yang direkodkan sebelum ini," ujarnya ketika mengulas tindakan sebahagian besar warga emas yang menunjukkan sokongan terhadap kerajaan negeri di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth, kelmarin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungei Puyu berkata, sepatutnya Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang hadir dalam sidang Dun yang lalu menjelaskan perkara yang benar kepada warga emas. Namun begitu berlaku sebaliknya, apabila Azhar yang mengetahui mengenai peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan dalam sidang Dun itu tidak menyatakan kebenaran tersebut. "Sekiranya perkara yang sememangnya benar beliau ketahui dalam sidang Dun sendiri tidak dapat beliau nyatakan kebenarannya, maka bagaimana kita hendak mengharapkan beliau dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada masyarakat yang diwakili oleh beliau," tegasnya lagi. |
| Bajet 2011 : Juak Pembodek Akan Bersorak Lagi Posted: 14 Oct 2010 07:22 AM PDT Media sedang 'berpesta'apa yang akan berlaku Jumaat ini. Pembaca juga sedang menanti-nanti apa yang akan dibacakan oleh Menteri Kewangan mengenai Bajet 2011.Apa yang pasti juak UMNO akan 'kebulur' bercerita dengan wartawan untuk mengulas mengenai Bajet 2011. Juak ini akan menyokong dan menyatakan ini Bajet 2011 untuk rakyat. Dimanakah kebenarannya ? Pencatat ingin mengimbau kemabali Bajet 2010 yang dibacakan Oktober tahun lepas. Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan gagal melaksanakan Bajet tersebut. Keperihatian kepada rakyat adalah omong-omongan sahaja. Peratusan kepada rakyat miskin masih ditahap lama. Angka-angka ratusan juta dan billion hanya menyedapkan telinga sahaja. Rumah kos rendah masih banyak yang terbangkalai dan rumah yang ingin dibina entah dimana. Harga barang keperluan am tidak dapat dikawal dan rasuah dikalangan penjawat awan kelihatan tidak menurun malah bertambah. Maka esok Najib Razak akan mengumumkan mungkin penurunan beberapa harga atau cukai untuk disorak oleh juak UMNO. Disebut juga angka kenaikkan peratusan yang melibatkan 'chart index' ekonomi. Dalam masa yang sama kini kerajaan terkapai-kapai menentukan tanda aras kecapaian negara. Kini DUN sarawak yang sukar untuk ditentukan tarikh pembubaran menunjukkan kerajaan BN dalam keadaan sangat tertekan. Agak malang Pilihanraya Kecil DUN Galas, pemimpin utama UMNO-BN sudah cabut lari. Menjadi sejarah PRK dilantik Ketua Bahagian Gua Musang menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil. Ia jelas Perdana Menteri dan Timbalan sudah kecut perut. Mengibas Bajet 2011, pencatat membayangkan ahli ekonomi, penganalisis dan marhaen akan mengeleng kepala tanda BN-UMNO akan perbodohkan seluruh rakyat Malaysia. Mungkin pembaca tersenyum komentar pencatat ini. Kita dengar Jumaat teks itu dibaca dan bacalah Utusan Malaysia hari Sabtu. Pembodek bermaharajalela dan TV3 bermegah-megah. Dari Detikdaily |
| Jom bersama XPDC Dakwah Konsert Adam Lambert Posted: 14 Oct 2010 07:20 AM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang tetap berdegil dan mahu meneruskan Konsert Adam Lambert yang akan dijadualkan berlangsung di di Stadium Putra Bukit Jalil khamis ini. Konsert sulung yang diberi nama 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010′ akan tetap diteruskan atas alasan mereka harus mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh PUSPAL. Ketua Penolong Setiausaha PUSPAL, Mohd. Dian Nais berkata antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan.Ternyata kerajaan UMNO/BN tidak peka dengan bantahan demi bantahan yang telah dikemukakan dengan memandang remeh akan hal-hal yang berkaitan dengan masalah sosial serta tidak mengambil kira pandangan rakyat terutamanya diperingkat marhaen agar konsert ini dihentikan atas dasar penyanyi tersebut yang sememangnya jelas mengaku beliau seorang gay. Bagaimana ini boleh menjadikan kerajaan 'membutakan mata dan memekakkan telinga' atas segala rayuan dan permintaan agar konsert ini dihentikan demi memelihara sensitiviti masyarakat yang rata-rata penduduk Malaysia majoritinya beragama Islam. Mengapa didalam hal ini tidak mahu merujuk kepada mereka yang mahir hukum hakam agama? Bukankah ramai tokoh-tokoh dan mufti-mufti kerajaan negeri yang boleh dibuat rujukan? Atas dasar apa PUSPAL melihat ke'harusan'nya konsert ini mesti diadakan? Apa jaminannya yang rakyat tidak akan terpegaruh dengan budaya gay yang pastinya akan dipertontonkan sebagai salah satu gimik konsert. Sedangkan dalam masa yang sama, satu lagi konsert oleh artis yang mengajak manusia kembali kepada jalan Allah swt iaitu Maher Zain yang akan berlangsung di Dewan MBSA tidak pula digembar-gemburkan dan sepi daripada pandangan media. Jelas kerajaan UMNO/BN hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan bukannya mahu mendidik rakyat kearah menjadi manusia yang tinggi nilai peradabannya. Sebaliknya berusaha menjadikan rakyat 'buta dan tuli' terhadap kepincangan pentadbiran negara, masalah sosial dan kerosakan akhlak yang semakin parah dengan hanya memberikan hiburan semata-mata. Atas kedegilan pihak kerajaan yang tetap mahu meneruskan konsert tersebut, DPPWP akan bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP ) dalam menganjurkan XPDC Dakwah 'Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert' secara besar-besaran pada 14 Okt ini bermula jam 8.00 malam bertempat dimana konsert itu akan berlangsung. DPPP akan mengerakkan pemuda di seluruh negara termasuk NGO-NGO dan pelajar universiti supaya turun bersama kepimpinan DPPP , DPPWP dan PAS Pusat untuk membantah penganjuran konsert tersebut. Oleh itu DPPWP menyeru kepada semua agar dapat turun bersama-sama Pemuda PAS mencegah mungkar. Dari pemudawilayah |
| Dalam Malaysia Macam-Macam Ada Posted: 14 Oct 2010 07:13 AM PDT Macam-macam ada di rangkaian satelit Astro milik T. Ananda Krishnan. Tapi dalam satu Malaysia kita ini, lebih banyak macam-macam daripada dalam Astro. *Kita ada peguam dituduh bunuh peguam dan bila dibicarakan tentulah dibela oleh peguam. Sebab itulah kita kena ada banyak peguam. Meminjam ungkapan Inggeris "hold your horses". Jangan tunggang lagi kuda anda atau jangan pipiskan lada kerana melihat burung di langir. Silap-silap hari bukan kena buang kes. Maklumlah bila peguam dituduh bunuh peguam dan dibela pula oleh ramai peguam, macam-macam isu teknikal akan dibangkitkan. Seperti kita sudah bincang sebelum ini, banyak kes berat dan sensasi, termasuk bunuh dan rasuah, dibuang kes kerana penyiasatan dan pendakwaan haprak. *Kemudian kita ada flip-flop. Rasa-rasanya tidak ada satu istilah yang serupa dalam bahasa Melayu. Contohnya cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Sekejap kata tetap akan dilaksanakan datanglah hujan atau ribut. Jadi para penganalisis dan ekonomis pun puji dan puja kata GST bagus dan kerajaan berani hadapi realiti. Dok tak dok, kata orang Utara, hujan turun dan GST pun ditangguhkan, kononnya demi keterangkuman terpaksa berunding dulu dengan rakyat jelata. Alhamdulillah, eloklah kalau rakyat jelata didahulukan dan pencapaian ditangguhkan sebentar. Tak guna capai hasil kerajaan yang lebih besar kalau rakyat berasa tidak didahulukan, apatah lagi pada saat-saat dua pilihan raya kecil akan diadakan dan pilihan raya negeri Sarawak mungkin tidak lama lagi. Kalau tidak dahulukan rakyat, boleh bungkus. Jadi menteri yang banyak cakap mengenai GST iaitu Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, sudahlah "terbotol". Dalam lingo jalanan Utara, terbotol atau terbotoi bermaksud tertipu atau menderita malu. Macamlah bila Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek, "pertahan" pengeluaran lesen judi bola sepak kepada Vincent Tan. Dok tak dok, flip dan flop cadangan itu dibatalkan. Terbotoilah dia. *Kemudian berita mengenai perniagaan saham Plus di Bursa Malaysia digantung. Ada yang berkata kerana cadangan pembelian UEM oleh MMC Berhad (kawalan Bumiputera). Plus adalah milik UEM (GLC). Ada yang meramalkan kerana tawaran Asas Serba Sdn Bhd (Bumiputera) membeli semua konsesi lebuh raya di negara ini, termasuk Plus. Tapi yang nampaknya paling berkredibiliti adalah khabar bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) telah diarah supaya membeli Plus agar dengan itu "terbagtallah" cadangan MMC dan Asas Serba. Kemudian bertiup khabar angin mengatakan Halim Saad, bekas pemilik UEM, akan saman Khazanah kerana ambil alih syarikatnya pada tahun 2001 tetapi tidak bayar apa yang dijanjikan. Dalam temu ramah dengan New Straits Times baru-baru ini, Halim mendakwa yang membuat arahan dan keputusan adalah Nor Mohamed Yakcop yang waktu itu penasihat ekonomi Perdana Menteri. *S. Samy Vellu, presiden MIC selama lebih 30 tahun berkata dia tidak menyesal meletakkan jawatan Januari ini. Apa yang hendak disesalkan? Dia sendiri kalah teruk di Sungai Siput dan MIC hampir-hampir terpelanting daripada Parlimen dan DUN. Yang akan menyesal adalah ahli MIC, orang keturunan India dan penyokong Barisan Nasional jika Samy Vellu tiba-tiba ubah fikiran. Jadi Mohd Najib Abdul Razak sebagai pengerusi Barisan Nasional wajib pastikan Samy Vellu tidak flip-flop. *Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak Anwar Ibrahin, Nurul Izzah Anwar, daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Menurut Malaysian Insider, berdasarkan maklumat terbaru, Nurul Izzah boleh bertanding selepas Biro Politik mengiktiraf pencalonan lewat dari bahagian Semporna. Nurul Izzah dapat pencalonan minimum dua bahagian. Daripada laporan media, yang boleh bertanding adalah Nurul Izzah, Mohd Azmin Ali, Abdul Khalid Ibrahim dan Mohd Zaid Ibrahim. Zaid kata kalau Nurul Izzah bertanding, dia tarik diri. Tapi kita kena tunggu takut-takut ada yang flip-flop. *Pada 13 Okt. Istana Kelantan tarik balik anugerah yang membawa gelaran "Datuk" daripada presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Ibrahim kata panggillah dia Sudara Ibrahim. Maka saya ucapkan salam dan selamat maju jaya kepada Saudara Ibrahim aka Tok Him. Tiada ada masalah, sekarang ni semua orang datuk. Saya sah jadi datuk sebab dah ada empat orang cucu. Saya tabik Tok Him. Pada tahun 1977 penunjuk perasaan Tok Him baling batu dan lumpur ke dalam kompleks DUN Kelantan. Habis kot baru saya ihsan akhbar Buisness Times Times kena lumpur. Saudara Rejal Arbee pun kena juga. Tak lama lepas itu, kerajaan BN (Pas, Berjasa, Umno dan MCA) Kelantan jatuh dan diganti oleh kerajaan DOG – director of government dengan Tengku Razaleigh sebagai penggerak utama. Dia memperkenalkan Kelantan Development Plan yang membawa banyak kemajuan kepada negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Pada tahun 1978, BN tawan Kelantan secara rasmi. Tapi pada tahun 1990, Pas tawan balik Kelantan dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. Sekarang Umno beri tanggungjawab menggalas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kepada Ku Li. Ada pemerhati berkata, Ku Li adalah harapan terbaik BN takluk semula Kelantan. Tapi ada juga yang kata, kalau Ku Li boleh merampas Galas daripada Pas pun sudah cukup baik. Kata mereka, dalam PRU lalu, Ku Li tidak mendapat undi yang mencukupi dari kerusi Galas. *Sultan Johor derma kereta dan motosikal berkuasa tinggi kepada PDRM. Junjung kasih Tuanku. Tapi adakah PDRM mampu membelanjakan lebih banyak duit membeli minyak dan menyelenggarakan kereta dan motosikal yang mahal itu? Ada macam-macam lagi. Tapi buat kali ini, cukuplah setakat ini dulu. Harap-harap apa yang kita baca dan bahas akan beri sedikit penetrasi maklumat dan ilmu kepada benak kita. Oleh A Kadir Jasin |
| Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar' Posted: 14 Oct 2010 06:54 AM PDT Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar. Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara. Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat. Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu. Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku. Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim. Oleh cheguBard |
| Siap Sedia Untuk Hadapi Pilihan Raya Mengejut Posted: 14 Oct 2010 03:51 AM PDT Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda "utama" bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ![]() Semalam kerajaan mengumumkan penundaan perlaksanaan GST yang dilihat usaha kerajaan pimpinan Najib Razak untuk mengumpulkan sokongan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang kalah teruk dalam PRU ke-12 lepas. "Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dari Tv Selangor |
| 'Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan' Posted: 14 Oct 2010 03:46 AM PDT Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membongkar penyalahgunaan kuasa Umno-BN berhubung pembinaan Istana Negara yang menelan belanja RM650 juta oleh Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd yang dikendalikan bekas bendahari Umno, Datuk Hj. Man bin Mat yang juga Adun Merbok.Anwar berkata demikian dalam sidang medianya di Lobi Parlimen. Menurut Anwar, syarikat tersebut dianugerahkan kontrak pembinaan pada Oktober 2007 sebelum ianya didaftarkan pada Ogos 2008. Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007. "Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok," kata Anwar. Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib." |
| Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara Posted: 14 Oct 2010 12:54 AM PDT PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat. "Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. "Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13," katanya. Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012. Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat. Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen. Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku 'miracle' seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar. Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan 'persepsi baik' terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum. Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya. Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan. Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan. Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya. Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN. Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan. Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat. Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN. Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk 'deliver' kepada kaum yang mereka wakili. Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka. Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili. Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi. Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya. Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat. Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat? Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh. Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato' Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden. Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato' Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan. Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib. Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan. Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN. |
| "UMNO Datuk Azhar, minta maaf atau kena saman fitnah" Posted: 14 Oct 2010 12:53 AM PDT Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kesemua warga emas. Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu. Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas. Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Ketua parti Keadilan, PAS dan DAP juga turut hadir bersama. |
| Batu Sapi Kita Lawan Tetap Lawan Posted: 14 Oct 2010 12:51 AM PDT SEKALIPUN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) belum meniupkan semboyan untuk dua Pakatan politik bertembung di parlimen Batu Sapi yang baru kehilangan ahli parlimennya, mendiang Datuk Edmund Chong, parti-parti dan calon-calon yang akan bertanding telah menyiapkan diri untuk turun ke gelanggang dengan misi dan visi masing-masing.Apa pun pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin juga akan muncul SAPP dan calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini bakal mewujudkan suasana baru dalam landskap politik Sabah. Kalah atau menang Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi bakal mencorakkan masa depan Barisan Nasional di Sabah dan juga Malaysia amnya. Selama ini, Sabah menjadi simpanan tetap Barisan Nasional untuk ampuh bertahan di puncak kuasa. Kali ini, laluan yang dilalui oleh mendiang Datuk Edmund Chong yang menang percuma pada pilihanraya 2004 dan hanya berdepan dengan calon bebas setelah calon PKR gagal hadir dalam masa yang ditentukan pada pilihanraya ke 12 mac 2008 pastinya tidak akan berulang. Menang percuma dan berdepan calon bebas menyebabkan Barisan Nasional sukar meramalkan peluang sebenar mereka. Sekalipun mendapat sokongan hampir 70% undi di kawasan Melayu tetapi kalah di kawasan Cina. Cuma, apa akan jadi kepada Barisan Nasional yang pastinya akan menurunkan calon daripada PBS yang tidak muslim untuk berhadapan dengan calon Muslim daripada Pakatan Rakyat, di kawasan yang lebih 60% beragama Islam? Sedangkan dalam masa yang sama Barisan Nasional ditolak oleh pengundi Cina? Pengundi Batu Sapi, pastinya tidak lagi mahu kepada wakil rakyat yang menjaga mereka secara Pemerhatian Jarak Jauh (PJJ). Pilihanraya kecil sebegini akan membuka mata hati mereka betapa besarnya nilai undi mereka. Kalau sebelum ini, undi mereka boleh ditukar dengan RM100-RM200 atau zink dan sebagainya. Kali ini pastinya tidak. Keadaan ini bakal menyukarkan BN. Sebagai parlimen pertama di Sabah dan kedua di Borneo yang berlakunya, pilihanraya kecil selepas Tsunami Politik Mac 2008 dan deretan kemenangan Pakatan Rakyat bakal membuka dan mengubah selera pengundi parlimen Batu Sapi. Apa lagi, parlimen Batu Sapi sarat dengan masalah kebajikan rakyat yang terabai dan terlepas pandang. Kelemahan ini bakal dimunafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan dan memalukan BN di kubu barunya ini. Pilihanraya kecil ini, mungkin juga disandarkan kepada siapa dan sejauhmana kebolehpercayaan pengundi kepada calon yang ditampilkan oleh parti politik. Kehadiran calon bebas yang ramai sepertimana yang berlaku dalam beberapa DUN di Sabah seperti pilihanraya sebelum ini sedikit merencatkan 'mood' pengundi parlimen Batu Sapi untuk memilih calon yang terbaik bagi mewakili mereka. Persoalan anak tempatan ataupun tidak, bagi saya tidak menjadi penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti kerana menurut rekod, pengundi Batu Sapi boleh menerima orang luar untuk mewakili mereka. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan