D'Perbatasan |
- Antara Rahimi dan Bekas Banduan...
- PKR, DAP komited menangkan calon PAS
- Pejuang bangsa??
- Terima Kasih Musang Dalam PKR
- Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK
- Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
| Antara Rahimi dan Bekas Banduan... Posted: 13 Oct 2010 05:05 PM PDT "Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. "Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.-mkini Persepsi ini telah mula dijual setelah cukup masaknya setelah dua tahun disimpan sebagai senjata, dan produk persepsi ini datang bersama satu lagi pakej yang dibawakan khas untuk anda semua - pengakuan Rasid si bekas banduan. Saya ingin mengajak pembaca semua berfikir, siapakah sebenarnya yang memaksa dan siapakah sebenarnya yang dipaksa? Saya difahamkan, Rahimi bebas untuk pergi ke mana-mana. Zulkifli Ibrahim dan Din Binjai a.k.a sharpshooter hanya menjadi teman seandainya sesuatu yang buruk menimpa Rahimi kerana pengakuan bersumpahnya melibatkan nama DS Najib serta Rosmah. Sudah pasti ada ancaman dari skuad khas UTK yang bersetia menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Saya memetik kandungan blog sharpshooter yang mengatakan; Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini' Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia. Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya. Apa yang berlaku ke atas Rahimi mempunyai skrip yang sama dengan apa yang berlaku ke atas Rasid. Bekas banduan yang mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya, tidak punya sebab untuk dipaksa, apatah lagi untuk dikurung. Rasid adalah orang yang dikutip oleh Anwar, di manakah aras keperimanusiaan yang ada pada Rasid apabila membuat tuduhan yang meletakkan Anwar Ibrahim sebagai ahli politik gestapo, sedangkan Anwar adalah pembela nasibnya dan nasib rakyat. Sekarang cuba tuan-puan pembaca budiman fikir sejenak-dua, apakah benar Rahimi dan Rasid ini dipaksa oleh orang-orang Anwar (yang sebenarnya bergadai nyawa melindungi mereka), atau Rahimi dan Rasid ini telah dipaksa untuk membuat laporan polis bahawa mereka telah dipaksa? Tidak mustahil mereka juga dipaksa oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memudahkan proses menghumban Anwar ke Sungai Buluh dengan jualan-jualan persepsi bahawa mereka telah dipaksa melakukan pengakuan bersumpah! Berfikirlah secara dua hala - Rahimi dan Rasid juga mungkin dipaksa untuk menukar akuan bersumpah masing-masing sepertimana yang berlaku ke atas Bala. Sukma dan Dr Munawir juga pernah dipaksa untuk mengaku diliwat dalam kecelaruan fitnah 1998, apalah besarnya dugaan apabila dipaksa untuk menukar akuan bersumpah pada fitnah 2008 ! Dari EDYES @ edyesdotcom |
| PKR, DAP komited menangkan calon PAS Posted: 13 Oct 2010 08:33 AM PDT Komitmen itu dinyatakan secara rasmi pada sidang media selepas masyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini. Berikutan itu, mereka akan membantu calon PAS sepanjang kempen PRK tersebut itu nanti. "Kita bersetuju PAS meletakkan calon dan DAP, keADILan akan berikan seliruh kekuatan dan sokongan bagi mengekalkan calon PAS atas nama Pakatan Rakyat di Galas," ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai sidang media petang tadi. Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan utama ketiga-tiga parti yang lain. Pada masa sama, Anwar dan Kit Siang juga turut mengesahkan kehadiran pada majlis pengumuman calon PAS di Galas yang dijadual 22 Oktober ini Menyentuh persedian PRK Batu Sapi pula, sidang media tersebut turut memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Sabah akan bermesyuarat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya bagi Parlimen berkenaan. Laporan mesyuarat tersebut kata Anwar akan dihantar kepada Pakatan Rakyat Pusat selewat lewatnya Isnin depan. Dalam pada itu, media turut dimaklumkan bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 akan diadakan di Pulau Pinang pada 19 Disember akan datang. Ianya akan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas. Konvensyen tersebut antara lain akan menyentuh isu Felda dan Felcra, tanah Kampung Baru, isu pendidikan, pekerja wanita serta skandal BN dalam beberapa projek besar negara. Sebelum konvensyen tersebut, satu Sidang Kemuncak Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29 November ini di Shah Alam. |
| Posted: 13 Oct 2010 08:17 AM PDT Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'. Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan. Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'. Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya. Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama. Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini. Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam. Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus. Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana "Melayu itu miskin dan saya Melayu" kata mereka. "Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu"' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan. Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya. Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
| Posted: 13 Oct 2010 08:11 AM PDT Aku mengucapkan terima kasih kepada musang - musang jahat yang berada dalam PKR. Mereka yang terdiri daripada irang - orang tertentu yang menyokong kononnya dia mempunyai sumbangan besar dalam perjuangan. Mereka sanggup menipu dan meniupkan api perpecahan dalam parti yang telah mula menjadi harapan rakyat.Dengan pembinaan blog ANTI orang tertentu dan menyerang individu tertentu. Blog ANTI individu tertentu walaupun tidak mempunyai hubungan dengan TOKOH yang dikatakan hebat dalam berjuang namun saya yakin blog itu dibina oleh penyokong - penyokong TOKOH "hebat" itu. Dengan melemparkan amaran kepada calon - calon Timbalan Presiden sebagai contoh hilang kerusi MB dan sebagainya merupakan tindakan jijik dan paling keji dalam sejarah politik pembangkang Malaysia. Serangan - serangan seperti ini membuatkan saya terfikir, tokoh yang dikatakan "hebat" sangat itu mulia atau tidak? Apakah dia mahu kuasa sahaja. Adakah dia mahu melihat parti yang mula mendapat sokongan rakyat musnah begitu sahaja? Ada suara dalam parti tersebut mengatakan dia sememangnya mahukan kerusi tertinggi dalam KERAJAAN negeri Selangor. Kerusi apa? Silalah cari sendiri. Buat mereka yang terbabit dalam projek memusnahkan parti TERIMA KASIH. Anda MUSANG JAHAT! Dari dragsuperstar |
| Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK Posted: 13 Oct 2010 01:42 AM PDT Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli.Perkara itu diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini. Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK. Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon . Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini. "Saya bersyukur dapat sokongan kebanyakan golongan anak muda daripada seluruh negeri malah mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Manifesto utama DSC_0594Dengan menampilkan manifesto utama iaitu mahu merancakkan semula gerakan anak muda untuk mengubah negara dan memulangkan semula hak rakyat Perak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, beliau yakin mendapat sokongan golongan muda parti dan ahli selain AMK. Ditanya mengenai peluangnya bersaing dengan pencabar lain seperti Rafizi, Shamsul, dan Hasmi Hashim, beliau meyifatkan mereka sebagai calon Ketua AMK yang "saling melengkapi". "Masing-masing mempunyai kelebihan. Kepada mereka yang mempunyai rekod dan idea yang baik, sudah tentu dapat sokongan daripada ahli. "Tapi dalam pertandingan perlu pilih yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan dan kepada yang kalah, perlu bersedia menerimanya dengan hati terbuka," katanya. Beliau juga difahamkam akan mula menggerakkan jenteranya dan berkempen ke seluruh negeri pada 17 Oktober depan bermula di Kedah. Chegu Bard turut mengumumkan untuk mengambil sikap berkecuali dan menyokong semua calon naib presiden yang mahu bertanding. "Kami menyokong Azmin (Ali), begitu juga Zaid (Ibrahim), (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) dan Mustaffa (Kamil Ayub). "Bagi kami ini adalah satu proses biasa untuk memilih satu pasukan kepimpinan untuk memperkukuhkan parti," katanya. Sementara itu, Lih Kang berkata keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi adalah kerana mahu memperkukuhkan agenda parti. "Setelah berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menawarkan diri bertanding sebagai timbalan," katanya yang sebelum ini berpendirian hanya berminat bertanding di peringkat exco pusat. |
| Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali Posted: 12 Oct 2010 10:29 PM PDT Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.azlanSementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. "Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. NONEApapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. "Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.