Rabu, 13 Oktober 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Menteri KDN Perlu Disiasat Kerana Enggan Menyiasat Dakwaan Musa Hassan

Posted: 13 Oct 2010 02:10 AM PDT

KELAB GREENBOC

KDN tak cadang siasat dakwaan campur tangan dalam urusan PDRM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 6 September lalu, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan. - Bernama

IMBASAN
IGP kecewa KDN campur tangan urusan polis
Sep 7, 10 9:00am

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Menteri berkenaan patut disiasat, mengapa beliau tidak mahu menyiasat dakwaan KDN telah campur tangan dalam urusan PDRM.

Mudah-mudah untuk beliau memberikan jawapan sedemikian di Parlimen.

Laporan SPRM perlu dilakukan tentang hal ini berdasarkan bukti kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tersebut.

Umno-BN Cadang Serah Konsesi Lebuhraya Kepada Syarikat Kroni

Posted: 13 Oct 2010 01:07 AM PDT

Oleh Norasikin Samsi

TP2KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada tender terbuka menjadi kriteria utama dalam pemberian kontrak kerajaan khususnya berhubung kertas cadangan pemberian kontrak secara rundingan terus pembinaan lebuhraya yang baru.

Tuntutan itu menurutnya berdasarkan penilitian beliau yang mendakwa pembinaan lebuhraya terbabit dijalankan tidak telus sepertimana yang dinyatakan oleh kerajaan.

Terdahulu, akhbar bisnes 'The Edge Financial Daily melaporkan empat lebuhraya bertol dicadangkan di Semenanjung dan dijangka dibentangkan dalam Belanjawan 2011 oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Menurut Tony, laporan itu menyatakan PLUS Expressways Bhd akan dilantik sebagai pemegang konsesi lebuhraya itu manakala Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengendalikan dua lebuhraya yang lain.

Lebuhraya yang akan dikendalikan oleh PLUS ialah dari Sungai Dua ke Juru di Pulau Pinang dan dari Kinrara ke Damansara di Lembah Klang manakala lebuhraya di bawah kendalian PNB ialah dari Ampang ke Cheras dan dari Damansara ke Sungai Buloh.plaza-tol

"Perkara ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan apa yang lebih penting tidak nampak sebarang tanda bahawa projek-projek ini ditawarkan secara tender terbuka dan berasaskan daya saing seperti yang dijanjikan di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).

"Kita tidak perlu melihat kepada MEB untuk mengetahui bahawa Perdana Menteri benar-benar mengetahui mengenai kesan negatif seperti pengurusan yang lemah ekoran dari langkah pemberian kontrak swasta secara terus.

"Malah Najib pada Forum Ekonomi Jeddah 2007 kepada para pelabur asing ketika beliau Timbalan Perdana Menteri, beliau telah menggariskan beberapa isu yang menjadi pengajaran kepada Malaysia dari program pengswastaan sejak 1980-an.

"Bukan setakat pembelian pen dan kertas, tapi lebih penting ialah semua projek mega yang ditawarkan dan berselindung di sebalik inisiatif kewangan awam (PFI – Public Finance Initiative) atau perkongsian awam-swasta (PPP – Public-Private Partnership)," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen semalam.

Tony juga menasihati secara khusus supaya tidak mengikut pendekatan 'yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan'.

"Najib mengakui bahawa pengalaman kita menunjukkan bahawa dengan memberi keistimewaan atau eksklusif kepada satu-satu pihak berpotensi untuk mengakibatkan kos meningkat dan ini akan membebankan pengguna serta pembayar cukai.

"Walaupun beliau (Najib) mengakui tentang hal ini, namun beliau belum mengotakan apa yang dikatakan.

"Ini merupakan pengakuan secara terbuka bahawa dasar pengswastaan negara gagal dari beberapa aspek sejak ianya diperkenalkan pada 1980an.

"Persoalannya, ketika Najib petah mengkritik dasar pengswastaan kita di depan sekumpulan para pelabur antarabangsa, adakah beliau telah atau akan mempraktis apa yang beliau ucapkan dalam MEB?" soal beliau lagi.

Dalam pada itu, Tony juga turut mendakwa kerajaan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat bagi meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kos sara hidup sekiranya pembinaan lebuhraya tersebut dilaksana.

Malahan katanya, 'layanan istimewa' yang diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, perlu ada persaingan yang secukupnya di kalangan mereka sendiri.

"Hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang sesuai, berkeupayaan dan memiliki sumber dan dana yang mencukupi sahaja yang harus dipilih," jelas Tony lagi.

Najib Sebenarnya Amalkan Islamophobia

Posted: 13 Oct 2010 01:06 AM PDT

Oleh Fazli Othman
MO15KUALA LUMPUR - Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung MCA, Ahad lalu cuba menakut-nakutkan orang Cina kononnya PAS akan mengetuai jika Pakatan Rakyat ke Putrajaya menunjukkan sikap hipokrit beliau yang sebelum ini menyatakan ingin membantu Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama untuk mengatasi Islamophobia di negara itu.

"Najib sebelum ini berkata mahu membantu Obama untuk mengatasi Islamophobia tetapi apabila balik kembali ke tanahair, beliau pula membawa ketakutan masyarakat bukan Islam kepada Islam yang mendasari perjuangan PAS.

"Beliau masih membawa hal-hal yang berkaitan dengan Islamophobia, jadi bagi saya ini merupakan agenda Barat dan Najib sedang mengimplimentasikan agenda tersebut untuk menakutkan orang bukan Islam kepada kumpulan-kumpulan Islam," kata Mahfuz yang juga merupakan Naib Presiden PAS.

Menurutnya lagi, ini menunjukkan Umno-Barisan Nasional cukup takut dengan rakyat berbilang kaum di negara kita yang sudah menunjukkan sikap menolak sokongan kepada Umno-BN.

"Sebab itu, mereka asyik membangkitkan isu yang berbaur perkauman dan mereka ini masih lagi dengan pemikiran dan paradigma lama tahun 60an.

"Isu perkauman berlaku di zaman pemerintahan Umno-BN contohnya peristiwa 13 Mei, peristiwa di Kampung Pandan, semua ini berlaku semasa pemerintahan Umno-BN.

"Saya percaya orang Cina tidak akan rasa ketakutan terhadap Pakatan Rakyat termasuk PAS yang mereka lihat lebih menunjukkan sikap untuk memberikan keadilan kepada semua kaum. Begitu juga orang Melayu yang sekarang menganggap ugutan tersebut sebagai cerita dogeng semata-mata," ujar beliau.

Walau bagaimanapun kata Mahfuz lagi, ini merupakan ketakutan pihak Umno-BN yang tidak mempunyai kekuatan lain kecuali menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat untuk kekal berkuasa.

Umno-BN Galak Budaya Songsang, Tekan Penghibur Islam

Posted: 13 Oct 2010 01:03 AM PDT

Oleh Suara Keadilan
nasruddin1SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak kerajaan segera membatalkan konsert Adam Lambert yang dijangka bakal "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya golongan anak muda di negara ini.

Apatah lagi, Adam Lambert yang akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober ini pernah ditolak oleh rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America kerana membantah persembahan beliau yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Ketua Pemuda DPPP, Nasrudin Hassan Tantawi dalam kenyataannya semalam berkata DPPP kecewa dengan sikap tidak peduli kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar tersebut dianjurkan dalam negara ini.

"Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas. Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar, lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat.

"Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, beliau bukan sahaja mengaku sebagai 'gay' dan pengamal homoseks bahkan beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

"Persoalannya, mengapa dalam keadaan kerajaan yang bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba-tiba boleh menerima konsert liar seperti ini?Atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama (Islamophobia)?" tanya Nasrudin.

Menurut beliau, DPPP difahamkan pada hari yang sama (14 Oktober) satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula ditekankan oleh pihak kerajaan dan media.

"Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah.adam-lambert-gay-pictures

"Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi?," soalnya lagi.

Tambahnya, sebelum ini negara turut dikejutkan dengan kempen atau seruan 'berzina tanpa mengandung' yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi.

Logiknya kempen itu katanya, kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamadun.

Justeru, seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka.

"Kita mendesak agar kerajaan mendengar rayuan agar segera membatalkan konsert seperti ini.

"DPPP bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma mulia orang timur," tegas beliau lagi.

PR Mahu Isu Balak Di Sungai Rejang Dibahas Esok

Posted: 13 Oct 2010 01:01 AM PDT

Oleh Suara Keadilan

WHL3KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng telah mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi membincangkan isu himpunan sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu terhanyut di Sungai Rejang yang berlaku sejak 7 Oktober lalu.

Dalam surat beliau kepada Speaker, Ho Leng berkata usul tersebut di buat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) bagi membincangkan isu tersebut yang disifatkan sebagai berkenaan kepentingan orang ramai.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan ini mengizinkan YB Wong Ho Leng, Ahli Parlimen Sibu, untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu krisis himpunan sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu terhanyut (logjam) di Sungai Rejang

"Selama dua hari pada 7hb dan 8hb Oktober 2010, lebih kurang 300,000 metrik ton sampah sarap berupa batang dan sisa-sisa kayu hanyut telah terapung dan mengalir dari hulu Sungai Rejang ke Sibu, menggendalakan sistem pengangkutan air serta menyebabkan kerosakan alam sekitar yang serius sepanjang sungai berkenaan.

"Batang-batang kayu menyekat perjalanan air sepanjang Sungai Rejang, khasnya di pekan Kapit. rejang

"Sampai hari ini, kerajaan belum memberitahu rakyat apakah yang mencetuskan krisis ini.

"Kesesakan berikutan dengan hanyutan kayu-kayu batang dan sisa-sisanya ini telah memgakibatkan kerosakan alam sekitar serta malapetaka ekologi yang belum pernah berlaku di besen Rajang.

"Kerajaan negeri membiarkan batang-batang dan sisa-sisa kayu berkenaan mengalir ke Laut Cina Selatan tanpa mengambil sebarang tindakan.
"Banyak dari batang-batang kayu dan sisa-sisa ini terselerak sepanjang tebing Sungai Rejang dan Sungai Igan. Paras air yang menaik menghanyutkan mereka ke dalam sungai, mengakibatkan lebih banyak masalah sumpat dan laluan sungai tergendala.

"Sisa-sisa kayu yang menyumbat aliran sungai telah membunuh banyak ikan dan kehidupan air dalam sungai.

"Pembalakan haram dan berlebihan adalah masalah yang serius di Sarawak. Para menteri dan kuncu-kuncu mereka bersubahat dalam kegiatan berkenaan. Malah dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008, masalah pembalakan tanpa kawalan ini telah dibangkitkan, tetapi kerajaan negeri enggan mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan kegiatan haram ini.

"Ini merupakan malapetaka alam sekitar yang amat serius. Mengapakah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pesalah yang terlibat serta menyelamatkan alam sekitar kita? Adakah perkara ini akan berulang di masa depan?

"Dewan yang mulia ini harus membahas perkara-perkara tersebut."

Usul tersebut dijangka akan dibahaskan di dalam Parlimen esok sekiranya Pandikar Amin meluluskannya.

Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta

Posted: 13 Oct 2010 12:57 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3104BINTULU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

"Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

"Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.KLCC_Dusk

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

"Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

"Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi.

Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.

"Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.

"Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi.

Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

"Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.

"Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

"Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.

"Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.

"Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.

"Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.

"Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.

"Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau.

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

Posted: 13 Oct 2010 12:55 AM PDT

Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh

Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat. Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.

Teoh Beng Hock

Kita petik dahulu peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock. Daripada apa yang diketahui umum, Teoh Beng Hock telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam. Mendiang telah disiasat selepas waktu pejabat selama sembilan jam sebelum ditemui mati pada jam 1.30 petang. SPRM menyatakan bahawa mendiang kali terakhir ditemui masih hidup sekitar jam 6.00 pagi, dan menyatakan bahawa mendiang telah dibebaskan pada jam 3.45 pagi namun tiada penjelasan diberikan mengapa telefon bimbit dan barangan milik mendiang masih dalam simpanan SPRM sewaktu mendiang ditemui mati. SPRM juga menjelaskan bahawa mendiang telah memohon untuk bermalam di pejabat tersebut.

Pelik tapi benar, seorang pembantu politik pihak pembangkang mahu berada di pejabat SPRM setelah disoal siasat selama sembilan jam berhubung dakwaan majikannya yang telah membayar RM2,400 bagi Jalur Gemilang yang ditempah untuk perayaan hari kebangsaan. Hebat dan menghairankan, siasatan selama sembilan jam bagi dakwaan penyelewengan bagi belanja sebanyak RM2,400, agaknya selama berapa jam bekas menteri besar Selangor dan Sarawak disoal-siasat di atas dakwaan penyelewengan jutaan ringgit. Barangkali ini harus dikategorikan di bawah penyakit tidak tahu bernisbah kerajaan Malaysia. Apa pula yang terjadi kepada laporan penyelewengan tersebut? Di mana hasil soal-siasat selama sembilan jam itu?

Barangkali pegawai-pegawai SPRM bekerja keras untuk memperoleh sedikit maklumat untuk memalukan pihak pembangkang, untuk diwar-warkan di muka depan akhbar-akhbar tempatan yang tidak habis menghina rayat jelata keturunan Cina dan India yang menumpahkan taat setia terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Apa mahu dihairankan - kerajaan yang sama juga telah mempelopori pindaan Perlembagaan 1993 yang membenarkan raja-raja Malaysia dibicarakan dalam mahkamah khas. Rakyat juga masih ingat lagi betapa beraninya mereka menderhaka pada 2008 apabila tidak mempersetujui perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Tindakan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga tidak terlepas daripada perhatian rakyat, sekurang-kurangnya beliau ada "menyembah derhaka".

Wanita pertama

Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada YDPA dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini, ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri (gambar kanan) untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu.

Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Institusi Di-Raja Malaysia bukanlah suatu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana YDPA dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri, tetapi YDPA yang melampaui mainan politik, Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita pertama, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia.

Sukan Komanwel

Beralih pula kepada sukan Komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi India, setakat ini wira dan wirawati Negara telah berjaya mengumpulkan tujuh pingkat emas, lapan pingat perak dan lapan gangsa. Syabas bagi mereka, kami berbangga dengan hasilnya setakat ini. Sukan Komanwel 2010 New Delhi telah memakan belanja sebanyak USD 6.8 billion seperti yang dilaporkan oleh majalah Business Today, menjadikanya Sukan Komanwel yang termahal dalam sejarah. Itu urusan rakyat India, tiada kaitan dengan kita namun hakikat bahawa kos tersebut boleh didapati dengan mudah membangkitkan persoalan tentang kos Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Sudah 12 tahun menyepi, sedangkan India boleh mempamerkan maklumat kos tersebut sebaik sahaja bermulanya Komanwel New Delhi 2010.

Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98? Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu? Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen? Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini? Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan? Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1Malaysia yang kian menjadi-jadi.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Kesesakan Melampau LDP: Apa Yang Tak kena?

Posted: 13 Oct 2010 12:46 AM PDT



Pembangunan tidak terkawal di sepanjang laluan LDP dikatakan menjadi punca kesesakan.

HAKIKAT yang tidak dapat kita sangkal, mereka yang memilih untuk tinggal dan mencari rezeki di ibu kota bererti mereka juga sudah bersiap sedia berdepan masalah kesesakan lalu lintas.

Sama ada mahu ke pejabat atau menuju ke satu lokasi atas sesuatu urusan, saat enjin kereta dihidupkan pada waktu pagi, mahu atau tidak warga kota perlu bersedia mental dan fizikal untuk berdepan masalah ini.

Jika seseorang itu tidak mampu menjadi salah seorang daripada ribuan pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, lebih baik pulang sahaja ke kampung atau tukar kerja yang pejabatnya jauh dari kota.

Antara laluan yang mahu dielakkan pengguna termasuklah laluan Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Cheras - Kajang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan paling kritikal pada masa kini, Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP).

Menempuh aliran trafik yang diibaratkan sebagai 'banjir kenderaan' di sepanjang LDP pada waktu pagi bukan sahaja membantutkan masa dan urusan, sedikit-sebanyak turut mengganggu emosi pemandu yang pada mulanya bersemangat untuk ke pejabat.

Tamat waktu kerja pada petang hari, mereka sekali lagi tertekan kerana perlu menempuh laluan yang sama untuk pulang ke rumah kerana tiada jalan alternatif.



Trafik masih sesak di Tol Sunway pada pukul 10.15 pagi.

Bagi pengguna LDP yang pulang menjelang malam, mereka dapat menonton 'pesta cahaya' percuma yang terbit dari ribuan lampu kenderaan yang melewati laluan tersebut.

Tetapi apa gunanya 'pesta' itu jika pemandu yang letih bekerja masih tidak tiba di rumah, fikiran tertekan akibat terperangkap dalam kesesakan dan kaki pula penat menekan brek, klac dan pendikit minyak.

Pengguna laluan ini harus akur apabila mereka perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam kenderaan masing-masing yang bergerak umpama kura-kura sedangkan jarak untuk tiba ke destinasi hanya tinggal beberapa kilometer sahaja.

Awas! Saat itu, elakkan berfikir tentang duit tol yang dikeluarkan bertujuan menikmati perjalanan selesa kerana berfikir tentang itu mungkin akan membuatkan pengguna lebih tertekan.

Tinjauan Mingguan mStar di laluan aliran bebas sepanjang kira-kira 40 kilometer ini mendapati, trafik sesak teruk pada setiap hari bekerja bermula pukul 8 hingga pukul 10 pagi.

Pada waktu petang, trafik merangkak-rangkak bermula pukul 4.30 petang hingga pukul 9 malam sehingga syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (Litrak) terpaksa mewujudkan 'laluan kontra' sebagai usaha mencari jalan keluar dari masalah ini.

LDP yang bermula dari Sri Damansara sehingga ke persimpangan Dengkil sesak, namun kesesakan paling kritikal dilihat berlaku di Plaza Tol Sunway dan laluan di Puchong.



Pengguna LDP terdiri daripada mereka yang bebas memasuki laluan ini dari pelbagai arah.

Pada waktu itu, jangan terkejut melihat kenderaan di kiri kanan dengan jarak cuma tidak sampqi sejengkal dari kereta yang dipandu.

Andai ditakdirkan kereta tercalar atau kemek sedikit akibat kemalangan kecil yang berlaku ketika pemandu 'bergelut' dengan kesesakan, pasrah sahaja dengan tragedi itu!

Kedudukan bangunan tak strategik, jalan tak bersistematik

Tidak seperti lima tahun sebelum ini, Puchong membangun pesat dengan terbinanya lot-lot kedai, kompleks membeli-belah dan kawasan perumahan.

Dari satu sudut, pertumbuhan ini dilihat positif dan memberangsangkan.

Namun, melihat infrastruktur jalan raya di kawasan terbabit yang nampaknya sudah tidak mampu menampung peningkatan mendadak kenderaan, tidak hairanlah pelbagai persoalan timbul di fikiran pengguna.

Apa sebenarnya yang tidak kena di sebalik pembangunan dan kesesakan melampau yang berlaku?



Aliran trafik di LDP sesak bermula pukul 4 petang.

Berdasarkan pemerhatian, pembangunan tidak terkawal dan keterujaan pemaju projek membina rumah dan pusat komersial di sekitar Puchong menjadi punca kesesakan.

Dalam pada itu, teringat pula kita kepada pihak bertanggungjawab yang merancang dan meluluskan projek-projek tersebut.

'Terlupa' untuk membuat kajian dan perancangan barangkali, yang pasti kini pengguna terpaksa melupakan perjalanan lancar ketika lalu di laluan ini.

Tidak cukup dengan dua buah kompleks beli-belah di laluan LDP, sebuah daripadanya yang pada asalnya bersaiz sederhana diperbesarkan dengan saiz sekali ganda.

"Pusat membeli-belah, kawasan bekas lombong yang dibangunkan menjadi lot-lot kedai dengan jaraknya terlalu hampir dengan LDP berakhir dengan pemandangan menyakitkan mata dan menyusahkan pengguna.

"Kenderaan kena beratur panjang untuk masuk ke kedua-dua kawasan tersebut. Untuk susur keluar pun sama," kata seorang pengguna LDP, Mat Rodzi Ali, 49.

Yang menjadi mangsa tentulah pengguna yang berkongsi laluan sama tetapi bukan menuju ke kompleks beli-belah atau pusat komersial dimaksudkan.

Masalah sama turut dihadapi pengguna dari arah Damansara, Jalan Klang Lama dan Bukit Jalil.

Mereka yang menuju ke Putrajaya atau Dengkil akan terkena tempias apabila terpaksa mengharungi kesesakan akibat simpang-siur pusat komersial dan pembinaan jalan tidak bersistematik.

Gara-gara banyak kenderaan ingin singgah ke lot-lot kedai di sebelah kiri dan ingin membuat pusingan U untuk ke laluan bertentangan, trafik sesak di sepanjang laluan.

Seorang lagi pengguna, Rozita Haron, 44, berkata perhentian bas dan teksi yang terletak betul-betul di tepi jalan turut menyumbang kepada kesesakan.

Jelasnya, seperti kenderaan yang banyak memenuhi laluan di kawasan ini pada waktu puncak, begitu juga jumlah pengguna kenderaan awam yang memenuhi perhentian bas dan teksi untuk pulang ke rumah.

"Teksi banyak yang tersadai di tepi jalan, bas-bas tak ikut lorong yang betul dan kemudian memintas kenderaan lain untuk ambil penumpang.

"Trafik tak dapat dibendung lagi bila hari hujan, berlaku kemalangan atau kenderaan rosak," katanya.

Tambahnya, sesetengah pengguna terpaksa membazirkan masa merempuh kesesakan hanya kerana pekerja-pekerja Litrak meletak dan mengalihkan kon-kon di sepanjang 'laluan kontra'.

"Mereka mula letak kon pukul 3.30 petang. Padahal masa tu kenderaan belum banyak dan trafik terkawal.

"Jangan hairan kalau pukul 9 malam pun jalan masih sesak, tapi bukan sebab banyak kereta. Jalan sesak sebab kena bagi laluan kepada lori dan pekerja yang angkat kon.

"Kalau macam itu tak gunalah orang ramai keluar lewat dari pejabat sebab nak elak kesesakan. Lambat juga sampai rumah akhirnya," katanya.

GPMS Kedah nafi diguna bagi kepentingan peribadi

Posted: 13 Oct 2010 12:44 AM PDT

BERNAMA


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Zuraidi Rahim berkata tindakan Naib Pengerusi GPMS Kedah Lukman Moidin meletak jawatan semalam tidak memberi kesan kepada pertubuhan itu.

Beliau sebaliknya mengalu-alukan keputusan itu kerana Lukman dikatakan tidak pernah memberi komitmen dalam program-program yang dijalankan GPMS Kedah.

"Dia tidak pernah datang program, tidak pernah datang mesyuarat. Peletakan jawatannya adalah kerana sentimen peribadi. Sedangkan kerja dalam GPMS ini adalah kerja sukarela," katanya.

Dalam satu kenyataan, Lukman mengumumkan peletakan jawatannya berikutan beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu, ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi mereka secara keterlaluan.

Lukman yang juga bekas Setiausaha GPMS Kedah sesi 2006 hingga 2009 berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden GPMS Pusat Jais Abdul Karim.

Zuraidi menafikan bahawa GPMS Kedah telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi dan matlamat mereka kepada agenda pendidikan negara masih belum tersasar.

"Kalau dia tengok program kita, semuanya berkisar kepada pendidikan terutama kepada pelajar-pelajar miskin. Sejak saya memegang GPMS Kedah awal tahun ini, memang pendidikanlah yang saya utamakan.

"Kerana itu juga kita tetap akan teruskan program sedia ada yang jika diteliti tiada kaitan agenda peribadi sebaliknya hanyalah program pendidikan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan cara Lukman meletakkan jawatan dengan memaklumkan terus kepada GPMS pusat tanpa memberitahu GPMS negeri tentang perkara itu.

"Sepatutnya peletakan jawatan itu dimaklumkan kepada saya. Saya hanya mengetahuinya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) Presiden GPMS semalam," katanya.


Kes mata lebam, pengurusan kes 11 Nov

Posted: 13 Oct 2010 12:41 AM PDT

BERNAMA


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 November ini untuk pengurusan kes saman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam pada 1998.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Lim Kon Keen yang mewakili Musa dan SN Nair mewakili Anwar.

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyikan beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Musa, dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai, 2008, berkata dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Beliau menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa berkata beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Menurutnya Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani, dan ketua pembangkang itu berbuat demikian kerana sedang menghadapi pertuduhan baru liwat.

Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober, 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi.


Rombakan Bkt Aman, Khalid dilantik pengarah KDN/KA

Posted: 13 Oct 2010 12:40 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini mengumumkan beberapa pelantikan baru termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.
Manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd Ghani, menjadi polis wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman, mengantikan Datuk Abd Razak Bokhari yang bersara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim, pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

"Ketua Polis Kedah, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, pula dilantik sebagai pengarah JSJ Komersil," katanya pada satu sidang akhbar di Bukit Aman di kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail.

Sementara itu, Ismail berkata, kesemua pelantikan tersebut, yang berkuat kuasa hari ini, adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan sejak tahun ini.

'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'

Posted: 13 Oct 2010 12:36 AM PDT

Hafiz Yatim

Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.

Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.

Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.

Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.

Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.

Bagaimanapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.

Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.

Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.

Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.

Tertuduh diberi 100 peluru

Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.

Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.

Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.

Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.

Ku Nan: Umno tiada rancangan ke Sarawak

Posted: 13 Oct 2010 12:34 AM PDT

Salhan K Ahmad

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui bahawa ada pihak yang cuba menubuhkan Umno di Sarawak, namun usaha seperti itu tidak akan berhasil kerana penubuhan parti itu di negeri berkenaan tidak akan diluluskan oleh Umno pusat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desas desus mengenai penganjuran rumah terbuka sempena sambutan hari raya aidilfitri bulan lalu, yang dikatakan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak.

Aktiviti pergerakan yang diketuai pengerusinya Affendi Jeman itu mula dikesan sejak Jun 2007, apabila dilaporkan ia telahpun membuka sebanyak 113 cawangan penaja, dengan keahlian seramai sekurang-kurangnya 15,000 orang.

"Ada orang nak buat Umno Sarawak, orang Sarawak sendiri yang cuba (buat)... Baru-baru ini saja terkejut (apabila diberitahu) ada rumah terbuka Umno Sarawak. Saya kata mana ada Umno Sarawak? Umno tidak ada di situ.

"Kalau (jawatankuasa) penaja, (Umno pusat) yang akan taja, tapi kita tidak terlibat. Saya tidak boleh kata mereka (berniat) sabotaj BN. Mungkin mereka berniat baik, saya tidak tahu.

"Tidak pernah terlintas di fikiran kami langsung sebab kita ada anggota yang kuat di sana. Kita masih lagi bekerjasama dengan PBB, SPDP, SUPP dan PRS.

"Ada di kalangan anggota kita yang lemah tapi tidak semestinya kerana mereka lemah, kita suruh mereka berambus. Itu bukan cara BN," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata sikap yang ditunjukkan di kalangan anggota komponen BN di negeri itu juga bakal menentukan sama ada Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dikekalkan sebagai ketua menteri.

Katanya, Abdul Taib bukanlah satu liabiliti kepada BN, walaupun ramai di kalangan pemimpin yang sezaman dengan presiden PBB itu telah berundur daripada jawatan masing-masing.

"Saya percaya bahawa komponen BN di Sarawak mahu terus memerintah, Jadi, terpulang kepada mereka, siapa yang patut ketuai negeri.

"Kita hanya boleh nasihat dan tengok apa yang terbaik untuk mereka, tapi akhirnya terpulang kepada pilihan mereka," katanya lagi.

Ditanya lanjut, beliau berkata, dakwaan yang timbul melibatkan Abdul Taib hanyalah satu persepsi yang dicipta oleh pembangkang di negeri itu.

"Ada banyak persepsi, mungkin dibuat kerana perwatakan (Abdul Taib) yang kuat. Sebab itu mereka terus memperlekehkan (Abdul Taib)," katanya lagi.

AS mahu negara terus jadi pasukan pengaman

Posted: 13 Oct 2010 12:28 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPURt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan impak berantai di sebalik partisipasi pasukan tentera dalam operasi pengaman dunia.

Menurut Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seakan tidak menghiraukan pandangan Kuala Lumpur dalam isu puak Serb menyembelih puak Islam di Bosnia Herzegovina.

Walhal katanya, Malaysia pada era hujung 1990-an merupakan antara negara anggota yang komited menyertai misi pengaman PBB sejak tahun 1960-an lagi.

"Sewaktu kita dilihat ada taring dan gigi, Malaysia telah mengesyorkan supaya tentera pengaman ini meningkatkan pensenjataan mereka, tiga syor kepada PBB supaya kita ini dilihat mampu membantu konflik di negara-negara luar.

"Sekarang kita bukan lagi pengerusi NAM dan OIC, apakah plan seterusnya kerajaan supaya kita masih dilihat sebagai pasukan pengaman di negara-negara luar dalam suasana kita tidak mempunyai taring dan gigi lagi," soalnya pagi tadi mencelah pada sesi soalan jawab di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad seakan tidak mengaku anggapan Mohd Hayati bahawa Malaysia gagal mempengaruhi PBB walaupun komited dalam menghantar pasukan pengaman.

Sebelum itu, Mohd Hayati pada sesi soal jawab lisan meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan jumlah operasi pengaman negara di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian turut diminta menjelaskan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan serta jumlah anggota keselamatan negara yang terlibat dalam operasi-operasi pengaman peringkat dunia tersebut.

Beliau turut meminta kementerian menjelaskan impak positif di sebalik komitmen kerajaan menghantar pasukan pengaman di peringkat global.

Menjawab soalan itu, Abdul Latiff mendedahkan sebanyak 7 misi pengaman telahpun disertai oleh Kuala Lumpur sejak era 1960-an.

Sepanjang misi itu, beliau berkata, lebih 20 ribu pegawai pengaman telahpun diutuskan ke seluruh dunia.

Ujarnya lagi, kerajaan telah mengeluarkan pendahuluan lebih RM50 juta bagi menampung kos operasi setiap misi pengaman tersebut.

Tetapi, katanya pendahuluan tersebut kemudiannya dibayar semula oleh PBB.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan secara terperinci rancangan kerajaan untuk memastikan suara Malaysia kembali didengar oleh PBB ekoran pendirian kerajaan pusat komitmen menghantar pasukan pengaman ke misi-misi dunia kelak.

Batu Sapi: PAS minat tetapi akur keputusan PR

Posted: 13 Oct 2010 12:21 AM PDT

Harakahdaily

TEMERLOH: PAS hari ini menyatakan minatnya untuk bertanding di pilihanraya kecil Batu Sapi di Sabah, namun parti akan akur pada keputusan hasil daripada permuafakatan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan hari ini.

"PAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk bertanding di Batu Sapi.

"Kita mempunyai jentera dan calon yang mampu menarik sokongan rakyat dan dengan nisbah pengundi 60 peratus Muslim, ianya bukan perkara mustahil bagi PAS memenangi kerusi tersebut," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Pilihan raya kecil Batu Sapi merupakan pilihanraya kecil yang ke-13 sejak 2008 ekoran kematian mengejut Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya minggu lepas.

Dianggarkan terdapat 26,000 pengundi dengan pecahan pengundi Melayu 32%, Cina 38%, India 0.5%, Bumiputera Sabah 26%, Bumiputera Sarawak 0.5% dan lain-lain 2.6%.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh dalam satu laporan The Malaysian Insider memberitahu bahawa kerusi Batu Sapi itu milik partinya walaupun gagal meletakkan sebarang calon pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu atas sebab-sebab tertentu.

Fuziah juga mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan dahulu bahawa kerusi itu diperuntukan untuk PKR, dan oleh itu kali ini parti tersebut akan bersiap sedia untuk bertanding di Batu Sapi.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa senario politik di Batu Sapi dan insiden pilihanraya ke 12 perlu diambil kira dalam meletakkan calon dalam pilihanraya kecil kali ini sebelum apa-apa keputusan dibuat.

"Walau bagaimanapun PAS akan akur kepada muafakat Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang akan diadakan Rabu ini," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Berdasarkan track record daripada siri pilihan raya yang lalu, PAS Batu Sapi yang diketuai Haji Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan terutama untuk masyarakat Islam.

Ini kerana kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam.

Maka, dengan itu PAS yang membawa imej Islam melalui aktiviti yang dilaksanakan bertepatan dengan situasi kehidupan rakyat mahupun pengundi di kawasan itu.

Chegu Bard bertanding Ketua AMK

Posted: 13 Oct 2010 12:20 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

CIKGU BARD GILA KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin melahirkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohd Rafizi Ramli.

Perkara itu akan diumumkan beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) disini pukul dua petang nanti.

Sehubungan itu, beliau akan turut menampilkan beregunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK dan mengumumkan beberapa nama bagi barisan ahli jawatankuasa (AJK) yang lain.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini.

Suara Malaysia tidak dilayan di peringkat dunia

Posted: 13 Oct 2010 12:17 AM PDT


dr-hayati Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Seorang ahli parlimen pembangkang mendakwa banyak tuntutan dan cadangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) tidak dilayan.

Dr Hayati Othman (PAS-Pendang) berkata, seolah-olah penghantaran pasukan pengaman Malaysia di luar negara di bawah mandat kedua-dua pertubuhan itu tidak diiktiraf.

"Pasukan pengaman Malaysia telah berkhidmat di Bosnia di bawah PBB dan satu lagi di sempadan Israel-Lebanon di bawah pengawasan OIC.

"Di Bosnia, pasukan pengaman negara meminta PBB melengkapkan senjata kerana tentera Serbia menggunakan senjata moden menyembelih penduduk Islam tempatan.

"Begitu juga di Lebanon, tentera pengaman Malaysia mahu dilengkapkan lebih banyak senjata. Tetapi permintaan tersebut tidak dilayan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pasukan maritim antarabangsa

Dr Hayati berkata, selain itu Malaysia pernah mencadangkan kepada PBB supaya menubuhkan pasukan maritim antarabangsa bagi memerangi lanun di Teluk Aden.

Bagaimanapun, dakwanya cadangan Malaysia itu juga tidak dilayan.

"Bayangkan ketika Malaysia menjadi pengerusi OIC dan Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) cadangan dan usul Malaysia tidak dilayan.

"Saya ingin tahu apakah rancangan kerajaan Malaysia supaya suara Malaysia didengari di peringkat PBB?" soal beliau.

Dalam jawaban di sidang parlimen, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Latiff Ahmad berkata, Malaysia menghantar tujuh misi pengaman sejak tahun 1960an.

"Misi pengaman ini melibatkan lebih 20,000 pegawai dihantar ke seluruh dunia. Kerajan membelanjakan RM50 juta bagi setiap misi.

"Bagaimanapun, kos operasi itu dibayar oleh PBB," katanya.

Dr Latiff berkata, beliau sendiri tidak jelas mengenai rancangan kerajaan supaya suara Malaysia didengar di peringkat PBB.

MP Indera Mahkora bidas pemimpin kritik Zaid

Posted: 13 Oct 2010 12:11 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

azan KUALA LUMPUR: Ketua PKR Indera Mahkota, Azan Ismail membidas sikap ahli dan pemimpin parti yang keterlaluan menghentam pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, "hanya orang yang tidak faham yang mengkritik Zaid. Ahli parti perlu menerima peranan Zaid untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada PKR.

"Dia (Zaid) bekas menteri, seorang tokoh yang besar. Rugi kalau Zaid gagal menterjemah usahanya untuk menaikkan parti. Mungkin itu cara Zaid untuk menaikkan PKR," kata ahli parlimen Indera Mahkota itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sikap sebahagian ahli PKR termasuk pemimpin yang mengkritik pemimpin tertentu terutama Zaid.

Banyak pemimpin PKR mengkritik dan menghentam Zaid setelah beliau memgumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR November ini.

"Cara ahli kita mengkritik kepimpinan parti sangat melampau. Kita kena menghormati pemimpin kerana ia dipilih oleh ahli. Apa guna dan apakah faedah mengkritik pemimpin sebegitu?" tanya beliau.

Lebih seribu kes muflis kalangan bawah umur 25 tahun sejak 2005

Posted: 13 Oct 2010 12:08 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Sebanyak 1,046 kes muflis melibatkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran, katanya.

Liew menjawab soalan Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) berhubung jumlah remaja yang muflis sejak lima tahun lalu dan punca utamanya, pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Menurutnya bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Insolvensi sedang mengkaji semula undang-undang muflis supaya prosedur pengisytiharan kebankrapan diperketat dan diperkemas bagi menjayakan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti mengadakan 61 program "Outreach and Awareness" di seluruh negara untuk memberi maklumat mengenai kesan buruk jika seseorang diisytiharkan muflis serta cara untuk keluar daripada belenggu itu.

"Hasilnya, terdapat penurunan 44.6 peratus kepada 139 kes kebankrapan melibatkan remaja di bawah 25 tahun pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 251 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Liew memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lepas adalah sebanyak 83,389 kes.

Khidmat Blackberry tidak akan disekat, yakin dengan keselamatan data

Posted: 13 Oct 2010 12:03 AM PDT

BERNAMA

Rais Yatim
KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak bercadang untuk menyekat perkhidmatan telefon pintar Blackberry malah yakin dengan keselamatan pemindahan dan penyimpanan data menggunakan alat tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan itu dibuat setelah kementerian meneliti isu penggunaan Blackberry yang timbul mutakhir ini serta mengadakan perbincangan dengan pihak Research in Motion (RIM) berhubung perkara itu.

"Pengguna boleh meneruskan khidmatnya (Blackberry). Ia banyak beri faedah dan kemudahan kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan. Pihak RIM juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan saluran untuk perkhidmatan yang berterusan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengawal e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi antara masyarakat serta sama ada kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry.

Rais berkata Malaysia tidak akan menyekat penggunaan Blackberry seperti di Arab Saudi, Indonesia dan India kerana tiada sebarang insiden atau laporan negatif tentang penyalahgunaan alat tersebut di negara ini.

Jelasnya tindakan negara-negara tersebut mengadakan sekatan kerana wujud laporan tentang kemungkinan kerahsiaan e-mel dan SMS tidak terjamin serta pangkalan data alat itu disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

"Bagaimanapun baru-baru ini Arab Saudi dan India telah menarik balik beberapa penentuan tersebut dan penggunaan Blackberry diteruskan mengikut lunas-lunas yang biasa," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Dewan bahawa sebarang salah guna media elektronik seperti e-mel dan SMS untuk menyebarkan kandungan lucah, jelek dan menyakitkan hati seseorang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, kata Rais.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan sentiasa bertindak mengikut peruntukan-peruntukan tersebut sekiranya terdapat aduan mengenai salah guna media elektronik berkenaan.

Kes Sosilawati: Empat suspek termasuk seorang peguam didakwa

Posted: 13 Oct 2010 12:02 AM PDT

TERKINI

BANTING — Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong di sini, empat suspek hari ini menghadapi tuduhan membunuh mereka.

Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik — N. Pathmanabhan, 41, yang ditahan untuk siasatan awal bulan lalu.

Keempat-empat mereka didakwa di Mahkamah Majistret Banting di sini sebentar tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.

Ketiga-tiga mereka ini dipercayai pekerja kepada peguam berkenaan.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.

Kesemua mereka didakwa membunuh Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Ketiga-tiga pekerja itu adalah rakyat tempatan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala seorang lagi suspek yang juga peguam dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

Terdahulu, peguam kepada peguam adik-beradik itu Ravi Nekoo berkata, mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini.

Sosilawati (gambar) bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Pada 6 September, dua kereta iaitu BMW M5 dipercayai milik Sosilawati, ditemui di parkir kenderaan Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5 series milik Ahmad Kamil pula dijumpai berhadapan sebuah rumah teres yang terletak berhampiran sebuah hotel di sini.

Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September apabila pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu sidang akhbar, mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

Mohd Bakri berkata ekoran perkembangan terbaru itu, seorang peguam bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita bersama empat yang lain, termasuk pekerja ladang itu, ditahan

Beliau berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati, dan mayat mereka dibakar.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kemudian ditahan reman selama tujuh hari di Balai Polis Bukit Jalil, dengan tangkapan pertama ke atas peguam dan adik lelakinya pada 9 September, lima individu lagi pada 10 Sept dan seorang lelaki pada 12 September lepas.

Penahanan reman kesemua suspek itu ternyata memberi ruang kepada pasukan forensik melakukan siasatan secara terperinci, termasuk mencari bukti yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi tersebut.

Antara bahan bukti yang ditemui di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut dan beberapa lokasi lain adalah tulang-temulang, gelang emas, jam tangan, zink dan rambut, dipercayai milik mangsa.

Pejabat guaman milik Datuk berkenaan turut digeledah bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan yang membawa kepada pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek utama siasatan kes pembunuhan itu turut dikaitkan dengan beberapa kes orang hilang, pembunuhan dan jenayah komersial di daerah Kuala Langat.

Beliau berkata suspek utama itu yang turut disiasat berhubung kes kehilangan ahli perniagaan dari Chennai, India, Allal Kanthan Muthuraja yang tiba di negara ini pada 18 Januari lepas.

Khalid berkata peguam tersebut juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.

Akhbar melaporkan bahawa wanita itu T.Selvi, 44, isteri seorang pemilik bengkel kenderaaan, dipercayai dibunuh ekoran perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.

Beliau berkata polis menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu, antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak 2005, yang melibatkan kerugian sebanyak RM7.1 juta.

Kertas siasatan berhubung kes itu kemudian dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 21 September lepas, namun dipulangkan kepada polis sehari selepas itu, untuk dilengkapkan termasuk menyertakan laporan DNA.

Penahanan reman ke atas semua suspek pula dilanjutkan beberapa kali bagi membantu siasatan berhubung laporan kes kehilangan beberapa individu lain di sekitar daerah itu, yang dikaitkan dengan peguam bergelar Datuk.

Suspek itu turut disiasat bagi kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah iaitu Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya.

"Empat orang didakwa, dan seorang daripada mereka adalah peguam," kata beliau ketika dihubungi pagi ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Banting sekitar 8 pagi tadi.

Malah, difahamkan kes itu jika disebut hari ini akan dibuat permohonan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

DUN Galas: PAS putus calonnya malam ini

Posted: 13 Oct 2010 12:01 AM PDT


KUALA LUMPUR — PAS akan memutuskan calon yang bakal mewakili parti Islam itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di sini, malam ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kepimpinan parti itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk memutuskan perkara tersebut.

"Kami akan bertemu di ibu pejabat parti hari ini untuk menentukan calon kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan perkara itu.

"Ia akan diputuskan malam ini, mesyuarat kami selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat petang ini," kata beliau ketika dihubungi di Pahang.

Tarikh pengisytiharan nama calon juga akan ditetapkan malam ini, kata beliau.

Laporan kelmarin menyebut PAS akan mengumumkan calonnya 24 Oktober manakala laporan terbaru hari ini menyebut ia akan diketahui 22 Oktober.

Ibrahim Ali: ‘Panggil saya Saudara Ibrahim, tiada masalah’

Posted: 12 Oct 2010 11:59 PM PDT

KUALA LUMPUR— Seolah-olah menggambarkan yang beliau tidak 'kecil hati' dengan keputusan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan gelaran "Datuk", Datuk Ibrahim Ali berkata, "anda masih boleh memanggil saya Datuk."

Kata beliau lagi, jika tidak mahu panggil sebagai "Datuk", orang ramai boleh memanggilnya "saudara."

Presiden Perkasa ini berkata, beliau mempunyai dua lagi gelaran "Datuk" yang dikurniakan oleh Melaka dan Selangor.

"Boleh, anda masih boleh panggil saya Datuk. Saya masih ada pingat (Datuk) yang diterima daripada negeri lain," kata beliau.

"Jika saya tiada gelaran Datuk, OK, tak mengapa. Saya rela dipanggil sebagai Saudara Ibrahim Ali. Jika anda tidak panggil saya Datuk, OK. Ia perkara kecil sahaja," katanya lagi.

Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Datuk Wan Hashim Wan Daud.

Ia disahkan oleh Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini menjelaskan, beliau menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor dari Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota dari Melaka.

Katanya, beliau juga ada ditawarkan darjah kebesaran oleh beberapa negeri lain tetapi tidak mengisi borang berkaitan.

"Bagi saya bukan isu besar. Sekarang ini, mereka yang tiada Datuk pun dipanggil Datuk," katanya lagi.

Ibrahim berkata, beliau tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini.

Katanya, keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

"Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya," katanya lagi.

"Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

"Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik," katanya lagi.

LPKP belum cadang gantung permit Delima Ekspress

Posted: 12 Oct 2010 04:34 PM PDT

BERNAMA


Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) belum bercadang menggantung buat sementara waktu, perkhidmatan bas Syarikat Delima Ekspress Sdn Bhd (Delima Ekspress) yang terbabit dalam kemalangan ngeri berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli, berkata keputusan sama ada menggantung atau membatalkan permit syarikat bas berkenaan hanya akan diketahui selepas jawatankuasa khas bermesyuarat.

"Satu mesyuarat khas bersama agensi penguatkuasa dan teknikal lain seperti Polis Diraja Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PUSPAKOM akan dijalankan dalam masa terdekat.

"Dalam mesyuarat itu, laporan penyiasatan akan dibentangkan, sebelum secara sebulat suara, suatu keputusan diambil sama ada mahu mengambil tindakan terhadap syarikat bas berkenaan atau tidak," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan insiden kemalangan maut membabitkan bas ekspres berkenaan, selain mencari usaha menangani masalah nahas membabitkan bas ekspres pada masa depan.

Naimah berkata, pihaknya telah mengunjungi pejabat bas ekspres tersebut di Melaka semalam dan menjalankan audit serta pemeriksaan terhadap operasi serta pengendalian syarikat, selain tahap keselamatan penumpang yang diamalkan syarikat itu.

"Namun, buat masa ini, belum ada keputusan atau laporan yang dapat dikeluarkan berhubung kes itu...ia masih dalam proses siasatan," katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha, berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan baru digunakan sejak 2007 dan menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom, Mei lalu manakala tayarnya berada dalam keadaan baik.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, pula berkata semakan mendapati bas, syarikat serta pemandunya yang turut maut dalam kemalangan itu, memiliki rekod bersih dan tiada saman tertunggak, selain tidak pernah terbabit dalam kemalangan serius.

Seramai 12 orang terbunuh dan kira-kira 40 lagi cedera dalam nahas yang disifatkan sebagai terburuk tahun ini dalam kemalangan ngeri sekitar 6.50 petang membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta.

Dalam insiden itu, bas Delima Ekspress itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas serta melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas serta menghempap dua kereta.


Rang undang-undang ditarik balik, piket diteruskan

Posted: 12 Oct 2010 04:28 PM PDT

Abdul Rahim Sabri

Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan.

Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini.

Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka.

"Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi kesemua peserta program tersebut terdiri aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan aktivis mahasiswa. Mereka melaungkan "hidup rakyat" dan "kerajaan jangan pinda akta pekerjaan".

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh lapan anggota polis yang mengawal di sekitar kawasan tersebut.

"Kami juga turut mengibarkan kain rentang dan poster yang bertulis 'Jangan Pinda Akta Pekerjaan', Jangan Cabut Hak Pekerja'," katanya.

Sementara di Balakong pula, piket lebih sejam bermula 5.20 petang di Perhentian Bas Simpang Balak disertai kira-kira 20 peserta, diketuai Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kajang D Ganesan.

Penerangan di Shah Alam

Menurut Ganesan, peserta yang hadir terdiri daripada aktivis PSM dan pekerja daripada kilang berdekatan.

Enam anggota polis kelihatan berada di tempat berkenaan tetapi mereka hanya kelihatan menggambil gambar peserta piket itu.

Katanya, pihaknya juga turut mempamerkan kain rentang anti pindaan akta itu yang antaranya berbunyi "Kerajaan rampas hak pekerja, hentikan pindaan akta sekarang".

Manakala poster bantahan pula bertulis "Gubal Akta Gaji Minima" dan BN jangan rampas hak pekerja".

Mereka juga turut mengedarkan risalah membantah cadangan kerajaan itu, kepada orang ramai yang lalu lalang selepas pulang daripada kerja, tambahnya.

Sementara itu di Shah Alam, piket tersebut dibatalkan dan digantikan dengan majlis penerangan kepada kira-kira 30 peserta yang hadir di kawasan perindustrian di seksyen 15.

Menurut Bendahari PSM A Sivarajan, menurut Sivarajan, mereka juga turut membawa kain rentang membantah pindaan berkenaan serta mengedarkan risalah kepada pekerja kilang yang baru pulang daripada kerja.

Bagaimanapun, menurutnya, dianggarkan sekitar 50 orang anggota polis hadir mengawal sekitar kawasan itu.

Tiada ulasan: