Khamis, 14 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ADA CERITA PANAS DARI REPOT POLIS RASID TERHADAP ANWAR

Posted: 14 Oct 2010 12:06 AM PDT

Siapa sebenarnya Rasid Rosdi yang tiba-tiba muncul pada Rabu dan buat laporan polis mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan sumpah oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri tidak setuju dengan kandungannya hampir tiga tahun lalu. (Lihat kandungan penuh kenyataan Rasid mengenai perkara itu di dalam).

Mungkin ramai tidak tahu siapa sebenarnya pemuda ini tetapi kemunculannya telah membuka babak baru dalam isu yang menyelubungi Ketua Umum PKR itu kebelakangan ini.

Ingat lagi… kisah panggilan telefon cemas Datuk Seri Wan Azizah Ismail kepada Ezam Mohd Noor dari Washington apabila diberitahu oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu padanya ada ' seorang lelaki' di rumah mereka (waktu itu) di Bukit Damansara.

Apapun Presiden PKR itu kemudiannya menafikan pernah meminta Ezam mengawasi Anwar yang berada di rumah itu dengan lelaki berkenaan sehingga Ezam mencabarnya bersumpah depan ulama.

Panggilan telefon itu yang kata Ezam spark off beliau mula ragu mengenai perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Agendadaily difahamkan lelaki berkenaan ialah Rasid.

Sebelum inipun sudah ada blog mendakwa wujud hubungan Anwar dengan Rasid yang bermula di Penjara Sungai Buloh ketika mereka kebetulan sama-sama menjalani hukuman di situ dahulu.

Teka teki sama ada apa dilaporkan itu betul atak tidak terjawab dengan kenyataan akhbar Rasid Rabu serta satu laporan polisnya mengakui mengenali Anwar sejak di penjara.

Menariknya, ketika mendedahkan mengenai akuan sumpah yang ditandatangani secara paksa itu, Rasid membuat satu akuan sumpah baru dan laporan polis menceritakan secara terperinci hubungan mereka.

Difahamkan ada beberapa ' cerita panas' didedahkan oleh Rasid dalam laporan polisnya termasuk menghantar ' suatu barang' ke kondo di Damansara yang menjadi tempat kes dakwaan kejadian liwat saiful Bukhari Azlan.

Jika benar ini antara kandungan laporan polis dan akuan sumpah terbaru Rasid di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini, ia pasti akan membuka mata ramai terhadap cubaan untuk mendakwa wujudnya konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes liwatnya.

Pengakuan Rahimi Osman,seorang lagi bekas pembantunya baru-baru ini hingga timbul insiden beberapa aktivis PKR ganggu sidang akhbarnya di sebuah restoran di Klang baru-baru ini dan Rasid pasti mengundang banyak tandatanya pada kes liwat Saiful yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang.

Cuma soalnya bagaimana Anwar nak "bersilat' menghadapi dua orang bekas pembantunya yang tampil ' buka cerita' ini.

Respons awal Anwar ketika ditanya Agendadaily selepas sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen petang Rabu mengenai laporan polis Rasid, beliau kelihatan terkejut dan bertanya bila (Rasid buat laporan).

Anwar enggan komen,katanya "tanya peguam"www.agendadaily.com

FITNAH POLITIK ANWAR SUDAH DI PENGHUJUNG JALAN

Posted: 13 Oct 2010 06:15 PM PDT

SELEPAS HUJAN YANG DERAS LANGIT AKAN CERAH KEBIRUAN
SELEPAS PENDERITAAN AKAN BAHAGIA
ITULAH PUTARAN RODA KEHIDUPAN
DAN ITU JUGALAH PANJI JANJI DAN PUJIAN



Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus," katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman," katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar.

"Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ia boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah," katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Rahimi membuat kejutan dengan cerita yang hampir sama tetapi mendakwa akuan bersumpah 'palsu' yang dibuatnya juga memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rahimi juga mendakwa ditipu oleh Latheefa dan berkata kandungan akuan bersumpah itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu kes liwat perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau sedang menyemak beberapa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Tiada ulasan: