Addin |
| Siapa Wanita Pertama Malaysia? Posted: 12 Oct 2010 05:27 PM PDT Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini ada suara sumbangyang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu.Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Insititusi Di-Raja Malaysiabukanlah satu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana Yang Di Pertuan Agong di lantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri tetapi Yang Di Pertuan Agong yang melampui mainan politik. Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.