Rabu, 29 September 2010

Justice For All

Justice For All


Kes Pembunuhan Kanak-Kanak Oleh Warga Sudan : Ibu Kanak-Kanak Itu Berbohong

Posted: 29 Sep 2010 09:00 PM PDT

Ibu mangsa bohong

SHAH ALAM: Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, badan mangsa dera, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, mempunyai banyak kesan lebam ketika dibawa ke Hospital Kajang pada malam 12 Oktober tahun lalu.

M Rajeswari, 34, yang bertugas di Unit Kecemasan Hospital Kajang, berkata pemeriksaan yang dilakukannya terhadap kanak-kanak itu membawa kesimpulan mangsa sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital berkenaan. Saksi pendakwaan keenam itu berkata, Aaliyah sebelum itu dibawa ke unit berkenaan oleh ibunya, Ellina Maulad Mahather, 25, kira-kira jam 9.05 malam.

"Saya perasan ada banyak kesan lebam seluruh badan dan memanggil pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

"Mereka tidak periksa dan menyuruh saya membuat laporan polis kerana berpendapat mungkin kanak-kanak itu mangsa dera," katanya ketika memberi keterangan pada kes Mohannad Taha Ismail, 25, yang dituduh membunuh Aaliyah, anak teman wanitanya.

Tertuduh, warga Sudan didakwa membunuh kanak-kanak itu di rumah sewa diduduki dia dan teman wanitanya di Kondominum Venice Hill di Cheras, dekat sini, antara jam 7.30 dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

 

Bekas penuntut institusi pengajian tinggi swasta tempatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.

Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh, Asisten Superintenden Mardina Saari, 29, berkata dia awal-awal lagi tidak mempercayai cerita ibu Aaliyah bahawa kanak-kanak itu didera pembantu rumah. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, berkata dia berfikiran sedemikian selepas ibu muda itu menunjukkan bilik tidur di unit kondominium yang kononnya diduduki oleh pembantu rumah.

"Ellina menunjukkan bilik yang dikatakan tempat tidur pembantu rumah, ruang tamu tempat anaknya dijaga dan didera oleh amah. "Saya tidak percaya dengan cerita yang diberitahu ibu mangsa.

Ini kerana bilik yang dikatakan menjadi tempat tidur mangsa tidak menunjukkan dia mempunyai pembantu rumah.

"Ia juga disebabkan pakaian dalam almari dan atas katil yang ditunjukkan dalam bilik berkenaan adalah milik ibu mangsa manakala terdapat pakaian lelaki di tempat sama," katanya.

Menurutnya, sepasukan unit forensik kemudian menjalankan pemeriksaan terperinci bagi mengesan bukti di rumah pasangan berkenaan bermula antara jam 1.40 dan 4 pagi pada 13 Oktober 2009.

Menjawab satu lagi soalan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin, dia berkata ibu mangsa hanya mengakui mengada-adakan cerita berhubung anaknya didera oleh pembantu rumah apabila dibawa ke IPD Kajang.

"Saya kemudian menahan ibu mangsa dan teman lelakinya sebelum mengarahkan anggota polis membawa mereka ke lokap," katanya. Pada prosiding semalam, Mohannad Taha yang diwakili peguam bela J Kuldeep Kumar dan Saranjeet Singh. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung hari ini.

Pemilihan Ketua Cabang Gombak : Lawan Azmin Kata Azmin Bongkak

Posted: 29 Sep 2010 08:10 PM PDT

Azmin didakwa lupa diri

Abu Bakar tawar diri tanding Ketua Cabang Gombak

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abu Bakar Ninggal menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Gombak pada mesyuarat cabang itu Ahad ini yang menurutnya bertujuan memberi pengajaran kepada penyandangnya Mohd Azmin Ali yang didakwanya semakin lupa diri.

Beliau berkata, Azmin yang juga Naib Presiden parti itu kini sudah berubah dan tidak lagi mempedulikan masalah rakyat di kawasan itu selepas dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Saya mahu bertanding jawatan itu kerana bagi saya Azmin memiliki cacat cela yang banyak dalam kepemimpinan.

Beliau kini tidak lagi mesra rakyat, telefon selalu tutup, majlis yang dianjurkan rakyat tidak datang, ini adalah satu pengajaran untuk beliau bermuhasabah.

Saya bertanding kerana sayangkan parti, saya tidak kisah kalah atau menang, tetapi jika Azmin yang kalah dia akan mendapat malu, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan dijangka berdepan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Abu Bakar yang juga peniaga buku berkata, beliau hilang keyakinan kepada kepemimpinan Azmin apabila pemimpin PKR itu tidak lagi mengamalkan sikap rendah diri dan ia lebih teruk jika dibandingkan dengan UMNO.

Saya orang yang berada di bawah ketiak dia dari 1999 sehingga 2005, jadi saya tahu dia punya sikap. Azmin tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun.

Ada orang kuatnya menghubungi saya dan meminta supaya menarik balik hasrat untuk bertanding ketua cabang, tetapi saya tetap dengan pendirian saya ini, katanya.

Teori RAHMAN..Memang Benar-Benar Berlaku

Posted: 29 Sep 2010 07:20 PM PDT

Benarlah Teori RAHMAN

Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini. dan UMNO pula kelihatan semakin fobia dan ekstrem dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya BN akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.

Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong UMNO. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.

Kembalinya UMNO kepada perjuangan ultra-Melayu adalah kesan langsung daripada kekalahan teruknya dalam pilihanraya 2008. Keadaan yang sama memperlihatkan PAS kembali kepada perjuangan Negara Islam pada 2004 apabila Barisan Alternatif mengalami kekalahan teruk ketika itu.

Namun sentralisasi ini ada kelemahannya. Di dalam usaha memperkuatkan kembali parti maka segala persefahaman diantara sahabat politik akhirnya terbantut. Dan sokongan hasil daripada penggabungan dalam BA terhakis.

Situasi sama kini berlaku kepada UMNO. Didalam mencari penyelasaian kekalahan BN pada 2008, mereka kembali kepada perjuangan Melayu mereka tanpa mempedulikan persefahaman MCA dan MIC. Maka timbullah isu 'Hak Melayu' dan 'Kedaulatan Islam Melayu' yang menghancurkan setiakawan antara tiga sekawan yang dahulunya dilihat sebagai 'Sekukuh Gunung Tahan'.

Kini MCA dan MIC hanya berpura-pura sesama-sendiri bersahabat dengan UMNO dan UMNO pula dilihat terus menerus menyerang kaum-kaum selain Melayu didalam usahanya menawan kembali 'base-support' mereka iaitu orang Melayu.

Kini MCA dan MIC hampir lumpuh diserang ahli mereka sendiri. Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa BN sendiri yang akan menghancurkan BN, dan hakikat ini dilihat dalam percaturan terakhir BN dalam menghadapi PEMILU yang akan datang.

PR atau Pakatan Rakyat tidak lagi dilihat sebagai 'gabungan lemah' malah persepsi rakyat kini melihat mereka sebagai 'Government-in-Waiting'. Pelbagai taktik digunakan UMNO seperti rasuah sehingga tumbangnya kerajaan Perak, membuka semula kes Anwar dan menahan pimpinan mereka. Namun ini adalah gerak longlai terakhir rejim zalim yang tersalah arah, dan PR akan mengorak langkah ke Putrajaya dengan penuh bergaya.

UMNO mengatakan bahawa tujuan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Saya dan jutaan rakyat yang akan mengundi Pakatan Rakyat turut bersetuju dan berikrar akan melakukan apa jua untuk memastikan beliau ke sana.

Kenapa pula UMNO tidak tertanya-tanya mengapa boleh pula Rosmah 'tergila-gila'kan gelaran First Lady? sehinggakan membuat 'First Ladies Summit' di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh mereka yang turut 'tergila-gila'kan gelaran yang sama? perlu kita ingat beratus negara menolak pelawaan Rosmah itu kerana mereka tahu penyertaan mereka memberikan legitimasi kepada Rosmah dan mereka tidak mahu dipergunakan untuk tujuan politik.

Ayuh kita berlaku adil dan letakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai. (sumber)

Pemimpin PAS Tegur PKR, Jangan Salahkan UMNO

Posted: 29 Sep 2010 06:30 PM PDT

Wah hebat..betul ke ni..rasanya betul juga apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu ini..

PAS minta PKR henti salahkan UMNO, BN

KUALA TERENGGANU: PAS meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya merawat masalah dalaman parti itu dengan bijaksana dan berhenti mendakwa kemelut dalamannya disebabkan dalang dari luar, termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib, berkata tiada sebab BN bersusah payah untuk mengkucar-kacirkan PKR, melainkan masalah itu berpunca daripada parti itu sendiri yang disifatkannya tidak tahu menjaga diri.

"Saya tidak suka menyalahkan orang lain. Saya tidak setuju orang kata ini (kekecohan dalam pemilihan cabang PKR) didalangi UMNO. Memang mereka (BN) lawan kita, tetapi PKR sendiri hendaklah gunakan kebijaksanaan untuk merawat penyakit sendiri.

Kami tidak mahu campur tangan dalam rumah tangga PKR, tetapi sebagai rakan seperjuangan dalam gabungan pembangkang, PAS berharap parti itu kembali stabil selepas pemilihan nanti," katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan PKR bahawa kekecohan dan insiden pergaduhan dalam pemilihan di beberapa cabang, khususnya di Selangor adalah perbuatan orang luar.

Malah, beberapa cabang di di Terengganu, termasuk Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Marang tidak dapat mengadakan pemilihan dan mesyuarat agung berikutan pendaftarannya dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas gagal mengemukakan laporan mesyuarat tahunan dan penyata kewangan.

Sementara itu, mengulas mengenai nama besar dalam PKR yang tumbang pada pemilihan cabang, Harun berkata, ia adalah kehendak ahli di peringkat akar umbi yang mempunyai hak memilih pemimpin yang mereka mahu.

"Dalam pemilihan, tidak kira nama besar atau nama kecil, kedua-duanya boleh tumbang. Penyingkiran mereka adalah kehendak ahli akar umbi. Jadi, sebagai parti yang berasaskan demokrasi, dia (pemimpin yang tidak terpilih) perlu akur dan terima kehendak ahli," katanya.

Kalaulah Benar-Benar Rasa Terhina, Pulangkanlah Juga Duit Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Posted: 29 Sep 2010 05:33 PM PDT

Utusan hari ni keluarkan tajuk besar, Wang judi dipulangkan. Wah. Hebat benar kisahnya. Benda tak tahu hujung pangkal. Tiba-tiba Utusan sensasikan isu ini. Tobat lahom kita terus boikot tak beli akhbat lucah itu.

Dan ini pula berita yang disiarkan kat akhbar picisan itu. Kesian kat warga emas ini. Dahla hidup melarat, ditipu hidu-hidup pula tu. Duit tu diberikan pada pemimpin UMNO. Ntah-ntah, ditembatnya duit tu oleh pemimpin UMNO

'Kami rasa cukup terhina'

KEPALA BATAS 29 Sept. - ''Kami rasa cukup terhina. Kalau tahu, satu sen pun kami tak nak."

Itu antara luahan sekumpulan warga emas dan fakir miskin yang bertindak memulangkan semula wang hasil pemberian kerajaan negeri kerana ragu-ragu ia bersumberkan dana perjudian.

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan rasa marah dan kesal berikutan pengakuan kerajaan negeri menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan di negeri ini.

Menurut mereka, walaupun kerajaan negeri menegaskan wang perjudian yang diterima sudah diasing-asingkan termasuk bagi bantuan wang ihsan RM100 kepada warga emas, ia tidak mampu menghilangkan rasa keraguan berhubung sumber sebenar wang bantuan itu.

Imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, berkata, dia sangat terkejut berikutan pengakuan kerajaan negeri itu kerana sebelum ini menyangka bantuan tersebut diagihkan atas dasar keikhlasan membantu warga emas sepertinya.

''Selepas mengetahui perkara ini, saya tertanya-tanya sama ada orang tua seperti saya ini terlalu hina untuk diberikan wang bersumberkan judi.

''Kalau pun diasing-asingkan dana perjudian itu, tidak mengapalah kerana saya mahu pulangkan juga kerana hanya dengan cara itu saja saya berasa lega. Tidak mengapalah, saya boleh mendapat duit dengan cara halal," katanya.

Saidin merupakan antara 40 warga emas dan fakir miskin yang memulangkan semula wang bantuan kerajaan negeri pada satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Bagi Rosnani Mohd. Rashid, 54, pula, dia berhasrat memulangkan wang tersebut sebaik sahaja mengetahui bantuan membasmi kemiskinan yang disalurkan kerajaan negeri menggunakan dana daripada kelab berkenaan.

Menurutnya, dia berasa sangat sedih kerana tidak dapat memulangkan wang berkenaan bersama-sama arwah suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia beberapa hari selepas menerima bantuan berkenaan pada Jun lalu.

''Mak cik yakin, kalau arwah suami masih ada, dia adalah antara yang terawal bersama-sama memulangkan wang ini. Kami rasa cukup terhina, cukuplah sekali ini," katanya dengan nada teresak-esak.

Warga emas, Md. Saad Mat Jaafar, 70, pula berkata, dia berasa amat lega selepas memulangkan duit berkenaan kerana tidak sanggup bersubahat untuk menerima bantuan yang diragui sumbernya.

''Ketika mula-mula mendapat wang ini, saya sangat seronok dan rasa begitu dihargai. Tetapi selepas diberitahu oleh anak saya mengenai perkara ini, saya rasa lebih baik pulangkan wang itu kerana tidak mahu bersubahat," jelasnya.

Bagi Che Embun Mohamad, 60, dia rela untuk hidup susah daripada menerima wang yang tidak diketahui sumbernya lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan perjudian.

''Janganlah anggap orang susah akan terima saja wang bantuan tanpa diketahui asal-usul sumbernya. Kalau halal kita bersyukur tetapi kalau sumber judi, tidak mengapalah kerana saya masih ada anak-anak yang boleh memberi makan untuk hidup," ujarnya sebak.

Nak tanya pakcik makcik ni..tak nak pulangkan duit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ke. Sebab Najib beri anda duit tu, dari sumber nih...

UFO Di China (Bukti Bergambar)

Posted: 29 Sep 2010 03:45 PM PDT

Objek ganjil di bandar Pingyao

GAMBAR yang dirakamkan oleh dua pelajar sebuah universiti di China menunjukkan sebuah objek terbang yang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar di bandar Pingyao pada 22 September lalu.

BEIJING – Dua pelajar sebuah universiti China menyaksikan sebuah objek yang terang benderang terbang di udara menerusi kamera masing-masing pada waktu malam 22 September lalu.

Gambar objek terbang yang tidak dikenali itu (UFO) dirakamkan semasa mereka merakamkan pandangan pada waktu malam di bandar Pingyao di wilayah Shanxi sempena Festival Antarabangsa Fotografi Pingyao Kali Ke-10.

Imej bercahaya itu muncul selama 40 minit.

Menurut akhbar People's Daily Online baru-baru ini, dua pelajar itu menghantar gambar tersebut kepada seorang wartawan pada waktu tengah hari 23 September lalu sebagai usaha untuk menyelesaikan misteri tersebut.

Gambar yang dirakamkan oleh dua pelajar itu menunjukkan sebuah objek yang mempunyai bentuk seperti sfera tetapi ia tidak boleh dilihat dengan jelas menerusi mata kasar.

Dua jurugambar itu turut merakamkan gambar semasa UFO itu berubah kedudukan di udara.

Pada satu ketika, objek itu hilang daripada pemandangan tetapi ia kemudian muncul semula pada waktu hampir tengah malam.

Dua gadis memberikan nombor telefon kepada pelajar tersebut dan menyatakan mereka bersedia untuk menjadi saksi kejadian itu. – Agensi

SPR Anjing..Ada Ke Nak Tetap Tarikh PRK Galas, Kena Tengok AGM UMNO Dulu

Posted: 29 Sep 2010 11:30 AM PDT

Memang balaci UMNO rupanya SPR ini. Ada ke nak tentu tarikh PRK, nak tengok AGM UMNO dulu. Langsung tak bebas. Biar merekalah bermesyuarat Agung. Janganlah kerana nak elak mood AGM suram jika kalah awal, menyebabkan SPR buat PRK selepas AGM UMNO

DUN Galas: SPR ambil kira AGM Umno, hari kebesaran

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat selewat-lewatnya Rabu depan dengan mengambil kira Perhimpunan Agung Umno 2010 dan hari-hari kebesaran dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas.

"Pegawai-pegawai kami sedang mengumpulkan maklumat dan data, selewat-lewatnya Rabu kita akan panggil mesyuarat khas. Tetapi tarikh belum ditetapkan," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi petang ini.

Wan Ahmad berkata pihaknya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tengah hari semalam.

SPR mempunyai masa selama 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya. Tempoh itu berakhir 7 Oktober.

"Kami juga sedang menetapkan tarikh keluar writ pilihan raya, mungkin selewat-lewatnya Rabu minggu depan boleh mengadakan mesyuarat khas," katanya.

Ketika ditanya sama ada penetapan tarikh pilihan raya kecil ini, yang kali ke-12, akan mengambil kira AGM Umno juga, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil kira semua aktiviti parti.

Selain itu kata beliau, SPR juga akan mengambil kira hari-hari kebesaran seperti sambutan Deepavali dan Aidiladha, jatuh sebelum pertengahan November, dalam menentukan tarikh pilihan raya.

AGM Umno akan berlangsung pada minggu ketiga bulan depan.

"Kita akan ambil kira semua aktiviti parti... itu yang kita sedang fikirkan, tarikh yang sesuai. Kita masih ada masa (60 hari) untuk mengadakan pilihan raya kecil," katanya.

Bagaimanapun pihaknya tiada maklumat jumlah pengundi di kerusi DUN Galas yang akan menunaikan haji kali ini.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus kelmarin.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Kes Pembunuhan Sosilawati : 2 Beradik Ahli Perniagaan Beri Keterangan

Posted: 29 Sep 2010 08:55 AM PDT

Dua adik-beradik Muthuraja beri keterangan

BANTING:Dua adik-beradik kepada usahawan India, Allal Kanthan Muthuraja yang dilaporkan hilang di negara ini sejak awal tahun ini, memberikan keterangan kepada polis berhubung kes kehilangan abangnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.

Dr Kasi Visvanathan dan adiknya Vijaya Subramaniam, 34, dilihat memasuki perkarangan IPD kira-kira jam 12 tengah hari tadi sambil diiringi peguam, K Saraswathy. Dr Kasi turut ditemani isterinya seorang wanita warga Russia yang enggan dikenali.

Vijaya berkata, beliau percaya bahawa kehilangan abangnya tidak ada kena mengena dengan dua peguam yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini.

"Saya percaya dua adik-beradik peguam itu tidak mungkin menjadi dalang dalam kes kehilangan abang saya.

"Namun saya percaya abang saya masih hidup," katanya yang tiba ke negara ini sejak tiga hari lalu (26 September).

Kesemua mereka dijangka meninggalkan perkarangan IPD kira-kira jam 10 malam ini selepas selesai memberi keterangan.

Sementara itu, isteri Muthuraja, S Usharani turut dipanggil merekodkan keterangan bagi hari kelima di mana beliau dilihat tiba kira-kira jam 9 pagi ini bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum meninggalkan IPD kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Menurut wanita itu, beliau memulangkan semula surat DNA kepada polis bagi membolehkan ibu bapa suaminya menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identiti Muthuraja. 

"Untuk apa saya kena serahkan surat DNA kepada ibu bapa Muthuraja sebab tiada perhubungan antara kami bagi tempoh enam bulan lepas," katanya.

Usharani berkata beliau akan menyambung keterangannya kepada polis pagi esok bagi membantu siasatan sebelum pulang ke Ramapuram, Chennai Jumaat ini.

Terdahulu, dua pegawai polis penyiasat dilihat memasuki firma guaman milik suspek utama pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya kira-kira jam 11.40 pagi tadi dan dilihat keluar 20 minit kemudian dengan membawa satu kotak berisi fail yang dipercayai dapat membantu siasatan kes terbabit.-Bernama

Ibrahim Ali Tahu Siapa Pemimpin UMNO Yang Anak Haram

Posted: 29 Sep 2010 07:53 AM PDT

Dahsyat Ibrahim Ali. Hal DNA pemimpin UMNO pun dia tahu. Hal DNA?? Hal apa ya. Kalau berkaitan DNA ini, mesti Ibrahim Ali tahu antara 3 pemimpin UMNO yang benci dia (KJ, Nazri & Tengku Adnan), salah seorangnya adalah anak luar nikah...macam-macamlah UMNO nih..

'DNA' pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi tidak mahu ditekan

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau hanya akan mendedahkan rahsia pemimpin Umno - dua ahli Parlimen dan seorang menteri – apabila tiba sama yang sesuai tetapi hanya mahu ikut rentak mereka sekarang.

"Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak.

"Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu," katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini.

Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno.

"Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya.

"Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, Nazri mencabar Ibrahim supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.

Beliau menegaskan, ugutan Ibrahim baru-baru ini sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap "rasisme" yang dibawa oleh Perkasa.

Dalam program Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno tersebut supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa," kata beliau sambil mendakwa, "Saya tahu DNA mereka."

"Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Langsung Tak Kisah Ku Li Jadi Pengarah Pilihanraya UMNO Prk Galas..Dia Bukannya Tuhan

Posted: 29 Sep 2010 07:34 AM PDT

Semoga berita ini akan mengejutkan lamunan pemimpin PAS yang terlalu taksub pada UMNO...Ku Li, pemimpin yang diagungkan oleh PAS, nampaknya membuktikan bahawa orang UMNO tetap UMNO.

Apapun Ku Li bukannya tuhan. Kita doakan agar UMNO & Ku Li tumbang sama-sama dalam PRK Galas nanti

DUN Galas: Ku Li dilantik pengarah pilihan raya UMNO/BN

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Tahniah UMNO..Kerana Bina Panggung Wayang Pertama Untuk Anak Islam Terengganu

Posted: 29 Sep 2010 06:06 AM PDT

Makin rosaklah budak islam kat terengganu lepas ni. Kita tahulah panggung wayang kan, tempat gelap gelita untuk sang muda-mudi buat perkara tak senonoh. Kalau dibuat asing laki perempuan, langsung tiada bantahan terhadap pembinaan panggung wayang ini. Tapi UMNO boleh ke nak asing laki dan perempuan??

Memang rosak rakyat Terengganu. Hanya Kelantan sahaja yang tiada panggung wayang.

Panggung pertama di Terengganu

SELEPAS sekian lama Terengganu sepi tanpa sebuah pawagam, TGV Mesra Mall dibuka atas permintaan ramai.

JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.

FILEM-FILEM terbaru yang ditayangkan di TGV Mesra Mall.

Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

Mesra Mall di Kemaman menjadi lokasi panggung wayang pertama di Terengganu.

Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.

Warga Emas Pulau Pinang Ditipu Hidup-Hidup Oleh UMNO

Posted: 29 Sep 2010 05:00 AM PDT

SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ihsan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipercayaai bersumberkan judi dalam satu majlis sambil diperhatikan Azhar Ibrahim (kanan) di Penaga, Kepala Batas. 29 Sept. 2010. - Utusan/SAZALI CHE DIN

Ada dua kebodohan dalam isu ini. Pertama, warga emas ini hanya dengar khabar dari laporan media, bukannya sumber sahih. Dan laporan media datang dari mamak kahwin dua (dengan artis pulak tu) dan dari blogger pencacai UMNO, pisau.net. Bukannya sumber sahih pun. Hanya hearsay (dengar cakap) sahaja. Bawa dalam mahkamah pun, hakim akan tolak berita ini.

Kedua. Kenapa serah pada ketua Pembangkang yang juga Adun UMNO, Dato Azhar Ibrahim. Kenapa tak serah pada Lim Guang Eng sendiri. Tak takut ke UMNO rembat duit tu. Kalau 40 orang darab 100, maknanya RM 4,000. Cukup untuk pemimpin UMNO tu bawak lari pergi golok. Beli tilam toto banyak-banyak kat sana.

Kan dah padam muka. Hilang rm 100 macam tu je. Memang orang tua suka diperbodohkan oleh UMNO. Kalau macam tu, baik semua kakitangan kerajaan, pulangkan duit gaji mereka. Sebab kerajaan UMNO dapat hasil dari judi, dicampur gaul dengan hasil-hasil lain seperti cukai dan wang rampasan. Nak ke kakitangan awam pulangkan duit gaji mereka kat Najib. Tentu jawabnya tak kan. Sebab mereka tak bodoh macam warga emas ini. Bukan salah warga emas itu, tapi salah UMNO yang tak nak taubat, asyik-asyik tipu orang tua je. Kalau orang muda, tak beraninya UMNO ambil kesempatan...

Lebih 40 warga emas pulangkan wang ihsan P. Pinang

KEPALA BATAS 29 Sept. - Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di sini.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram. - Bernama

Dewan Himpunan Penyokong PAS Sedia Bertanding Di Dun Galas

Posted: 29 Sep 2010 04:14 AM PDT

DUN Galas: DHPP Sedia Tanding

Sayap baru PAS nyatakan pendirian tidak tuntut tanding di Galas

PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang akan diadakan tidak lama lagi jika mendapat restu daripada PAS Pusat.

Bagaimanapun menurut Ketua DHPP, Hu Pang Chaw, sayap baru parti itu tidak bercadang untuk membuat sebarang tuntutan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"DHPP sedia untuk bertanding, kami akan akur kepada apa jua keputusan parti. Kalau PAS Pusat putuskan untuk menurunkan calon daripada DHPP, kami akan terima.

"Tapi yang paling penting, DHPP tidak akan membuat sebarang tuntutan walaupun kami layak kerana sekarang kami juga merupakan sayap PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Pilihan raya kecil bagi DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham mendapat 4,399 menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh.

Selain itu Hu berkata, DHPP akan menggerakkan jentera mereka bagi membantu parti pada kempen pilihan raya kecil DUN Galas nanti.

"Kami siap sedia bila-bila masa untuk turun berkempen, sekarang kita hanya tunggu arahan daripada kepimpinan tertinggi.

"Matlamat kami juga adalah untuk membantu memenangkan calon daripada PAS," katanya.

Betul Ke Ku Li Akan Sokong PAS Dalam PRK Galas???

Posted: 29 Sep 2010 03:30 AM PDT

Betul ke ni???? Macam tak caya jer

DUN Galas: Ku Li Dijangka Sokong Pas

KUALA TERENGGANU 29 SEPT : Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.

Biasanya dia melihat suasana dan realiti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.

Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong Pas kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas isu berlainan, Harun berkata Pas Terengganu akan mengadakan satu konvensyen peringkat negeri pada 22 Okt ini.

Konvensyen dua hari itu bagi memantapkan kefahaman anggota sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

(Bernama)

SPRM Diberi Amaran Agar Tak Tong Sampahkan Kes Roswah Adun Kulim

Posted: 29 Sep 2010 02:53 AM PDT

Kalau dalam siasatan awal SPRM kata ada roswah. Apalagi, dakwalah ke mahkamah. Jangan bakul sampahkan pula..

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya. - Harakah

Bangkai Tikus Dalam Roti!!

Posted: 29 Sep 2010 01:25 AM PDT

LONDON: Seorang lelaki hampir termuntah apabila mendapati ada bangkai tikus melekat pada sebuku roti disediakan untuk anak-anaknya, semalam.

Bapa kepada empat anak, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli di pasar raya Tesco di kawasan kediamannya di Kidlington, Oxfordshire.

Kata Forse, 41, dia sempat memakan beberapa keping roti itu sebelum ternampak bangkai tikus berkenaan.

"Saya jadi semakin loya apabila pegawai kesihatan yang memeriksa roti itu berkata, dia tidak menemui ekor bangkai tikus berkenaan yang mungkin sudah saya telan," katanya.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarga Forse sakit, manakala pengeluar roti, Premier Foods di saman RM82,376 kerana gagal mengekalkan standard kebersihan di kilang mereka di Mitcham, selatan London. - Agensi

P/S meloyakan jer bila baca citer bangkai tikus dlm roti nih..huhuhuh...

Macam2 Zaman Najib : Polis Malaysia Dipukul Penduduk Kg. Kerana Berkhalwat

Posted: 29 Sep 2010 12:35 AM PDT

TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota polis itu dikatakan naik angin dan terus memarahi penduduk kampung selepas rumah kekasihnya yang juga ibu kepada 10 anak tersebut diketuk.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pelakuan sumbang anggota polis berusia 50 tahun bersama pasangannya, sejak beberapa tahun lalu itu telah menjadi perhatian banyak pihak.

Katanya, sebaik pintu rumah papan itu dibuka oleh wanita berkenaan selepas diketuk berulang kali, anggota polis terbabit yang hanya memakai kain pelikat terus memarahi orang kampung sebelum berlaku satu pertengkaran.

"Penduduk yang malu dengan apa yang berlaku mempertahankan tindakan mereka mengetuk pintu rumah berkenaan dan selepas itu tercetuslah pergaduhan menyebabkan anggota polis terbabit cedera pada bahagian muka," katanya.

Semasa kejadian, tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut berada dalam rumah tersebut.

Samy Vellu Kata Pegawai BTN Parasit

Posted: 28 Sep 2010 11:45 PM PDT

Samy Vellu insisted the Hamim's racist slurs were not reflective of the government's position. — file pic

KUALA LUMPUR, Sept 29 — MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu dismissed today the racist remarks allegedly made by a National Civics Bureau (BTN) official during a Puteri Umno function as the utterances of a "minority parasite."

Samy Vellu claimed that the racist remarks reportedly made by the bureau's deputy director Hamim Husain did not reflect the views or position of the Najib administration.

Hamim had on Monday been reported as having referred to the Chinese and Indian community as "si mata sepet" and "si botol" respectively when asking Puteri Umno members to co-operate with the non-Malay communities to garner votes for Barisan Nasional.

"The 'si mata sepet' that has never gone to a mosque or surau only has one vote. The 'si botol' that only knows how to go up to Batu Caves up and down only has one vote," Hamim reportedly told the closed-door gathering.

Today, Samy Vellu said that Hamim's remarks did not "pose a major threat" to the country and that he should just be "ignored."

"They are what we call the minority parasites. It is just the views of one individual. Of course, the fact that he is a senior government officer makes it a very serious matter, but we should not assume that his views reflect the government's stand," said the long-serving MIC president in a statement today.

In an attempt to distance the Najib administration from the BTN representative's recent actions, Samy Vellu claimed that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's 1 Malaysia concept did not endorse or recognise Hamim's brand of racism.

"We have protection against these parasites in the form of Prime Minister YAB Datuk Seri Najib Razak and his 1 Malaysia concept.

There is definitely no room for bigots in this country, and certainly they are not part of 1 Malaysia. They must be isolated so that their species will not mutate," added the MIC stalwart.

Yesterday, the DAP and MCA had demanded that Hamim be immediately punished.

DAP has pushed for an immediate dissolution of the BTN and the discontinuation of its courses while MCA wants the bureau, which comes under the Prime Minister's Department, to be overhauled.

The BTN, a state agency charged with running courses on patriotism for civil servants and undergraduates, came under fire last year for promoting racism.

The Najib administration had promised a revamp of BTN's courses following widespread public outcry.

Satu Lagi Kemenangan Buat Peneroka Felda

Posted: 28 Sep 2010 11:00 PM PDT

Makin bangkraplah FELDA lepas ni. Ye lah..sapa suruh tipu peneroka..kan dah kena bayar saman

Peneroka menang lagi kes saman Felda

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Macam2 Zaman Najib : Remaja Dirogol Ramai-Ramai Oleh Abang Tiri & Kawan2Nya

Posted: 28 Sep 2010 10:01 PM PDT

Tu lah...sapa suruh iku lelaki bukan muhrim

Sahabat jahat

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol abang tiri rakan baiknya sebaik dibawa ke rumah lelaki itu kononnya untuk makan malam.

Di rumah itu, mangsa turut dirogol tiga lelaki lain yang juga rakan suspek secara bergilir-gilir. Tidak cukup dengan itu, perbuatan kejam berkenaan turut dirakam seorang daripada suspek menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk koleksi peribadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang kelmarin, apabila mangsa pergi ke rumah rakan sekelasnya di Segambut, di sini, untuk keluar makan bersama.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah rakannya itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah di Kepong, di sini, yang kononnya didiami abang tiri kepada teman baiknya itu berusia awal 20-an.

"Rakan sekelas mangsa kemudian meninggalkan rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada abang tirinya.

"Mangsa yang terpinga-pinga kemudian ditenangkan suspek sebelum lelaki terbabit memperkenalkan remaja malang itu kepada tiga lagi rakannya berusia lingkungan 20-an," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya merayu berulang kali supaya dihantar pulang namun tindakannya itu menyebabkan mangsa dimarahi.

"Mangsa kemudian diheret ke dalam sebuah bilik sebelum pakaiannya dilucutkan suspek," katanya.

Tersentak dengan itu, mangsa menjerit dan meronta minta dilepaskan sebelum dia dipukul dan diugut seorang daripada suspek.

Sumber berkata, mangsa dirogol bergilir-gilir.

"Selepas selesai merogol mangsa, seorang daripada suspek kemudian menghantar semula mangsa ke rumah rakan baiknya di Segambut.

"Mangsa pulang ke rumahnya di Batu Caves, sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Difahamkan, polis menahan dua daripada suspek selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan manakala dua lagi rakannya sedang dikesan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Buat Pimpinan Pemuda Dalam PR..Anda Perlu Ambil Peluang Fakta Ini

Posted: 28 Sep 2010 09:12 PM PDT

Malaysia didominasi generasi muda

PUTRAJAYA 28 Sept. - Malaysia akan terus kekal didominasi generasi muda kerana jumlah golongan tua hanya mewakili kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, negara ini tidak akan menjadi seperti Jepun dan negara-negara di Eropah yang mempunyai kira-kira 10 hingga 20 peratus golongan tua iaitu generasi berumur 65 tahun ke atas.

"Setakat ini, perangkaan menunjukkan golongan tua hanya berada pada sekitar 6.7 peratus dan kita akan kekal sebagai masyarakat muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof yang juga Pesuruhjaya Banci.

Nor Mohamed berkata, profil tentang usia rakyat negara ini sedang dikemaskinikan hasil Banci Penduduk 2010 yang dilaksanakan baru-baru ini bagi memastikan pembangunan negara dapat memenuhi kehendak masyarakat muda.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga sedang mengkaji trend-trend lain yang dikesan hasil dapatan daripada proses bancian tersebut.

"Kita sedang membuat semakan terhadap data keseluruhan banci selain melengkapkan blok bancian yang tidak dapat dipenuhi semasa proses itu diadakan pada Jun hingga Ogos lalu.

"Laporan dan analisis bancian tersebut akan dikeluarkan menjelang November ini sebagaimana yang disasarkan sebelum ini," katanya.

Menurutnya, perangkaan yang diperoleh itu membolehkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) merangka keperluan masyarakat muda seperti pembinaan sekolah, prasekolah dan sebagainya.

"Laporan banci itu cukup penting kerana ia adalah banci terakhir sebelum negara menuju tahun 2020 bagi menjadi sebuah negara maju," katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu membuat perancangan bagi mengisi keperluan perbandaran kerana didapati masyarakat bumiputera dan Melayu kini sudah melebihi 55 peratus mendiami kawasan bandar terutama di Semenanjung.

"Ini berbeza dengan dahulu apabila lebih 60 peratus orang Melayu berada di kawasan luar bandar," katanya.

Tiada ulasan: