Khamis, 12 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EZAM CABAR SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ?

Posted: 12 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda semua kira, berapa ramaikah yang telah dicabar oleh raja sesumpah Ezam untuk bersumpah? Kesemua mereka yang pernah dicabar oleh raja sesumpah itu kesemuanya dari parti pembangkang. Pemimpin Umno? Usah harap.

Selain dari DS Anwar sasaran utamanya, Husam Musa dari PAS juga pernah dicabar oleh raja sesumpah untuk menjadi sesumpah sepertinya. DS Wan Azizah juga menjadi mangsa baru-baru ini. Apabila DS Wan Azizah menafikan fitnah beliau, maka sepantas kilat raja sesumpah menyuruh DS Wan Azizah bersumpah dan beliau pun akan turut bersumpah, katanya.

Main-main sumpah ini memang kerja Ezam sejak dulu, dan melanggar sumpah juga mainan saja buat Ezam. Ezam sanggup melanggar aturan Islam berkaitan sumpah ini. Peliknya tidak dengar pula oleh kita Ezam mencabar Saiful yang memang minat bersumpah itu untuk bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan salah seorang pasukan Pendakwaraya di dalam kes Liwat II DS Anwar. Mengapa, sedangkan kita tahu Saiful memang berminat dengan sumpah menyumpah ini.

Maka, fikir-fikirkanlah stail raja sesumpah ini untuk mencari sesuap nasi.

UMNO P.PINANG BANKRAP IDEA

Posted: 12 Aug 2010 08:00 PM PDT

Pemuda PAS Pinang selar politik murahan UMNO-BN

| Aug 12, 2010

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".

*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sumber: MerdekaReview

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh

Posted: 12 Aug 2010 06:00 PM PDT


Ogos 12, 10

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan "rasa tidak puas hati, marah dan kecewa" berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan," petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?"

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah)," kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'./Malaysiakini

Perang info: BN 'ludah' sesama sendiri, kata MB

Posted: 12 Aug 2010 11:03 AM PDT


Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 12, 10

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang./Malaysiakini

KAK WAN, JANGAN LAYAN MAMAT GILA ITU

Posted: 12 Aug 2010 03:00 AM PDT

Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah


Oleh Mohd Sayuti Omar

ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan.

Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh).

Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan.

Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno.

"Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya.

Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan.

Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu.

Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya.

Pada saya mudah saja. Dalam kontkes perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.

Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai.

Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis.

Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.

Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!

Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.

Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.

Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy?

Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume.

Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...?

Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh.

Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam.

Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih.

http://msomelayu.blogspot.com

KESILAPAN DS WAN AZIZAH APABILA MELAYANI RAJA SESUMPAH

Posted: 12 Aug 2010 12:01 AM PDT

Dua tokoh yang sentiasa menjadi mangsa fitnah raja sesumpah Ezam

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kesilapan walaupun tidak besar apabila Presiden PKR, DS Wan Azizah menjawab tuduhan sampah dan fitnah dari raja sesumpah Ezam yang kini mungkin sedang `bermimpi' untuk menjadi MB Selangor itu. Apabila membaca kenyataan akhbar oleh DS Wan Azizah berkenaan fitnah besar oleh raja sesumpah itu di sini, maka tertunailah hajat raja sesumpah untuk mendapat publisiti murahan.

Sememangnya raja sesumpah mahu DS Wan Azizah melayaninya kerana ini akan menampakkan beliau hebat. Saya telah menjangka, apabila DS Wan Azizah menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkannya maka akhir sekali raja sesumpah akan melakukan stail lamanya iaitu mencabar DS Wan Azizah `bersumpah laknat'. Aktiviti sumpah ini memang menjadi `trademark' raja sesumpah sejak dahulu lagi walaupun beliau sendiri telah melanggar `sumpah keramat'nya. Jika boleh beliau mahu semua orang bertukar menjadi `sesumpah' sepertinya.

Kadangkala kita pelik memikirkan bagaimana Umno boleh mengharapkan raja sesumpah ini untuk memusnahkan personaliti DS Anwar dan isterinya seterusnya untuk memusnahkan PKR parti yang menjulang namanya dahulu? Apa hebatnya raja sesumpah setelah melutut dengan Umno? Sehingga kini tiada satu pun bukti yang dibawa oleh raja sesumpah atas apa jua tuduhan yang telah beliau hadapkan ke atas DS Anwar dan juga DS Wan Azizah. Yang ada, cuma tuduhan demi tuduhan dan sumpah demi sumpah. Sewaktu raja sesumpah berada di dalam PKR, setiap kali beliau menghentam Umno dan Najib, pasti disebutkan fakta dan bukti bahkan sanggup ke setiap Balai Polis untuk membawa bukti yang disebutkannya. Itu dulu, sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat.

Tetapi kini, berapa banyak raja sesumpah membawa bukti dan fakta terhadap setiap tuduhannya? Bukti rasuah pemimpin Umno usah diharaplah kerana untuk menyebutnya saja raja sesumpah tidak berani. Beliau hanya berani menuduh, kemudiannya minta orang yang dituduhnya itu bersumpah untuk menafikan tuduhannya. Ini cara kuno dan tidak bertamaddun oleh raja sesumpah. Kita tuduh seseorang itu mencuri, kita tidak buktikan atau lapor Polis sebaliknya minta orang yang kita tuduh itu bersumpah. Inilah stail raja sesumpah untuk cari makan sehingga dapat Senatak.

Saya berharap selepas ini DS Anwar, DS Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang menjadi mangsa fitnah orang kemaruk ini agar tidak lagi memperdulikan raja sesumpah. Biarkan dia perasan sendiri kerana rakyat kini sudah kenal siapa beliau. Tidak hairan lah jika di mana jua raja sesumpah menyalak, berapa kerat sahaja yang bodoh-bodoh datang mendengar./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.