Kelab Greenboc |
- Polis Salahguna Kuasa Perlu Dipantau Dan Dihukum
- Politik Murahan UMNO BN Raih Sokongan Melayu Diselar
- Lebih Ramai Peneroka Akan Saman FELDA
- "Nota Terakhir" Teoh Satu Rekaan Oleh Peguam Negara
| Polis Salahguna Kuasa Perlu Dipantau Dan Dihukum Posted: 12 Aug 2010 11:43 PM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat secara terbuka tindakan menyalahguna pasukan polis dan Light Strike Force (LSF) lalu semasa perhimpunan anti ISA dan nyalaan lilin yang diadakan secara aman dan teratur di Padang Timur, Petaling Jaya 1 Ogos lalu.Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh mahu Suhakam memberi laporan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan displin terhadap pihak polis berhubung kekerasan dan tindakan melampau ke atas peserta perhimpunan. "Kami juga berharap mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan (Panel Code) dan Akta Polis 1967 dan mencadangkan agar memansuhkan semua bahagian yang menghadkan kebebasan berhimpun dan bersuara. "Kami menyeru Suhakam meneruskan pemantauan dalam setiap perhimpunan aman, malah pada masa yang sama kami juga mengesa Suhakam agar lebih proaktif dengan menjadi orang tengah antara pihak penganjur dan pihak polis sebelum sebarang perhimpunan diadakan bagi mengurangkan tekanan. "Selain itu Suhakam juga perlu mengambil inisiatif untuk mengaktifkan bahagian 'Human Right Defenders' dalam badan tersebut dan melindungi semua aktivis dan pendukung hak asasi daripada menjadi mangsa keganasan, kekasaran dan intimidasi polis serta kerajaan," jelas Syed Noh pada pertemuan dengan Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Shaani Abdullah di ibu pejabat badan itu semalam. Beliau mendakwa pihak polis telah mengasari rakyat tidak berdosa serta memukul peserta. "Seramai 39 orang ditangkap di seluruh negara tanpa sebab yang munasabah termasuk di Pulau Pinang, Petaling Jaya dan Kelantan. Ini termasuk dua juvana di bawah umur ditahan beberapa jam di balai polis. Polis juga berniat jahat dengan menahan mereka yang memakai baju t-shirt berwarna merah dan hitam. "Pihak polis menyukarkan orang awam dengan membuat sekatan jalan di semua kawasan diseluruh negara yang menganjurkan Vigil Anti ISA, tindakan polis mengambil kenyataan daripada para peguam yang mewakili orang kena tahan merupakan pencabulan hak asasi yang serius dan intimidasi polis adalah keterlaluan. Penahanan wartawan yang sedang bertugas di Kelantan bersama anaknya berumur 16 tahun adalah suatu yang sukar diterima," jelas beliau. Sehubungan itu, Muhammad Shaani berkata sebelum perhimpunan tersebut pihaknya telah menghantar surat kepada Ketua Polis Selangor. "Jawapan yang kita terima polis menegaskan tidak boleh diadakan perhimpunan dan sesiapa yang hadir termasuk Suhakam akan ditahan. "Komunikasi antara saya dengan Ketua Polis Selangor itu hanya berlaku melalui sistem pesanan ringkas saja dan pendirian polis masih tidak berubah. "Saya lihat masa yang diberikan pihak polis bagi peserta bersurai memang tidak memcukupi dan ini melanggari hak asasi manusia. "Suhakam akan terus hadir setiap kali perhimpunan di adakan bagi mengetahui masalah sebenar yang berlaku secara tepat bukannya hanya mengikuti apa yang dijelaskan," kata beliau. -SK Ulasan GB Salah satu perkara jelas harapan rakyat apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti ialah: peranan polis perlu dinilai semula dan menangkap semua mereka yang terlibat menyalahguna kuasa selama ini yang menjadikan diri mereka badut-badut UMNO BN. Samada mereka berpangkat Ketua Polis Negeri atau anggota R/F. PDRM perlu dibersihkan, perlu diberikan identiti murni dan mulia selepas ianya telah dikotori oleh UMNO BN sekian lama. Musa Hassan akan dilucutkan jawatannya jika benar beliau tidak berkelayakan (menurut maklumat beliau hanya mempunyai diploma dan bukan ijazah sarjana muda seperti yang didakwa). Malah beliau boleh saja dipenjarakan kerana memberi keterangan palsu. Malah keterlibatan beliau dengan beberapa konspirasi perlu diberikan balasan setimpal. Namun yang penting dua institusi perlu juga dibersihkan iaitu: Peguam Negara dan Kehakiman Negara. Tanpa pembersihan kedua-duanya, ia tidak memberi makna apa-apa. Pakatan Rakyat mampu melakukannya! GB sentiasa bersama PR. |
| Politik Murahan UMNO BN Raih Sokongan Melayu Diselar Posted: 12 Aug 2010 07:14 PM PDT Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:- 1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan. 2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi. 3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan. DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu. Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak". *Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. -MR |
| Lebih Ramai Peneroka Akan Saman FELDA Posted: 12 Aug 2010 01:42 PM PDT Lebih ramai peneroka tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengemukakan saman terhadap agensi kerajaan itu kerana tidak puas hati dengan isu pemerahan hasil kelapa sawit.Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak), Mazlan Aliman berkata, dalam tempoh terdekat, beberapa gugusan Felda di Pahang akan berbuat demikian dan dijangka selepas hari raya puasa ini. "Ketika ini kami sedang mengumpul maklumat dan memandangkan Felda di Pahang, besar…… kita pecahkan kepada empat gugusan – Bera, Jengka, Keratong dan Lepar. "Ia membabitkan ribuan peneroka dan kerana itu kami memecahkan pasukan guaman Anak kepada beberapa kumpulan," katanya. Isnin lalu, 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan. Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun. Kadar perahan gred kelapa sawit Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB). Mazlan berkata, selepas Pahang, peneroka di Terengganu pula akan menyaman Felda dalam isu pemerahan hasil. Katanya, isu ini bukan setakat beberapa negeri tetapi membabitkan semua negeri di seluruh negara. "Peneroka menyokong tindakan Anak kerana mereka tidak puas hati tindakan Felda yang tidak memberi rekod kepada mereka terhadap jumlah pengeluaran hasil sawit yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu. "Felda memang memberi wang pendahuluan kutipan hasil kepada peneroka antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan tetapi jumlah sebenar pengeluaran hasil tidak dilaporkan kepada peneroka. "Cuma yang Felda beri ialah jumlah hutang (peneroka kepada Felda)……ada RM30,000, RM40,000 dan RM50,000," katanya lagi. -FMT |
| "Nota Terakhir" Teoh Satu Rekaan Oleh Peguam Negara Posted: 12 Aug 2010 03:58 AM PDT Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan TeohKeluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan "rasa tidak puas hati, marah dan kecewa" berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya. Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan. "AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan," petik kenyataan itu. "Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?" Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka. "Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melengah-lengah)," kata keluarga itu. Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh. Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner. Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'. -MK Ulasan GB Isu ini, telah GB ulas di SINI. Apa yang GB cadangkan sebelum ini dipersetujui oleh keluarga mendiang bahawa: "Sesiapa pun boleh menulis dan kemudiannya menyatakan ia ditemui pada si mangsa. "Nota terakhir" itu perlukan siasatan terperinci. Perlu dilakukan siasatan forensik untuk dikesani bila ia ditulis, tangan siapa yang menulisnya, pena dan kertas apa dan mana yang digunakan, cap-cap jari siapa ada di atasnya dan keadaan yang bagaimana ianya ditemui." |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan