WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- VIDEO - JAWAPAN ANWAR TERHADAP TUDUHAN MUHYIDDIN DAN KJ
- PERKASA, MEMANG CELAKA - PEMUDA MCA
- ANWAR JAWAB ISU YAHUDI YANG DIMAINKAN OLEH MEDIA PENCACAI
- ACARA ROSMAH BERDUET FOXX, NAJIB PULA TIDAK MAHU JAWAB?
- APA TUNGGU LAGI SPRM, APA PULAK KATAK BAYAN BARU LEPAS INI?
- PENASIHAT 20 PERSEN GEMBIRA ULAMAK BERDUYUN MASUK UMNO
| VIDEO - JAWAPAN ANWAR TERHADAP TUDUHAN MUHYIDDIN DAN KJ Posted: 01 Jul 2010 03:58 PM PDT Kata DSAI bahawa pendirian beliau adalah jelas mengenai Israel.Saya tidak membayar satu sen pun untuk melobi saya.Malah semua itu tidak di laporkan oleh utusan dan TV3. | |||||||
| PERKASA, MEMANG CELAKA - PEMUDA MCA Posted: 01 Jul 2010 03:39 PM PDT Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!
"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.
Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.
Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA (gambar kanan) mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara. Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.
Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!" Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.
Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini. *Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview | |||||||
| ANWAR JAWAB ISU YAHUDI YANG DIMAINKAN OLEH MEDIA PENCACAI Posted: 01 Jul 2010 02:51 PM PDT
| |||||||
| ACARA ROSMAH BERDUET FOXX, NAJIB PULA TIDAK MAHU JAWAB? Posted: 01 Jul 2010 02:26 PM PDT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat. "Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Datin Seri Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri perdana menteri," kata Najib dalam jawapan satu perenggannya. Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak. Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York pada 16 April. Majlis itu juga dihadiri oleh bintang filem antarabangsa seperti pelakon pemenang Oscar, Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx. Ketika mahlis itu, Rosmah diberikan anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada US Business Council for International Understanding (BCIU). Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan Internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx. Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada "keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia". Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'wanita pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan untuk Raja Permaisuri agong. Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya berkata iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan. Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah. "Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar," katanya. "Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM."/Malaysiakini | |||||||
| APA TUNGGU LAGI SPRM, APA PULAK KATAK BAYAN BARU LEPAS INI? Posted: 01 Jul 2010 02:16 PM PDT
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London. M "Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Americk (kanan) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka. Bala menghilangkan dirinya selepas menarik balik akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada Julai 2008. Ketika itu, belia mendakwa pembabitan adik Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak dan Deepak terbabit dengan penarikan akuan bersumpahnya itu. Pada a Balasubramaniam dijadualkan tiba di London hari ini dari destinasi yang dirahsiakan dan sepatutnya diwawancara oleh SPRM pada Isnin depan bagi melancarkan siasatan ke atas peranan Nazim dan Deepak. Bagaimanapun timbalan pesuruhjaya SPRM, Mohd Sukri Abdull, menukar keputusan itu dan mengumumkan semalam bahawa lawatan mereka telah dibatalkan. Sebaliknya, SPRM akan membekalkan salinan soalan kepada peguam Balasubramaniam untuk dijawap sebagai afidavit. Americk sejak itu membidas SPRM berhubung pendiriannya yang sering berubah dan tidak serius menjalankan wawancara./Malaysiakini | |||||||
| PENASIHAT 20 PERSEN GEMBIRA ULAMAK BERDUYUN MASUK UMNO Posted: 30 Jun 2010 11:50 PM PDT SIAPAKAH yang mengiktiraf mereka yang tidak sampai 40 orang memasuki Umno baru-baru ini adalah Ulamak? Apa yang dimaksudkan dengan Ulamak sebagai pewaris Nabi itu dan siapakah Ulamak yang dimaksudkan oleh Nabi yang masuk dahulu ke dalam Neraka? Mahu tahu siapakah Ulamak sebenarnya kita kenalah merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Jangan merujuk kepada kitab Apco atau Yahudi. Penasihat agama `20 persen' (bukan Kassim Patolan dalam cerita Tiga Abdul) kepada Najib menyebutnya di sini bahawa PAS perlu memikir mengapa golongan Ulamak menjauhi PAS dan memilih Umno. Anda semua tentu tertanya-tanya di dalam Umno sekarang siapakah yang terdiri daripada para Alim Ulamak? Dan, jika benarlah memang ada golongan itu di manakah kedudukan mereka di dalam Umno? Tukang baca doa makan, tahlil, doa selepas Mesyuarat Agung Umno atau membaca doa di dalam majlis-majlis tertentu itukah Ulamak? Jika benar terlalu ramai Ulamak sudah menyertai Umno, mustahil negara kita masih diperintah secara sekular. Mustahil negara ini mempunyai Pusat Judi terbesar di Genting dan mungkin Najib tidak berani berangan untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama wujud semenjak dikatakan Ulamak semakin melambak di dalam Umno. Habis tu, Ulamak yang berduyun-duyun tu buat apa? Jadi tukang kipas sajakah? Oleh kerana kerajaan pusat banyak mendirikan masjid dan madrasah dan menganjurkan Tilawah Al-Quran itu menunjukkan kerja yang Ulamak-Ulamak berkenaan lakukan? Kalau begitu mudah benar mahu jadi pewaris Nabi. Mana ada Ulamak yang berani bersuara di dalam Umno? Ulamak sepatutnya mesti berani menegur pemerintah. Yang ada di dalam Umno, usahkan mahu menegur pemerintah, mahu berdebat secara ilmiah dengan pihak lain pun kecut perut. Kenapa mereka takut berdebat dengan PAS yang dikatakannya sebagai parti yang tiada Ulamak yang ramai itu? Takut itu menandakan salah, dan mereka tahu mereka bersalah sebenarnya. Mereka tahu mereka berada di dalam parti yang tidak pernah mahukan Islam sebagai dasar pemerintahan. Tetapi mengapa mereka masih berada di situ? Jawapannya adalah kerana untuk menunjukkan kata-kata Nabi itu benar bahawa terdapat golongan Ulamak yang akan memasuki Neraka terlebih dahulu. Apabila melihat kepada sejarah Umno, barang siapa yang mahu kepada Islam sudah pasti tidak akan lama berada di dalam Umno. Tetapi jika sekadar mahu mencari makan, mereka boleh terus berada di dalam Umno. Itu pun belum tentu dapat makan banyak. Cuba lihat beberapa golongan seumpama bekas Imam Besar Masjid Negara Firdaus dan Nakhaie. Bukan sedikit ilmu mereka, tetapi hilang sekelip mata dengan hanya sehelai bahu batik dan songkok jitam. Yang tidak pernah berkasar menjadi samseng dengan menyepak tong undi bila kalah pilihanraya. /mandor.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan