Khamis, 1 Julai 2010

SharpShooter

SharpShooter


Suara Keadilan pertahan artikal Felda bangkrap

Posted: 30 Jun 2010 11:03 PM PDT

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 1 Julai - Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan menegaskan pendirian berhubung laporan muka depan bertajuk 'Felda Bangkrap' pada penerbitannya minggu lalu sekaligus mempertahankan prinsip untuk terus memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara yang semakin terancam di bawah rejim Umno-Barisan Nasional.

Pengarangnya, Dzulkarnain Taib mengulas demikian setelah menerima memorandum daripada wakil sekumpulan lebih 200 orang dipercayai peneroka Felda yang berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini tengahari semalam.

Pada sidang media beliau menjelaskan penerbitan laporan itu tidak sesekali berniat untuk menyinggung mana-mana peneroka felda malah berharap nasib mereka yang ditindas mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Kami di Suara Keadilan berpegang teguh kepada prinsip kebenaran bagi membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda dan bukan dengan niat untuk menyinggung peneroka Felda. Malah kami mahu memperjuangan hak dan nasib mereka," katanya.

Menurutnya lagi, Suara Keadilan tidak akan menarik balik laporan berkenaan kerana apa yang dilaporkan merupakan kenyataan pemimpin KEADILAN berhubung dakwaan salah urus tadbir dalam Felda serta kenyataan Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam parlimen mengenai kemerosotan rizab tunai agensi itu sejak 2004 hingga 2009.

"Sebagaimana yang kita maklum, Felda mahu mengambil tindakan saman terhadap Suara Keadilan, jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menerima baik perhimpunan pihak terbabit tetapi tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kumpulan terbabit.

"Ini merupakan sesi rentetan yang ditaja oleh Umno-BN. Felda sepatutnya menjawab isu ini dengan jawapan yang lebih berwibawa bukannya menganjurkan bantahan sebegini.

"Malahan pihak kami telahpun menjawab surat tunjuk sebab sepertimana yang diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Terdahulu, Dzulkarnain yang ditemani Shamsul Iskandar menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab dan pengkhianat.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga peserta demonstrasi itu disediakan makanan dan minuman percuma yang dibekalkan daripada sebuah van berhampiran.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pegawai kerajaan tali barut wajib ditukar

Posted: 30 Jun 2010 09:51 PM PDT

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nik Aziz cabar Karpal

Posted: 30 Jun 2010 09:36 PM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.


Menurutnya, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.


"Jika terdapat suara sumbang yang lahir pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia adalah pendapat peribadi masing-masing.


"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat buktikan dasar Islam kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.


Sharpshooter :- Menyokong penuh kenyataan Nik Aziz, tidak ada pemimpin lain yang dapat tandingi keperibadian mulia Tok Guru Nik Aziz.

Semoga Allah panjangkan usia dan beri kesihatan yang baik kepadanya..amin..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 pupu Anwar ngidap kanser rahim

Posted: 30 Jun 2010 09:07 PM PDT


BUKIT TENGAH – Setiap wanita pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna bersama suami dan anak-anak. Namun, kadangkala ada perkara yang datang secara tiba-tiba tanpa diduga hingga boleh meragut kebahagian itu.

Bagi Sahizan Yaacob,49, dia tidak menyangka haid yang datang tanpa henti sejak Mac lalu menguncang musibah terhadap dirinya apabila disahkan menghidap kanser rahim.

Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati apabila keadaan itu berterusan lalu pergi bertemu pakar sakit puan di sebuah klinik di Kebun Sireh.

"Sebelum ini semuanya normal. Tetapi, apabila baru-baru ini haid datang tidak berhenti saya mula syak sesuatu.

"Saya terkejut apabila disahkan doktor bahawa saya menghidap kanser rahim tahap pertama. Perasaan ketika itu memang tidak dapat digambarkan, tapi apakan daya semuanya sudah tertulis dan saya perlu menerimanya dengan hati terbuka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Panjang, dekat sini.

Sahizan berkata, sejak disahkan menghidap penyakit itu, kehidupannya sedikit berubah berikutan terlalu banyak berfikir.


Begitupun katanya, dia bersyukur kerana mempunyai seorang suami, Abu Mansor Md Noor,53, yang setia berada di sisi serta anak-anak yang sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya.

Dia yang turut mempunyai seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down berkata, doktor mengesahkan bahawa pembedahan perlu dilakukan untuk membuang rahim bagi menyelamatkan nyawanya.

Pembedahan dijangka akan dilakukan pada bulan Julai ini di Hospital Alor Setar (HAS), namun tarikh sebenarnya masih belum diketahui.

"Sebenarnya, arwah ibu dahulu pun menghidap penyakit sama juga. Mungkin semua ini telah ditentukan. Setakat ini, saya masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa, namum kadangkala berasa sakit pada bahagian pinggang hingga ke kaki," katanya.



Sementara itu, penderitaan yang dialami Sahizan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang.



Mereka yang berkunjung ke rumahnya baru-baru ini turut menyampaikan cek keseluruhan berjumlah RM1,000 bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan dalam membaiyai kos pembedahan.

Chin Wen ketika ditemui berkata, cek yang diberikan pada hari itu merupakan bantuan segera daripada Kadun dan juga Exco bagi membantu pesakit kronik.



"Bantuan yang diberikan bukan terhenti setakat ini sahaja, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan derma daripada beberapa persatuan bagi membantu pesakit ini.

"Saya berharap agar mereka sekeluarga dapat bersabar dengan dugaan yang diterima dan juga cepat sembuh selepas pembedahan nanti," katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SPRM 1 Malaysia 1 Israel serang Selangor lagi

Posted: 30 Jun 2010 08:53 PM PDT

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua Adun itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.