Senyum Tangis Sendu |
Dokumen AS Adalah Jenayah Perang Posted: 26 Jul 2010 05:53 PM PDT Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan. Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah WikiLeaks menyiarkan kira-kira 91,000 maklumat sulit tentera AS di Internet sejak enam tahun lalu mengenai perang Afghanistan. Antara maklumat yang bocor termasuk sejumlah insiden pembunuhan orang awam Afghanistan yang tidak dilaporkan selain operasi rahsia terhadap ketua-ketua Taliban. Pembocoran dokumen sulit tentera itu dikecam AS, Britain dan Pakistan. Assange memberitahu kumpulan wartawan di London bahawa sama ada jenayah perang telah berlaku bergantung kepada mahkamah antarabangsa. Menurutnya, apa yang pasti, terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen-dokumen itu. Beliau membandingkan impak pendedahan dokumen perang itu dengan pendedahan arkib polis rahsia Jerman Timur. "Pendedahan ini menyamai pendedahan arkib Stasi (polis rahsia Jerman Timur)," katanya. Dokumen-dokumen sulit tentera AS itu meliputi apa yang telah diketahui umum mengenai peperangan selama sembilan tahun di Afghanistan antaranya melibatkan operasi khas AS untuk menghapuskan kumpulan militan tanpa perbicaraan, orang awam Afghanistan dibunuh tanpa sengaja dan pegawai-pegawai AS marah berhubung kerjasama perisikan antara Pakistan dengan kumpulan militan yang mahu menghapuskan rakyat AS. WikiLeaks menyiarkan dokumen-dokumen sulit itu di Internet kelmarin tanpa menyebut bagaimana ia diperoleh. Terdahulu, akhbar AS, New York Times, akhbar Guardian di Britain dan akhbar Jerman, Der Spiegel memperoleh akses awal terhadap dokumen-dokumen sulit tersebut. Sumber: AP |
Hari Ini Sekolah Mengandung, Esok Lusa Sekolah Pelacur Posted: 26 Jul 2010 09:40 AM PDT Hari kita dengar kenyataan Ali Rustam yang mahukan sekolah mengandung. Esok lusa kita dengar sekolah pelacur akan ditubuhkan di Melaka dan Universiti Maksiat juga mungkin dalam cadangan beliau. Sudah bercelaru pemimpin UMNO yang juga ADUN Bukit Baru ini. Bukan sahaja orang Melaka tidak setuju malah dari kementerian pun tidak bersetuju dengan cadangan Ali Rustam yang bolehlahlah dikatakan tidak masuk akal dan seolah-olahnya Ali Rustam membenarkan gejala zina ini diteruskan oleh golongan remaja. Bukan masalah perlu menubuhkan sekolah sebaliknya perlu menangani masalah remaja dengan pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam negeri Melaka itu sendiri.. Bukan masalah miang tetapi tindakan kerajaan yang tidak bertegas dalam menangani isu ini menyebabkan ia semakin parah. Akibat terlalu mengejar pembangunan dan kemajuan maka pembangunan dalm jiwa dan roh sudah kosong. Itulah punca utama berlaku gejala sosial. Gejala buang anak, pelacuran dan rempit kian menjadi-jadi di negeri kepimpinan UMNO/BN yang diterajui oleh Ali Rustam. Lupa mendidik jiwa rakyat akan keburukkan gejala sosial, dicadang pula penubuhan sekolah mengandung. Tindakan ini seperti menghalalkan zina dan merestui tindak-tanduk untuk terjerumus kelembah maksiat. Siapa yang miang? Remaja atau Ali Rustam yang miang? Mari kita baca petikan Ali Rustam mengenai miang yang menjadi agenda penubuhan sekolah mengandung. Petikan dari akhbar tempatan Kerajaan Negeri akan membantu pelajar yang 'miang' mahu berkahwin bagi membendung maksiat dan zina berleluasa di negeri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, berkahwin muda bukanlah sesuatu yang pelik dan mengarut tetapi jalan penyelesaian masalah sosial yang ditimbulkan pelajar serta remaja. "Daripada masalah buang bayi akibat hubungan tidak sah menjadi semakin banyak di negeri ini, baik kita benarkan mereka bernikah yang sudah tentu akan melahirkan anak hasil hubungan halal. "Bagi remaja yang masih bersekolah tetapi mahu berkahwin dan tidak mendapat kebenaran ibu bapa, mereka boleh mengadu kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak JAIM akan bertemu, memujuk ibu bapa serta berbincang supaya membenarkan anak mereka berkahwin," katanya. Mohd Ali berkata, kebanyakan remaja kini melahirkan anak luar nikah kerana tidak dapat mengawal nafsu. "Biasalah remaja tengah miang, nak kahwin ibu bapa tak benarkan dan disebabkan tidak dapat kawal nafsu, akhirnya mereka melakukan hubungan luar nikah menyebabkan lahirnya anak hasil hubungan tidak sah. "Tetapi jika mereka berkahwin dalam usia muda, mereka boleh lakukan hubungan yang halal dan jika perempuan itu mengandung pihak sekolah tidak membenarkannya ke sekolah dan mereka boleh masuk Sekolah Murid Mengandung yang Kerajaan Negeri mahu tubuhkan," katanya. Mengulas idea penubuhan Sekolah Murid Mengandung yang mendapat reaksi negatif Kementerian Pelajaran, Mohd Ali berkata, sekolah itu tetap diteruskan, sama ada mendapat sokongan atau tidak. "Kerajaan negeri akan terus membina sekolah untuk pelajar perempuan mengandung secara sah tetapi tidak diterima belajar di sekolah biasa. "Apa pilihan yang ada? Inilah caranya bagi mengelakkan maksiat dan zina berlaku di kalangan pelajar di negeri ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan