PRO REFORM |
- KEMPEN KESEDARAN AWAM MENGENAI GEMPA BUMI, TSUNAMI
- VIDEO IMEJ MISTERI 94
- PENDIRIAN ANWAR DAN KEADILAN
| KEMPEN KESEDARAN AWAM MENGENAI GEMPA BUMI, TSUNAMI Posted: 03 Jul 2010 01:33 AM PDT Kempen Kesedaran Awam Mengenai Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem - 2010 Tarikh: 22 Julai 2010 Lokasi: Kota Bharu, Kelantan Tarikh: Julai 2010 Lokasi: - Bukit Tinggi, Pahang - Yan, Kedah " Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Posted: 02 Jul 2010 07:55 PM PDT Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| Posted: 02 Jul 2010 09:42 AM PDT Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas. Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati." Sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa. Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera. Jika kerajaan UMNO-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh APCO di Malaysia. *Kenyataan media dikeluarkan daripada Jonson Chong, Pengarah Komunikasi PKR. (Merdeka Review) " Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.