Jumaat, 2 Julai 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


OBAMA CALONKAN JONES SEBAGAI DUTA BARU KE MALAYSIA

Posted: 02 Jul 2010 07:45 AM PDT

Presiden Barack Obama hari ini mengumumkan hasratnya untuk mencalonkan Paul W Jones sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Malaysia. Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini, berkata pencalonan Jones ketika ini masih menunggu pengesahan Senat negara itu.

Sebagai ahli kanan Perkhidmatan Luar Negara, beliau adalah Timbalan kepada Wakil Khas dan Timbalan Pembantu Setiausaha Negara bagi Afghanistan dan Pakistan. Sebelum ini, Jones berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan dan Kuasa Usaha Amerika Syarikat di Filipina.

Tugas yang digalasnya termasuk memegang jawatan Timbalan Ketua Perwakilan Amerika Syarikat ke Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan Timbalan Ketua Perwakilan di Macedonia. Beliau pernah berkhidmat di luar negara termasuk Colombia dan Russia.

Di Washington, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Sekretariat Staf Eksekutif dan Pengarah Pejabat Biro Eropah di wilayah Balkan. Jones adalah lulusan Universiti Cornell dan menerima ijazah sarjana daripada Universiti Virgina dan Kolej Naval War. - Bernama

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Zulkifli Sulong: 'Ini Perkara Malang'

Posted: 02 Jul 2010 06:40 AM PDT

Zulkifli Sulong, Pengarah Harakah, lidah rasmi PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar Suara Keadilan sebagai suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengesyaki tindakan keras ini didalangi pihak tertentu yang takut dengan laporan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Zulkifli menyatakan laporan muka depan Suara Keadilan berkaitan kepincangan Felda tidak ada kena mengena, apatah lagi mengugat keselamatan negara.


Beliau juga menganggap sempadan kuasa KDN terlalu luas dan mudah diperkuda pihak tertentu.

"Mungkin yang didakwa salah pada Suara Keadilan adalah kerana terbitkan cerita Felda Bankrap. Ia tidak ada kaitan dengan keselamatan negara. Ini isu undang-undang.

"Tapi, (tindakan) menggantung permit sudah terlalu lebih. Buat orang tertanya-tanya kenapa sampai gantung permit?" katanya.

Selepas memberi surat tunjuk sebab yang dijawab dan dipatuhi pengurusan Suara Keadilan, KDN masih tidak berpuas hati dan kemudian memutuskan untuk menggantung permit Suara Keadilan.

KDN menjadikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai alasan untuk menghalalkan penggantungan akhbar ini.

Zulkifli berpendapat penggantungan ini menjadikan kebebasan maklumat di negara ini kian terkebelakang ketika semua negara berlumba- lumba menuju kea rah dunia tanpa sempadan.

"Ini satu perkara malang. Ketika dunia ke arah tanpa sempadan, kerajaan sekat satu akhbar mingguan. Padahal tidak boleh sekat sebab ada laman web. Sepatutnya kerajaan lawanlah secara gentleman," katanya.

Zulkifli berpendapat, biarlah mahkamah yang membuat keputusan terhadap laporan Suara Keadilan dan bukannya dilakukan mana-mana kementerian termasuk KDN.

"Kalau betul-betul salah, saman di mahkamah. Dan hujahlah. Kalau salah mahkamah akan jatuhkan hukuman. Bayar denda. Fair (Adil). Masalahnya sekarang, kerajaan buat keputusan sendiri - gantung permit," katanya.

Bagi Zulkifli, tindakan ini hanya memperlihat ketakutan kerajaan kepada Suara Keadilan.

"Suara Keadilan ditakuti kerajaan. Terpaksa tutup. Kalau tidak takut, dia (kerajaan) boleh lawan. PKR hanya ada satu saja. Kerajaan ada tv, radio, akhbar. Tapi sebab mereka tidak berani lawan, jadi dia tutuplah," katanya.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Nik Aziz : Ajar Seks Di Sekolah Macam Ajar Pencuri Curi

Posted: 02 Jul 2010 01:52 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.



"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.-Bernama

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Anwar Pertikai Sikap Dwi Standar Dalam Isu Apco

Posted: 02 Jul 2010 12:40 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 2 Jul - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulai yang seakan mengamalkan dwi standar berhubung kes merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu kaitan 1Malaysia dengan Apco Worldwide dan isu dakwaan mengelirukan Dewan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Isu Apco kembali hangat dalam perbahasan parlimen semalam apabila Anwar berkata Speaker boleh menerima penjelasan Apco bahawa syarikat tersebut tidak terbabit dalam konsep One Israel yang pernah di bawa oleh bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak pada awal 1990-an.


Kata Anwar lagi sikap yang ambil lain pula dalam pendedahan beliau mengenai kaitan 1Malaysia dan Apco yang dilandaskan kepada hujah dan bukti dokumen yang kukuh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pematang Pauh mempersoalkan Speaker kenapa penjelasan dan bukti-bukti yang dikemukannya tidak diterima pakai sedangkan satu surat yang dihantar oleh Apco sudah cukup untuk mengheretnya ke jawatankuasa tersebut.

"Bukti telah dikemukakan begitu juga penjelasan kenapa ia tidak digunapakai, sedangkan satu surat dari Apco sudah cukup untuk mengheret saya ke jawatankuasa terbabit.

"Seolah-olah Apco mempunyai kekuatan luar biasa sehingga tidak boleh disentuh langsung oleh ahli-ahli yang berhormat," jelas Anwar.

Anwar yang menambah pendedahan tersebut tidak pernah mendapat penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada benar atau tidak.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang mempertikaikan kenapa Anwar dihadap ke jawatankuasa terbabit sedangkan isu yang di bawa Anwar dan Dr Ng mempunyai maksud yang sama.

"Kenapa dalam kes Ketua Pembangkang beliau di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sedangkan keadaan kedua-duanya sama, kalau Anwar dikatakan mengelirukan Dewan maka Menteri Perlancongan juga telah mengelirukan Dewan.

"Anwar tidak berniat untuk mengelirukan Dewan tetapi apa yang dikatakan itu mempunyai fakta dan bukti-bukti yang cukup," hujahnya.

Pandikar kemudian menjelaskan wujud perbezaan tipis berhubung kedua-dua kes tersebut dan Anwar telah pun diberi peluang membuat penjelasan namun masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

Tambahnya lagi tindakan untuk merujuk Anwar telah dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan, selain itu juga beliau menyatakan ada menerima surat daripada Apco yang menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep One Israel.

"Saya bukan hakim yang boleh membuat keputusan apabila mendengar hujah dan dalam hal Permatang Pauh, yang membuat keputusan ialah majlis, setelah berbahas panjang," katanya.

Speaker bagaimanapun tegas dengan pendiriannya dan turut menafikan berlaku dwi standar dalam kes

Sebelum itu pertelagahan berlaku apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Menteri Pelancongan dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa telah mengelirukan Dewan.

Teresa berkata kekeliruan itu berhubung isu kos pembinaan Astaka Pavilion Malaysia di Expo Dunia Shanghai yang diberitahu oleh menteri di dalam Dewan semalam hanya berharga RM20 juta sahaja, namun melalui jawapan bertulis yang diterima oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pada 15 Jun lalu menteri itu berkata kosnya adalah RM35 juta.

Ketika mendapatkan penjelasan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap Dr Ng tidak berniat untuk mengelirukan Dewan dan mungkin tersilap dan menjawab sambil lewa ataupun salah maklumat yang diberikan oleh pegawainya.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: