Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara Mengampu, Bekas Pemimpin Majlis Belia Felda Gunakan Budak-Budak Nakal Untuk Buat Demontrasi Kononnya Sokong Najib
- Sensasi: Filem P.Ramlee, Ali Baba & 40 Penyamun Kini Jadi Ilham Puak-Puak UMNO Untuk Menagih Simpati Rakyat Agar Kembali Menyokong Mereka!
- Piala Dunia: Belanda Tewaskan Pasukan Pilihan, Brazil Untuk Mara Ke Perlawanan Separuh Akhir!
| Posted: 02 Jul 2010 11:13 AM PDT [Pagi semalam ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi, belatih demontrasi di belakang Balora Mastika, Bandar Jengka. Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda. Jadi bertempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah! Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian. Klik blog Tukulbesi untuk artikel penuh]. |
| Posted: 02 Jul 2010 10:32 AM PDT ![]() Nampaknya puak-puak UMNO amat suka dengan angka "40" sekarang ini. Mungkin mereka terpengaruh dengan filem legenda P.Ramlee "Ali Baba 40 Penyamun" itu agaknya. Apakah ini satu fitnah atau memang kenyataan?. Cuba lihat, hujung minggu lalu kita digemparkan dengan berita kemasukan 40 orang "Ulamak Muda" (Gelaran yang diberikan sendiri) menyertai UMNO. Itu pun selepas mereka dimalukan dengan berita awal iaitu 100 orang semuanya termasuk bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Namun mereka ternyata hampa, pabila Dr.Asri bijak mengawal keadaan dengan tidak hadir ke majlis yang diatur itu. Makanya hanya 40 orang "ulamak muda" yang dikatakan hadir. Itu pun ada yang kini menafikan mereka hadir untuk "serta UMNO", sebaliknya dijemput atas kapasiti yang lain. Mereka mendakwa tertipu dengan helah pihak penganjur yang mendakwa kesemua mereka menyertai UMNO. Akhirnya angka 40 digunakan bagi menyedapkan halwa telinga rakyat. Kini terbaru, satu lagi angka 40 digunakan. Kali ini oleh Pemuda UMNO pula. Entah kenapa mereka begitu kemaruk dengan angka 40, tiba-tiba mendedahkan maklumat kononnya statistik berdaftar pengundi sekarang ini ialah 40:1. Di mana 40 ialah kaum Cina dan 1 untuk kaum Melayu. Entah dari mana angka itu diperoleh agaknya. Namun kini mereka tersentak apabila Pengerusi SPR, Aziz Yusoff menafikannya dan mengatakan bahawa nisbah sebenar ialah 2:1 sahaja. Maknanya disini Pemuda UMNO menfitnah dan sengaja mahu menarik perhatian orang Melayu agar berhati-hati dengan tindakan kaum Cina ini. Kononnya mereka sudah bersedia untuk mengambi alih kuasa pada bila-bila masa. Mereka merayu supaya orang Melayu bersatu dalam UMNO demi masa depan. Bukankah tindakan ini jelas sekali menggugatkan keharmonian negara kita. Mereka wajar diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Soalnya kenapa mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan?. Ini kerana kenyataan itu dibuat oleh UMNO sendiri. Dengan dua senario itu tadi, ternyata angka 40 itu kini memang menjadi angka keramat mereka. [Apa yang berlaku ini sebenarnya ternyata memperlihatkan kepada kita betapa kemaruknya UMNO untuk menarik kembali sokongan golongan muda terhadap parti karat itu sebenarnya. Mereka sanggup mereka skrip dan sandiwara semasa untuk membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang layak berkuasa dan memerintah negara ini. Bagi mereka parti terbaik yang wajar disokong oleh seluruh rakyat ialah UMNO. Biarpun mereka tahu berbagai-bagai masalah dan kepincangan yang melanda parti itu mutakhir ini. Rekaan angka 40 ini juga menjelaskan kepada kita bahawa puak-puak UMNO sememangnya amat gusar sekiranya mereka ditolak rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Sememangnya kita ada 40 orang pemimpin UMNO yang bakal disiasat semula oleh pihak berkuasa, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini tidak lama lagi. Maka itulah idea P.Ramlee dijadikan modal mereka bagi menyakinkan rakyat tentang perjuangan mereka dulu, kini dan selamanya]. |
| Piala Dunia: Belanda Tewaskan Pasukan Pilihan, Brazil Untuk Mara Ke Perlawanan Separuh Akhir! Posted: 02 Jul 2010 10:17 AM PDT [Ramai yang terkejut dan teruja dengan kekalahan pasukan pilihan iaitu Brazil ini. Bagi mereka tidak mungkin pasukan itu boleh tewas kerana pada awalnya permainan mereka sungguh cantik dan amat berkualiti sekali (di separuh masa pertama). Namun, Brazil seakan-akan hilang punca apabila gol penyamaan jaringan sendiri pada minit ke-53 dan kemudian bermain dengan 10 orang pemain sahaja. Rata-rata peminat tidak dapat menerima kekalahan ini, kerana mereka sudah membuat percaturan bahawa Brazil bakal berhadapan dengan Uruguay di separuh akhir. Inilah takdirnya, bola itu bulat. Kekalahan boleh berlaku tanpa disedari. Selama ini Brazil seronok meratah dan membelasah pasukan lawan, kini mereka mengalami kepedihan akibat kekalahan serta berputih mata menunggu 4 tahun lagi]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan