A Mum Of Three Mohd |
| Tak perlu?? Banyak lu punya cantik!! Posted: 01 Jul 2010 09:07 AM PDT Semalam, kata Pandikar Amin, Speaker Dewan Rakyat... SPRM sedang menjalankan penyiasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang enggan menyelam. Eh... eh... entah-entah Scorpene tu udah kena pukau oleh hantu Altantunya kot?? Sebab tu.... ia enggan menyelam... Hari ini pulak.... Menteri Pertahanan 1Malaysia pulak kata, SPRM tak perlu menyiasat kes Scorpene, sebab.... pembeliannya mengikut prosidur. Pulak... Kalau ikut prosidur, mengapa Pandikar Amin kata, SPRM sedang menyiasat. Kalau ikut prosidur, Zahid tak perlu gusar. Biar SPRM siasat. Ini tidak.... sorang kata sedang siasat, sorang lagi kata tak perlu siasat!! Woit....!! Mana satu boleh pakai ni?? Rasa-rasanya.... dua-dua pembohong. Yang betul-betul menyiasat ialah pihak peguam negara dari Perancis. Mereka serius.... sebab tu sampai sanggup datang ke Malaysia untuk dapatkan maklumat. SPRM pulak, on the other hand.... apa buat?? Senyap.... tak ada khabar berita pun. Zahid... Zahid.... Mamat ini pun satu hal... Apa la korang nak takut sangat, kalau tak ada hanky-panky dan betul-betul telus, mengapa mesti takut disiasat oleh SPRM? After all, yang nak menyiasat korang ialah SPRM jer.... member korang juga. Not to worrylah.... I help you, you help me, kan?? Jangan risau... kalau tak salah, biarkan saja SPRM siasat. Biar SPRM bersihkan nama korang, once and for all. Peliknya.... mengapa takut sangat kena siasat dengan SPRM?? Ingat weh.... Berani kerana benar, takut kerana salah!! Sekarang.... korang takut disiasat kan?? Persepsi orang.... korang ada benda yang nak disembunyikan dan ada pihak yang nak korang lindungi. Sekian terima kasih. Sumber: Baca sini dan sini |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan