Sabtu, 3 Julai 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


RAKYAT MALAYSIA TOLAK UTUSAN, MEREKA HASUT AMERIKA PULA

Posted: 02 Jul 2010 08:05 AM PDT

SEBUAH artikel dari Utusan Malaysia telah dipetik oleh Laman Wartawan Resmi Laman Reformasi menceritakan betapa akhbar pencacai Umno ini menghasut Amerika agar memusuhi DS Anwar. Tidak cukup dengan kerja-kerja jahat mereka di dalam negara ini, akhbar tersebut cuba pula untuk memperbodohkan Amerika iaitu sebuah negara paling berpengaruh di dunia. Mungkin Utusan Malaysia perasan bahawa pemimpin dan rakyat Amerika membaca Utusan Malaysia.

Memalukan jika Amerika tahu apa yang ditulis oleh penulis yang tidak cukup cedik ini. Akhbar Utusan Malaysia diketahui umum merupakan sebuah akhbar yang sudah lama ditinggalkan oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga menyebabkan penjualan akhbar ini jatuh dengan teruk. Kita juga tahu akhbar pencacai ini tidak ubah sama seperti media elektronik seperti TV3 yang sering memungut berita-berita tepi longkang untuk dijadikan santapan pembaca dan penonton.

Isu kununnya DS Anwar mohon maaf kepada puak Zionis Israel semata-mata untuk menjaga hubungan dengan Amerika dimainkan oleh media kemaruk ini. DS Anwar telah pun menjawab kesemua isu tersebut beserta dengan cabaran DS Anwar kepada Najib siapakah sebenarnya yang melutut dan memberi upah kepada Apco. Adakah kenyataan dan cabaran DS Anwar akan disiarkan oleh Utusan Malaysia dan TV3? Kita sudah tahu jawapannya.

Ketakutan Najib kepada segala pendedahan oleh DS Anwar terhadap kepincangan kerajaan yang dipimpinnya menyebabkan segala pencacainya terpaksa bertungkus lumus untuk mempertahankan Najib. Najib bukan pemimpin yang bijak dan jauh sekali berani untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar. Corak kepimpinannya yang sering berubah-ubah dan tidak tentu hala dari segi dasarnya telah dikritik oleh Tun Mahathir sendiri. Najib bukan sahaja tidak berani berdepan dengan DS Anwar dalam apa jua isu, bahkan Najib amat takut dengan lakaran kartun yang menyindir cara pentadbirannya. Najib juga amat takut dengan akhbar yang mampu mengorek segala rahsianya seperti akhbar Suara Keadilan yang baru sahaja digantung penerbitannya.

Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, maka bantuan dari media penting buat Najib untuk berselindung. Media pencacai ini akan cuba menyorokkan imej buruk Najib ini dengan cara memperbodohkan rakyat. Justeru itu, kewajipan kita media alternatif adalah untuk terus membongkar segala perilaku Najib dan sekutunya. /mandor.blogspot.com

TAKUT PADA MAJALAH KARTUN, TAKUT AKHBAR DAN SEMUA MEREKA TAKUT?

Posted: 02 Jul 2010 07:58 AM PDT


Zulkifli Sulong, Pengarah Harakah, lidah rasmi PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar Suara Keadilan sebagai suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengesyaki tindakan keras ini didalangi pihak tertentu yang takut dengan laporan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Zulkifli menyatakan laporan muka depan Suara Keadilan berkaitan kepincangan Felda tidak ada kena mengena, apatah lagi mengugat keselamatan negara.

Beliau juga menganggap sempadan kuasa KDN terlalu luas dan mudah diperkuda pihak tertentu.

"Mungkin yang didakwa salah pada Suara Keadilan adalah kerana terbitkan cerita Felda Bankrap. Ia tidak ada kaitan dengan keselamatan negara. Ini isu undang-undang.

"Tapi, (tindakan) menggantung permit sudah terlalu lebih. Buat orang tertanya-tanya kenapa sampai gantung permit?" katanya.

Selepas memberi surat tunjuk sebab yang dijawab dan dipatuhi pengurusan Suara Keadilan, KDN masih tidak berpuas hati dan kemudian memutuskan untuk menggantung permit Suara Keadilan.

KDN menjadikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai alasan untuk menghalalkan penggantungan akhbar ini.

Zulkifli berpendapat penggantungan ini menjadikan kebebasan maklumat di negara ini kian terkebelakang ketika semua negara berlumba- lumba menuju kea rah dunia tanpa sempadan.

"Ini satu perkara malang. Ketika dunia ke arah tanpa sempadan, kerajaan sekat satu akhbar mingguan. Padahal tidak boleh sekat sebab ada laman web. Sepatutnya kerajaan lawanlah secara gentleman," katanya.

Zulkifli berpendapat, biarlah mahkamah yang membuat keputusan terhadap laporan Suara Keadilan dan bukannya dilakukan mana-mana kementerian termasuk KDN.

"Kalau betul-betul salah, saman di mahkamah. Dan hujahlah. Kalau salah mahkamah akan jatuhkan hukuman. Bayar denda. Fair (Adil). Masalahnya sekarang, kerajaan buat keputusan sendiri - gantung permit," katanya.

Bagi Zulkifli, tindakan ini hanya memperlihat ketakutan kerajaan kepada Suara Keadilan.

"Suara Keadilan ditakuti kerajaan. Terpaksa tutup. Kalau tidak takut, dia (kerajaan) boleh lawan. PKR hanya ada satu saja. Kerajaan ada tv, radio, akhbar. Tapi sebab mereka tidak berani lawan, jadi dia tutuplah," katanya./TVSelangor

USAHA BERTERUSAN JATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR

Posted: 02 Jul 2010 07:37 AM PDT

'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'
Joseph Sipalan
Jul 2, 10


Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam "bermotifkan politik".

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut./Malaysiakini

Tiada ulasan: