Sebotol minyak 2T berharga RM5.5o dan RM5 untuk petrol motosikalku. Aku hulur RM11 kepada budak kashier stesen minyak petronas itu.
"Bang, boleh isi minyak RM5.50 tak? Bagi cukup RM11 ni?" kata budak itu.
"Kenapa mesti aku ikut kata orang lain hanya untuk mengisi minyak motor aku sendiri? Mana kebebasan?" tanya aku. Budak itu tersengih kerang. Cepat-cepat aku bergurau dengan dia supaya dia tak salah anggap aku bersungut kepadanya.
"Untuk menentukan arah kita sendiri pun kadang-kadang ada pihak lain yang campur tangan demi kepentingan mereka dik."
Aku tak pasti budak remaja (lepasan tingkatan lima barangkali ) itu faham atau tidak.
Mengapa jadi begini? Aku mahu bebas, menghirup udara segar, teguh tanpa ada pengeruhnya.

menikmati dingin sungai seperti dewa air..

dan bercumbu dengan sang cahaya di puncak kamaliah..

jangan kacau aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan