Khamis, 1 Julai 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


40 Yang Sertai UMNO Belum Layak Bergelar Ulamak - Nakhaei

Posted: 30 Jun 2010 06:47 PM PDT

Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap 'ideologi' Asri

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.

"Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.

"Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.

"Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,"
katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan "baik" dengan Asri.

Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan.

"Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno.

"Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.

"Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama.

"Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama?

"Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama," katanya.

Sementara itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Pirdaus Ismail berkata langkah yang diambil kumpulan ulama itu dengan menyertai Umno adalah satu tindakan yang bijak.

"Secara peribadi bagi saya ulama masuk Umno adalah satu perkara yang bagus dan menggembirakan.

"Ini membuktikan bahawa mereka sudah sedar dan mahu berjuang bersama-sama Umno," kata beliau yang pernah bertanding sebagai calon Umno di kawasan parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa penyertaan ulama itu semata-mata untuk menyebarkan pemikiran dan idea Asri dalam Umno.

"Saya tidak bersetuju sama sekali dengan dakwaan itu kerana Umno selama ini tidak akan dikuasai oleh mana-mana fahaman.

"Jadi saya percaya kehadiran ulama itu hanya untuk memainkan peranan dalam membantu memperjuangkan Umno malah saya percaya kemasukan mereka adalah sesuatu yang positif," katanya. -TMI

SPRM Terus Jadi Lembu Untuk Agenda Rampas Selangor

Posted: 30 Jun 2010 08:09 AM PDT

Satu Lagi Serangan Umno-BN: Dua ADUN Pakatan Rakyat Selangor dipanggil SPRM

SHAH ALAM 30 Jun - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada Adun Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," kata Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua Adun itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM. -TVS


Konspirasi untuk memalukan Shuhaimi

Dua ADUN Selangor telah diarahkan ke pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok bagi merakamkan kenyataan mereka.

Wakil PKR Mat Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) menerima notis berasingan pada Isnin lalu bagi membantu penyiasatan di bawah Seksyen 17(a), Akta SPRM.

Mat Shuhaimi, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau menerima notis berkenaan.

Katanya, walaupun tidak mengetahui apa yang ingin disiasat oleh SPRM, tetapi beliau akan tetap ke Putrajaya.

"Saya fikir ini adalah serangan kedua oleh BN yang menggunakan SPRM untuk memalukan perwakilan Pakatan di Selangor," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sementara itu, pengarah penerangan Selangor, Badrul Amin Baharom dalam satu kenyataan berkata langkah SPRM itu merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada tahun 2009," katanya.

Sehubungan itu, Badrul Amin menggesa SPRM bersikap professional dalam menjalankan tugas.

"Kami turut menggesa SPRM menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," katanya.

Menurut beliau, kedua-dua ADUN Pakatan itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok untuk memberi kerjasama yang sewajarnya. -drsitimariah


Ibrahim Ali Yang Patut Di ISAkan

Posted: 30 Jun 2010 04:56 AM PDT

Ibrahim jangan berlagak

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.

Ketuanya, Anuar Safian (gambar) berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.

Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian.

"Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

"Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.

"Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.

"Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen," katanya.

Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

"UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya," katanya.

Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai 'gedebe politik' (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.

Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu. -SH


Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul "garang" esok dengan tajuk "Tahan Ka Siong di bawah ISA" – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee "biadap" dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim "gedebe politik", pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

"Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung "Suara Perkasa" kepada wartawan hari ini.

"Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan," kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Jika kerajaan hanya mahu memansuhkan biasiswa (JPA) tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ini tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan," katanya.

"Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Timbalan Menteri Pelajaran itu terlepas daripada tuduhan kerana mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera," kata Abdul Rahman dalam artikel itu.

"Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa," kata beliau.

Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei, jelas Zubir.

Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.

Kira-kira 100,000 ahli NGO Islam mahu Wee memohon maaf kerana mempertikaikan biasiswa Mara.

Bagi memastikan beliau bertindak demikian, Perkasa akan memastikan bahawa pengundi Melayu tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda MCA itu dalam pilihan raya umum akan datang, tambah Abdul Rahman.

Apabila ditanya jika ada sesiapa yang mempersoalkan Artikel 153 perlu ditahan di bawah ISA, Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Perkasa lain menegaskan, "ya".

"MCA seharusnya tidak hanya menjadi jaguh bagi orang Cina tetapi juga 1 Malaysia," kata Zubir.

"Wee Ka Siong tidak mempertahankan (Artikel) 153, jadi beliau menentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... jadi beliau perlu dipecat daripada Kabinet," tambah naib presiden Perkasa itu.

Kira-kira 25,000 naskhah akan diedarkan di seluruh negara esok.

"Kita akan bermula dengan dwibulanan (isu), kemudian dengan kebenaran KDN (Kementerian Dalam Negeri), kita harap ia boleh dipasarkan seminggu sekali," kata Zubir.

"Akhbar ini adalah suara Perkasa dan akan menyiarkan tentang masalah orang Melayu... berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu," tambahnya.

Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000. -TMI


Ulasan GB

Bukankah sepatutnya Ibrahim Ali itu yang mesti diISAkan kerana seringkali menimbulkan isu rasis dan perkauman melampau?

Kenapa KDN berdiam diri? Kerana faktor Mahathir di belakang PERKASA?

Atau apa?

Jika demikian jangan dipersalahkan kaum bukan Melayu jika mereka juga bertindak balas hasil dari kenyataan-kenyataan Perkasa dan KDN mesti memikul tanggungjawab membiarkan Perkasa satu hari menjadi gergasi rasis yang menyemarakkan api perkauman di negara ini.


Felda Bankrap Idea, Terpaksa Dalangi Demo Depan Pejabat SK

Posted: 30 Jun 2010 03:23 AM PDT

Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.

Ulasan GB

Setidak-tidaknya itulah perspektif masyarakat bahawa pengurusan FELDA yang kini tertekan dengan pendedahan penyelewengan dana tepaksa mendalangi satu demonstrasi yang dihadiri hanya 200 orang dengan berkenderaan 6 buah bas.

Alahai FELDA... telur dah pecah...


Tiada ulasan: