Kami Sokong Tokguru |
- Kenapa Komputer Anda Lembab
- MIC Buat Team Bola(Gurau-gurau saja)
- Macam Ada Agen Asing Dlm Kabinet Najib(YB Mahfuz)
- Hukum Kadha Subuh Kerana Tengok Bola
| Posted: 01 Jul 2010 07:15 AM PDT ![]() Komputer slowww?? tentu segala sesuatunya membuat kita tension. Terutama semasa kita ingin membuat kerja-kerja yang urgent. Apa yang menjadi penyebab komputer kita lambat ? apakah masalahnya yang sering menjadi penyebabnya adalah diri kita sendiri yang lupa tidak membersihkan file-file sampah yang sudah tidak terpakai, baik yang berupa temporary file maupun yang ada di Recycle Bin. Namun jika kita sudah melakukan pembersihan tetapi komputer kita masih lambat bagaimana? Mungkin ada penyebab lain yang menjadi penyebabnya ? 1. Terlalu banyak aplikasi yang terinstall. Jika ingin install software sebaiknya yang penting dan diperlukan saja, jangan terlalu banyak menginstall software yang tidak digunakan. Hal ini secara otomatik akan mengambil resource/space komputersehingga pada akhirnya akan mengganggu kerja komputer itu sendiri. Jika sudah terlanjur terinstall, Anda dapat menghapusnya dengan cara meng-un-install aplikasi tersebut dari komputer 2. Banyak file sampah. Ini mungkin yang sering dilupakan, banyak orang yang tidak mengetahui file-file sampah yang seharusnya dibuang, diantara file-file sampah adalah : * File pada Recycle Bin, ketika kita menghapus file yang tidak digunakan, maka akan secara otomatik akan tersimpan di Recycle Bin (sebenarnya belum terhapus) dan masih mengambil space harddisk. Pastikan Anda memilih file-file yang memang sudah tidak digunakan lagi, karena jika kita mengosongkan file pada Recycle bin maka akan terhapus secara permanent tetapi ada software tertentu yang boleh digunakan untuk recover semula fail tersebut * File Cookies dan File History, file ini akan selalu muncul ketika sedang melakukan browsing internet. Anda boleh menghapus file ini dalam Internet Option pada masing-masing browser * Ada beberapa aplikasi yang secara otomatik menyimpan file backup seperti file backup (*.bak), temporary (*.tmp), dll. Jadi ketika kita menyimpan sebuah file, maka file lama akan tetap ada dengan format yang berbeza iaitu file *.bak atau file *.tmp. Bersihkan file-file ganda yang tidak digunakan, bisa juga menggunakan software Disk Cleanup - Dicadangkan menggunakan software CC Cleaner 3. Di Start Up banyak aplikasi yang berjalan. Beberapa software ketika pertama kali di-install menyediakan pilihan diataranya icon ditambahkan pada Desktop, Taskbar, dan Quick Launch. Memang secara spontan akan memudahkan kita menjalankan program tersebut kerana tinggal mengklik icon-nya saja, namun sebenarnya menjadi beban komputer karena harus menyediakan memory tersendiri. Hal ini akan memperlambatkan kerja komputer. Aturlah beberapa aplikasi yang memang diperlukan dengan cara mengatur konfigurasi. Klik Start- Run, ketikkan "msconfig", nonaktifkan aplikasi yang tidak diperlukan pada tab Startup 4. Tidak membuat rutin Scandisk dan Defrag. Komputer yang sering digunakan juga perlu penyegaran, salah satunya adalah melakukan scandisk dan defragmentag secara rutin minima satu bulan sekali. Hal ini merupakan benda mudah namun sering dilupakan banyak orang 5. 'Perfomance option' yang tidak tepat. Bagi pengguna Windows, sebaiknya melihat hal ini agar perfomance kerja komputer lebih cepat. Windows XP menyediakan dua pilihan yaitu "Adjust for best appereance" dan "Adjust for best performance" Jika memilih Adjust for best appereance maka akan lebih mengutamakan penampilan sehingga prestasi komputer akan memerlukan memory yang lebih, hal ini berpengaruh pada perfomance komputer. Adjust for best performance maka akan lebih mengutamakan perfomance komputer dibandingkan penampilan sehingga penampilan Windows akan nampak seperti biasa tanpa efek bayangan ataupun bersinar 6. Kesalahan Shutdown. Komputer yang sangat lambat bekerja membuat kita tension dibuatnya, makin hari makin lambat saja. Terkadang komputer 'hang' secara mendadak ketika sedang asyik bekerja. Secara emosinya, biasanya kita langsung menggunakan jurus jari sakti dengan menekan tombol power atau tombol reset. Hal ini kononnya kerana kita tidak boleh mematikan komputer melalui proses Shutdown karena semua tombol keyboard dan mouse tidak berfungsi. Apabila Anda sering melakukan hal ini, lama-lama bisa mengakibatkan sistem operasi tidak berjalan secara normal, dan terjadi bad sector pada harddisk, seram kan? Hal ini akan memperparah keadaan karena file-file sistem yang ada pada bad sector tidak dapat terbaca, sehingga komputer sering mengalami hang. Kenapa komputer hang? Banyak puncanya seperti perkara-perkara yang disebut di atas; 1. Hardware conflict – mungkin tidak diinstall dengan baik 2. RAM 3. BIOS – pergi ke web pembuat BIOS komputer dan update 4. Hardisk – jarang membuat degrag. Jangan lupa membuat disk clean up sebaiknya sebulan sekali 5. Fatal OE exception – VGA card yang tidak support 6. Virus – kadang-kadang virus yang membuat komputer kita hang. Oleh itu gunakan anti virus yang dan sentiasa update selalu dengan real time protection 7. Printer. Kadang-kadang semasa kita mau print file yang besar, sering membuat pc kita hang. Hal ini disebabkan kerana setiap kita hendak print, dokumen PC mengirimkan file tersebut ke memori yang ada di printer. Printer tuh cuma punya memori yang kecil. Kalau hal ini terjadi cabut dahulu kabel printer yang menyambungkan ke pc, kemudian offkan printer dan tekan butang reset pada printer. 8. Software. Masalah yang sering membuatkan komputer hang. Sebelum install sesuatu software check dulu apakah dia support dengan sistem operasi pc kita 9. Terlalu panas. Sering terjadi hardware tidak bekerja karena terlalu panas, tambahkan kipas lebih banyak lagi atau untuk laptop pasang cool keypad atau swith off dahulu PC mu dan minum kopi dulu (hi..hi..hi..) 10. Power Supply. Supply elektrik yang kurang juga dapat membuat PC jadi kurang berfungsi dengan baik. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik dari PC itu sendiri |
| MIC Buat Team Bola(Gurau-gurau saja) Posted: 01 Jul 2010 12:20 AM PDT |
| Macam Ada Agen Asing Dlm Kabinet Najib(YB Mahfuz) Posted: 30 Jun 2010 09:36 PM PDT Saya ingin membuat andaian bahawa kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seakan turut disertai oleh agen asing, sama ada dari Singapura mahupun Brunei Darussalam. "Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini," Kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang beliau andaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara. "Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah," "Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei." Sehubungan itu, andaian ini adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara. Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu. Beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Ekoran itu, saya mencabar Najib menyangkal andaian ini dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat. "Najib boleh sangkal dakwaan saya ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal saya dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini," http://gemasuara.blogspot.com -iklan- -Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal- |
| Hukum Kadha Subuh Kerana Tengok Bola Posted: 30 Jun 2010 03:55 PM PDT Apakah hukumnya terpaksa kadha subuh kerana terlewat bangun disebabkan sengaja berjaga mlm kerana tengok bola? Hukum solatnya adalah sah tetapi perbuatan mengeluarkan waktu itu haram . Haram kerana usha ikhtiar kita sengaja tidur lewat kerana bola . Maka tonton bola hukum asal harus dan ada kata haram kerana tidak tutup aurat .Maka hukum yang mashur adalah harus apa pun ia khilaf , ini kita tak bahas tetapi andai tonton piala dunia hingga jejaskan solat subuh dan mencari nafkah yang wajib dan menjejaskan tuntut ilmu syara maka perbuatan menahan diri dari tidur kerana piala dunia hukumnya berdosa . QADA SOLAT WAJIB DAN SAH, LEWAT TIDUR HINGGA KENA QADA SOLAT KERANA PIALA DUNIA HARAM .... Sumber: http://pondoktauhid.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.