Jumaat, 2 Julai 2010

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

Posted: 02 Jul 2010 06:51 AM PDT


Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.


Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:


Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."


Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.


Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.


Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.


Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.


Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Lagi kisah Anak Mahathir.

Posted: 01 Jul 2010 07:35 AM PDT


Mengapa Mahathir marahkan Anwar....
Sebab... Anak Mahathir GAY....
Mengapa Mahathir membela judi.....
Sebab Anaknya Tokey Arak dan peminum arak........


Siapa pula anak Mahathir itu???? baca disini..


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

PROGRAM SEMPENA KUNJUNGAN TOKOH USAHAWAN IT DUNIA KE NEGERI SELANGOR

Posted: 01 Jul 2010 07:21 AM PDT


Kelesuan pembabitan pihak swasta dalam penjanaan ekonomi negara menyebabkan Malaysia masih terperangkap dengan ekonomi bernilai rendah dan sederhana rendah sejak tempoh sedekad yang lalu. Dalam usaha memecah kebuntuan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor mengambil initiatif melalui pendekatan inovasi dalam merintis jalan melalui program-program kebijakan ekonomi bagi memacu pertumbuhan mampan.


Dengan iltizam mencentuskan ledakan inovasi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah menjemput Mitchell Kapor, seorang tokoh inovasi dan keusahawanan Teknologi Maklumat (IT) yang terkenal di persada dunia untuk hadir ke Selangor pada 2 Julai 2010.


Mitchell atau Mitch Kapor merupakan pengasas Lotus Development Corporation dan juga pereka cipta perisian Lotus 1-2-3, satu aplikasi perisian komputer yang telah merevolusikan penggunaan komputer peribadi di era 80-an dan 90-an. Beliau yang diletakkan setanding dengan tokoh-tokoh lain seperti Steve Job, Larry Page dan Bill Gates, juga adalah merupakan Pengerusi Pengasas Mozilla Foundation, pencipta web browser Mozilla Firefox.


Mengambil peluang tersebut, Kerajaan Negeri melalui YB Rodziah Ismail, Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Persatuan Teknopreneur Malaysia (TeAM) telah menyusun program satu hari di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, Selangor.


Satu sesi dialog di antara Mitch Kapor dan Dato Seri' Anwar Ibrahim bersama pemimpin industri, usahawan, dan kerajaan pada sebelah pagi. Perbincangan akan mengkhususkan kepada pendekatan berbeza yang boleh diambil bagi mengalakkan inovasi dan keusahawanan melalui pemikiran baru sebagai teras dalam penjanaan ekonomi Selangor.


Manakala pada pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Jubli Perak, Mitch Kapor akan menyampaikan seminar umum berkisarkan kepada pengajaran yang boleh diteladani daripada kejayaan Silicon Valley sebagai pusat keusahawanan dan inovasi global. Dijangkakan seramai 1,000 orang akan hadir untuk mengambil manfaat dari seminar tersebut dalam usaha mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing.


Selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan turut mengadakan sesi perbincangan tertutup dengan Mitch Kapor bagi mengenalpasti usahasama yang dapat dijalinkan diantara komuniti usahawan IT dunia dan Kerajaan Negeri bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi Selangor.


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Katak Gemok dok meroyan

Posted: 01 Jul 2010 02:53 AM PDT

Wakil Rakyat sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan Kerajaan . Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh saorang Yang Berhormat. Lebih lebih lagi kalau kita itu Wakil rakyat "Bebas" yang begitu di gemari oleh PM Najib Tun Razak. Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan.

Jadi saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada YB Bayan Baru ini. Dia sudah semacam menjadi wakil special Branch bangga dengan pendedahannya yang saya duduk di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu. Dia kata MACC kena siasat petemuan ini. Inilah kerja Wakil Rakyat pro BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu. Jumpa Raja Petra tidak salah wahai YB. YB pun boleh kerumahnya di Manchester.

Raja Petra dan isterinya Marina kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford; dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham.

Memang dia booking Hotel itu untuk saya, tapi tak benar dia tinggal disitu kerana rumah mereka hanya 15 min dari situ. Hotel yang saya menginap itu pun 3 star , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri. Minggu depan saya akan ka London dan inshaaallah akan bertemu Marina dan Petra. Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau MACC mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau MACC tidak mahu bertemu dengannya/ Zaid Ibrahim

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Umno keringkan wang Felda - Husam

Posted: 30 Jun 2010 10:43 PM PDT


Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sebuah firma arkitek yang diterajui oleh seorang pemimpin pemuda Umno diberikan projek bukan bidang Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) tetapi menggunakan peruntukan daripada rizab tunai lembaga itu.

"Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

"Firma arkitek diterajui seorang ketua pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

"Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....," tulis Husam di dalam blognyakelmarin.

Husam mengulas mengenai bagaimana rizab tunai Felda yang dibelanjakan susulan pendedahan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berhubung status kewangan Felda yang merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun pertengahan bulan lalu di parlimen.

Husam berkata terdapat projek yang bukan bidang tugas Felda dibiayai oleh agensi tersebut "atas sifat pemurahnya" seperti kolej komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), menaik taraf bekalan air di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).
"Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya.

"Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun," katanya.

Husam turut mendakwa firma arkitek tersebut bertangggungjawab membangunkan empat kawasan Felda yang "dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan" yang dikenali sebagai Feldajaya.

Beliau juga mendakwa pembangunan bagi keempat-empat Feldajaya itu - Mempaga, Trolak, Serting dan Cini - setakat ini menelan kosnya sebanyak RM 152 juta.

"Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina.

"Sama ada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

"Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah. RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini," katanya.

Husam turut menjelaskan bahawa beliau sebelum ini telah mendedahkan pelaburan Felda sebanyak RM 800 juta di Amerika Syarikat dan Kanada.

"Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan! Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

"Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit," katanya.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.