jiwo kelate |
| Wacana Perdana: “Bolehkah Melayu Bersatu” Posted: 30 Jun 2010 07:32 PM PDT Blog saya sekadar buat iklan sementara waktu, kerana saya dok urus “Live” sidang parlimen melalui TV MP PAS |
| Jamuan Amal Makan Laksa dan Laksam 4 Julai 2010 di Seksyen 7, BB Bangi Posted: 30 Jun 2010 05:13 PM PDT Majlis Jamuan Amal Makan Laksa dan Laksam sempena Pelancaran Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 4 Julai 2010 (jam 1.30 tengahari hingga 5.30 petang) di Dewan Serbaguna, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini diwujudkan bagi menyatukan dan mengeratkan hubungan amtara warga Kelantan sebagai satu keluarga yang besar yang perlu diwujudkan di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Menurut Mat Razali selaku Pengarah program, selain mengeratkan silaturrahim antara warga Kelantan, Persada perlu dijadikan landasan dan jaringan yang jelas dan kukuh dengan memupuk keprihatinan dan menjana idea bersama-sama demi membangunkan warga Kelantan di Lembah Klang. Beliau mengharapkan majlis yang diadakan ini dapat mengumpulkan pelbagai latar belakang tanpa mengira perbezaan agama, kau dan ideologi politik. Sebagai latar belakang: Pada 17 Mac 2009, satu pertemuan diadakan di Kuala Lumpur dan dibentuk “Persaudaraan Anak Darulnaim (PERSADA)” dalam bentuk komuniti internet http://www.persada.net sebagai wadah portal yang dilancarkan pada 1 April 2009. Melalui Laman Portal tersebut, pelbagai program diadakan, antaranya; Mengadakan Majlis Iftar di Hotel Vistana pada 8 September 2009; Jualan amal tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA dan Piala Malaysia 2009/2010; Ramah Mesra sambil makan satay pada 23 Disember 2009 di Restoran Haji Wak Samuri, Kajang; Majlis Mengacau Bubur Assyura di Jalan Cochrane pada 9 Januari 2010; Majlis sembang bersama Ahli Tumpat pada7 Februari 2010 di Restoran Amir, BB Bangi; dan akhirnya mengadakan mesyuarat penubuhan jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Darulnaim (Persada) pada 26 Mei 2010 di Restoran Pit Stop, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor. |
| You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.