Khamis, 1 Julai 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


PKR gantung Timbalan Ketua Kuala Selangor

Posted: 01 Jul 2010 02:45 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 1 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Ketua Penerangan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, aduan adalah mengenai kenyataan akhbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari disiplin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti."

Seterusnya di sini.

Gambar Kereta Terbang ... ?

Posted: 30 Jun 2010 10:48 PM PDT

Kereta Terbang ...?

Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti

Posted: 30 Jun 2010 10:24 PM PDT

"KUALA LUMPUR 1 Julai: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi menuntut hak royalti minyak dan menilai semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan pada minggu hadapan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memberitahu, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam dan beliau telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.

"Kita telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaliegh, dan beliau bersetuju untuk mengetuai Kaukus ini, tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada isu royalti sahaja, bahkan akan menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.

"Beliau akan memanggil Ahli Parlimen dari semua parti termasuk dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam."

Seterusnya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.