Jumaat, 2 Julai 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Posted: 02 Jul 2010 02:14 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

azlan "Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

voter ballot undi votersDalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

abdul aziz yusof spr chief Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanyahttp://www.malaysiakini.com/news/136234

SEDIAKAN 11 LEMBU JIKA MAHU KAWIN: LELAKI MELAYU MAMPUKAH?

Posted: 01 Jul 2010 11:42 PM PDT

Cara Suku di Afsel Menghormati Wanita
Rachmadin Ismail - Piala Dunia
Gambar
detiksport/Rachmadin Ismail
Johannesburg - Wanita diperlakukan secara terhormat oleh suku-suku di Afrika Selatan. Jangan pernah mencoba melecehkan mereka karena nyawa menjadi taruhannya.

Ada lima suku besar yang dominan di Afsel, yakni Zulu, Xhosa, Pedi, Basotho dan Ndebele. Kesemuanya menjadikan wanita sebagai simbol kehormatan, meski dalam
sebuah peperangan.

Suku Zulu terkenal sebagai para pejuang perang. Kebiasaan berperang dan berburu dimulai sejak pemimpin mereka bernama Shaka atau lebih dikenal sebagai 'Black Napoleon' muncul pada abad ke-19. Mereka adalah suku yang paling aktif berjuang saat melawan kolonialisme Inggris.

Tapi, ada satu pantangan besar dalam aturan perang suku terbanyak di Afsel ini. Wanita tidak boleh disakiti untuk alasan apa pun dalam sebuah pertarungan.

"Kami boleh membunuh para pria. Tapi tombak ini tidak boleh menyentuh wanita dan anak-anak," ujar seorang pria Zulu yang ditemui detiksport di desa wisata Lesedi.

Dalam kehidupan sehari-hari, wanita Zulu juga sangat dihormati. Jika ingin menikahi seorang gadis Zulu, si pria harus memiliki 11 lembu untuk melamarnya. Jika tidak, bersiaplah hidup membujang hingga akhir hayat.

"Kalau Anda pria Zulu tanpa lembu, seperti zebra tanpa belangnya," ucap Tandi, guide kami.

Tandi juga menunjukkan sebuah bantal yang terbuat dari kayu. Benda itu harus diserahkan seorang suami pada istrinya yang baru dinikahi. "Supaya istrinya bisa terus memimpikan suami saat tidur," ceritanya.

Nah, suku Xhosa lain lagi ceritanya. Untuk menikahi seorang gadis, kaum pria membutuhkan 26 lembu siap potong. Ini digunakan untuk perayaan pesta dan sebagian bulu hewan ternak tersebut dijadikan pakaian bagi si wanita.

Para wanita Xhosa juga diberi tempat terhormat sebagai dukun, pemimpin spiritual dan penyembuh penyakit. Namun tentu saja ada pendidikan khusus yang harus dilalui selama hampir 5 tahun.

"Kami sangat mahal, jadi jangan main-main dengan kami para wanita Xhosa," seloroh Tandi, yang juga bagian dari suku Xhosa.

Suku Pedi, Basotho dan Ndebele punya kisah yang hampir serupa. Meski dilarang untuk ikut rapat-rapat atau pertemuan di kalangan pemimpin suku, masih ada peran lain yang tak kalah penting bagi wanitanya, yaitu sebagai pencipta karya seni.

Ndebele dikenal karena perpaduan warna-warni dalam desain rumah dan pernak-pernik yang dikenakan. Semuanya hampir dibuat oleh wanita. Sementara para wanita Basotho terkenal dengan selimut dan topi unik buatannya. Suku Pedi juga tidak kalah kreatif. Mereka mempercantik rumah dan peralatan memasak dengan tinja sapi.

"Ini (tinja) akan membuat lantai lebih bersinar dan membantu sebagai bahan dasar semen," kisah Tandi.

Sebagian tradisi suku-suku tersebut masih dijalankan oleh warga Afsel modern. Khususnya yang berkaitan dengan masalah pernikahan.

"Kami masih harus menyerahkan 11 lembu. Bahkan juga harus menyiapkan dana yang lebih besar dibandingkan dengan zaman dulu," cerita Dumi, seorang warga Afsel asal suku Zulu.

PERKASA MENGHASUT SUASANA TEGANG?

Posted: 01 Jul 2010 06:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa, terbitan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, kerana menerbitkan rencana sulungnya meminta rakan sejawatan beliau dari MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini.

"Tindakan ini tidak betul, anda tidak harus menyiarkan kenyataan-kenyataan macam ini. Saya serius, tidak bergurau," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Saya merasakan adanya perbezaan ideologi antara saya dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Saya tidak bersetuju dengan Perkasa," kata beliau sambil menambah, Perkasa tidak harus menghasut suasana yang tegang.

"Saya tidak membela Ka Siong, Perkasa tidak boleh menghasut ketegangan," katanya.

Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia muncul "garang" hari ini dengan tajuk "Tahan Ka Siong di bawah ISA" – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-mahu-kdn-siasat-suara-perkasa-desak-ka-siong-ditahan-isa/

ANWAR DAN KAITAN APCO

Posted: 01 Jul 2010 05:22 PM PDT

Saya tidak desak pendirian Anwar dengan Yahudi
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kanan).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak tadi.

Namun, sekiranya benar sekali pun berita tersebut, beliau berkata, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendirian PAS konsisten menentang kezaliman zionis Israel di Gaza, terutama sejak armada Mavi Marmara dihalang menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) yang dihubungi kemudian pula mempersoalkan status Washington Post di sebalik konflik yang menjerut leher politik Anwar, Ketua Umum PKR.

"Anwar sudah jelaskan bahawa dia tidak mohon maaf pada Yahudi, tetapi akhbar-akhbar ini terus menyerang dia padahal dia beberapa hari di sebuah negara (Amerika Syarikat) yang nyata sokong Yahudi.

"Sepatutnya Anwar perlu dilayan istimewa seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita sebelum ini yang dapat petunjuk APCO Yahudi untuk menyokong dasar luas Amerika terhadap status negara haram Israel," katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelobi Yahudi di Rumah Putih serta propagandis dalam Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) bertanggungjawab dalam membunuh karektor Anwar di peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan lalu.

Dari kemungkinan itu juga, beliau berkata, sekaligus menyerlahkan lagi peranan APCO dalam menggunakan media arus perdana tempatan untuk mengenakan Anwar.

"Kalau sudah Washington Post pun mungkin didalangi oleh agen-agen mereka, tak mustahil beberapa media tempatan (pro) Umno ini pun terbabit kerana APCO adalah tempat mereka (kerajaan) pohon petunjuk dari segi komunikasi," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyindir kepemimpinan tertentu dalam kerajaan.

"Petunjuk dari APCO ini nampaknya mujarab untuk Najib, dia dah guna kaedah Yahudi yang selalu kita tonton dalam televisyen untuk bunuh pemimpin pembangkang yang anti Yahudi.

"Inilah kejayaan, kalau tidak takkan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin) sendiri boleh percaya dengan berita antarabangsa itu (Washington Post) untuk bunuh mana-mana pemimpin pembangkang yang dilihat anti Yahudi (dan) anti-perkauman di negara ini," jelasnya.

Melihat pada jalur permainan media di peringkat antarabangsa dan tempatan terbabit dalam membunuh karektor Anwar, beliau berkata, agen Yahudi serta agen APCO terbabit mungkin berminat untuk membantu Umno menghadapi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kalau dah begini kaedah Yahudi APCO bekerja di peringkat antarabangsa, tak mustahil mereka ini berminat untuk bantu Umno BN membuat kejutan dalam pilihan raya umum depan ini," jelasnya

ROSMAH DAN DEPAK TAJA BALA (PI ALTANTUYA) DI LONDON?

Posted: 01 Jul 2010 07:57 AM PDT

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidan media di lobi parlimen semalam.

Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London.

M
enurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.

"Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Americk (kanan) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka.

Bala menghilangkan dirinya selepas menarik balik akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada Julai 2008.

Ketika itu, belia mendakwa pembabitan adik Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak dan Deepak terbabit dengan penarikan akuan bersumpahnya itu.

Pada a
kuan pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib yang memperkenalkan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada rakan akrabnya yang juga penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam dijadualkan tiba di London hari ini dari destinasi yang dirahsiakan dan sepatutnya diwawancara oleh SPRM pada Isnin depan bagi melancarkan siasatan ke atas peranan Nazim dan Deepak.

Bagaimanapun timbalan pesuruhjaya SPRM, Mohd Sukri Abdull, menukar keputusan itu dan mengumumkan semalam bahawa lawatan mereka telah dibatalkan. Sebaliknya, SPRM akan membekalkan salinan soalan kepada peguam Balasubramaniam untuk dijawap sebagai afidavit.

Americk sejak itu membidas SPRM berhubung pendiriannya yang sering berubah dan tidak serius menjalankan wawancara.http://www.malaysiakini.com/news/136110

PERGOLAKAN PKR SELANGOR:INI SATU ISU ALKATAKIS

Posted: 01 Jul 2010 03:06 AM PDT

PKR gantung Timbalan Ketua Kuala Selangor
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Ketua Penerangan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, aduan adalah mengenai kenyataan akhbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari disiplin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

"Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Disiplin," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.