Khamis, 1 Julai 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BALA (PI ALTANTUYA )AKUI DAPAT TAJAAN HIDUP DILONDON

Posted: 01 Jul 2010 12:28 AM PDT

Bala: 'Ya, saya hidup kerana dapat dana tapi…'
July 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara mengakui "menerima pembiayaan" daripada seorang tetapi orang yang dimaksudkan bukannya mereka yang rapat dengan Pakatan Rakyat, tetapi ahli perniagaan permaidani yang dikenali sebagai Deepak Jaikishan.

Balasubramaniam yang semalam berhadapan dengan situasi enggan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London minggu depan atas faktor implikasi perundangan berkata, dia bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dalam hal tersebut.

Bagaimanapun, dalam jawapan yang dihantar menerusi peguamnya Americk Sidhu beliau berkata, sumber kewangannya bukan daripada orang lain tetapi "dana" diterima ahli perniagaan.

"Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bebas Datuk Zahrain Hashim (semalam).

"Saya diarahkan oleh pelanggan saya untuk mengatakan bahawa dia menyokong penuh cadangan dibuat Datuk Zahrain atas alasan mudah yang mana wang yang digunakan untuk membayar perjalanan ke London dan penginapan adalah diperoleh daripada dana diterima daripada Deepak Jaikishan," katanya.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual terbaru Balasubramaniam (gambar) akhir tahun lalu beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan Deepak sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Laporan media sebelum ini menyebut Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Di bangunan Parlimen semalam, Zahrain mendesak SPRM menyiasat individu yang terbabit menaja Balasubramaniam di London.

Beliau yakin ada individu yang menaja kehidupan Balasubramaniam di negara itu kerana mengetahui penyiasat berkenaan tidak mampu menetap di sana tanpa bantuan kewangan.

"Saya mendesak melalui menteri minta SPRM siasat siapa sponsor. Lagipun, saya tahu tidak mungkin Bala mampu duduk di London berbulan-bulan tanpa ditaja," katanya.

Balasubramaniam mengundang kontroversi apabila pada 3 Julai 2008 muncul dan mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaiamanapun keesokannya, beliau menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua dalam satu sidang media sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bala-ya-saya-hidup-kerana-dapat-dana-tapi/

AGEN ASING BERJAYA JUAL NEGARA?

Posted: 30 Jun 2010 10:55 PM PDT

JIKA BENAR PANDANGAN MAHFUZ BAHAWA DALAM KABINET NAJIB ADA AGEN ASING MAKA KERAJAAN DIMINTA DENGAN CEPAT MEMBENTANGKAN SEGALA MINIT PERJANJIAN NEGARA DENGAN NEGARA LUAR SEPERTI SINGAPURA DAN BRUNAI.

KERAJAAN TIDAK WAJAR DIAM SAHAJA KARENA BERALIHNYA HAK TERHADAP GUGUSAN BLOK MINYAK KEPADA BRUNAI BERARTI HILANGNYA KEDAULATAN NEGARA TERHADAP KAWASAN TERSEBUT.

BEGITU JUGA DENGAN HALNYA TANAH KTM DI SINGAPURA..PERJANJIAN HARUS TELUS DAN DIBENTANGKAN DI PALIMEN.

AZIZ BARI SARAN PR TUKAR SETIAUSAHA KERAJAAN NEGRI PAKATAN

Posted: 30 Jun 2010 07:55 PM PDT

Tukar Sekali Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri, Kata Aziz Bari

Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan Penasihat Undang-Undang dengan peguam sendiri, sebaliknya gagasan itu turut dicadang melantik Pegawai Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari kepada TV Selangor.

Ini kerana, beliau menyifatkan ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan Persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan Persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh Peguam Negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari Pejabat Peguam Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan Pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur Perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Tiada ulasan: