Anak Sungai Derhaka |
- Ibrahim Ali Ekstrimis CELAKA - Pemuda MCA
- PRU13 : Agen Yahudi dan APCO akan membantu UMNO?
- Malaysian Pavillion : Berapa yang habis? RM20juta ataupun RM35juta?
- Utusan Putar belit kenyataan saya - DSAI
- Pakatan ajak BN bantah kenaikan tol
- Musa Aman precarious, ICAC threat to confiscate Sabah money
- Ketua Cawangan UMNO marah tidak dapat projek
- Anwar mohon maaf di Washington?
- Bukan sahaja SUK, pegawai kewangan malah Semua Pengarah PBT wajar ditukar!
- 40 Ulama? : Hosni ulangi dakwaan ditipu 'sertai' Umno
- Deepak Sara Saya, Bukan Pakatan Rakyat - Bala
- 40? Orang tu.. Buktikan korang layak digelar Ulama..
| Ibrahim Ali Ekstrimis CELAKA - Pemuda MCA Posted: 01 Jul 2010 08:10 AM PDT "Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng. Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini. Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN. Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara. Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948. "Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya. Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!" Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman. Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat. Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini. *Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview. |
| PRU13 : Agen Yahudi dan APCO akan membantu UMNO? Posted: 01 Jul 2010 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kanan).Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'. Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak tadi. Namun, sekiranya benar sekali pun berita tersebut, beliau berkata, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, beliau berkata, pendirian PAS konsisten menentang kezaliman zionis Israel di Gaza, terutama sejak armada Mavi Marmara dihalang menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi kemudian pula mempersoalkan status Washington Post di sebalik konflik yang menjerut leher politik Anwar, Ketua Umum PKR. "Anwar sudah jelaskan bahawa dia tidak mohon maaf pada Yahudi, tetapi akhbar-akhbar ini terus menyerang dia padahal dia beberapa hari di sebuah negara (Amerika Syarikat) yang nyata sokong Yahudi. "Sepatutnya Anwar perlu dilayan istimewa seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita sebelum ini yang dapat petunjuk APCO Yahudi untuk menyokong dasar luas Amerika terhadap status negara haram Israel," katanya. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelobi Yahudi di Rumah Putih serta propagandis dalam Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) bertanggungjawab dalam membunuh karektor Anwar di peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan lalu. Dari kemungkinan itu juga, beliau berkata, sekaligus menyerlahkan lagi peranan APCO dalam menggunakan media arus perdana tempatan untuk mengenakan Anwar. "Kalau sudah Washington Post pun mungkin didalangi oleh agen-agen mereka, tak mustahil beberapa media tempatan (pro) Umno ini pun terbabit kerana APCO adalah tempat mereka (kerajaan) pohon petunjuk dari segi komunikasi," tegasnya lagi. Sehubungan itu, beliau turut menyindir kepemimpinan tertentu dalam kerajaan. "Petunjuk dari APCO ini nampaknya mujarab untuk Najib, dia dah guna kaedah Yahudi yang selalu kita tonton dalam televisyen untuk bunuh pemimpin pembangkang yang anti Yahudi. "Inilah kejayaan, kalau tidak takkan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin) sendiri boleh percaya dengan berita antarabangsa itu (Washington Post) untuk bunuh mana-mana pemimpin pembangkang yang dilihat anti Yahudi (dan) anti-perkauman di negara ini," jelasnya. Melihat pada jalur permainan media di peringkat antarabangsa dan tempatan terbabit dalam membunuh karektor Anwar, beliau berkata, agen Yahudi serta agen APCO terbabit mungkin berminat untuk membantu Umno menghadapi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak. "Kalau dah begini kaedah Yahudi APCO bekerja di peringkat antarabangsa, tak mustahil mereka ini berminat untuk bantu Umno BN membuat kejutan dalam pilihan raya umum depan ini," jelasnya. |
| Malaysian Pavillion : Berapa yang habis? RM20juta ataupun RM35juta? Posted: 01 Jul 2010 04:25 AM PDT Berapa kos sebenar pemibinaan astaka Malaysia di Expo Dunia Shanghai? RM20juta ataupun RM35juta? Dalam jawapan yang diberi oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan kepada ucapan penangguhan saya di Dewan Rakyat semalam, 30 Jun 2010 menyatakan bahawa "Bagi pembinaan astaka Malaysia, RM20juta telah diperuntukkan di mana kos ini adalah termasuk kos reka bentuk, membina, menyelenggara dan merobohkan astaka setelah selesai tempoh pameran." (http://teresakok.com/2010/07/01/jawapan-menteri-pelancongan-terhadap-ucapan-penangguhan-saya-mengenai-pavilion-msia-di-shanghai/) Walau bagaimanapun, apabila saya menyemak jawapan yang diberi oleh Kementerian Pelancongan kepada YB Fong Po Kuan dari Batu Gajah pada 15 Jun 2010, ia berbunyi: "Secara keseluruhannya, negara membelanjakan RM35juta bagi pembinaan dan operasi astaka Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai yang berlangsung selama enam bulan." Jadi, jawapan manakah yang betul? Apakah kos pembinaan dan penyelenggaraan ataupun operasi sebenar astaka Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai? RM20juta ataupun RM35juta? Berdasarkan jawapan yang bercanggah yang diberi oleh Kementerian Perlancongan kepada dua Ahli Parlimen ini, saya ingin merujuk Menteri Perlancongan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berdasarkan Peraturan Mesyuarat Parlimen 36(12) yang berbunyi: "Mana mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu." Tetapi, kesalnya, Yang DiPertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin tidak menerima usul saya manakala beliau menyalahkan jawapan yang saling bercanggahan itu kepada pegawai kerajaan yang menyediakan jawapan, selain itu, beliau kata Peraturan Mesyuarat 36(12) haruslah berdasarkan "prima facie" dan samada Menteri mempunyai niat untuk memberi maklumat yang salah kepada Parlimen. Sehubungan dengan itu YB Tan Sri Pandikar menghendaki pihak kementerian untuk memberi penjelasan tentang jawapan dalam kes ini di Parlimen. Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap keputusan YB Tan Sri Pandikar Amin kerana prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya berpendapat Tan Sri Yang Dipertua seharusnya mengarahkan Menteri Pelancongan untuk memberi penjelasan di Parlimen dan memohon maaf di dewan yang mulia ini, kerana kenyataan Kementerian Pelancongan memang telah bercanggah dengan fasal 36(12) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Kalau tidak, adalah lebih baik fasal 36(12) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dimansuhkan. Teresa Kok |
| Utusan Putar belit kenyataan saya - DSAI Posted: 01 Jul 2010 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara."Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara," ujarnya kepada media di Parlimen petang ini. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu. Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini. Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post. Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu. Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang. Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi. "Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia). "Bila saya kata 'dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel itu utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya," kata beliau lagi. Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan. Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa. "Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah. "Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan," jelasnya. Harakah Daily |
| Pakatan ajak BN bantah kenaikan tol Posted: 01 Jul 2010 03:54 AM PDT Mohd Sabri Said PULAU PINANG, 1 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai mesyuarat bersama dengan Pakatan Rakyat negeri berbincang mengenai bantahan kenaikan kadar tol Jambatan Pulau Pinang.Jelasnya, kenaikan harga tol bukan masalah politik sebaliknya menjadi beban kepada rakyat, maka wajar penentangan bersama diadakan. "Mesyuarat Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan diadakan pada 3 Julai ini. Perbincangan utama ialah tentang kenaikan harga tol jambatan dari RM7 ke RM9.40 mulai 2013 nanti. "Penentang kena dibuat sekarang, tidak guna bila semuanya dah setuju," ujarnya. Sehubungan itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon disaran menanggalkan fahaman politik sempit untuk bersama-sama Pakatan Rakyat membantah kenaikan tol yang dilihat tidak munasabah. "Kita harus duduk semeja mengatakan bantahan ekoran kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang. Kita mesti tolong rakyat yang tertindas bukan mengambil kesempatan menekan mereka," ujarnya lagi. Jika Koh Tsu Koon berani, tambahnya, beliau ke hadapan dalam isu itu, bukan mengatakan sokongan terhadap tindakan menaikkan kadar tol itu. Sebagai sebuah kerajaan yang pernah memerintah Pulau Pinang, katanya BN harus prihatin dengan cadangan kenaikan tersebut sebab rakyat di kedua-dua belah sama ada pulau atau tanah besar sering menggunakan jambatan untuk berulang alik ke tempat kerja atau menziarahi keluarga. "BN sepatutnya lebih prihatin dalam isu ini, bukan diam membisu dengan membiarkan Pakatan Rakyat sahaja berkokok. Yang lain kena ambil bahagian sama," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh. Harakah Daily |
| Musa Aman precarious, ICAC threat to confiscate Sabah money Posted: 01 Jul 2010 03:13 AM PDT "We are talking hundreds of millions not just RM16 million or so. The last figure that was reported in the media was RM500 million," one of the highly-placed sources told Musa Aman precarious, ICAC threat to confiscate Sabah money Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleIt looks like there is no escape for Sabah Chief Minister Musa Aman. Up to his neck in corruption complaints and allegations, the noose tightened yet another notch when tax officers raided the offices of some of his closest associates, including Michael Chia and the Gang of 14. Sources familiar with investigations being conducted at both federal and state levels told Malaysia Chronicle that officers from the Lembaga Hasil Sabah last week visited the work places of Chia and some of his friends, who are collectively known as the Gang of 14 because of their common loyalty to the Chief Minister. The investigators carted away certain documents and files to help in their probe. The sources said the order for the latest raids came from above following a stern warning from the Hong Kong anti-corruption commission, ICAC, that if Malaysian authorities continued to delay, it would confiscate money uncovered during investigations at its end. "We are talking hundreds of millions not just RM16 million or so. The last figure that was reported in the media was RM500 million," one of the highly-placed sources told Malaysia Chronicle. "The Hong Kong probe began two years ago and since then the ICAC has exposed a very large and entrenched money laundering racket involving a lot of nationalities. Malaysian authorities can pretend not to be aware, but then, the ICAC will confiscate the money on behalf of the Hong Kong government. Sabahans will end up losing everything." Musa's supporters warned about seat allocations For these reasons, pundits believe the writing is on the wall for the flamboyant Musa Aman, who has been accused of trying to shield his friends. He is also personally implicated in some of the allegations but has denied all knowledge or involvement. Sabah watchers point to a speech made by Prime Minister Najib Razak earlier this week at Penampang, where he refused to agree to maintain the allocation of seats for the next general elections. "Leave it to me to decide what is best for Sabah. At the moment, we don't get too excited about anything," the PM was reported as saying by national news agency Bernama. Najib's remarks were seen as a major snub for Musa Aman, the Sabah Umno chief, and many party insiders believe that politically, he is as good as finished. Nation-wide elections are expected to be held in early 2011, although the federal government can wait until March 2013 at the latest. "Najib is sending a very strong message to Musa's faction, don't take things for granted. He is telling them he will use his overriding power as the Umno national president to sideline them if they overdo their support for Musa," PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin told Malaysia Chronicle. "Reading between the lines, this indicates that Najib has decided to press on with the investigations against Musa Aman despite his influence in Sabah. It is a crucial state Umno needs to win to retain the federal government. But I am sure Najib has a backup plan to control Musa's supporters. Firstly, he benefits because by acting against Musa, he will look like a hero and serious about fighting graft. Secondly, he has been itching to replace Musa with Shafie Apdal and of course, there is all that money that will go to the Hong Kong government if he doesn't act fast." Supported by the AG and IGP? Shamsul and his Youth wing have lodged many complaints with the Malaysian Anti-Corruption Commission. Shamsul has even gone to the ICAC's headquarters in Hong Kong, where he offered evidence to help in their investigations. In his complaint, he said Chia was a nominee for Musa. Shamsul also told the ICAC that public funds were being illegally obtained and siphoned out from Malaysia and deposited into various accounts in Hong Kong at UBS AG, Bank of East Asia Limited, HSBC, Credit Suisse and Citibank. He also named four other people believed to have embezzled and laundered money belonging to the Sabah state government and its subsidiaries. The low-profile Chia is widely believed to be one of Musa's top aides. He was detained at the Hong Kong airport in 2008 for allegedly trying to smuggle through some RM16 million in cash. That started a two-year long probe, which has since uncovered a regional money laundering network. Malaysian authorities have been slow to act, unlike their Hong Kong counterparts. Speculation is rife that the wealthy and powerful Musa Aman has the support of the Attorney-General Gani Patail and the Inspector-General of Police Musa Hassan. Related Stories: Sabah's No.2 accepts Najib's gag order on seat allocations The AG, IGP and Musa Aman vs Najib, Shafie and the MACC |
| Ketua Cawangan UMNO marah tidak dapat projek Posted: 01 Jul 2010 01:49 AM PDT Oleh Muda Mohd Noor Mereka mendakwa pemimpin besar Umno dalam bahagian Tenom telah menyapu semua projek besar dan kecil. Ketua cawangan Kampung Bunut, Jaini Siman berkata, di Tenom dan juga di seluruh negeri Sabah, masalah birokrasi menjadi berlebih-lebihan. "Kontraktor Bumiputera kelas F sudah tidak boleh mencari makan kerana dibolot oleh orang berpengaruh di bahagian ini. "Sekarang kelas F dipajak oleh orang bukan Bumiputera terutamanya kaum Cina," katanya ketika dihubungi hari ini. Jaini yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Tenom juga mendakwa pemimpin sekarang mula lupa diri dan masing-masing mempunyai kepentingan peribadi. Katanya, beliau dan ketua cawangan Umno lain di Tenom telah menyuarakan masalah ini kepada kepimpinan Umno Bahagian Tenom tetapi tidak mendapat jawapan. Sukar mencari makan "Kami semua marah kerana semakin sukar hendak mencari makan kerana kami semua bergantung kepada projek-projek kerajaan," katanya. Menurut Jaini, ada kira-kira 100 kontraktor Bumiputera kelas F di Tenom dan masing-masing mengeluh kerana tidak mendapat projek. Sehubungan itu, katanya pihaknya akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu. "Jika pemimpin atasan tidak menghiraukan masalah kami, kalau apa-apa berlaku jangan salahkan kami," katanya. Sementara itu, bekas Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Rizalman Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai masalah tersebut. "Jadi dakwaan pemimpin utama bahagian menyapu semua projek saya tidak tahu benar atau tidak. "Masa saya jadi ketua bahagian, projek pembangunan diadakan secara adil," katanya. Seorang AJK Umno Tenom memberitahu, dakwaan pemimpin Umno bahagian menyapu semua projek tidak benar sama sekali. Beliau yang enggan namanya disiarkan juga tidak mahu mengulas lanjut dakwaan tersebut. Free Malaysia Today |
| Anwar mohon maaf di Washington? Posted: 01 Jul 2010 01:41 AM PDT Media arus perdana putar belit kenyataan Anwar Oleh Qayum RahmanKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas laporan akhbar-akhbar tempatan yang menyatakan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington, Amerika Syarikat baru-baru ini untuk memohon maaf atas kenyataannya terhadap kekejaman zionis Israel. Ini berikutan beberapa media arus perdana milik Umno-Barisan Nasional (BN) hari ini memberi gambaran salah dengan menyatakan pemergian Ketua Pembangkang itu adalah untuk memohon maaf kepada Washington. "Kenyataan bohong dan berunsur fitnah tersebut adalah keterlaluan, bertujuan mengaibkan Anwar dan Anwar sebenarnya ingin mendapatkan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian berhubung tragedi berdarah Misi Kemanusiaan Gaza 31 Mei lalu. "Anwar hadir untuk menyampaikan perasaan marah rakyat Malaysia terhadap kezaliman zionis Israel dengan cara bersemuka dengan pihak Washington," kata Izzah, menambah laporan-laporan hari ini telah mencemar imej bapanya. Nurul Izzah berkata, tindakan kerajaan Malaysia yang sambil lewa terhadap kezaliman zionis Israel menyebabkan imej negara ini tercalar kerana tidak mampu membantu umat Islam di Palestin dan Genting Gaza, walaupun pada suatu ketika dahulu, Malaysia menerajui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Persepsi buruk ciptaan Umno-BN Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata, persepsi buruk yang dicipta oleh media arus perdana jelas memperlihatkan sikap Umno-BN yang langsung tidak bertanggungjawab dan tidak berusaha untuk membantu umat Islam di Palestin dan Gaza. Beliau berkata, "saya kecewa dengan pembohongan media arus perdana yang ingin menjatuhkan maruah Anwar, semata-mata kerana ingin mengikut telunjuk pemimpin mereka. "Hakikatnya, Umno gagal membela nasib umat Islam di luar negara kerana mengambil sikap untuk tidak campur tangan. Umno gagal menyatakan pendirian Malaysia kepada Washington berhubung penyeksaan dan kekejaman zionis Israel terhadap umat Islam. "Sebaliknya Pakatan Rakyat, bukan sahaja akan memelihara maruah tetapi akan terus menyokong dan membela nasib umat Islam sedunia, terutama di Palestin dan Gaza," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Yusmadi juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menarik balik kenyataan beliau hari ini yang menyokong kenyataan akhbar-akhbar tempatan dan Washington Post yang mendakwa Anwar ke Washington untuk memohon maaf. Menurut Washington Post hari Isnin, yang dipetik oleh akhbar-akhbar tempatan, Anwar memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat bahawa beliau kesal menggunakan istilah seperti "tindakan ganas Zionis". Dalam satu rencana pada muka surat edisi timbalan editorial, Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington untuk beberapa hari minggu lalu. Anwar dilaporkan oleh Jackson Diehl sebagai berkata, beliau kesal menggunakan istilah seperti tindakan ganas Zionis. "Kenapa saya harus mengeluarkan kata-kata seperti itu jika ia menimbulkan banyak kekeliruan. Saya harus lebih berhati-hati," penulis itu memetik Anwar sebagai berkata. Free Malaysia Today |
| Bukan sahaja SUK, pegawai kewangan malah Semua Pengarah PBT wajar ditukar! Posted: 30 Jun 2010 10:59 PM PDT Profesor Aziz Bari. Menyarankan kepada Pakatan Rakyat penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya. Sepatutnya begitulah.. tetapi bukan saja mereka-mereka itu yang perlu ditukar malah kesemua Pengarah-pengarah yang terdapat didalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewajarnya perlu disingkirkan dari awal Pakatan Rakyat mula memerintah negeri tersebut. Ramai yang terlepas pandang akan keujudan mereka ini yang mampu menimbulkan kemarahan rakyat kepada pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Sedar atau tidak, kebanyakkan dari mereka ini ialah orang-orang UMNO yang tidak mungkin akan menurut perintah Pakatan Rakyat, dalam apa jua keadaan mereka akan tetap cuba menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat buruk dimata rakyat.. Contoh mudah.. aku sebutkan disini antaranya ialah pungutan sampah.. kebanyakkan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengalami masaalah ini, Pulau Pinang khasnya.. Jika dulu semasa negeri ini diperintah oleh Barisan Nasional boleh dikatakan tiada masaalah ini timbul, tetapi kini kita sering mendengar rungutan mengenai masaalah ini, kenapa? Jika dulu sampah dipungut diawal pagi, kenapa kini dilakukan ketika orang ramai sedang sibuk hendak ketempat kerja? Itu berkenaan sampah, sebarang aduan yang dibuat juga amat lambat untuk diambil tindakan, kenapa? Ada pihak yang membuat aduan menyelesaikan sendiri masaalah mereka itu kerana tindakan yang diambil oleh PBT memamakan masa 3 atau 4 bulan.. Perobohan struktur binaan haram, berbekalkan undang-undang mereka memberikan notis dan apabila tempoh cukup pasti akan dirobohkan, kenapa semasa BN memerintah tidak begini tegas? Kesemua masaalah diatas membawa kita kepada satu hasil, iaitu menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.. *********************************************** Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan Jul 1, 10 10:20am Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka. Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya. "Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi. 'Tali barut' Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat. "Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya. Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan. "Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain. Guna istana Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana. "Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya. Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan. Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam. Malaysiakini |
| 40 Ulama? : Hosni ulangi dakwaan ditipu 'sertai' Umno Posted: 30 Jun 2010 09:04 PM PDT "Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa," Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 mendakwa beliau ditipu apabila disebut sebagai salah seorang daripada 40 ulama muda yang menyertai Umno Jumaat lalu.Beliau memberitahu Malaysiakini, keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada seorang rakan mereka kononnya perdana menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan. "Jadi,pada saya apa salahnya berjumpa dengan perdana menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Integrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang. Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno. Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan dibawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan dibawa masuk ke dalam satu dewan. Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya, berdasarkan kepada pakaian mereka. "Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni. Menurutnya mereka kemudian disambut oleh bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan disuruh berbaris bagi menyambut ketibaan perdana menteri. Kata Hosni, selepas pengumuman dan diperkenalkan dengan ulama yang menyertai Umno, baru beliau menyedari tujuan majlis diadakan. "Sekiranya saya tahu hal ini, saya tidak akan hadirinya. Saya ditipu untuk datang," katanya. Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albayt, Jordan adalah antara mereka yang hadir pada majlis penyerahan borang menyertai Umno kepada presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak. Beliau juga menolak dakwaan yang dia ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri. "Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa," jelasnya. Dalam pada itu, Harakahdaily memetik Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi, tetapi sebaliknya yang berlaku ialah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang 'ori'. Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan. "Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara," ujarnya. "Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Hosni. Malaysiakini |
| Deepak Sara Saya, Bukan Pakatan Rakyat - Bala Posted: 30 Jun 2010 08:30 PM PDT July 01, 2010KUALA LUMPUR, 1 Julai — Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di luar negara mengakui "menerima pembiayaan" daripada seorang tetapi orang yang dimaksudkan bukannya mereka yang rapat dengan Pakatan Rakyat, tetapi ahli perniagaan permaidani yang dikenali sebagai Deepak Jaikishan.Balasubramaniam yang semalam berhadapan dengan situasi enggan ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di London minggu depan atas faktor implikasi perundangan berkata, dia bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dalam hal tersebut. Bagaimanapun, dalam jawapan yang dihantar menerusi peguamnya Americk Sidhu beliau berkata, sumber kewangannya bukan daripada orang lain tetapi "dana" diterima ahli perniagaan. "Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bebas Datuk Zahrain Hashim (semalam). "Saya diarahkan oleh pelanggan saya untuk mengatakan bahawa dia menyokong penuh cadangan dibuat Datuk Zahrain atas alasan mudah yang mana wang yang digunakan untuk membayar perjalanan ke London dan penginapan adalah diperoleh daripada dana diterima daripada Deepak Jaikishan," katanya. Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual terbaru Balasubramaniam (gambar) akhir tahun lalu beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan Deepak sebagai dua individu utama yang perlu disiasat. Laporan media sebelum ini menyebut Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri. Di bangunan Parlimen semalam, Zahrain mendesak SPRM menyiasat individu yang terbabit menaja Balasubramaniam di London. Beliau yakin ada individu yang menaja kehidupan Balasubramaniam di negara itu kerana mengetahui penyiasat berkenaan tidak mampu menetap di sana tanpa bantuan kewangan. "Saya mendesak melalui menteri minta SPRM siasat siapa sponsor. Lagipun, saya tahu tidak mungkin Bala mampu duduk di London berbulan-bulan tanpa ditaja," katanya. Balasubramaniam mengundang kontroversi apabila pada 3 Julai 2008 muncul dan mengumumkan akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Bagaiamanapun keesokannya, beliau menarik balik kenyataan akuan sumpah awalnya itu melalui akuan sumpah kedua dalam satu sidang media sebelum bertindak menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarganya. Zahrain berkata episod kehidupan Balasubramaniam seakan menyerupai episod kehidupan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dan yakin pihak yang sama menaja kedua-dua individu terbabit. Katanya berdasarkan pada bukti-bukti yang beliau peroleh, mendapati kedua-dua individu terbabit mendapat tajaan daripada parti pembangkang. Beliau berkata dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan Raja Petra adalah tidak benar. The Malaysian Insider |
| 40? Orang tu.. Buktikan korang layak digelar Ulama.. Posted: 30 Jun 2010 08:07 PM PDT Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama. "Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama? "Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama," katanya. Ulama ka depa tu??? Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap 'ideologi' Asri Oleh Syed Mu'az Syed PutraKUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu. Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno. "Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno. "Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan. "Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan "baik" dengan Asri. Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian. Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama. Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut. Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot. Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan. "Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno. "Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti. "Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas. Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama. "Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama? "Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama," katanya. Sementara itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Pirdaus Ismail berkata langkah yang diambil kumpulan ulama itu dengan menyertai Umno adalah satu tindakan yang bijak. "Secara peribadi bagi saya ulama masuk Umno adalah satu perkara yang bagus dan menggembirakan. "Ini membuktikan bahawa mereka sudah sedar dan mahu berjuang bersama-sama Umno," kata beliau yang pernah bertanding sebagai calon Umno di kawasan parlimen Permatang Pauh. Beliau juga menafikan dakwaan bahawa penyertaan ulama itu semata-mata untuk menyebarkan pemikiran dan idea Asri dalam Umno. "Saya tidak bersetuju sama sekali dengan dakwaan itu kerana Umno selama ini tidak akan dikuasai oleh mana-mana fahaman. "Jadi saya percaya kehadiran ulama itu hanya untuk memainkan peranan dalam membantu memperjuangkan Umno malah saya percaya kemasukan mereka adalah sesuatu yang positif," katanya. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan