WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- NAKAEI RASA TERCABAR????
- ZIARAH PEJUANG-OLEH AHMAD NIZAM HAMID
- LAPORAN POLIS PEKERJA TIADA GAJI
- HIMPUNAN WARGA FELCRA
| Posted: 30 Jun 2010 06:23 PM PDT Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap 'ideologi' Asri July 01, 2010 KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno. "Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno. "Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan. "Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan "baik" dengan Asri. Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian. Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama. Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut. Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot. Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan. "Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno. "Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti. "Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas. DI KATAKAN BAHAWA DR ASRI MULA MENYEMAI FAHAMAN DI DALAM KEPALA ULAMA MUDA YANG MENYERTAI UMNO..... | ||
| ZIARAH PEJUANG-OLEH AHMAD NIZAM HAMID Posted: 30 Jun 2010 05:45 PM PDT | ||
| LAPORAN POLIS PEKERJA TIADA GAJI Posted: 30 Jun 2010 04:27 AM PDT | ||
| Posted: 30 Jun 2010 04:24 AM PDT HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN 31 JULY 2010-1hb OGOS 2010 TEMPAT : FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK (CHANGKAT LADA) PASIR SALAK Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan. Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :
Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : YUHANIS : 0172860979 / 0133039913 AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510 ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786 ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401 MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425 BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA : PAS PASIR SALAK AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD) |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.