Senyum Tangis Sendu |
| Posted: 29 Jun 2010 05:10 AM PDT Sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis setelah flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu. Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu. "Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif. "Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini hari ini. Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik. Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata, satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya. Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya. Sumber: Berkata | ||
| Bentuk Awan Seperti Jenazah, Kalimah Syahadah Posted: 28 Jun 2010 04:33 PM PDT
Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam. Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi. Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut. "Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut. "Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam. Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.