:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Pendedahan seterusnya, petang ini...
- Anak angkat Tun Mahathir (Mazhar Mahathir) seorang gay??
- PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu!
- Lesen judi bola: "Umno sendiri lulus, Umno sendiri batal, mana ada baik" - Dr Lee Boon Chye
| Pendedahan seterusnya, petang ini... Posted: 29 Jun 2010 07:09 PM PDT Oleh: Pria Malaya Terima kasih kepada rakan2 yg mengutus msg dan email..insyaAllah jika tiada halangan, pada petang ini, penulis akan postkan artikel pendedahan mengenai seorang lagi anak angkat Tun Mahathir (bukti bergambar)... Apa pun, penulis masih sedia menerima komen2 dari sahabat sama ada setuju penulis mendedahkannya, atau cukup sekadar didiamkan sahaja...wallahua'lam.. |
| Anak angkat Tun Mahathir (Mazhar Mahathir) seorang gay?? Posted: 29 Jun 2010 07:32 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Terus terang penulis katakan, penulis tidak pernah mengenali (tak ingin ambil tahu) mengenai anak2 mahathir, terutama yg bernama Mazhar Mahathir, sehinggalah hari ini penulis terserempak dengan artikel pendedahan anak Mahathir ini oleh bro Hanief di laman blognya (hanief.blogspot.com)... (Terbaru maklumat yg penulis peroleh, beliau merupakan seorang anak angkat Mahathir, bukan anak kandung..berketurunan Pakistan..mohon maaf atas kesilapan...wallahua'lam..) Rasanya tidak perlu penulis mengulas panjang akan tabiat dan watak seorang anak angkat hasil didikan bekas Presiden Umno ini..jika sebelum ini, korang dah mengenali anak PM1Malaysia Najib secara dekat (boleh baca di sini), hari ini apa kata korang mengenali pula seorang anak angkat yg 'diangkat' dan dijaga oleh bekas Tun dan keluarga...jom ikuti pendedahan dibawah... ![]() ![]() ![]() http://www.facebook.com/mazhar84 ![]() http://www.myspace.com/mazhar ![]() http://profiles.friendster.com/285155 1. Berikut adalah petikan yg diquote dari laman Myspace Mazhar Mahathir Mazhar's Details ![]() 2. Berikut adalah petikan yg diquote dari laman Friendster Mazhar Mahathir * What I enjoy doing: People I'm NOT interested in meeting:Baca seterusnya 'MORE ABOUT MAZHAR' dibawah.. More About MazharLagi gambar2... ![]() ![]() ![]() ![]() P/s: Paparan diatas adalah diambil dari sumber Haniefblogspot.com.. Penulis masih meninggalkan persoalan (letakkan tanda soal) dlm isu ini krn penulis tidak mengetahui hakikat sebenarnya, maka pendedahan ini masih berstatus 'belum muktamad'..mungkin benar, mungkin tidak..sama ada apa yg dipaparkan diatas adalah palsu, ataupun bukan Myspace/Friendster/Fb kepunyaan Mazhar Mahathir, ataupun telah dihack oleh pihak lain, wallahua'lam.. Diharap pihak berkenaan dapat menjawb persoalan ini seterusnya membersihkan dirinya sekiranya dirinya tidak bersalah..dan jika terbukti tidak benar, maka penulis dgn merendah diri akan memohon maaf kepada pihak terbabit..dan bagi kita, semoga menjadi pengajaran dan pedoman...sesungguhnya iman tidak dapat diwarisi..insyaAllah, sama2 muhasabah diri..wallahua'lam.. |
| PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu! Posted: 29 Jun 2010 01:26 AM PDT ![]() Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini. Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka. Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain. "Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu," katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong. Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan. Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu. "Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang," katanya. "Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik," katanya kepada Sinar Harian. Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SinarHarian SIDANG MEDIA 'PENAFIAN SERTAI UMNO' Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. "Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami", kata beliau. Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah. Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga "survivor" persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI. "Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini", kata beliau dengan nada kecewa. Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis. Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis. Berita Terdahulu: - BONGKAR: Cerita '40 ulamak masuk Umno' hanya sandiawara Umno/Najib!! |
| Lesen judi bola: "Umno sendiri lulus, Umno sendiri batal, mana ada baik" - Dr Lee Boon Chye Posted: 29 Jun 2010 01:19 AM PDT ![]() Boon Chye: UMNO Lulus dan Batal lesen judi sukan (28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus. Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain. "Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi." Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah "Selamatkan Malaysia" di Kampung Baru Kuala Kuang. Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun. Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen. Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat. |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









.jpg)
.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.