Pulakdah! |
| Israel Siar Video Bagi Bela Diri Posted: 01 Jun 2010 02:16 AM PDT Serangan tentera IDF di atas Mavi Marmara. Tentera IDF memasuki Mavi Marmara daripada helikopter. London - Tentera Israel (IDF) menyiarkan video bagi membuktikan dakwaan mereka aktivis keamanan menyerang mereka terlebih dahulu. Namun, Israel juga tidak betul sepenuhnya kerana lokasi kejadian berada di perairan internasional. Dalam video tersebut, seperti dilaporkan Telegraph, Selasa (1/6), kelihatan para aktivis memukul tentera Israel di atas kapal Mavi Marmara dengan tongkat kayu, besi dan bahkan ada yang menggunakan ketapel. Tentera pula membalasnya dengan melemparkan granat pegun (stun grenade). Ledakan itu sekaligus membuatkan para aktivis yakin mereka sedang diserang dengan senjata api. Apatah lagi tentera Israel yang semakin banyak memasuki kapal melalui helikopter dan bot laju di sisi kanan dan kiri Mavi. Seorang tentera kemudiannya menyerang para aktivis yang berusaha merebut senjata yang dibawanya. Si tentera kalah dan dilempar keluar dari dek kapal. Insiden inilah yang menyebabkan keadaan makin kelam kabut dan tentera Israel meminta izin untuk mula menembak. Komandan mereka memberi keizinan. Salah satu saksi, jurnalis berasal dari, Ron Ben Yishai berkata, tentera Israel mula mengeluarkan senjata dan menembak kaki aktivis. Dalam rakaman video itu kelihatan seorang pemuda terbaring tidak sedarkan diri dan seorang lagi rakan membantunya. Seorang perempuan berjilbab, terlihat membawa pengusung yang dipenuhi darah. Teriakan kedengaran, bercampur bunyi tembakan. Salah seorang jurnalis Press TV dalam siarannya mengatakan, mereka ditembak gas pemedih mata dan granat pegun. "Kami diserang dari setiap penjuru. Ini perairan internasional, bukan wilayah Israel. Kami masih jauh dari area terlarang 68 mil yang ditetapkan pihak Israel. Masih ada bunyi tembakan meskipun bendera putih dikibarkan," ujarnya. Setelah serangan mulai reda dan mulai senyap, Israel mengawal signal dan alat komunikasi satelit yang lainnya. Militer Zionis itu membela diri dan mengatakan aktivis telah merancang untuk menyerang mereka. Mavi dan lima kapal yang lain kini berlabuh di Ashdod, Israel, menantikan keputusan negara itu. |
| Pemimpin Nombor Tiga al-Qaeda Terbunuh Posted: 31 May 2010 10:29 PM PDT Mustafa Abu Yazid. Pemimpin nombor tiga Al Qaeda telah dibunuh dalam satu serangan misil di sempadan Afghanistan Pakistan, CNN melaporkan pada Selasa. Dalam perutusan itu diletakkan pada laman-laman web Ismais sedemikian pada Isnin (1/6/2010), Al Qaeda mengumumkan kematian Mustafa Abu Yazid tanpa memperincikan keadaan-keadaan kematian Yazid. Serangan itu turut mengorbankan isterinya, tiga anak perempuannya, seorang cucu perempuan dan beberapa orang lain turut terbunuh, menurut laporan Maryland yang berpangkalan di SITE Intelligence Group. Yazid, warganegara Mesir,dipercayai menjadi pengurus kewangan untuk al Qaeda, serta di antara pengasas bersama kumpulan ini. |
| You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.