Rabu, 30 Jun 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


Ulama Sertai UMNO Sebagai ‘Ulama Sekular’

Posted: 30 Jun 2010 08:42 AM PDT

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai 'ulama sekular' kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

"Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka. Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

"Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, 'masjid Birar'. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun," katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.

"Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.

"Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.

"Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah," katanya.

(Sinar Harian)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

2 GEMPA BUMI BERLAKU HARI INI

Posted: 30 Jun 2010 03:53 AM PDT

Gempa di Fiji - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Fiji pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pusat gempa bumi itu terletak di kedudukan 23.3 darjah Selatan dan 179.3 darjah Timur, 584km tenggara Suva, Fiji, dan 7,316 barat daya Kunak, Sabah.Menurutnya gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami. — Bernama

Gempa di Maxico - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter berlaku di bahagian selatan Mexico hari ini, menggoncangkan bangunan sehingga ke Mexico City dan menyebabkan pendudukan bertempiaran keluar dari kediaman mereka dengan berpakaian tidur.


Pusat Kajian Geologi AS berkata, gempa berpusat 41 Km di timur laut Pinotepa Nacional di negeri Oaxaca pada pukul 2.22 pagi ini waktu tempatan (3.22 petang waktu Malaysia).

Gegaran itu mengejutkan penduduk di Mexico City yang hampir 470 Km ke utara, tetap pegawai perlindungan awam di bandar raya itu tidak menerima laporan mereka yang terbunuh atau cedera. - Reuters

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

VIDEO IMEJ MISTERI - Piring Terbang?

Posted: 30 Jun 2010 01:48 AM PDT


Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. 

INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

VIDEO IMEJ MISTERI 92

Posted: 29 Jun 2010 10:09 AM PDT


Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. 

INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.