Ahad, 27 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


BLOGGER CIBAI = blogger celaka ,blogger luncai,blogger geng buntut umno serta blogger pro ulamak bergocoh....gajah gajah dacing pembelit untung....

Posted: 27 Jun 2010 12:01 PM PDT

Blogger celaka, blogger luncai luar parti, blogger pro ulamak, blogger pondan dan entah apa lagi gelaran yang akan keluar selepas ini merupakan satu fenomena yang berlaku di dunia persuratan maya selepas tsunami politik 2004.Menariknya, kesemua gelaran ini ditujukan kepada blogger yang dikatakan pro PR dan blogger upahan UMNO sudah hilang dari peta blogger sejak muktamar PAS yang baru lalu.


Di muktamar inilah, kerancakan blogger mendapat perhatian bila mana sekumpulan blogger yang menamakan diri mereka PAS Reform melanggar Tok Guru Presiden kerana tidak puas hati dengan definasi UG yang mereka tafsir sendiri.Namun disebalik semuanya itu, tidak banyak kesan yang dirasai di kehidupan sebenar di mana kebanyakan ahli dan peyokong PAS langsung tidak menyedari kehadiran mereka di muktamar yang lalu.

Begitu juga kebanyakan pemimpin pemimpin di peringkat pusat, negeri , kawasan dan cawangan langsung tidak tahu atau tidak ambil kisah tentang fungsi PAS Reform yang mendakwa ingin membantu menarik pengundi atas pagar di PRU akan datang.Ramai yang tidak percaya kemampuan mereka yang terdiri dari pengundi atas pagar untuk memberi bantuan itu kerana secara jelas mereka memperkecilkan keupayaan musuh yang mendapat nasihat dari zionis yahudi.

Blogger blogger ini sedang berbalah.Perbalahan mereka tak ubah seperti pelanduk yang bergaduh dengan gajah sedang relex di tengah.Blogger celaka atau luncai luar parti saban hari mengeluarkan posting mengutuk Tok Guru dan pemimpin ulamak dalam PAS dan diserang balas oleh blogger yang dianggap pondan atau pro ulamak yang sesekali menyelit pemimpin Erdogan yang dianggap bersubahat dengan blogger celaka.Inilah pergaduhan antara pelanduk yang turut diencho oleh penyokong masing masing.

Tetapi apa yang dapat diperhatikan, gajah yang sedang relex di tengah pergaduhan mereka langsung tidak terkesan malah masing masing meneruskan agenda harian mereka macam biasa.Tanpa perlu memberi perhatian kepada janji untuk menarik pengundi atas pagar, gajah gajah terus mengorak langkah membina kekuatan dengan memperkenalkan beberapa pendekatan baru untuk menarik bukan sahaja pengundi atas pagar tetapi pengundi biru juga.

Gajah gajah yang berada di tengah perbalahan pelanduk ini langsung tidak terjejas walaupun pelanduk yang bergaduh mati matian mahu menujukkan kelemahan para gajah ini.


penyapu sial


depa bergaduh sakan mcm nak pecah dunia...depa lupa gajah gajah dacing pembelit dengan para blogger PUKIMAK mereka sedang memerhati...depa tu tgk tunggu peluang aje nak memasukkan tuba ke dalam hidangan para blogger yang sedang bergocoh tadi...dan tunggu peluang saat saat blogger CIBAI mampos....depa gajah gajah nie dan kroni akan merayakan kemenangan FOC mereka tanpa bersusah payah lagi nak menyerang PR mau blogger 2 CIBAI pro PR....

sedar sedar lah...tak akan kita para bloger nak benarkan gajah gajah tersebut dengan kroni kroni blogger PUKIMAK mereka menang secara CURI AYAM....!!!!

bina istana baru dengan unsur kezaliman+rasuah+jenayah bakal runtuh jugak

Posted: 27 Jun 2010 11:43 AM PDT



Istana negara baru, di jalan duta,kuala lumpur.pemaju : Maya Maju Sdn Bhd



stadium sultan mizan zailan abidin, gong badak,kuala terengganu,pemaju : Maya Maju Sdn Bhd


Ramai pekerja asing yang diupah oleh sub-sub kontraktor pembina Istana Negara Baru di Jalan Duta,Kuala Lumpur mengadu kepada wartawatn bahawa mereka tak dibayar gaji sesen pun selema lebih 3 bulan.

Malah,pekerja2 asing tersebut bekerja tanpa permit.

sub-sub kontraktor dikatakan ugut pekerja2 asing ini agar mendiamkan diri dan bekerja secara PERCUMA, jadi hamba abdi mereka.

Kontraktor utama Istana Negara Baru adalah Maya Maju Sdn Bhd yang tak mahu bertanggungjawab dengan kes ini dan mengatakan bahawa gaji dan permit pekerja asing ini adalah di bawah tanggunggan sub-sub kontraktor.

Tender untuk pembinaan istana negara yang baru ini adalah secara pemberian terus (direct award) tanpa tender terbuka.

Untuk rekod, Maya Maju Sdn Bhd juga adalah kontraktor utama yang membina stadium batu burok, di gong badak, kuala terengganu yang runtuh selepas 1 tahun dibina.

Maya Maju Sdn Bhd adalah syarikat milik kroni UMNO



warta365.blogspot.com

Bukti Najib seorang yang kaki kelentong...!!!!

Posted: 27 Jun 2010 11:36 AM PDT




Terbukti Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 membohongi keseluruhan rakyat negara ini termasuk penyokong-penyokong tegarnya yang bermatian mempertahankannya dalam isu kelulusan lesen judi sukan kepada Ascort Sport kepunyaan Vincent Tan.

Najib ketika menjawab pertanyaan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat awal Jun lalu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia seperti yang dihebohkan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma perlesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya.

Kenyataannya itu dijadikan hujah untuk penyokong-penyokong Umno menjawab kecaman dan kritikan golongan yang melancarkan penentangan terhadap pemberian lesen judi sukan ini termasuklah mereka yang bergelar lagenda bolasepak negara.

Tetapi dalam keghairahan Najib menyambut kemasukan 40 'ulama muda' yang sebahagian besarnya berkelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara, beliau mengumumkan penarikan balik pemberian lesen judi sukan kepada syarikat yang berkenaan .

Persoalannya, mengapa perlu ditarik balik atau dibatalkan pemberian lesen tersebut jika ianya belum diluluskan?

Terbuktilah di sini bahawa Najib tidak bercakap benar atau dengan kata lainnya telah membohongi 27 juta rakyat Malaysia. Najib perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dicetuskannya.


YB Ust Firdaus

kantoiiii.....Ulam-mamak nak jadi 40 penyamun UMNO Rupa-rupanya diugut UMNO APCO YAHUDI

Posted: 27 Jun 2010 11:29 AM PDT

ahak ahak ahak....., ropa-ropanya Geng 40 Ulamak UMNO tuh ada diantara mereka sedang berdepan risiko dengan Tiket ke Penjara Sungai Buloh + dibuang kerja (jika kerja dengan KERAjaan Yahudi)+dihantar ke USA Dituduh ada kaitan dengan Al-Qaeda/JI)..bijak-bijak APCO-YAHUDI punya planning

Kalau salah langkah, orang muda yang gagah hanya tinggal gah sahaja..


Dan kalau gagahpun tapi tak mampu nak menegur, orang muda akan dikuda supaya mengikut telunjuk... "Apo kono ko Umno..."


Fathul Bari Mat Jahya & Fathlan Mohd Osman adalah 2 Kepala Ulamak 40 Baru UMNO

Tak hairan..aku rasa depa ni kena ugut ngan Suami Bik Mma, APCO n Yahudi

Maka...last-last depa kata..Sapa tak takut oi....hilang kerja,hilang duit,hilang semua..lebih baik berpaut kat UMNO-APCO-YAHUDI

Nampaknya Geng 40 ni adalah mereka yang sedang tersepit,terhimpit

SATU LAGI PROJEK KRONI KERAJAAN SETAN BN YANG MEMBAZIR ....MASA NAK BINA DULU TAK PAKAI OTAK KE...?????

Posted: 26 Jun 2010 06:08 PM PDT

Pintu gerbang RM150,00 akan diroboh


Pintu gerbang yang baru dibina di Taman Botani, Pulau Pinang akan dirobohkan tidak lama lagi atas permintaan orang ramai serta bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pembinaannya tidak mesra alam sekitar.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata keputusan merobohkan pintu gerbang yang bernilai RM150,000 itu dibuat selepas mendapat persetujuan Kabinet.

"Kabinet sebulat suara bersetuju dengan cadangan kementerian untuk merobohkan pintu gerbang itu kerana kita mendengar pandangan dan suara rakyat," katanya kepada pemberita di Pualau Pinang hari ini.

Katanya pintu gerbang itu akan diroboh setelah agensi terlibat mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor.

Beliau berkata berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) berhubung pembinaan pintu gerbang itu, 71 peratus daripada 1,225 responden bersetuju ia dirobohkan.

Dr Ng berkata kaji selidik yang dilakukan dari 12 hingga 18 Jun itu merangkumi 63 peratus penduduk Pulau Pinang, 34 peratus pelancong dari negeri lain dan tiga peratus pelancong asing.

Pembinaan pintu gerbang yang termasuk dalam projek menaik taraf Taman Botani itu mendapat bantahan orang ramai termasuk 'Friends of Botanic Gardens' (FOBC) yang dianggotai oleh beberapa NGO atas kepentingan alam sekitar.

Sehubungan itu, katanya kementerian itu mahu pihak terbabit seperti kerajaan negeri dan agensi berkaitan merujuk kepada NGO terlibat sebelum mengemukakan permohonan melaksanakan projek pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh jika projek yang dirancang itu melibatkan alam sekitar.

"Walaupun begitu, kelulusan akhir untuk sebarang pelaksanaan projek yang dimohon itu akan ditentukan oleh kementerian," katanya.

Beliau berkata kementerian mahu semua projek pelancongan yang dilaksanakan di negara ini tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar.

- Bernama

JI DAN MILITAN ALASAN NAK MEMBODEK YAHUDI DAN MENGALIHKAN ISU KEGAGALAN UMNO-APCO-BN MENTADBIR NEGARA

Posted: 26 Jun 2010 06:04 PM PDT

JI dan Militan : Penutup Tempayan Budu Kerajaan


Awal Millenium, pasca kekalahan besar parti pemerintah di dua negeri Pantai Timur selepas ditiup gelombang reformasi, desas desus militan bakal mengamuk timbul. Heboh diperkatakan di seluruh tanah air, dada-dada akhbar terpampang tajuk-tajuk dengan tulisan gemuk hitam. Sekolah Agama Rakyat menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas itu.

Tidak sedikit guru-guru dari SAR berpindah khemah mendaftarkan diri ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sedikit juga jumlahnya pelajar yang sedang khusyuk dilentur dan diasuh di bawah teduhan atap zink lusuh yang menjadi atap SAR dipindahkan ke sekolah kementerian oleh ibubapa yang melatah dengan isu tersebut.

Yayasan Islam Kelantan bagaikan lumpuh seketika. Gergasi pendidikan Kelantan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan juga merasai tempias itu. Saya yang masih berada dipondok tahfiz juga tidak terkecuali. Sanak-saudara yang 'nipis akidahnya' mendesak ibu agar memindahkan sahaja saya dari 'pondok militan' ke Sekolah Kementerian.

Tangkapan ISA dikenakan kepada beberapa individu yang tidak berdosa. Kebanyak mereka adalah pimpinan mahasiswa dan pelajar lepasan Timur Tengah. Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz adalah salah seorang mangsanya.

Itu kisah awal Millenium. Kisah selepas Parti Pemerintah terdesak dengan kekalahan besar di dua negeri. Kisah selepas gelombang reformasi menggegarkan kerusi empuk memanda Perdana Menteri.

KISAH HARI INI

Awal 2009, seorang ahli MP Pakatan Rakyat mendedahkan adanya benih-benih idea dan pemikiran Israel dalam pentadbiran negara. Pembuktian dan pembongkaran bermula dengan proses pembelian Jet Sukhoi, krisis helikopter Nuri, Kapal Selam dan beberapa lawatan pimpinan negara ke Amerika Syarikat serta pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia bersama Ehud Barak, pemimpian kerajaan haram Israel pada Jun 2009 di Perancis.

Hasil dari itu, satu gerakan besar-besaran dijalankan untuk membasuh [baca : menutup] tuduhan itu. Kursus-kursus seliaan kerajaan [parti kerajaan] pastinya akan mendoktrinkan pemahaman yang tidak menyenangkan kepada para peserta. Saya teringat sebuah kursus yang saya hadiri di sebuah negeri Pantai Barat. Fasilitator mencucuk jarum kebangsaan dan menayangkan klip-klip video 'kajian' yang membuktikan bahawa beberapa orang figur parti oposisi berkait langsung dengan Yahudi, Zionist, Israel serta Amerika.

Saya tak suka dicucuk hidung. Saya lebih suka mengkaji sendiri. Mencucuk hidung saya bermaksud mengajar saya untuk memusuhi anda!

Beberapa bulan kemudian, satu kenyataan yang mengejutkan semua pihak dibuat oleh MP PR tersebut. Malaysia telah melantik Israel melalui proksinya Apco Worldwide melalui Ethos Consulting untuk memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara tertentu. Kenyataan itu seakan terbukti benar apabila PM melancarkan slogan One Malaysia yang dikaitkan langsung dengan One Israel tidak lama sebelum itu. Selesai.

Sebulan yang lepas, 29 Mei 2010. Lebih sepuluh rakyat Malaysia ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa selepas Kapal Mavi Marmara diserang secara haram lagi zalim oleh tentera Israel. Beberapa hari kemudian, tangkapan kedua dibuat selepas Kapal Rachel Corrie ditahan dengan cara yang sama oleh tentera Israel. Kedua-dua kapal tersebut sedang dalam perjalan ke Pelabuhan Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Serangan dan penangkapan itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia. Malaysia agak malu-malu menyatakan kutukan. Amerika pula mengambil masa lebih 10 jam untuk menyatakan pendirian. Tak seperti negara-negara lain yang lebih awal menyatakan pendirian penentangan terhadap serangan tersebut. Lebih menjanggalkan, kedua-dua kapal yang diserang dan ditawan serta dirampas Israel itu dinaiki sama oleh rakyat Malaysia!

Lebih menghairankan lagi, tidak sampai sebulan selepas serangan Israel ke atas Kapa Mavi Marmara dan Rachel Corrie, Malaysia mengisytiharkan perang ke atas Jemaah Islam dan Militan di Malaysia. Tangkapan dibuat dan beberapa individu penting terlibat dengan tuduhan sembrono termasuk Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya berkira-kira, apakah tujuannya isu JI dan Militan ini dibongkar semula secara besar-besaran? Dua jawapan bermain di kepala. Ia samada kerana mendapat nasihat dari Israel melalui Apco mahupun Amerika disebabkan ketegasan sesetangah rakyat Malaysia dalam isu kezaliman Israel ke atas Gaza ataupun sebagai penutup isu-isu besar yang sedang berlegar di minda rakyat Malaysia hari ini. Isu Apco, kerugian Felda, kerugian telaga blok M dan L, enjin Jet, kapal selam, rampasan royalti Kelantan, kewangan defesit negara, kezaliman Polis serta judi bola dan pelbagai isu-isu lain. Justeru, jangan mudah tenggelam dengan isu JI dan Militan.

Namun, persoalan seterusnya timbul, siapa Militan...? Siapa pula JI...? Militan dalam Kamus Dewan Bahasa ialah

- Bersedia untuk berjuang.
- Bersemangat dan jati diri yang tinggi.
- Aktif dalam perjuangan.

Maka, saya juga ingin mengaku sebagai militan kerana saya bersemangat, saya sememangnya sentiasa aktif berjuang di dalam dakwah Islam dan saya mempunyai jati diri yang tinggi. Saya juga ahli Jemaah Islam kerana saya adalah muslim yang tegar dengan syahadah dan aqidah. Saya thabat dengan Islam sebagai deen dan perlembagaan hidup. Apakah saya juga akan ditangkap...?

Namun di sudut lain pula, andai skrip di awal Millenium digunapakai pada hari ini, maka sasarannya adalah golongan agama. Sekolah Agama, Pelajar Agama, Persatuan Agama, Guru Agama dan Institusi Agama dan Institusi Ulama'.

Maka, bersiap sedialah wahai golongan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup, anda mungkin termasuk dalam senarai JI atau Militan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Para pimpinan dan penggerak Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya perlu bersedia. Para pimpinan Mahasisawa dan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus-kampus juga perlu behati-hati. NGO-NGO Islam juga harus beringat-ingat. Pelajar-pelajar Timur Tengah juga tidak akan ketinggalan. Mesir, Syria, Jordan, Saudi, Yaman dan yang sewaktu dengannya. Tidak kurang juga kepada rakan-rakan yang berorganisasi [militansi?] dengan cara Islam di negara-negara Eropah. Anda semua mungkin sasaran Israel!!

Anda akan dijadikan penutup tempayan budu yang berulat kerajaan. Menutup isu-isu besar negara dari pandangan rakyat bawahan.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.