pemuda cheh |
- Torpedo Kita Bayar 36.465 Juta Euro lebih Tinggi, Kepala Keretapi pula Kita Bayar RM500 Juta lebih tinggi....
- Tanah KTMB di Singapura: Menang Sorak Sampai Tergadai
- AKUAN BERSUMPAH BALA - MUNGKINKAH PEGAWAI SPRM DI TAHAN DI LONDON ?
- Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah
| Posted: 28 Jun 2010 05:54 PM PDT Pemurah betul Pemimpin negara kita ini ya....Kalau Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark Menurutnya Malaysia membayar 20% atau 36.465 Juta Euro dari harga pasaran jika dibandingkan dengan harga yang dibayar oleh Portugal dan Pakistan- berita sepenuhnya sila baca di SINI. Sekarang mari kita baca pula pendedahan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad mengenai RM500 juta yang dibayar lebih dari tender asal untuk membeli kepala keretapi elektrik.. DIRGAHAYU MALAYSIA!!! Bacalah.... Apakah K'jaan akan kerugian RM500 juta dalam pembelian 38 EMU 6 gerabak? Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya. Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya. Ringkasan cerita: 1. Perkara ini, ingin ditegaskan adalah berbeza dengan isu 'refurbishment' atau naiktaraf taraf koc lama. Pada 3 Januari 2009, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat pihak mereka untuk membuka tender bagi pembelian 38 set tren 6 gerabak (EMU). Dikatakan bahawa penawaran tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu siap pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012. 2. Terdahulu tender bagi membekalkan 8 set tren 3 gerabak (EMU) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan lagi pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010. 3. Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhu Zhou dari China (yang dilantik menjadi pembekal EMU enam gerabak kini), telah pun dahulunya berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak namun LOA tidak dikeluarkan atas sebab yang tidak diketahui. 4. Syarikat Zhu Zhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida. Zhu Zhou menawarkan harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta. Zhu Zhou juga menawarkan penguruangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu. 5. Jelasnya tender lama berbeda dengan tender keperluan NKRA di segi set EMU 3 gerabak ditukar kepada set EMU 6 gerabak. Dengan kata lain, keperluan KTMB melalui 'Satements of Needs' atau 'Pernyataan Keperluan' mereka ialah konfigurasinya. Namum hakikatnya set 6 gerabak sebenarnya adalah mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak. 6. Mengambil kira perbezaan spesifikasi khususnya keperluan permasangan CCTV dan Slide Destination Panel, maka adalah menasabah mengandaikan ketika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13,725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27,450 juta. 7. Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, Kementerian telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak atas faktor 'economy of scales'. 8. Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah 'Harga Tawaran" yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui Kementerian ketika memulakan tender terbuka membekal 8 set EMU 3 gerabak dahulu. Sementara itu tender membekal 8 set EMU 3 gerabak telah dibatalkan padaa 27 April 2010. 9. Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat ZhuZhou yang dulu menawarkan harga RM13.725 juta satu unit EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set EMU 6 gerabak bagi membekalkan 5 set EMU 6 gerabak pada November 2007, telah mengambil kesempatan menawarkan harga setinggi RM48 juta satu unit EMU 6 gerabak atau RM1.824 bilion bagi 38 unit EMU 6 gerabak (tawaran Mei 2010). Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul. * Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan digesa membatalkan segera LOA yang dikeluarkan kepada Zhu Zhou dan menyenaraikanhitamkan syarikat Zhu Zhou tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya meneruskan pembelian 38 set EMU 6 gerabak dari syarikat Zhu Zhou ini. * Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabkan atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan lebihan bayaran kepada kerajaan sehingga RM500 juta. Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari pembida China yang lain bagi mempastikan hubungan baik antara negara serta mempastikan memenuhi tuntutan NKRA lain yang telah ditetapkan oleh YAB PM. |
| Tanah KTMB di Singapura: Menang Sorak Sampai Tergadai Posted: 28 Jun 2010 04:32 PM PDT Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura adalah milik republik itu. Kenyataan ini tidak dinafikan, tetapi apa yang perlu disebutkan ialah selagi tanah itu digunakan untuk perkhidmatan keretapi, maka pihak berkuasa Singapura tidak boleh ganggu-gugat sama sekali. Perlu disebutkan di sini bahawa perjanjian penggunaan tanah dan stesen keretapi dibuat pada tahun 1918 dengan kerajaan atau pentadbiran Negeri-negeri Selat atau Straits Settlements yang termasuk Pulau Pinang dan Singapura. Dalam perjanjian tersebut, tanah berkenaan dipajak untuk tempoh 999 tahun, ini bermakna tempoh pajakan hanya akan tamat pada tahun 2917. Oleh itu, KTMB berhak ke atas tanah itu selagi ia mengendalikan perkhidmatan tren atau rel ke Tanjong Pagar. Seperti yang kita sedia maklum, nilai tanah di Tanjong Pagar, Bukit Timah dan Keranji telah berpuluh kali berlipat ganda dan kini bernilai bukan dalam jutaan dolar Singapura (SD) tetapi berbilion SD. Sebab itulah Singapura, yang mewarisi hartanah pentadbiran Negeri-negeri Selat, mahukan sangat tanah KTMB.Dalam penjelasan di Dewan Rakyat hari ini oleh seorang tiimbalan menteri, Dewan diberitahu bahawa sekiranya perkhidmatan rel tidak dijalankan, maka tanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak Singapura tanpa apa-apa pampasan. Dewan tidak diberitahu bahawa selagi KTMB mengendalikan perkhidmatan rel, Singapura tiada hak untuk meminta KTMB berpindah ke Woodlands atau ke mana-mana dari Tanjong Pagar. Ada pihak di Malaysia yang berkata persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin, Datuk Seri Najib dan Lee Hsien Loong, di republik itu sebagai 'menang-menang' atau 'win-win situation' bagi kedua-dua pihak. Siapa yang menang dalam erti kata sebenar? Jawapannya sama seperti kes Batu Putih yang juga disifatkan oleh Menteri Luar ketika itu, Dr Rais Yatim sebagai 'menang-menang', dan kes dua blok telaga minyak di luar pantai Limbang, Sarawak yang diserahkan kepada Negara Brunei Darussalam. Malaysia Boleh! |
| AKUAN BERSUMPAH BALA - MUNGKINKAH PEGAWAI SPRM DI TAHAN DI LONDON ? Posted: 28 Jun 2010 04:23 PM PDT SPRM dijangka akan merekodkan kenyataan Penyiasat Peribadi P Balasubramaniam pada Isnin 5hb dan Selasa 6hb Julai 2010. Bertempat di Holiday Villa, London. Menurut Berita Harian dan The Star, ianya telah disahkan dan Bala bersama tiga orang peguamnya dijadualkan berada di London sepanjang tempoh itu. Terkini, bagaimanapun, SPRM telah menulis kepada peguam-peguam Bala memberitahu mereka tidak akan dibenarkan hadir ketika kenyataan Bala direkodkan. Peguam-peguamnya berkeras bahawa mereka tetap akan hadir dan tidak akan menyerah berkenaan isu ini. SPRM juga tidak mengalah dengan mengugut yang keseluruhan sesi itu akan digugurkan. Mungkin ini yang mereka mahu. Mereka bukannya benar-benar hendak mengambil kenyataan Bala kerana risau tentang apa yang akan dia perkatakan. Bala juga akan membawa bersama pelbagai dokumen-dokumen, termasuk bukti wang yang dia telah dibayar untuk mengubah Akuan Berkanunnya dan keluar bersama Kenyataan Bersumpah 2 untuk menarik balik apa yang dikatakannya dalam Akuan Bersumpah 1. Saya telah bercakap bersama sekumpulan peguam-peguam British tentang perihal ini dan mereka merancang untuk turut berada di Holiday Villa pada pagi Isnin 5hb Julai untuk mencabar SPRM terhadap perkara undang-undang. SPRM tidak boleh merujuk Akta Antirasuah Malaysia atau Akta Rahsia Rasmi dan menggunakan hukum-hukum ini di British, peguam-peguam British memberitahu saya. Di Britain, setiap orang, malah seorang saksi, mempunyai hak untuk diwakili secara sah. Ia melanggar undang-undang British sekiranya SPRM melarang peguam-peguam Bala daripada hadir ketika kenyataannya sedang dirakamkan. Lagipun, Bala memberi kenyataannya sukarela. Tiada saman atau waran dikeluarkan terhadapnya. Bala tidak akan memberi sebarang kenyataannya jika dia tidak mahu dan tiada apa-apa yang SPRM boleh lakukan. "So why play hard ball?" kata peguam-peguam British. Tambahan pula, Britain mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Jadi SPRM tidak boleh menggunakan Akta Rahsia Rasmi Malaysia untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat Britain, tambah peguam-peguam British. Jika SPRM hendak menjalankan satu operasi haram di London kami terpaksa membawa perkara ini untuk perhatian pihak polis British dan pegawai-pegawai SPRM akan ditahan dan didakwa, kata peguam-peguam British lagi. Ini Britain dan bukannya Malaysia, yang mengamalkan undang-undang hutan, tambah peguam-peguam itu lagi. Pegawai-pegawai SPRM tidak boleh tidak mempedulikan undang-undang dan menolaknya di Britain seperti mana mereka buat di Malaysia. Mereka akan dapati diri mereka berhadapan dengan masalah undang-undang jika mereka cuba melakukannya. Sekarang anda dapati di sana. Pegawai SPRM, PI Bala, dan tiga orang peguam Bala akan berada di London minggu depan. Tetapi selain daripada kenyataan Bala diambil adakah kita akan melihat pegawai-pegawai SPRM diheret ke penjara? Saya rasa saya akan menanti di Holiday Villa pada hari Isnin depan dengan kamera saya untuk menyaksikan keseronokan ini. Dan saya pasti juga ramai pegawai-pegawai Special Branch dari Bukit Aman akan turut berada di sana dengan kamera-kamera untuk mengambil gambar saya juga. Untuk makluman, saya akan memakai topi Perancis, jeans Amerika, kemeja Polo, memegang sebuah kamera Jepun, dan dengan satu cerut Cuba di mulut saya. |
| Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah Posted: 28 Jun 2010 04:09 PM PDT Kemelut PKR Selangor:Menjelang pemilihan parti PKR pada akhir tahun ini, Naib Presiden Azmin Ali mula mengatur langkah serangannya terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Apakah asakan demi asakan yang berlangsung sekian lama ini bakal menggulingkan Khalid Ibrahim, atau sekadar berakhir dengan lebih sumber dilepaskan oleh Menteri Besar ini? Pertembungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru. Pada 9 Julai 2009, Azmin Ali selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Selangor telah mencadangkan agar MB merombak barisan EXCO-nya, tetapi cadangan ini tidak diterima. Namun, pergelutan semakin meruncing, menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim menjadi sasaran kritikan dalam Kongres tahunan PKR yang berlangsung pada hujung Mei tahun ini. Keadaaan bertambah ketara, apabila Azmin Ali meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dan kemudian digemparkan pula dengan laporan akhbar Star bahawa 15 orang ahli parlimen menyokong desakan agar Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar. Rakyat harus memantau apa yang berlaku Sudah lebih dua tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri yang terkaya di Malaysia, memasuki pertengahan tempoh sepenggal. Biarpun bekas tokoh korporat ini dipuji dari segi pengurusan ekonominya, namun sikapnya dalam pengagihan projek mencungkil ketidakpuasan pimpinan dan akar umbi partinya. Rata-rata wakil rakyat PKR berkongsi kekhuatiran bahawa PKR-PR bakal kehilangan kuasa di kubu mereka yang terpenting ini. Ketidakpuasan ini memuncak apabila PKR kecundang di PRK Hulu Selangor, dan dilepaskan dalam Kongres Tahunan PKR yang bertempat di Kota Bahru, Kelantan. Perlantikan Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Kamarul Bahrin Abbas sebagai Pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam Kumpulan Perangsang Berhad kemudiannya gagal meredakan keadaan, dan Khalid Ibrahim terus didesak oleh sesetengah pemimpin. Penganalisa politik, Josh Hong ketika ditemuramah berkata, adalah sesuatu yang boleh difahami apabila sesebuah parti politik takut kehilangan kuasa. Jikalau dilihat beberapa negeri yang dikuasai PR, Pulau Pinang dimiliki DAP, Kedah dan Kelantan pula dalam genggaman PAS. Apa yang ada untuk PKR hanyalah Selangor. "Sekiranya kita melihat keadaan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan), yang tidak diendahkan sesiapapun selepas Gerakan kehilangan Pulau Pinang, kita akan memahami realiti ini. Malah, MCA yang dipandang rendah sehingga hari ini (sejak PRU ke-12), antara faktornya adalah kerana parti ini tidak menguasai mana-mana negeri, yang boleh digunakan sebagai gelanggang untuk mengembalikan sokongan," jelas Josh Hong. Oleh yang demikian, Josh Hong menganggap bahawa kita tidak perlu terlalu bimbang dengan pergelutan kuasa yang berlaku dalam PKR. Beliau menganggap perebutan semestinya berlaku dalam tahun pemilihan. Malah, beliau menganggap rakyat seharusnya mengambil kesempatan untuk mengamati dan meneliti apa yang berlaku dalam parti ini, dan memilih mereka yang berkebolehan dalam PRU yang akan datang, memastikan penggerak reformasi mampu untuk menempah tempat dalam parti ini. Perbezaan latar belakang Selain itu, tindak tanduk Azmin Ali kali ini dibaca umum sebagai bertujuan untuk merebut lebih sumber, agar diagihkan kepada sektanya, supaya membuka jalan dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung. Sebagaimana yang diketahui, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang pemilihan, dan Azmin Ali yang dilihat berpeluang untuk mara selangkah ke depan, mungkin sedang mencaturkan orangnya ke dalam Majlis Pimpinan Pusat. Sumber bisa mengekalkan kesetiaan penyokong. Demikianlah andaian yang digunakan untuk menjelaskan motif Azmin Ali. Namun demikian, penyaluran sumber dari kerajaan ke dalam parti adalah amalan yang dikritik sekian lama ini, dan kini, PKR dilihat bakal mengulangi amalan ini. Memandang kepada realiti politik di Malaysia, Josh Hong menganggap parti politik tempatan telah membiasakan diri dengan model pengagihan sumber sedemikian, iaitu terbelenggu dengan mentaliti bahawa "siapa perintah dialah yang menguasai sumber". Josh Hong cuba mengulas isu pergelutan kuasa ini dengan mengimbas sejarah parti ini, bahawa ramai yang berjuang sejak zaman reformasi, yang sudah tentunya melalui keadaan yang paling menderita. Tidak kurang yang berdepan dengan keganasan polis, sementara ramai pula yang dikurung dalam penjara kerana perjuangan parti ini. Jadi, timbul pandangan bahawa sudah tiba masanya pejuang-pejuang ini mendapat sedikit pampasan, setelah PKR memerintah di Selangor. Namun demikian, tiada perbincangan secara terbuka dalam isu pengendalian sumber, misalnya garis yang harus diletakkan antara parti dengan kerajaan, kata Josh Hong. "Oleh yang demikian, Khalid yang menyertai PKR beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin tidak memahami apa yang difikirkan golongan seperti Azmin Ali, kerana tidak melalui proses yang dialami Azmin Ali dan penyokongnya sejak zaman reformasi. Khalid mentadbir seolah-olah seorang CEO (Ketua Pengawai Eksekutif), ini perbezaan budaya pengurusan," jelas Josh Hong. Lapisan generasi baru Pergelutan PKR kali ini mungkin menimbulkan ketidaksenangan di kalangan penyokong PR, yang memberi persepsi bahawa tiada bezanya antara UMNO dengan PKR. Josh Hong mencadangkan agar tumpuan rakyat dipanjangkan ke masa depan, meletakkan harapan ke atas bahu lapisan pimpinan generasi muda PKR seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Yusmadi Yusoff dan sebagainya. Josh Hong menganggap fokus kini terlalu ditumpukan kepada Azmin Ali, yang dulunya berasal dari UMNO, sehingga mengabaikan sesetengah penggerak perubahan dalam parti, misalnya Pengarah Pilihan Raya Pusat, Fuziah Salleh yang berdepan dengan rintangan dalam parti apabila beliau cuba mereka mekanisme perlantikan calon pilihan raya. Untuk Josh Hong, perebutan kuasa adalah sesuatu yang lumrah dalam parti menjelang pemilihan, tetapi beliau masih sempat melihat sesuatu yang positif daripada pergelutan ini, iaitu kritikan terhadap Khalid berasaskan kemampuan pentadbirannya, dan bukan bertitik tolak daripada "siapa lebih mempertahankan kepentingan kaum atau agama". "Ini merupakan satu anjakan paradigma (dalam politik)," kata Josh Hong. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan