| Suku Akhir: Pasukan Paraguay & Sepanyol Layak Posted: 29 Jun 2010 07:22 PM PDT CAPE TOWN 30 Jun - Sepanyol mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Portugal 1-0 di Stadium Green Point awal pagi tadi. Gol Sepanyol dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-63. Dengan kemenangan itu, Sepanyol bakal bertemu Paraguay 4 Julai depan bagi meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir. Sementara itu di Pretoria, Paraguay mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan apabila tamat masa tambahan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld lewat malam tadi. Jepun gagal meraih gol pada penalti ketiga apabila sepakan Yuichi Komano terkena palang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.