Pahang Daily Online |
- Iklaneka: Minyak Naik Harga?, Jom Ke Hotel Seri Malaysia Kuantan 8.00 Malam Ini Untuk Ketahui Rahsia Mendapat Rebat Atas Pembelian Minyak !!
- Piala Dunia: Brazil Tepati Ramalan Ke Suku Akhir
- Piala Dunia: Belanda Tempah Tiket Ke Suku Akhir
- Anwar Merujuk Mahkamah Persekutuan Selepas Mahkamah Rayuan Menolak Permohonan Beliau Untuk Mendapatkan Semua Kenyataan Si Saiful !!
| Posted: 28 Jun 2010 07:25 PM PDT KUANTAN, 29 Jun - Orang ramai, terutamanya yang ingin menjadi pengguna bijak adalah dipelawa hadir ke Hotel Seri Malaysia jam 8.00 malam ini. Ini berikutan, sebuah syarikat yang menawarkan kad previllage Shopping Voucher Reward (SVR) akan mengadakan satu taklimat khas berhubung keistimewaan menjadi pemegang kad mereka bila berbelanja di stesyen minyak terbabit. Anda bukan sahaja akan mendapat rebate atas pembelian minyak petrol dan diesel, malah juga berpeluang menjadi pengguna yang bijak untuk berbelanja di premis terbabit. Program ini dilancarkan semula di Kuantan selepas mendapat permintaan daripada orang ramai. Tambahan pula, pelancaran program ini dulu telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pertengahan tahun lepas di Padang MPK 2 dekat sini. Jika sebelum ini hanya Petronas yang menjalinkan usaha sama dengan SVR, kini sebuah lagi syarikat minyak gergasi antarabangsa bakal bersama iaitu Shell. Ini bermakna, semua pemegang kad eksklusif SVR nanti mempunyai dua pilihan untuk mendapat dua kuntungan yang berbeza. Disamping kad minyak, pengguna juga akan ditawarkan kad eksklusif Gold Card untuk bershopping dan menebus voucher bagi tujuan berbelanja. Merchant-merchant terpilih yang kini sudah bersama SVR ialah seperti pasaraya besar Giant, Tesco, Carrefour dan Kamdar. Manakala voucher restoran makanan segera pula ialah seperti KFC, Ayamas, Pizza, McDonald dan sebagainya. Apa yang paling menarik dalam program ini ialah disamping berbelanja dengan mendapat rebate anda juga berpeluang menjana pendapatan lumayan setiap hari sama seperti mereka yang terlibat dalam perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Cuba bezanya di SVR, anda hanya perlu berbelanja minima sebulan sebanyak RM100 untuk mengisi minyak atau pun membeli belah di premis yang berkenaan. Sambutan kini amat menggalakkan bila SVR memperkenalkan pakej terbaru dengan harga yang lebih murah dibawah RM100 (harga lama RM168-RM188) untuk mendaftar sebagai pemegang kad eksklusif ini.[Susulan terdapat ura-ura akan berlaku kenaikan harga minyak dipasaran tidak lama lagi. Maka itu, semua rakyat Malaysia yang berminat digalakkan menjadi pengguna kad ini. Sekurang-kurangnya anda mengeluarkan wang untuk berbelanja dan anda juga akan mendapat keuntungan di kemudian hari. Ia lebih baik dari "belanja hangus" yang ada lakukan sejak sekian lama sebelum ini. Jadilah pengguna yang bijak mulai sekarang, demi masa depan hari esok. Bayangkan jika anda bijak memperkenalkan pelanggan baru kad ini, maka anda mempunyai peluang untuk berbelanja percuma setiap hari bahkan setiap bulan dengan kad ini. Maknanya, anda sudah menjimatkan sebahagian daripada bajet anda setiap bulan. Inilah dia target utama program hebat ini. Luangkan masa untuk hadir malam ini, sila SMS nama ke 012-385 4400 untuk tempahan tempat. Roadshow sedang diadakan di seluruh negara sekarang, nantikan SVR dilokasi anda atau daftar terus sekarang dengan menghubungi talian yang tertera ]. |
| Piala Dunia: Brazil Tepati Ramalan Ke Suku Akhir Posted: 28 Jun 2010 05:53 PM PDT |
| Piala Dunia: Belanda Tempah Tiket Ke Suku Akhir Posted: 28 Jun 2010 10:06 AM PDT DURBAN, 29 Jun - Arjen Robben (foto) dan Wesley Sneijder menjaringkan gol di setiap separuh masa bagi membantu Belanda mencatat kemenangan 2-1 ke atas Slovakia dan menempat tempat ke saingan suku akhir Piala Dunia 2010 malam tadi. Belanda berada di depan pada minit ke-19 apabila Robben mara dari ke bahagian dalam petak penalti dari bahagian kanan dan menjaringkan gol melalui rembatan rendah pada jarak 20 meter. Sneijder menggandakan jaringan pada minit ke-84, manakala gol saguhati Slovakia disumbang Robert Vittek melalui sepakan penalti pada masa kecederaan. |
| Posted: 28 Jun 2010 08:43 AM PDT ![]() PUTRAJAYA, 29 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas. Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya, Karpal Singh tengah hari semalam. Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu. Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd. Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya. Katanya, Mohd. Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tanpa kerelaannya, tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. [Ramai yang sudah tidak yakin dengan perjalanan kes liwat II ini sebenarnya. Segala hak yang termaktub dalam undang-undang terhadap tertuduh dinafikan oleh pihak yang berkenaan. Mereka seolah-olah mahu menyiapkan skrip agar Anwar kembali ke penjara Sg.Buloh tanpa ada sebarang halangan. Malah, perbicaraan yang jelas bukan untuk mencari keadilan itu amat menjengkelkan kita. Mana mungkin tertuduh dihalang sebegitu rupa untuk mendapat perbicaraan yang adil bagi mencari kebenaran jika segala-galanya dihalang, hinggakan laporan polis yang boleh dibeli dengan harga RM2 itu pun tidak mahu diberikan kepada peguam Anwar. Ini bermakna, Anwar sekali lagi berhadapan dengan "manusia seperti Rahim Noor", dimana beliau akan dibelasah hidup-hidup dengan tangan bergari dan mata tertutup. Akhirnya beliau yang menjadi mangsa kes ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan itu sendiri. Inilah yang menakutkan kita apabila undang-undang diperlekehkan]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.