Pahang Daily Online |
| Posted: 02 Jun 2010 05:11 AM PDT Tindakan Najib ini jelas sekali beliau bukan lagi berhasrat untuk membela Melayu seperti yang dicanang-canangkan selama ini. Apa yang penting adalah untuk mengekalkan kuasa yang sudah menghampiri penghujungnya itu. Belum pernah ada dalam sejarah seorang Ketua Pemuda UMNO yang mewakili 60% suara dalam parti itu dinafikan haknya. Bayangkan, Ketua Pemuda tidak ada suara dalam kabinet Malaysia. Apakah maknanya semua ini?. Ia jelas merupakan satu tindakan "biadap" untuk menjatuhkan maruah dan imej Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin. Sebelum ini, ramai yang menyebut bahawa Khairy kemungkinan diangkat sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Namun, spekulasi itu langsung tidak menarik minat Najib untuk membawa menantu Pak Lah ke dalam kabinetnya. Apakah Khairy sedar akan senario ini. Jika beliau sedar, kenapa harus berdiam diri dan tidak melakukan tindakan. Mana perginya pemimpin Pemuda UMNO yang beriya-iya benar mahu membela Melayu dan Islam itu. Apakah mereka tergamak merelakan pemimpin utama mereka dipinggirkan. [Anehnya, dalam keadaan Najib menghina Khairy Jamaluddin ini beliau pula mengangkat bekas pemimpin pemuda keadilan sebagai Senator iaitu Ezam Md Noor. Ini bermakna, Najib lebih mengutamakan orang luar daripada pemimpin Pemuda UMNO itu sendiri. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya, malah ramai yang melihat Ezam berupaya untuk mencabar Khairy dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada masa akan datang. Najib sebenarnya sudah tidak yakin lagi kepada Pemuda UMNO, Wakil Rakyat UMNO dan semua pemimpin utama parti untuk bersamanya dalam kabinet baru beliau itu. Apa yang jelas, beliau lebih berselera untuk menagih simpati kaum Cina agar kembali menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang]. |
| Terkini: Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Posted: 02 Jun 2010 02:14 AM PDT Aktivis Malaysia Kini Berada Di Kedutaan Jordan Kesemua 12 orang aktivis Malaysia yang menyertai Konvoi Keamanan Lifeline4Gaza telah dibebaskan oleh pihak Israel. Mereka kini dikhabarkan berada dalam keadaan selamat di Kedutaan Malaysia dekat Jordan. Kesemua mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan, dek kerana Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini. Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang. Maklumat terbaru yang diperolehi dari Wisma Putra hari ini melaporkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang ditawan tentera Israel ketika berada dalam kapal Mavi Marvara kini dikatakan selamat dan ditahan di Haifa. Menteri Luar, Anifah Aman berkata bahawa usaha membawa pulang kesemua mereka sedang giat dilakukan dengan kerjasama bebeberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina. 480 Orang Aktivis Kini Di Humban Ke Penjara Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam. Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel. 16 Orang Aktivis Konvoi Di Serang Polis Israel 16 orang aktivis konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang oleh polis Israel awal pagi semalam telah dihantar ke penjara, malahan puluhan lagi aktivis akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Menurut maklumat, para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di sebuah gurun selatan bandar Bersyeba kerana enggan memberikan maklumat peribadi mereka. Seramai lebih 700 aktivis lagi diusir oleh tentera Israel, tetapi mereka yang menolak untuk rundingan akan terus dipenjara. Seramai 80 orang aktivis telah dibawa ke pantai sehingga lewat malam tadi. [Nampaknya, tindakan Israel sungguh biadap kali ini. Mereka bukan sahaja menzalimi rakyat Palestin yang berada di Gaza, malah turut juga menghalang misi bantuan kemanusiaan yang mahu dihantar ke sana. Ia bermakna, Zionis mahu semua penduduk di Gaza mati kebuluran atau pun dibunuh oleh mereka tanpa mendapat pembelaan daripada mana-mana negara dari seluruh dunia. Soalnya sekarang, kenapa ini terus berlaku di zaman moden seperti hari ini. Bukankah kita ada PBB untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, mereka lebih berminat untuk diam dan lihat satu persatu rakyat Palestin mati dibunuh. Akhirnya seluruh bumi Palestin akan dirampas oleh Yahudi. Inilah matlamat utama mereka]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.