Selasa, 1 Jun 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Eksklusif: Video Khas Serangan Komando Israel Terhadap Kapal Konvoi Bantuan Mavi Marmara!

Posted: 01 Jun 2010 12:15 AM PDT

480 Orang Aktivis Kini Di Humban Ke Penjara

Terkini: Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam. Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.

16 Orang Aktivis Konvoi Di Serang Polis Israel

16 orang aktivis konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang oleh polis Israel awal pagi semalam telah dihantar ke penjara, malahan puluhan lagi aktivis akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Menurut maklumat, para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di sebuah gurun selatan bandar Bersyeba kerana enggan memberikan maklumat peribadi mereka. Seramai lebih 700 aktivis lagi diusir oleh tentera Israel, tetapi mereka yang menolak untuk rundingan akan terus dipenjara. Seramai 80 orang aktivis telah dibawa ke pantai sehingga lewat malam tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.