Muslimeen United |
- Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari oleh anak murid beliau.
- Info : kenali bola-bola Piala Dunia..
- ANTARA 2 PEMIMPIN
- Tengok nii...Malangnya Nasib Sasterawan Negara Yang Pro Pembangkang..!!
- Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan
- Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
- KEMBARA AMAL SEMARAK HIJAU (KASEH II) DI PUCHONG PERMAI MERIAH
- Mari kenali salah seorang kumpulan 'ulamak' muda Umno...
- ‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin
- Maut diserbu pencegah maksiat
| Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari oleh anak murid beliau. Posted: 27 Jun 2010 07:14 AM PDT Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya
| ||
| Info : kenali bola-bola Piala Dunia.. Posted: 27 Jun 2010 07:08 AM PDT Kehangatan deman Piala Dunia masih berlangsung dan semakin panas. Apa kata kalau kita mengenali bola-bola yang pernah digunakan dalam piala yang begitu tersohor di planet bumi untuk pengetahuan bersama. 1930-Uruguay 13 Julai-30 Julai 19341934-Itali, bola yang sama pada 1930 27 Mei-10 Jun 19341938-Perancis
2010-Afrika Selatan 11 Jun-11 Julai 2010. Jabulani-AdidasBermula 1970. Bola Piala Dunia dikuasai oleh Adidas. Kita cuma ada Adibah, itupun tidak mampu untuk disepak dan ditanduk. 2110. Malaysia menyertai Piala Dunia. Boleh ke??? | ||
| Posted: 27 Jun 2010 02:34 AM PDT | ||
| Tengok nii...Malangnya Nasib Sasterawan Negara Yang Pro Pembangkang..!! Posted: 27 Jun 2010 02:34 AM PDT Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merajuk lagi selepas dua tahun — kali ini dilaporkan mahu menempatkan khazanah sastera miliknya di New Zealand selepas kecewa dengan layanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk koleksinya. Samad berkata, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan. Dua tahun lalu beliau merajuk tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara dan memutuskan untuk tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. "Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,'' kata Samad dua tahun lalu. Mengulas perkembangan isu terbaru, beliau berpendapat bahawa melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan. "Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini. "Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. "Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula," kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini. Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu. "Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana," katanya. | ||
| Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan Posted: 27 Jun 2010 02:29 AM PDT
Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional. "Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini. Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan. Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini. "GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini. "GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi. Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi. Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi. "Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi. "Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya. Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu. Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi. "Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat. Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain. -Hrkh | ||
| Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno Posted: 26 Jun 2010 07:42 PM PDT Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang2 melayu dengan kemasukkan ahli2 agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA" KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian. Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. -Hrkh | ||
| KEMBARA AMAL SEMARAK HIJAU (KASEH II) DI PUCHONG PERMAI MERIAH Posted: 26 Jun 2010 04:27 PM PDT Konvoi bermotor Pimpinan PAS Puchong bersama remaja Puchong Permai Kembara Amal Semarak Hijau (KASEH II) telah berlangsung dengan meriahnya di Padang MPSJ Puchong Permai dengan penuh meriah. Program Anjuran PAS Puchong & Pusat Khidmat Dun Sri Serdang dan ISIS ini merupakan siri yang kedua. Pelbagai program dijalankan bertujuan mengenali dengan lebih dekat antara Pimpinan PAS Puchong dan masyarakat Puchong Permai. Selepas ini diharap lebih banyak program dapat dirancang bagi menyantuni maryarakat di Puchong Permai ini. Pihak penganjur merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Berarak ke Balai Masyarakat Puchong Permai Bacaan Doa Oleh Ketua Urusan Ulama Ust. Hayazi Ucapan Timbalan Pengerusi JKP, Abg. Kadir Ucapan Perasmian oleh Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang juga merangkap Ketua Pemuda Pas Puchong , Saudara Yeop. Sebahagian penduduk yang hadir Pemeriksaan Kesihatan Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika Perlawanan futsal untuk remaja Bengkel Smart Solat dikendalikan oleh ISIS Program Pendemokrasian Rakyat turut dijalankan Gotong Royong Memasak oleh Jabatan Amal Aksi Ronaldo (berbaju merah) dalam perlawanan pertunjukan Pemuda vs Ulama Dewan Ulama menunjukkan skill masing-masing Kehadiran YDP PAS Puchong di sambut meriah Para penerima program bantuan rakyat YDP menyampaikan sumbangan. | ||
| Mari kenali salah seorang kumpulan 'ulamak' muda Umno... Posted: 26 Jun 2010 04:07 PM PDT
-Oleh: Pria Malaya | ||
| ‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin Posted: 26 Jun 2010 03:59 PM PDT
| ||
| Posted: 26 Jun 2010 03:58 PM PDT
KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di bandar ini dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK) dalam kejadian awal pagi semalam. Anggota polis terbabit disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas dipercayai mengalami pendarahan teruk di kepala. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, ketika mangsa dipercayai berada dalam sebuah bilik di hotel tersebut sebelum diserbu oleh penguat kuasa agama. Sumber hotel memberitahu, sebelum kejadian, hotel tersebut telah didatangi sepasukan pegawai JHEAIK yang meminta kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan dan ketika serbuan di salah sebuah bilik di tingkat tiga didapati seorang wanita duduk berseorangan di bilik berkenaan. Beberapa minit kemudian, menurutnya, seorang peniaga bersebelahan hotel itu memaklumkan terdapat seorang lelaki terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah. "Ketika ditemui, lelaki itu mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans sebelum lelaki terbabit dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini semalam. |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































Tiada ulasan:
Catat Ulasan