Selasa, 29 Jun 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Apa ke jadahnya...

Posted: 29 Jun 2010 09:14 AM PDT


PKFZ merupakan satu lagi projek yang menjadi faktor penyumbang kepada bangkrapnya Malaysia. And.... dengan tidak ada perasaan malunya, mereka menyalahkan sabsidi yang diberikan kepada rakyat!!

Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang buat taik.... apasal pulak kerajaan yang nak bersihkan taik mereka. Mereka pandai buat taik.... pandai pulalah mereka mencucinya. Atau... kerajaan beriya-iya nak bayar, sebab... pemegang-pemegang bond ialah orang-orang ehem... ehem. Weh.... mana mungkin kasi kawan mengalami kerugian. Bukankah slogan baru mereka... 'I help you, you help me." Tolong-menolong ma... Biarkan rakyat mati, asalkan kita tak rugi!!

Mak datuk oi.... bukan sikit-sikit, duit rakyat yang terpaksa dikorbankan. Giler babi punyer banyak!!

RM723 juta akan di'sedekah'kan kepada pemegang bon KDSB, manakala RM328 juta pula akan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai bayaran cukai tertunggak. Apa ke jadahnya, pihak lain yang berhutang tetapi kerajaan pulak yang sibuk-sibuk nak bayar. Bukankah itu kerja bangang oleh pihak yang bangang.

Kononnya.... kerajaan buat begitu kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada para pemegang bond. Tanggung jawab hotak lu orang!! Weh.... mereka bukan pemegang bond kerajaan tetapi bond KDSB. Biarlah KDSB yang tanggung. Dalam perniagaan.... mesti berani tanggung risiko. Ada masa rugi. Ada masa untung. Kalau rugi... apa nak buat, tetapi... kalau untung, alhamdulillah ler.

Selagi negara diterajui oleh mereka yang bangang.... maka keadaan seperti ini akan terus berlaku.... over and over again. 'Serigala-serigala' ini tidak akan berhenti daripada 'membaham' wang rakyat. Yang rugi ialah... rakyat. Yang kenyang ialah mereka.... daripada golongan kelompok elit pemerintah serta kroni-kroni mereka.

Sebab itu... rakyat mesti ada perasaan serik. Kita tolak jer kerajaan yang diterajui oleh mereka yang bangang berdengung dan pilih mereka dalam kalangan yang lebih capable dan efisyen untuk mengurus kewangan negara. Pasti... selamat dan sejahtera kita, rakyat Malaysia. Taklah asyik-asyik kena rompak jer....

Daun serai daun tebu.... Kalau kita tak try mereka, kita tidak akan tahu kebolehan mereka. Give them a chance and aku pasti mereka boleh perform, jauh lebih baik daripada malaun-malaun yang berada dalam kabinet dapur si Najis. Satu barisan.... yang busuk dari kepala sampai ke ekor!!

So... apa kata, kita pilih pulak yang segar dan berkualiti serta yang ada integriti??

Pakatan Rakyat Boleh!!!

Sumber di sini.

In Malaysia, you can play-play.. Here, no way!!

Posted: 29 Jun 2010 05:08 AM PDT


Eeeeeiii..... Malu aku!! Malu aku!! Malu aku!!

Malu aku dengan umat satu dunia. Bukan setakat umat.... dengan hantu pun aku malu. Hantu yang aku maksudkan ialah Altantunya. Kesian aku kat dia. Sudahlah mati berkecai dibom dengan C4 di Malaysia atas sebab yang semua orang tahu, tetapi.... tak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Cara pihak berkuasa Malaysia mengendalikan kes pembunuhannya menjadi bahan lawak jenaka satu dunia. Sebab tu, Zunar buat kartun 1 Funny Malaysia. Memang, funny giler.... Ya... funny tapi ada makna!!

Rentetan kejadian kelakar di 1Malaysia telah dibukukan untuk buat orang ketawa. Sambil-sambil tu.... memberi kesedaran tentang hakikat sebenar di sebalik peristiwa yang dikartunkan. Tu dia.... penangan majalah kartun 1Funny Malaysia telah menggoyangkan lutut kerajaan 1Malaysia. Takuuuttt....!! Kucut puruuttt....!!

Berbalik kepada cerita Altantunya. Itu ler.... SPRM jangan ek sangat. Mula-mula... bukan main gedebe lagi terhadap si Bala. Ater... ada ke nak ambil keterangan dia, tanpa kehadiran peguamnya. Giler lu... Mana boleh macam tu?? Isy.... nak mengugut lagi ke??

Kat sana... lu orang jangan main-main. Di Malaysia bolehlah you all nak ikut cara keji you all . Tapi.... kat sana, no way. You cannot play-play. No way, you all boleh kunta-kintekan si Bala. Nasib tak baik... boleh ke 'dalam'.

Padan muka!! Apabila dapat tahu yang pegawai SPRM boleh dipenjarakan, kalau tak ikut procedur di sana.... cepat-cepat ubah pendirian dan membenarkan pulak peguam Bala hadir ketika disoal siasat. Aha.... tau takut!!

Tu la sebab aku kata.... aku kesian kat hantu Altantunya. Terpaksa merayau sampai ke London dan ke Paris untuk mendapatkan keadilan. Tak tenteram roh dia weh.... selagi kematiannya tidak dibela. Ada orang yang nak memberi keadilan... diganggu-gugat dan diugut hingga terpaksa melesapkan diri, bersembunyi jauh, nun.... di perantauan.

Bala telah awal-awal lagi memberi pengakuan yang dia bersedia untuk beri keterangann berserta bukti, tapi... SPRM ambil sikap acuh tak acuh dan bertangguh-tangguh. Last-last... baru ler bersedia untuk menemui Bala di London. Lepas tu, banyak pulak songeh mereka. Nak jumpa dengan SPRM.... mesti sorang-sorang. Apa sebenarnya motif mereka, ya?? Ini mesti ada niat tak baik. Susah nak percaya lembu yang sudah dicucuk hidung ni!!

Apa-apa pun... kita tunggu ler hari yang ditunggu-tunggu. Apakah butiran serta bahan bukti yang akan diserahkan oleh Bala. Apakah Altantunya akan mendapat keadilan yang ditunggu-tunggunya selama ini??

And.... mungkinkah ada orang yang gelisah macam cacing kepanasan serta tak lena tidur malam??

Wallahualam...

Sumber dari sini dan sini

Ha.. ha.. Up up yang membangkrapkan!!

Posted: 28 Jun 2010 07:24 PM PDT

Di sini aku nak perangat balik kenyataan bangang yang pernah dikeluarkan oleh Idris Jala. Dia kata Malaysia akan bangkrap jika kerajaan terus bagi sabsidi kepada rakyat. Pendek katanya... Malaysia akab bangkrap kerana sabsidi.

Sejak dari zaman merdeka.... kerajaan beri sabsidi itu ini untuk tolong rakyat tapi tak bangkrap pun... Pada zaman bapak PM 1Malaysia jadi PM.... pelbagai sabsidi dia beri, tak da apa-apa pun. Tak bangkrap pun.... Macam-macam arwah buat untuk kesejahteraan rakyat. Tak da ungkit-ungkit pun... Malaysia okay jer...

Ya lah... Tun Razak 'bodoh', Tunku 'bangang' dan Hussein pulak slow giler. Semuanya, tak pandai memerintah. Tak pandai mengurus. Tak pandai belanja duit rakyat. Itu sebab Malaysia okay-okay jer! Tapi.... dulu lain sekarang lain. Selepas bapak Hishamuddin jadi PM... barulah Malaysia ditadbir oleh orang-orang yang 'bijak'. Aha... 'bijak' berbelanja dan mengurus wang rakyat dan harta negara.

Dia buat itu... buat ini, perkenal dasar itu... perkenal dasar ini, pinda itu.... pinda ini dan so on and so on ler. Fulaamaak, banyak giler yang dia buat. Mula-mula rakyat terpesona.... rakyat ternganga. Dinamik sungguh PM baru kita ini. Malaysia akan di'transform'kan menjadi sebuah negara maju. Siapa kata Malaysia tak boleh.... Malaysia boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!

Fuuhh... pandai betoi dia phycho rakyat Malaysia, termasuklah... Anwar Ibrahim. Ramai yang 'jatuh cinta' dengan PM yang sorang ni. Tapi... itulah masalahnya. Kita cepat terpesona. Bahaya... cinta pandang pertama ni. Bila dah lama.... barulah kita kenal siapa Mahadhir sebenarnya. Setan bertopengkan manusia rupanya dia!! Ala-ala firaun... Mahafiraun!!

Akibat sudah terlalu berkuasa.... dia boleh apa dia suka. Negara ni... dia orang buat macam makbapak dia orang punya. Siapa yag menjadi batu penghalang.... dia 'sembelih' mereka dengan kejam, tanpa ada rasa belas kasihan. Sadis sungguh si tua kutuk ni!! Semua akur dan tunduk kepadanya. Kerana.... dia bijak mencengkam seluruh institusi penting. Semua berada dalam genggamannya. Masa tu.... baru kita sedar dan tahu siapa dia PM ke 4 Malaysia sebenarnya. Weh... habis wang rakyat disapunya untuk kroni dan proksinya. Dasar penswastaan dijadikan landasan untuk mengayakan diri.

Semasa inilah ketirisan berlaku dengan dahsyat. Penyelewengan dan rasuah bermaharaja lela. Salah urus tadbir berleluasa. Semasa era inilah para pemimpin UMNO menjadi mua. UMNO jadi lubuk mencari harta kekayaan duniawi. Dan.... keadaan ni berterusan semasa Dolah Badawi dan Najib Razak. Kantung yang mengisi pendapatan negara dari hasil bumi yang dikurnia Allah menjadi semakin kurus.... semakin kempis. Mana tidaknya.... sana sini berlaku ketirisan dan pembaziran.

Like mentor like mentee.... Mereka 2x5!! Untuk mengaburi mata rakyat akan kepincangan yang berlaku, maka pelbagai slogan diwar-warkan. Kononnya.... Najib ni pro-rakyat, pro-efficiency... Pigiraahh!! Rakyat dah tak mudah jatuh cinta lagi. Rakyat tak mahu terpedaya lagi.

So... apabila Idris Jala kata, Malaysia akan bangkrap akibat sabsidi.... rakyat kata balik padanya, pooraahh!! Sambil tu, mereka ketawa terbahak-bahak!! Najib sebenarnya sudah tak berani nak bersuara.... sebab, rakyat sudah tak percaya pada dia. Jadi.... dia terpaksa cari orang yang kononnya 'pandai' untuk bersuara. Malangnya.... bersuara jer orang tu, confirm BODOH. Ha... ha... ha... cepatnya mewarisi kebodohan Najib. Bodoh si Najib ni, contagious... ya?? Jauhi dia!! Jauhi dia!!

Tuan-tuan dan puan-puan.... kalau nak tahu mengapa Malaysia dikatakan akan bangkrap, ini antara sebab-sebabnya. Bukan sebab sabsidi tau.... sebab ini.

Bagaimana negara tak bangkrap.... kalau yang mengurus tadbir negara, orang yang BODOH. Yang peliknya... mereka sanggup dilihat bodoh untuk mendapat habuan. Itulah penangan harta dunia. Mati belakang kira....

Kesian rakyat Malaysia.... Malaysia nak bangkrap pun, rakyat dahulu dipersalahkan!!

Weh.... tak guna kesiankan diri sendiri. Lakukan sesuatu!! Berubah dan lakukan perubahan!!

Mahkamah Bikin Gempak. Mahkamah Potong Stim.

Posted: 28 Jun 2010 04:28 PM PDT

Berita gempaq hari ini ialah arahan Mahkamah Tinggi 1Malaysia yang mengarahkan kerajaan dan Syabas mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor. Baca sini.

Weh... Dedah!! Dedah!! Biar semua orang tahu tembelang mereka. Selama ini... tembelang dan taik mereka dilindungi dengan menggunakan OSA. Yaahoo... rahsia dan tembelang akan terdedah.

Hello yong....! Hello yop....! Jangan suka sangat, ya...? Bawak bertenang... Jangan terlalu ghairah dengan keputusan Mahkamah 1Malaysia. Bukankah sudah banyak kali terbukti, keputusan mereka flip-flop. Mahkamah Tinggi di Malaysia Boleh.... nama jer tinggi tetapi powernya tak berapa nak tinggi. Pasti kena 'pangkah' punyer!! Dipangkah dan di'over-ruled' pulak oleh satu lagi Mahkamah 1Malaysia iaitu Mahkamah Rayuan. Boleh... boleh... Malaysia Boleh!!

Mahkamah di Malaysia yang popular ada dua jenis. Satu Makamah Bikin Gempag dan satu lagi ialah Makamah Potong Stim. Mereka ni.... suka main, sorong papan tarik papan. Mula-mula... keputusannya nampak menyebelahi rakyat. Itu kerja Mahkamah Bikin Gempaq. And then... pihak yang berkenaan akan buat rayuan. Errrmm.... lepas rayuan jer, back to square one ler. Apa yang diarah oleh Mahkamah Bikin Gempaq akan dibatalkan atau di'reverse'kan oleh Mahkamah Potong Stim. Malangnya.... yang ternganga, rakyat juga!!

Itulah realitinya Mahkamah di 1Malaysia. Mahkamah bukan kita punyer, tetapi... depa punyer!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.