Selasa, 29 Jun 2010

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


sanasinisitusinun..

Posted: 29 Jun 2010 02:28 AM PDT

Di bank sewaktu keluar dari bilik mesin ATM -
"Encik, derma untuk rumah anak yatim encik,"..
"Yang ni nak minta sumbangan untuk pembinaan masjid.."

Di restoran sewaktu sedang makan -
"Bang, 5 minit ye? Tak nak beli tak pe tapi boleh tengok..ni buku dari syarikat kami yang bla..bla..bla.."
Kemudian datang seorang buta yang ditemani kawannya meminta duit.


Di perkarangan masjid -
'Ya Syeikh! Sadakah syeikh, Kashmir kashmir..Jihad!"
"Bang, ni ada kepok bang, adik mai dari Pattani ni, cari duit sikit.."

Di medan parkir kereta -
"Bang, ni ada pencuci cermin terbaru, offer hari ni bang.."
Kemudian datang mat pet minta duit jaga parkir..

Berapa baki duit gaji kau setelah semua bil kau dah jelaskan, minyak -tol - belanja dapur - sekolah anak - itu ini dan termasuk yang di atas?
aku respek kalau kau boleh mengelak dari mereka dengan keras hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.