Sabtu, 19 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Ghana Lawan Australia

Posted: 19 Jun 2010 08:55 AM PDT

Group DRoyal Bafokeng Stadium, Rustenburg
17:54June 19

FTGhana1 - 1Australia

half-time(1 - 1)




referee :spectators :


Roberto Rosetti (Italy)34,812

match details :

11'
[0 - 1]B. Holman

25'A. Gyan (pen.) [1 - 1]H. Kewell

40'L. Addy


79'J. Mensah


84'A. Annan


85'

C. Moore

statistics :
shots on target : 7 - 5
shots off target : 11 - 2
possession (%) : 50 - 50
corner kicks : 7 - 1
offsides : 2 - 1
fouls : 12 - 15
yellow cards : 3 - 1
red cards : 0 - 1

DAP Selangor Tidak Akan Termakan Umpan Parti Lawan

Posted: 19 Jun 2010 08:22 AM PDT

DAP Selangor yakin tren pengkhianatan Adun-Adun DAP yang berlaku di Perak tidak akan menular ke Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata wakil rakyat DAP Selangor dan akar umbi parti komited memperkasa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan tidak akan termakan dengan umpan parti lawan.

Adun Sekinchan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan saman DAP Perak terhadap dua bekas Adun parti itu yang berpaling-tadah dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra Barisan Nasional.

Dalam kejadian itu, Adun Malim Nawar Kashvinder Singh dan Adun Jelapang Hee Yit Fong menghadapi tindakan saman RM5 juta ringgit kerana melanggar kontrak kesetiaan yang dimeterai pada PRU-12 lalu.

Ng Suee Lim berkata amalan kontrak taat-setia tidak perlu diamalkan di Selangor buat masa ini.

"Saya berfikirkan buat setakat ini di Selangor tidak diperlukan untuk menyekat atau menghalang mana-mana ADUN untuk berpaling tadah atau melompat parti, saya sentiasa percaya seseorang ADUN mereka tidak selesa dengan sesebuah parti dan ingin melompat walaupun dengan apa kaedah sekali pun kita terikat tali dan sebagainya, orang-orang ini akan memikirkan bagaimana kaedah terbaik akan mengatasi ikatan tersebut dan akhirnya mereka akan melompat kerana mereka sudah lari daripada perjuangan.

"Kalau yang tidak lompat, tidak ada sebarang perjuangan pun mereka tidak akan lompat kerana mereka istiqamah kepada perjuangan dan ini pandangan saya," katanya.

Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Holland Lawan Japan

Posted: 19 Jun 2010 07:50 AM PDT

Group EDurban Stadium, Durban
16:46June 19

FTHolland1 - 0Japan

half-time(0 - 0)




referee :spectators :


Hector Baldassi (Argentina)62,010

match details :

36'G.v.d. Wiel


53'W. Sneijder [1 - 0]

statistics :
shots on target : 5 - 3
shots off target : 2 - 7
possession (%) : 61 - 39
corner kicks : 4 - 5
offsides : 2 - 1
fouls : 12 - 11
yellow cards : 1 - 0
red cards : 0 - 0

Najib Bongkak Dan Sombong!

Posted: 19 Jun 2010 06:30 AM PDT

Notis Pilihan Raya Tiga Bulan Tidak Pernah Dilakukan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak pernah kita bagi tiga bulan, tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan dan tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas itu semalam.

Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan meminta kerajaan Barisan Nasional menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib juga ditanya pendapat pelbagai pihak mengenai kedudukan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan kedudukan kerusi Parlimen Batu yang dipegangnya selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

"Kita nak tengok dia punya intepretasi, sebab ada dua intepretasi sekarang ini. Kalau kita tengok pada keputusan yang dibuat hakim ia mirip untuk tidak diadakan pilihan raya kecil sebab dia kata pilihan raya kecil ini membazir dari segi kewangan rakyat dan sebagainya.

"Bagaimanapun nanti kita tengok kaedah terbaik selesai perkara ini. Kita kena tengok macam mana tafsiran perlembagaan kita dan cara penyelesaiannya yang terbaik," katanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Anggota Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai cadangan bangunan Parlimen baru, Najib berkata kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan kerajaan juga sedar perkara ini melibatkan wang rakyat.

"Terlalu awal bagi saya kata apa dia keputusan. Biar kita kaji dulu macam-macam cadangan (yang ada)," katanya.

Perdana Menteri berkata yang menjadi masalahnnya ialah bangunan Parlimen sedia ada ini sudah terlalu lama.

"Kita ada dua pilihan. Maknanya kalau kita pulih bangunan Parlimen (kita) kekal di situ dan kita pindah sementara kerja pemulihan dilakukan," katanya.

Menjawab satu soalan mengenai pertaruhan judi sukan, Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan. - BERNAMA

Jui Meng Kembalikan Kesemua Tiga Pingat Ke Istana Johor

Posted: 19 Jun 2010 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin MCA, Datuk Chua Jui Meng berkata beliau akan mengembalikan bukan sahaja dua tetapi kesemua tiga darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kepada Istana Johor.

Chua berkata selain darjah kebesaran Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), yang kedua-duanya membawa gelaran "Datuk", beliau turut menerima Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ketika beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Bekas menteri kesihatan yang kini merupakan anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk memulangkan pingat berkenaan tetapi akan melakukannya "dalam masa terdekat" ini.

Chua berkata beliau dimaklumkan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abd Rahim Ramli mengenai penarikan balik darjah kebesaran itu menerusi telefon pada 8 dan 10 Jun manakala surat rasmi mengenainya dikirimkan kepadanya pada 15 Jun.

"Saya ada mengingatkan beliau (Abdul Rahim) semasa perbualan telefon bahawa saya juga dianugerahkan PIS dan bertanya adakah beliau turut mahukan pingat itu juga. Beliau berkata ya. Saya akan menyerahkan kesemua tiga pingat berkenaan kepada Istana (Johor) dalam masa terdekat ini," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Meskipun tiada alasan mengapa darjah kebesaran itu ditarik balik, Chua berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan dan prerogatif Sultan Johor.

Chua, bagaimanapun masih bergelar "Datuk", gelaran yang diterima bersama anugerah darjah kebesaran kurniaan Sultan Pahang.

Selain Chua, tiga lagi individu turut ditarik balik anugerah darjah kebesaran mereka dari Istana Johor iaitu pengembara Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, adik ipar Sultan Johor, Kommander Shaftdean Lufty Rushdan dan peguam Hassan Yunos. - BERNAMA

MAS wajar jadi benteng pertahan hartanah Kampung Baru

Posted: 19 Jun 2010 06:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) berkata, adalah sangat wajar Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menjadi benteng mempertahankan pemilikan hartanah dan hak pemilik serta pewaris di situ.

Beliau menyatakan demikian berikutan akhirnya MAS berani bersuara yang menafikan mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan tersebut itu sebagaimana diiumumkan oleh menteri berkenaan.

Katanya, MAS selaku Lembaga Pentadbir diwujudkan seawal kewujudan Kampung Baru sejak 110 tahun lalu selayaknya pandangan mereka didengari dan dilibatkan secara aktif kerana mereka yang sangat arif dan maklum tentang situasi di situ.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menambah, anggota-anggota MAS antaranya terdiri daripada ketua-ketua daripada tujuh buah kampung dalam Kampung Baru sendiri.

Justeru, katanya badan itulah yang mewakili Kampung Baru dan bukannya 50 orang yang pilih oleh Menteri Wilayah Persekutuan dalam perbincangan yang diadakan pada hari Isnin, 14 Jun yang lalu.

"Syabas MAS. Menteri Wilayah Persekutuan boleh datang dan pergi, Datuk Bandar, KSU, TKSU dan yang lain-lain boleh datang dan pergi tapi MAS akan terus dianggotai oleh anak Kampung Baru," ujarnya lagi.

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, yang selama ini hanya berdiam diri, pada 16 Jun lalu menafikan mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan tersebut itu sebagaimana diiumumkan oleh menteri.

"Kita diam selama ini tidak bermaksud bersetuju dengan segala laporan yang dibuat," kata Pemangku Naib Pengerusi MAS, Mashuti Mat Soom sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

"Tetapi selepas menerima banyak persoalan dalam perkara ini daripada penduduk kami berpendapat adalah lebih baik menyatakan pendirian dalam hal ini.

"Kita bukan mahu menyanggah pendapat yang dikeluarkan menteri tetapi ini adalah tanggungjawab kami yang selama ini mentadbir Kampung Baru selama 110 tahun," kata beliau pada sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan pemilik dan pewaris tanah bersetuju dengan cadangan pembangunan kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

Fesival Ramadhan: Lucunya mahu tarik pelancong Arab

Posted: 19 Jun 2010 05:45 AM PDT

Wartawan Kita

KOTA BHARU, 19 Jun: Sempena kedatangan Ramadhan 1431, Kementerian Pelancongan Malaysia diwar-warkan akan menganjurkan suatu pesta yang dinamakan Festival Ramadhan pada tahun ini bertempat di I-City Shah Alam, sesuatu yang melucukan.

Sebelum ini lokasi sama diadakan festival sempena sambutan Hari Natal.

Antara yang disebut tujuan Festival Ramadhan yang bakal dianjurkan oleh kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Ng Yen Yen ialah untuk menarik pelancong daripada Timur Tengah.

Bagi Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelanconagan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, tujuan Ng Yen Yen untuk menarik pelancong Arab menyertai festival itu juga suatu yang agak melucukan.

Di Kelantan, katanya secara khusus di Kota Bharu semenjak Kelantan diperintah oleh PAS, program yang dinamakan Ihya Ramadhan di Negeri Serambi Mekah telah dilaksanakan selama hampir 20 tahun yang lalu.

Katanya, bermula dengan khemah terawih di tengah-tengah pusat bandar di Parit Dalam, hari ini ia dijadikan sebuah perkampungan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV yang dinamakan Qaryah Ramadhan.

Jelasnya, qaryah dalam bahasa Arab bermaksud kampung di mana Qaryah Ramadahan mula diperkenalkan pada tahun 2007.

"Adakah ini satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin ditiru oleh kerajaan Pusat selepas mereka meniru cuti Sabtu, cuti bersalin, takaful warga emas dan sistem gadaian Islam dan lain-lain," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri padat dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan amalan dan ibadat rakyat Kelantan.

Antarany, kata beliau majlis iftor (berbuka) secara terbuka yang setiap hari anggaran ratusan orang yang turut serta yang mana makanan disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan penajaan bandan korporat serta sumbangan orang ramai.

"Solat terawih pula diimami oleh imam yang didatngkan dari Mesir. Imam ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran selepas selesai solat terawih. Pada sebelah dinihari pula imam ini akan mengetuai solat qiamullail," ujarnya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Ramadhan seperti forum atau ceramah sempena Nuzul Quran dan Badar Qubra.

Tambahnya lagi, pada sebelah petang para belia dan remaja dihidangkan dengan slot-slot intraktif dan talkshow yang memberi maklumat dan aktiviti bermanfaat kepada mereka.

Di samping itu, ujarnya lebih menarik sepanjang malam hingga ke subuh pelajar-pelajar maahad tahfiz mengadakan relay Al Quran yang dibaca secara berterusan.

Pihak kerajaan juga, tambahnya melalui syarikat kaitan dengan kerajaan (GLC) mengambil peluang menyampaikan zakat dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pendeknya, jelas beliau pelbagai aktiviti keagamaan dilangsungkan di Qaryah Ramadhan dalam usaha untuk menghidupkan (ihya') Ramadhan di Kelantan.

Ini, katanya sering diwar-warkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, "Kalaupun kita tidak dapat merasai suasana Ramadhan di Mekah, paling kurang kita merasai kemeriahan Ramadhan di Serambi Mekah".

Menurutnya, Fesitival Ramadhan telah mendapat bantahan daripada bebrapa pertubahan bukan kerajaan jika ia dianjur atas sifat sebuah pesta semata-mata dengan tidak mengambil kira tujuan ibadah dan peningkatan amalan di bulan mulia ini.

Beliau berkata, masyarakat Arab yang begitu teruja dengan suasana Ramadhan di negara mereka tidak akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menyertai suatu festival yang sekadar untuk tunjukan bahawa negara ini kaya dengan pelbagai makanan melalui jualan bazaar Ramadhan.

"Adakah orang Arab berselera untuk menikmati bubur lambuk kita," ujarnya sinis.

Nama Kucing: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO

Posted: 19 Jun 2010 05:20 AM PDT

Namakan kucing parsi dengan peristiwa hitam Najib

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.

Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti Kucing Persia: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.

"Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyambut baik cadangan Najib yang mahu rakyat memberi cadangan nama kepada kucing yang baru dibelinya tersebut.

Nama-nama yang dicadangkan itu, katanya juga mampu mengingatkan negara tentang peristiwa hitam yang telah berlaku sepanjang Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

UMNO Banyak Buat Perangai. Kompenan Lain Teruk Kena Tibai

Posted: 19 Jun 2010 04:30 AM PDT

Najib: Komponen BN perlu sekat Pakatan tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR, 19 Jun – Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh... para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat... mari kita bertelagah dengan pembangkang.

"Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN... beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

"Musuh kita ada di luar... musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan... (mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri.

"Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.

Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.

"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya... anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.

Najib berkata sedaya mungkin, beliau akan membantu demi kepentingan PPP, sambil memberi contoh pelantikan naib presiden kanan parti itu Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini.

Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.

"Anda tidak boleh menjadi sebuah parti seperti parti yang besar tapi anda boleh menjadi tarikan kepada sesuatu kumpulan di dalam negara dan itu yang patut dicari... bidang keistimewaannya yang tersendiri," kata Najib.

"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat," katanya.

Najib pertahan lantikan Bakke ketuai Sime Darby

Posted: 19 Jun 2010 04:00 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Datuk Seri Najib Razak menegaskan Datuk Mohd Bakke Salleh merupakan calon terbaik mengetuai Sime Darby meskipun dikritik pelbagai pihak berhubung prestasinya di Felda Holdings Bhd ekoran kemerosotan tunai sejak lima tahun lalu.

Bakke, pengarah uurusan Felda Holdings dilantik untuk menggantikan ketua eksekutif Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang telah diminta mengambil cuti ekoran kerugian lebih RM1 bilion.

Sejak minggu lalu kritikan mencurah berhubung prestasi Bakke (gambar) ekoran kemerosotan aliran tunai Felda Holdings Berhad lebih RM2 bilion sejak 2004.

"Jika kita lihat pada rekod prestasi, Datuk Bakke ada keupayaan untuk memperbaiki kedudukan Sime Darby," kata Najib kepada pemberita di sini hari ini.

Pelantikan Bakke sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby diumumkan oleh Pengerusinya Tun Musa Hitam Isnin lalu.

Bakke pernah mengepalai Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam, yang beliau telah memainkan penting untuk mengembalikan ke kedudukan lebih baik selepas mengalami kerugian.

"Bakke telah dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif baru dan pelantikan beliau akan berkuat kuasa secepat yang mungkin," kata Musa.

Rabu lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

"Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda)," kata Ahmad di Dewan Rakyat sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik.

Parlimen serah SPR, A-G tentukan status Tian Chua

Posted: 19 Jun 2010 03:30 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan.

"Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini... ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana denda yang dikenakan RM2,000 (di paras sempadan), lebih elok statunya diputuskan oleh Peguam Negara," katanya lagi.

"Apabila mahkamah memaklumkan kepada kami (Parlimen), kami akan merujuk kes ini kepada SPR, yang saya percaya akan mendapatkan nasihat Peguam Negara bagi menentukan kerusi Batu, yang pada pandangan saya kemungkinan sudah kosong (dengan keputusan mahkamah kelmarin)," kata Wan Junaidi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wakil rakyat itu berhadapan dengan risiko itu meskipun hukumannya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Ketika ditanya sama ada Pejabat Speaker Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ini dalam waktu terdekat, "kita akan berbincang bila tiba masa."

"Kami belum dimaklumkan apa-apa lagi (oleh mahkamah)... kami akan bercakap bila kami merentasi jambatan," katanya dengan berseloroh.

Tanpa menolak wujudnya kes-kes rujukan masa lalu, Wan Junaidi berkata, usul bagi memutuskan status jika dibawa ke Dewan Rakyat, berdasarkan kedudukan semasa, secara logik akan menyumbang kepada undi tidak memihak kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu.

Barisan Nasional (BN) masih memiliki kelebihan dari segi kerusi di Dewan Rakyat sekarang dengan 137 anggota.

"Dalam hal ini, saya secara peribadi berpandangan bahawa jika majoriti wakil rakyat mengundi mengesahkan kerusi Batu kosong, orang ramai akan mencemuh (seolah-olah Parlimen tidak adil)... ia juga akan mengakibatkan implikasi dari sudut peruntukan perlembagaan.

"Akan ada yang berpandangan bahawa Parlimen bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, saya berpendapat lebih baik perkara ini diteliti oleh SPR dengan nasihat Peguam Negara," kata Wan Junaidi lagi.

Peguam Tian Chua, 47, yang gagal menemui hakim kes pagi semalam akan bertemu beliau Isnin ini.

Bagaimanapun peguam Tian Chua memaklumkan hakim kes menerusi timbalan pendaftar berpendapat bahawa peruntukan hukuman cukup jelas dan tidak memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai status kedudukan wakil rakyat boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat, katanya.

"Bukan Speaker yang membawa usul, tetapi anggota Dewan akan membawa usul ini," kata Wan Junaidi.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai keputusan hilang status kelayakan, Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa "jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamad."

Peruntukan ini menambah, "dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang amalan Majlis menangguhkan sesuatu keputusan supaya langkah-langkah (termasuk langkah-langkah membatalkan hilang kelayakan itu) yang mungkin menyentuh keputusannya boleh diambil atau ditamatkan."

Peguam Karpal Singh berkata Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR tidak lagi sah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

"Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan.

"Tiada hujah lagi dalam soal ini," kata Karpal.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

Saran Wanita Sembahyang Jumaat: Satu Lagi Pembaharuan Nik Aziz

Posted: 19 Jun 2010 03:00 AM PDT

TERIMA kasih kepada Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana melontarkan satu cadangan yang bernas agar wanita juga turut mendirikan solat Jumaat. Mungkin cadangan beliau ini sesuatu yang anih dan mengejutkan banyak pihak di negara ini.

Cadangan ini sekali lagi menggambarkan pemikiran Nik Aziz jauh ke depan meninggalkan para ulama lain termasuk juga para Mufti. Menghairankan kita kenapa para ulama termasuk Mufti tidak ternampak apa yang dilihat oleh Nik Aziz?

Kehadiran wanita pada hari Jumaat bukan sesuatu yang memelitkan dan ia menjadi kebiasaan di negera-negera Islam lain. Tetapi fenomena ini satu perkara yang asing di Malaysia sehingga mungkin ada beranggapan cadangan Nik Aziz itu kurafat seperti mana ketegasan Nik Aziz menggunakan masjid untuk berpolitik.

Mereka yang menolak masjid dijadikan medan politik sudah tentu akan menolak cadangan berkenaan. Mereka yang sempit pemikiran akan mengira masjid hanya untuk lelaki saja kerana mereka tidak pernah melihat masjid digunakan oleh wanita secara meluas.

Beliau membuat saranan itu semasa berucap menyerahkan derma untuk tabung pembinaan kompleks Masjid Datuttarbiyah di Wakaf Zin Bachok.

Katanya dengan siapnya kompleks terletak atas tanah dua ekar bernilai RM2 juta itu nanti memberi ruang unutuk wanita sama-sama mendirikan solat Jumaat.

Mungkin ada sebahagian dari umat Islam sendiri sebelum ini terkeliru apakah wanita boleh atau tidak untuk mendirikan solat Jumaat. Apabila Nik Aziz membuat cadangan itu kekeliruan mengenai fungsi itu akan terjawab. Sudah tentu ada mereka yang selalu prejudis dengan fatwa atau pandangan luar biasa Nik Aziz mengenai sesuatu khasnya dalam aspek agama mula membelek buku telefon untuk bertanyakan ustaz, ulama dan Mufti mengenai saranan Nik Aziz itu.

Kepada saya saranan itu mengesahkan lagi betapa progresif dan dinamiknya pandangan Nik Aziz terhadap agama. Cadangan itu akan merombak faham kolot bahawa wanita itu tidak perlu di bawah ke tengah masjid. Inilah kehebatan beliau berani melakukan perubahan. Mudah-mudahan dengan bermulanya wanita ikut mendirikan solat di negara ini, wanita tidak lagi tertinggal untuk mendapat apa-apa pesanan, amanat dan wasiat yang disalurkan menerusi khutbah. Dengan itu juga masjid akan menjadi lebih makmur dan meriah lagi.

Golongan wanita termasuk pertubuhan wanita, NGO wanita dan sebagai seharusnya mengalu-alukan pandangan Nik Aziz dengan baik. Mereka perlu mengambil kesempatan untuk ikut sama memanfaatkan sepenuhnya masjid sebagai tempat berbincang hal-hal ilmu dan jangan lagi melihatkan masjid hanya sebagai tempat untuk mendirikan solat saja.

Bermula dengan kebebasan untuk sama-sama mendirikan solat Jumaat ini lah juga memberi peluang wanita terus memartabtkan kedudukan mereka di mata dunia.

Apakah selepas ini ada pendapat yang menyanggah pandangan Nik Aziz? Sama-sama kita tunggu. Saya rasakan pasti ada yang akan mempertikaikan cadangan itu. Sekali lagi terima kaish kepada Nik Aziz atas saranan berkenaan.


http://msomelayu.blogspot.com/

PPP Sokong Judi Sebab Ada Makna?

Posted: 19 Jun 2010 02:30 AM PDT

Judi sukan: PPP sokong Najib

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

najib razak and m kayveas"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras," kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu," katanya.

Diskaun 10 peratus

Kayveas pada ucapannya juga meminta diskaun 10 peratus bagi pembelian hartanah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, semua bumiputera tanpa mengira status kemampuan mereka menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli rumah. Tindakan afirmatif kerajaan itu bertujuan mengalakan bumiputera memiliki rumah.

Beliau juga 'merayu' kepada Najib untuk mencari jalan bagi membantu masyarakat India di negara ini bagi mencapai tiga peratus ekuiti yang dijanjikan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun lalu.

Umno Kedah Kata NO Pada Judi

Posted: 19 Jun 2010 02:15 AM PDT

Umno Kedah desak pusat tidak sambung lesen judi sukan


ALOR STAR, 19 Jun — Badan Perhubungan Umno Kedah mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini.

"Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata, kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Star di sini.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Ahad lalu, Umno Johor juga menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini.

Ahmad Bashah berkata jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas.

"Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang.

"Kita akan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Tanpa menamakan pemimpin terbabit, beliau berkata perkara seperti itu tidak harus berlaku jika mahu melihat Umno terus kuat.

"Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya.

Ahmad Bashah berkata anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya.

Beliau berkata Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang.

"Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat," katanya.

Akibat Ketirisan, Rasuah Malaysia Bankrap 2015?

Posted: 19 Jun 2010 02:00 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menjangkakan negara di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional(BN) akan berstatus bankrap menjelang tahun 2015 dan bukannya 2019 seperti mana yang unjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Menurut Azan jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan juga berlandaskan kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Walaupun Najib memberi jaminan bahawa nasib ekonomi Malaysia tidak akan menyamai Greece yang jatuh muflis baru-baru ini, Azan menyanggah sambil berkata terdapat beberapa persamaan dengan negara anggota Kesatuan Eropah itu yang memungkinan negara bankrap lebih awal daripada dijangkakan.

"Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastik.
"Saya menjangka dengan fakta yang disebutkan Malaysia mungkin bankrap bukan pada 2019 tapi kurang daripada lima tahun dari sekarang. Greece juga tidak menjangka secepat itu negara tersebut akan bankrap. Mereka juga telah membuat unjuran bahawa kerajaan Greece masih boleh bertahan dua, tiga tahun akan datang sementara menunggu zaman pemulihan tapi akhirnya negara itu terjerumus dalam krisis ekonomi yang menyebabkannya ia berstatus bangkrap," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Tambah Azan lagi, tindakan kerajaan mengosongkan data pada mukasurat 391 laporan RMK10 berkenaan Jadual 7 Imbangan Pembayaran, 2006-2015 juga menimbulkan syak bahawa keadaan kewangan negara semakin gawat dan tenat.

Di bawah tajuk 'Akaun Modal' yang merangkumi modal tempatan dan juga modal asing dalam bentuk pelaburan dalam negara, Kementerian Kewangan hanya mencatatkan angka bagi tahun 2006 hingga 2009 sementara anggaran bagi 2009 dan unjuran sehingga 2015 dikosongkan.
Kecuali pada 2008, kesemua statistik sejak 2006 menunjukkan pengaliran keluar modal dari Malaysia.
Begitu juga di bawah 'Akaun Kewangan' catatan statistik menunjukkan aliran negatif sejak 2006.
"Daripada apa yang kita lihat, Kerajaan Umno-BN tidak berani membuat anggaran dan unjuran bagi tahun 2009, 2010, 2012 dan 2015 kerana mereka tahu keadaan kewangan negara akan menjadi bertambah dahsyat dan kemung-kinan besar kemasukan modal asing hampir tidak ada langsung.

"Ada banyak bidang yang dibiarkan kosong dalam buku RMK-10 kerana kerajaan tidak mahu meletakkan unjuran atau jangkaan untuk dua atau tiga tahun. Ini menggambarkan ketidakyakinan kerajaan untuk memberi jangkaan mereka.
Azan seterusnya menjelaskan kelemahan pengurusan kewangan negara memberi impak besar ke atas pihak swasta dan mengecilkan lagi peranannya dalam ekonomi negara.

"Ini akan menyebabkan tidak ada jalinan kerjasama kukuh antara sektor awam dan sektor swasta. Kalau ini berlaku dua tiang utama ekonomi negara akan melemah dan akhirnya sektor awam menjadi satu-satu sektor yang terpaksa menanggung segala akibat.
"Apabila benteng terakhir sektor awam juga mengalami kelemahan dan tidak dapat bertahan dan itulah punca rebahnya sesuatu ekonomi.
"Sesebuah negara tidak perlu diisytihar sebagai bankrap bukan seperti organisasi swasta tetapi memadai apabila negara itu merekodkan tiga tahun berturut-turut defisit melampau lalu tidak berdaya membayar hutang negara," tegas Azan.

Sikap Najib Menghakis Kepercayaan Antarabangsa

Posted: 19 Jun 2010 01:33 AM PDT

Ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil tempoh beberapa tahun sebelum beliau 'dianugerah' gelaran pemimpin yang berdolak-dalik atau tiada pendirian tetap dan sentiasa mengubah keputus-annya. Gambar beliau tertidur semasa majlis-majlis tertentu yang disebarkan meluas di Internet, hanya memperkuatkan imej Pak Lah itu.

Namun, pengganti beliau, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu tempoh sebegitu lama untuk dinobatkan dengan gelaran sama. Rentetan tindakan beliau setelah diangkat menjadi Perdana Menteri pada April 2009 sudah cukup melayakan Najib sebagai Perdana Menteri berdolak dalih yang membahayakan Umno dan menjejaskan jangka hayat Barisan Nasional (BN) sendiri sebagai parti pemerintah.

Kita melihat meskipun ciri peribadi yang lemah itu mungkin dilihat sebagai 'menguntungkan' Pakatan Rakyat (Pakatan)secara politik, kesan lebih besar ialah ia menghakis kepercayaan masyarakat antarabangsa dan pelabur terhadap Malaysia.

Dalam tempoh setahun, Najib membuat pelbagai keputusan dan kemudian menangguh atau membatalkannya terus. Kerap kali alasan yang diberi ialah kerajaan masih mengumpul maklum balas daripada rakyat. Contohnya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Model Ekonomi Baru (MEB), penarikan subsidi, dakwaan Malaysia akan menjadi muflis dan yang terbaru, pengeluaran lesen judi sukan.

Bagaimanakah jentera Umno hendak menjelaskan kepada akar umbi penafian Najib kononnya beliau tidak mengeluarkan lesen itu apabila Berjaya Corporation mengesahkan kepada Bursa Kuala Lumpur, ia telah memperolehi surat rasmi kelulusan daripada Najib merangkap Menteri Kewangan.

Hakikatnya ialah pembohongan jelas berlaku – cuma Perdana Menteri setakat ini belum mejelaskan hal sebenarnya dan terus bersikap berdolak-dalik dalam menangani kecaman masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap pengeluaran lesen judi terbaru itu.

Bagi masyarakat antarabangsa dan dunia koporat, apa yang sedang berlaku sekarang hanya menghakis kepercayaan terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan Najib. Umno-BN dilihat sebagai sebuah kerajaan yang tidak berupaya membuat keputusan dengan mengambil kira segala faktor dan kemudiannya bingkas mengambil pendirian berubah-ubah untuk disesuaikan dengan agenda politik semasa parti.

Rakyat juga telah melihat bagaimana Najib menjanjikan MEB untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang sama dan adil untuk semua kaum, tetapi pendirian itu kemudiannya diubah begitu sahaja setelah badan-badan seperti Pertubuhan Peribumi Perkasa Perkasa) melancarkan bantahan besar-besaran.

Dalam sekelip mata, Najib berkata dasar-dasar pro-bumiputera akan terus dipelihara dan MEB yang dijaja beliau sehingga ke Amerika Syarikat sebenarnya belum siap dan masih boleh diubah!

Justeru, ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), Najib terus mengatakan asas-asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) termasuk peruntukan 30 peratus saham untuk Bumiputera masih terus dilaksanakan. Lantaran kenyataan itu, Najib menerima tepukan syabas daripada Ibrahim Ali, Presiden Perkasa.

Ibrahim tentunya bertepuk lebih kuat apabila Najib mengumumkan dasar penswastaan yang mendedahkan Malaysia kepada ketirisan, kronisme dan rasuah yang teruk, akan diperhebatkan di bawah RMK-10.

Selain itu dasar-dasar untuk menarik balik subsidi dan memperkenalkan cukai-cukai baru seperti GST turut diluluskan dan kemudian ditangguh untuk membendung kemarahan rakyat bagi memastikan BN tidak hilang sokongan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Yang jelas ialah Najib dan Umno bercakap kepada rakyat dengan lidah bercabang.

Apabila berlaku pilihan raya kecil (PRK), maka ekonomi dan pengurusan kewangan negara serta aliran pelaburan di negara ini di gembar-gemburkan sebagai terbaik di rantau ini.

Namun dalam keadaan 'biasa' rakyat yang sebelum ini dijanjikan Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020, tiba-tiba diberitahu subsidi minyak, tol, makanan dan keperluan lain terpaksa di tarik balik, jika tidak negara akan muflis pada 2019. Mana satu yang betul?

Mungkin bagi Najib dan pemimpin-pemimpin sealirannya, kata-kata adalah murah dan tidak berharga. Namun ia mencerminkan kepimpinan yang lemah, berdolak -dalih dan tidak berprinsip. Ia juga mencerminkan sebuah kerajaan lembap yang membuat keputusan tanpa mengambil kira sentimen atau pandangan akar umbi dan rakyat, tetapi lebih untuk melayan hawa nafsu kroni-kroni tertentu.

Yang baiknya ialah kebangkitan rakyat dan asakan yang disusun oleh Pakatan di dalam dan luar parlimen memberi tekanan kepada Najib untuk menangguh dasar-dasar yang tidak mesra rakyat.

Tetapi selagi Umno-BN berkuasa di Putrajaya, dasar-dasar ini terus 'hidup' dan menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan. Sikap berdolak-dalih Najib juga bererti pihak-pihak yang berkepentingan juga berpeluang mempengaruhi beliau, sesuatu yang menyumbang kepada kehakisan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia.

Datuk Chua Jui Meng: Perjuangan Rakyat Melebihi Segalanya

Posted: 19 Jun 2010 01:15 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

PETALING JAYA, 19 Jun - Tindakan Istana Johor menarik balik pingat darjah kebesaran dari Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng tidak pernah mematahkan semangat perjuangannya untuk terus bersama KEADILAN dalam membawa arus perubahan politik negara ini.

Beliau yang ditemui pada sidang media di Pejabat KEADILAN di Tropicana menjelaskan bahawa tindakan penarikan itu adalah pengorbanan yang harus dihadapinya sebagai pejuangan untuk membela rakyat dan beliau tidak berasa sedih penarikan tersebut malah mengganggap perjuangan yang dilakukan pemimpin awal dalam KEADILAN lebih besar nilainya dari pingat yang diperolehinya.

"Semua rakyat sudah tahu tentang penarikan pingat kebesaran saya itu, Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramly telahpun memaklumkan kepada saya bahawa dua darjah kebesaran, DPMJ (Dato' Paduka Mahkota Johor) dan SPMJ (Dato'Sri Paduka Mahkota Johor) telahpun ditarik balik. Saya telah pun menerima surat rasmi mengesahkan perkara itu pada 15 Jun yang lepas.

"Walaupun tiada alasan yang diberikan berhubung penarikan darjah kebesaran itu, saya menerimanya kerana keputusan tersebut bergantung kepada budi bicara Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Saya dengan rela menyerahkan kedua-dua pingat tersebut.

"Pada 10 Jun lepas saya menerima panggilan dari Abdul Rahim mengenai penarikan tersebut, dalam masa saya berbual dengannya saya turut memberitahu bahawa saya masih lagi mempunyai satu pingat, PIS (Pingat Ibrahim Sultan) yang diberikan oleh Baginda Sultan Johor dan saya bertanya kepadanya adakah itu juga akan ditarik balik. Dengan tanpa merujuk kepada pihak istana beliau juga terus mengarahkan saya menyerahkan pingat tersebut walaupun surat yang diterima oleh saya tidak mengarahkan pingat itu mesti diserahkan," jelasnya

Tambahnya lagi, beliau tidak mengerti kenapa perkara itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada istana sebelum membuat keputusan dan beliau akan turut menyerahkan pingat yang ketiga itu.

"Saya menyedari sebaik sahaja menyertai Pakatan dan KEADILAN, pasti berhadapan dengan pelbagai onak dan duri, jesteru saya bersiap sedia untuk terus mara bersama perjuangan ini.

"Ramai dari rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara. Makanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan yang besar bagi saya kerana perjuangan rakan-rakan saya melebihi segala-galanya.

"Saya amat bertuah berada bersama dengan mereka yang berjuang untuk kesejahteraan rakyat negara ini, saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk mengganggu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikan tersebut, sokongan rakyat datang mencurah-curah terhadapan saya dan KEADILAN.

"Sokongan ini menunjukkan rakyat menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian dari kerajaan Umno-Barisan Nasional. Mereka juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini kehadapan," kata beliau.

Beliau kesal kerana Umno gagal untuk menangani isu berkaitan masalah rakyat selain soal ketirisan yang sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Umno gagal untuk mengambil tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, kita berhadapan dengan ketirisan serta rasuah yang berleluasa selain masyarakat terpinggir dengan kebajikan ekonomi yang berat sebelah. Mereka juga menggunakan amalan politik ugutan dalam kepentingan peribadi mereka.

"Bagi saya tindakan mereka ini mengukuhkan lagi iltizam saya untuk bersama KEADILAN demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua dan saya yakin dengan pilihan ini," sambung Jui Meng.

Selain itu juga beliau pasti rakyat menilai apa yang telah dilakukan oleh Umno-BN dalam politik negara ini dan pasti hukuman yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umun yang lepas akan lebih teruk lagi pada pilihan raya yang akan datang. Rakyat akan terus menghukum mereka kerana bosan dengan politik kotor yang diamalkan oleh Umno.

Apabila PM Fikirkan Nama Kucing

Posted: 19 Jun 2010 12:19 AM PDT



SATU - Mungkin untuk menarik simpati peminat kucing, mungkin untuk menunjukkan kepada umum bahawa beliau seorang yang penyayang, atau mungkin kerana Rosmah adalah aktivis persatuan penggemar kucing, maka Najib pun berinteraksi dengan umum mengenai kucing.

Cuma kucing yang dibeli itu adalah kucing Parsi, bukan kucing tempatan.

Kucing itu mungkin bertuah pada hari dia dibeli kerana dibelai dan didukung oleh PM, tetapi selepas itu tentulah kucing itu akan dilayan oleh pekerja di rumah PM saja. Namun dia tetap bertuah kerana dapat tinggal di rumah PM.

Najib benar-benar orang politik. Apa sahaja yang boleh dijadikan modal politik, modal sokongan orang, maka benda itu akan dipolitikkan termasuk kucing.

Kalau hari ini Najib mendokong kucing untuk menarik perhatian peminat kucing, mungkin besok atau lusa dia akan mendokong binatang lain pula untuk menarik perhatian peminat binatang itu termasuk ayam atau anak lembu. Semua itu boleh dilakukan selepas acap kali kelihatan Najib mendokong anak orang.

DUA – Mengapa Najib sanggup berinteraksi dengan orang ramai pasal kucing saja? Najib sebenarnya tahu tahap cerdik politik rakyat negara ini.

Saya masih ingat kata-kata seseorang apabila dia nampak seorang wakil rakyat naik kereta mewah masuk kampong. Dia kata, "Apa salahnya dia pakai kereta mewah? Itulah tanda dia pandai mengurus duit."

Pada hal orang yang memberi komen begitu sekadar naik Honda Cup cabuk tanpa 'signal'.

Kalau itulah tahap celik politik rakyat negara ini, tentu akan ada orang yang melihat Najib dukung kucing akan berkata begini, "Tengok PM kita, kalau dengan kucing pun dia begitu sayang, tentulah dengan kita juga dia sayang."

Hasilnya apa? Hasilnya ialah apa sahaja yang pernah dikaitkan oleh umum dengan Najib seperti kes warga M******a dan sebagainya boleh terpadam dengan aksi dukung kucing sahaja.

TIGA – Saya juga pernah tengok gambar TG Nik Aziz dukung anak kambing tetapi tidaklah pula selepas itu dia berinteraksi dengan umum untuk minta pandangan mengenai nama kambing itu.

Maksudnya, samada TG Aziz atau Najib, dan orang lain juga, naluri sayang kepada binatang memang wujud. Kalau orang biasa berinteraksi sesama mereka diruang maya untuk bertanya nama bintang, itu mungkin perkara biasa.

Tetapi apabila yang berinteraksi itu adalah seorang PM, bertanya nama untuk seekor kucing, dan ada cadangan tentulah cadangan itu perlu diambil kira untuk tidak mengecilkan hati pencadangnya. Apabila cadangan itu banyak tentulah perlu diteliti satu persatu kemudian menimbangkan yang mana sesuai. Seterusnya… seterusnya….

Bayangkan berapa banyak masa yang diambil oleh seorang PM untuk selesaikan masalah nama anak kucing Parsi. Bukankah PM perlu fikirkan banyak perkara selain nama seekor kucing? Adakah gaji seorang PM dibayar untuk fikirkan dan selesaikan nama seekor anak kucing?

Entahlah… kalau ya pun nak tenangkan fikiran dengan seekor kucing, usahlah dihebohkan kepada orang lain. Nampak sangat politiknya. Taruklah nama apa pun, kucing tetapi kucing. Awak tu PMlah...

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/06/bila-pm-fikirkan-nama-kucing.html

Zikir mampu mengubat penyakit hati

Posted: 18 Jun 2010 10:00 PM PDT

SABDA Rasulullah SAW: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.

Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.

Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.

Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.

Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.

Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.

Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.

Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.

Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A'raaf, ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah.

sumber

Ulasan Ustaz Nazri Aziz Berkaitan Isu Judi. Kenyataan Bercanggah Ustaz Dengan Najib

Posted: 18 Jun 2010 09:00 PM PDT

Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.

"Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim.

"Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.

"Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga," kata Nazri.

Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi "simpanan tetap" bagi BN sejak lima dekad yang lalu.

Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.

"Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda.

"DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan)," katanya.

Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi.

"Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya.

"Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan.

"Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada.

"Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)," kata wakil rakyat Padang Rengas ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

"Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

"Tidak, lesen bukannya isu (sekarang)," kata Najib.

Posted: 18 Jun 2010 08:46 PM PDT

SOALAN: Selain isu pemberian lesen judi untuk mengendalikan perjudian Piala Dunia pada Jun ini, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah perlantikan Peguam Syarie dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan berkaitannya di dalam Islam? Mohon diulas.

JAWAPAN: Saya kira isu ini memerlukan perbincangan lanjut dengan lebih terperinci khususnya yang membabitkan peruntukan undang-undang dan yang berkait dengannya. Selain itu, perkara berkait nas syarak dan kesan positif serta negatifnya juga perlu diteliti bagi memperoleh keputusan paling konkrit serta wajar. Artikel ini hanyalah sekelumit perbincangan yang berkaitan, ia ditulis dalam bentuk agak ringan untuk pembacaan awam. Ia tentunya tidak cukup untuk menetapkan pendirian terbaik namun saya kira cukup untuk memberikan sedikit jawapan dan rujukan untuk perbincangan yang lebih mendalam dan ilmiah. Jika kita menelusuri khazanah ilmu Islam terdapat beberapa perkara boleh dijadikan rujukan iaitu:

1. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. "Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan," (al-Maidah: 8).

Ayat ini secara jelas mengarah umat Islam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam apa juga penilaian dan hukuman yang dijatuhkan. Justeru, menjadi objektif syariah, apa saja perkara harus (yang tiada larangan khusus) boleh mendekatkan kepada keadilan akan turut dibenarkan.

Dalam konteks ini, demi menegakkan keadilan dalam pemutusan hukum syariah di mahkamah, tentunya hakim mestilah seorang Muslim malah mempunyai syarat tertentu tambahan pula. Saya kira, adalah jelas hakim di Mahkamah Syariah MESTILAH dan WAJIB seorang MUSLIM. Namun status peguam, bagi saya mereka HANYALAH pelaksana atau bidang kuasanya terhad seperti pegawai eksekutif saja, bukan pemutus. Malah semua hujahnya dalam dakwaan atau pembelaan terhadap anak guamnya belum tentu diterima oleh Hakim Syarie.

Perbicaraan pula boleh dibuat secara tertutup. Justeru tidak timbul persoalan, peguam terbabit akan menyelewengkan nas al-Quran atau hadis, kerana sebarang penyelewengan akan ditolak oleh hakim dan peguam lain. Maka dalam konteks itu, saya melihat tiada masalah bagi seorang Peguam Syarie walau dari kalangan bukan Muslim. Ia hampir sama dengan situasi perbankan dan kewangan Islam hari ini yang dipenuhi dengan pengurusan tertinggi serta eksekutif yang bukan beragama Islam.

Namun tentunya, mereka diperlukan mempunyai beberapa kriteria dan kelayakan tertentu untuk menduduki jawatan di sektor kewangan Islam khususnya ilmu dan pengetahuan di dalam hal ehwal hukum syariah di dalam bidang Fiqh Muamalat. Apa yang tidak wajar atau TIDAK DIBOLEHKAN adalah bukan Muslim menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah di mana-mana institusi kewangan Islam.

Ini kerana, jawatan itu memerlukan kriteria seperti hakim di Mahkamah Syariah yang perlu menghayati Islam dalam ilmu, kehidupan dan keimanan di hati. Alhamdulillah setakat ini, masih belum ada mana-mana individu atau ilmuan bukan Islam yang dilantik menjadi ahli penasihat syariah. 2. Allah SWT juga mengingatkan: "Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka.


"Jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudarat kepadamu sedikit pun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil," (al-Maidah: 42).

Ayat berkenaan menunjukkan mahkamah Islam sentiasa sedia menerima mana-mana individu bukan Islam untuk mencari keadilan atau mendapatkan hukuman terbaik di atas pertikaiannya berdasarkan syariah.

Justeru, dalam konteks memberikan pembuktian, mengemukakan hujah, sudah tentulah individu bukan Islam itu BEBAS untuk berhujah di mahkamah (jika dia tidak diwakili oleh mana-mana peguam). Keadaan ini secara langsung menjelaskan bahawa mahkamah Islam menerima hujah dari individu bukan Islam sama ada atas nama pendakwa, tertuduh dan sekali gus peguam yang mewakili anak guamnya.

>Bersambung pada keluaran depan

ustaz zaharuddin

Luna: Saya tiada tatu di pinggul

Posted: 18 Jun 2010 08:30 PM PDT

Susunan Elrafaei Sapi

ahmadelrafaei@hmetro.com.my

INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sayatiadatatudipinggul/pix_middle

KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam siasatan.

Semuanya bermula apabila video panas itu tersebar menerusi Internet. Video berkenaan bukan saja dikatakan menonjol perlakuan seks seorang wanita yang berwajah seperti Luna dan Ariel di ranjang malah sebuah lagi video pula menonjolkan lelaki yang dikatakan Ariel bersama bekas teman wanitanya dulu iaitu Cut Tari.

Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini.

Mengikut undang-undang antipornografi, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun andai didapati bersalah. Walaupun siasatan polis masih dijalankan, ada sumber mengatakan video itu dirakam mereka beberapa tahun lalu.

Ketika ini, iklan sabun mandi yang dijayakan Luna bersama Ariel dihentikan seketika, namun pihak pengurusan program muzik, Dahsyat yang menampilkan Luna sebagai pengacara belum membuat sebarang keputusan untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, dalam siaran program itu, baru-baru ini tempat Luna digantikan Astrid Tiar bersama penyampai asal, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad. Sumber mengatakan Luna membuat keputusan sendiri untuk berehat seketika daripada program itu selepas video seksnya menarik perhatian ramai.

Beranikah Najib Minta Speaker Kosongkan Kerusi Parlimen Batu?

Posted: 18 Jun 2010 08:00 PM PDT

SECARA tektikal dan perundangan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau tidak terletak di tangan Speaker Parlimen, Pendikar Amin Mulia. Itulah peruntukan undang-undang seperti mana dimaktubkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Negara. Tetapi hakikatnya keputusan itu bergantung kepada budibicara Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Razak.

Mengikut proses mahkamah sudah jelas kerusi itu menjadi kosong bilamana wakilnya, Tian Chua (foto) sudah dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh mahkamah. Seperti mana kata Karpal Singh jelas menurut perlembagaan hukuman RM2,000 atau lebih menyebabkan Tian Chua hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

Beliau merujuk kepada kes yang menimpa Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 yang dijatuhi denda RM2,000 ekorana kesalahan di bawah Akta Hasutan menyebabkan Fan Yew hilangan kelayakan.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya tidak berani membuat apa-apa kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu. Ini tidak seperti biasa selalunya SPR cepat dalam membuat ulasan dan pendiriannya. Kali ini SPR menyerahkan kepada Speaker Parlimen. Apakah ini menggambarkan SPR yang selama ini dilihat condong kepada parti memerintah kurang berani dan bersemangat?

Kita maklum kenapa sebabnya. Keadaan berlaku mungkin kerana kawasan Batu bukan kawasan selamat untuk BN kalaupun diadakan pilihan raya kecil. BN mungkin merasa 'rohok' untuk menang. Dalam pilihan raya lalu Tian Chua yang bertanding atas tikit PKR menang dengan majoriti 11,517 Beliau dapat memperolehi 29,785 mengalahkan Lim Sin Pin (BN) yang meraih sebanyak 20,330.

Walaupun kuasa memutuskan kedudukan Tian Chua itu terletak kepada Speaker, saya kalau ia tidak dirujuk kepada Perdana Menteri. Kini terpulang kepada PM. Kalau beliau yakin dengan kajian Merdeka Centre yang beliau kini mendapat sokongan 72% tidak ada sebab untuk Najib tidak menasihati Speakar agar mengistyharkan kerusi itu kosong.

Tetapi Najib harus ingat berdepan dengan kawasan Parlimen Batu, bukan sama dengan Hulu Selangor atau Kuala Terengganu, apa lagi Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Batu adalah kawasan bandar di mana sikap pengundinya sukar dibentuk.

Jadi jalan selamat dan untuk tidak memenatkan badan elok kalau Najib menasihati Speaker supaya jangan istyharkan kerusi Parlimen Batu kosong dan biarlah Tian Chua kekal sebagai anggota dewannya. Sebaliknya kalau Najib teringin mengujui sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pentadbirannya di Batu silakan.... bisa saja!

http://msomelayu.blogspot.com/

Najib mungkin popular tapi rakyat tetap pilih PR

Posted: 18 Jun 2010 07:30 PM PDT

Apabila badan bebas Merdeka Centre mengisytiharkan bahawa menurut kajian mereka tahap populariti PM Najib Tun Razak meningkat kepada 72 peratus berbanding 69 pertaus pada bulan April tahun ini ramai yang memberikan pelbagai reaksi. Kajian itu dilakukan dari tempuh Mei 6 ke Mei 16 iaitu selepas kemenangan BN di Hulu Selangor (pilihanraya kecil Sibu yang berpihak kepada PR diadakan pada 16 Mei).

Menurut Merdeka Centre kajian itu merumuskan bahawa rakyat pada amnya mengiktiraf kepimpinan Najib dan mahu melihat dasar-dasar yang diperkenalkannya dilaksanakan. Dalam erti kata lain ianya nampak menggiurkan semoga berjaya.

Antara yang terawal melonjak ghairah dengan hasil kajian ini adalah bekas PM Tun Dr Mahathir. Begitu ghairahnya beliau sehingga mendesak PM agar segera mengadakan pilihanraya umum kerana katanya dengan populariti sebesar itu nanti Najib akan mampu mengembalikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat dan barangkali merampas kembali negeri-negeri yang BN tewas (Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan).

Adakah dengan hasil kajian itu BN benar-benar telah bangkit dan kembali kuat sebagiamana PRU 2004?

Sekurang-kurangnya Tun Dr M berfikiran begitu. Beliau memang dikenali sebagai pakar strategi dizamannya. Tetapi beliau pun tidak sunyi dari rekod buruknya sendiri. Bukankah ditangan beliau PAS menang Kelantan dan Terengganu? Bukankah dizaman beliau Presiden PAS (dari Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dan kemudian Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang) muncul sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat?

Malah Umno berpecah teruk sehingga ada ahli Majlis Tertingginya ketika itu menyalahkan Tun secara terbuka, kata beliau kerana rakyat benci Tun lah maka Umno ditolak.

Ahhh kemungkinan Tun sudah lupa semua itu…….dah lama dah………

Hari ini Tun melihat prospek untuk mencetuskan fahaman bahawa BN boleh bangkit kembali ada. Hasil kajian ini tak kiralah apa mesej sebenarnya perlu dieksploitasi. Biar BN menang besar kembali. Biar anak saya diberi ganjaran lagi sekurang-kurangnya jadi Menteri penuh atau Menteri Besar Kedah.

Biarlah Tun dengan keghairahannya,bagi saya kajian ini lebih menghasilkan bacaan pengharapan rakyat. Sebab kebetulan Najib adalah PM, jadi kalau begitu hakikatnya biarlah beliau berjaya, walaupun hasilnya belum berapa kelihatan lagi pun.

Saya boleh katakan bahawa rakyat juga sudah selesa dengan PR. Dahulu apabila PR menang di lima negeri (kemudiannya kemenangan Perak dicuri secara haram), menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat, juak-juak BN khasnya Umno mengatakan negara akan menghadapi masa depan yang suram dan muram. Para pelbaur asing akan lari, ekonomi akan terencat.

Hari ini negeri-negeri di bawah tangan PR terus mendapat pujian. Penafian majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat disedari rakyat banyak manfaatnya. BN tidak lagi boleh membuat dan berkata sewenangnya.

Saya menyebut rakyat juga selesa dengan PR kerana lihat keadaan negara kita. Ia terus stabil, tiada kekacauan, ekonomi terus berkembang, pelabur asing tidak lari kemana.

Bagi saya ini menunjukkan rakyat mengesahkan atau "confirm"bahawa ujian mereka terhadap PR dahulu (PRU 2008) memang membawa pulangan positif.

Benar Merdeka Centre menyatakan mereka selesa dengan kepimpinan Najib (lebih selesa lagi berbanding dizaman kemuncak Tun Dr M) tetapi tidak pula mereka menyatakan yang mereka mahu menolak PR. Tidak pula mereka menyatakan yang mereka mahu melihat tokoh-tokoh rasuah, penyalahguna kuasa khasnya yang tersungkur di negeri-negeri PR perintah mahu mereka berikan kembali kuasa. Tidak pula mereka nyatakan mereka mahu Samy Vellu, Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon, Khir Toyo yang telah mereka tolak perlu dikembalikan.

Tidak. Mereka mungkin akui bahawa Najib popular, tetapi Umno dan BN yang Najib pimpin belum tentu memikat selera mereka (buktinya setelah menang Hulu Selangor BN tewas di Sibu). Najib popular kerana kebetulan beliau PM dan boleh guna apa sahaja bawah kuasanya untuk mencorakkan yang cantik-cantik untuk dilihat dan dikagumi. Barangkali kalau Dato Seri Anwar PM atau Kit Siang atau Hj Abd Hadi, populariti mereka ini melangkaui 80 persen, siapa tahu?

Kalau nak tahu, kita kena tukar.

Saya yakin rakyat sudah bersedia untuk tukar. Mereka sudah selesa dengan PR, mereka tidak nampak kecacatan PR, mereka akan bersedia untuk melonajkkan PR ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Tahniah Najib kerana popular, tahniah Tun kerana berani suruh Najib panggil pilihanraya, yang lebih penting tahniah PR kerana kekal meyakinkan rakyat bahawa perubahan demi kebaikan tidak dapat dielakkan lagi.


http://n32.blogspot.com/

Talak kuasa suami

Posted: 18 Jun 2010 07:00 PM PDT

SOALAN:

Saya menetap di Amerika Syarikat. Imam yang dirujuk untuk kes penceraian adalah dari mazhab Hanafi. Saya ingin bertanya tentang kes penceraian daripada segi mazhab Shafie.

Imam tersebut mengatakan selepas jatuh talak yang pertama, dua bulan kemudian jatuh talak ketiga (satu bulan satu talak) dan idah bermula untuk tempoh tiga bulan kemudian selepas talak tiga.

Bolehkah ustaz terangkan penceraian dalam mazhab Shafie.

JAWAPAN:

Molek kiranya saya mulakan ulasan soalan saudara dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 229)

Dalam ayat di atas Allah menetapkan bahawa seseorang isteri yang dicerai dengan cerai raj'i (cerai yang boleh dirujuk) dengan talak yang paling maksimum adalah dua, kalau tiga tidak boleh dirujuk melainkan dikahwini oleh orang lain sebelum dikahwininya.

Ayat ini juga sekali gus menjelaskan adanya bilangan talak yang dilafaz bukan ikut bilangan bulan.

Persoalannya sekarang, saudara telah diberitahu oleh imam di sana mengenai talak. Sebenarnya apa yang jelaskan oleh imam tersebut tidak tepat.

Tidak ada mazhab yang menyebut seseorang isteri diceraikan dengan talak satu kemudian bila si suami tidak merujuk dalam bulan pertama dalam tempoh idahnya masuk bulan kedua talak yang asalnya satu jadi dua dan bagi bulan ketiga talak itu menjadi tiga.

Maksudnya kalau si suami gagal merujuk isteri dalam idah yang kebiasaannya dalam tempoh tiga bulan maka talak yang satu yang dilafazkan oleh suami menjadi tiga.

Pandangan ini sangat bercanggah dengan pandangan jumhur ulama termasuk Imam al-Syafie. Bilangan talak adalah apa yang dilafazkan oleh si suami ketika menceraikan isterinya.

Contohnya si suami kata, "aku ceraikan engkau dengan talak satu", maka talak satulah sampai dirujuk dalam idah.

Kalau tidak rujuk sampai habis idah dan si suami ingin kembali maka hendaklah dinikahi dengan akad yang baru dan mas kahwin yang baru. Ini bermaksud bilangan talak tidak bertambah kerana kelewatan merujuk.

Cara mengira bilangan talak yang dilafazkan oleh suami adalah sama ada menyebut dengan jelas jumlah bilangan talak seperti: "Aku cerai/talak dikau dengan talak satu atau dua atau tiga". Maka jatuh talak mengikut bilangan yang ditentukan atau disebut oleh suami.

Cara lain pengiraan talak adalah suami menceraikan isteri dengan talak satu kemudian rujuk semula, tetapi perceraian berlaku lagi selepas itu.

Setelah dua kali bercerai (dengan talak satu), kemudian berlaku perceraian lagi dengan suami melafazkan cerai talak satu maka ia dikira telah jatuh talak tiga.

Pasangan ini tidak boleh rujuk kecuali bekas isteri berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai.

Talak mesti dijatuhkan mengikut aturan kiraan Islam memberikan kepada seorang muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali talak dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya.

Kemudian ditinggalkannya isterinya itu sehingga habis idah. Kalau nampak ada keinginan merujuk sewaktu masih dalam idah, maka dia boleh merujuknya.

Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis idah, dia masih boleh untuk kembali kepada isterinya itu dengan akad dan mahar (mas kawin) baru. Kalau dia tidak lagi berhasrat untuk kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang lain.

Jika si lelaki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talak satu, tetapi tiba-tiba terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talak yang kedua, si lelaki masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.

Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini merupakan suatu bukti nyata, bahawa perceraian antara keduanya itu harus dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya sudah tidak mungkin.

Oleh kerana itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak lagi halal buat si lelaki tersebut, sehinggalah dia kahwin dengan orang lain secara syarie. Bukan sekadar menghalalkan si perempuan untuk suaminya yang pertama tadi.

UM

Tiada ulasan: