Selasa, 1 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Posted: 01 Jun 2010 09:30 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta eminta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

RAKYAT GILA BOLA ,UMNO GILA JUDI

Posted: 01 Jun 2010 09:00 AM PDT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila Rejim Najib melalui Awang Adek mengumumkan bahawa Kerajaan bersedia meluluskan aktiviti judi bola saya menganggap Awang Adek seorang yang jujur . Beliau jujur mendedahkan kepada rakyat tentang identiti atau wajah sebenar Umno- parti yang ketagih dan gila judi.

Sebagai parti sekular , bagi Awang Adek, Umno tidak perlu takut untuk mendedahkan kepada rakyat tentang identiti sebenar Umno. Ya, judi adalah haram berdasarkan wahyu yang qati'e . Melakukan perbuatan haram boleh membawa kepada neraka. Tetapi itu semua doktrin yang PAS pegang. Umno bukan PAS. PAS parti Islam, Umno parti sekular. Mana boleh sama. Bagi Umno apa kena mengena dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam perjuangan politik. Bukankah mantan Presiden Umno pernah mengatakan tindakan PAS yang berkempen tentang syurga dan neraka adalah termasuk dalam "rasuah politik."

Memandangkan Umno mempunyai "world view" yang jelas bertentangan dengan Pas maka kita tidak perlu risau jika Umno bersedia menghalalkan benda yang diharamkan oleh Allah. Fahaman maddiyyah ( materialism /kebendaan ) dan hedonism ( hidup ini sekadar untuk bersuka ria ) yang menjadi pegangan dan sandaran Umno tidak membenarkan Umno melepaskan peluang untuk mengisi perbendaharaan negara ini dengan hasil ekonomi – tanpa kira hasil yang halal atau haram.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu sama ada Umno ini sekular atau tidak lihatlah pendirian rasmi Umno tentang judi di Parlimen. Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahya di Parlimen menyatakan di Parlimen pada 15 Disember 2004 dan dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia ( 16/12/2004 ) seperti berikut :-

"Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam di samping membendung kegiatan bookie haram. Sehingga kini terdapat 1,822 lesen diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini, sama ada cabutan loteri Magnum, Toto, 1+3D dan kegiatan judi di premis-premis hiburan,'' .

Beliau seterusnya memberitahu, kerajaan tidak berhasrat menghentikan kegiatan itu kerana perjudian merupakan satu budaya kepada kaum-kaum tertentu.

"Ada kaum yang mempunyai budaya berjudi, jadi kita perlu bersikap adil kerana walaupun kita adalah negara Islam tetapi Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan dan agama,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Ratnam a/l Muthiah dalam sesi Dewan Negara.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak berhasrat mengurangkan hari cabutan loteri Magnum, Toto dan 1+3D kerana ia akan mengurangkan pendapatan melalui cukai.

"Jika kita kurangkan kepada satu minggu sekali cabutan, kita akan kehilangan cukai RM620 juta dalam tempoh satu tahun,'' katanya.

Bagi Umno tidak merebut peluang untuk mengisi perbendaharaan negara dengan wang melalui aktiviti judi yang berleluasa dalam pesta bola piala dunia ini adalah satu kerja bodoh. Bukankah dengan membenarkan aktiviti judi semasa pesta bola piala dunia ini akan menyebabkan Kerajaan dapat menjana kewangan melalui cukai yang akan dibayar oleh tauke-tauke judi. Rasional Umno adalah daripada membiarkan taukeh-taukeh judi ini berjudi secara tidak sah lebih baik Kerajaan sahkannya melalui perlesenen. Bukankah taukeh judi ini akan membayar cukai yang banyak kepada Kerajaan jadi mengapa Kerajaan harus lepaskan peluang keemasan ini.

Bukankah mantan Perdana Menteri Singapura sendiri Lee Kuan Yew, hujah Umno, pernah menyatakan Kerajaan Singapura sepatutnya lebih awal membenarkan dan menggalakkan industri judi di negara itu sepertimana Kerajaan Malaysia lakukan dengan kewujudan mahligai judi di Genting. Lee Kuan Yew memuji Malaysia kerana pandai menjana kewangan melalui industri judi di Genting . Pujian Lee Kuan Yew bukan meresahkan Umno sebaliknya menyeronokkan Umno. Pujian itu juga memberi inspirasi baru kepada Umno. Umno kini dengan lantang dan mendabik dada menyatakan " Wahai Lee Kuan Yew lihatlah kami bukan sahaja ada Genting tetapi kami juga menghalalkan judi semasa pesta bola piala dunia."

Isu judi ini juga mendedahkan sikap hipokrit Umno yang amat jelas. Semasa kempen Piliharaya kecil Hulu Selangor, Umno tanpa rasa segan dan malu sanggup berkempen bermatian-matian untuk memberitahu rakyat di sana bahawa mereka perlu menolak Zaid Ibrahim kerana beliau adalah kaki arak. Cara Umno berkempen seoalah-oleh arak adalah sesuatu yang jijik bagi Umno . Dalam kempen pilihanraya itu Umno gagal menerangkan kepada rakyat jka Zaid Ibahim perlu ditolak kerana dilabelkan kaki arak Umno sudah tentu lebih aula ditolak kerana membenarkan kilang arak didirikan dan industri judi dihalalkan dan kini dikembangkan .

Mana –mana Kerajaan yang membenarkan aktiviti judi pada hakikatnya menggalakkan rakyatnya untuk hidup dalam khayalan dan angan-angan .Judi ( maisir ) bagi Islam adalah bentuk aktiviti gharar ( tidak pasti ) iaitu yang bagi ahli ekonomi dikatakan sebagai " a zero sum game which risky payoff" . "Zero sum game" bermaksud orang yang menang dalam judi adalah di atas kerugian orang lain kerana judi adalah aktiviti yang tidak bersandarkan kepada kemahiran dan kecekapan sebaliknya hanya kepada tuah semata-mata. Seorang ahli ekonomi barat . Goodman, menyatakan peningkatan industri judi pada tahun-tahun kebelakangan ini di Amerika adalah disebabkan adalah kerana " the growing tendency to rely on economic ventures of chance as opposed to those involving skill and real work " ( kecenderungan untuk berngantung kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang berdasarkan tuah daripada aktiviti-aktiviti yang berdasarkan kemahiran dan kerja-kerja yang sebenar )

Saya minta maaf jika tersilap. Tetapi saya tidak nampak golongan agama di dalam Umno dan di luar Umno yang lantang menyerang Pakatan Rakyat lantang juga menyerang Umno di dalam isu judi ini. Saya tak nampak Mufti Perak bersuara dalam isu ini. Jika dalam isu Nizar memegang lilin sepantas kilat Nizar di"fatwakan" terlibat dalam perkara-perkara yang melanggar hukum agama mengapakah dalam isu judi bola ini "fatwa" sebegitu tidak keluar dari mulut-mulut golongan –golongan agama tertentu sedangkan hukum judi adalah lebih jelas.

Apapun pesta bola piala dunia ini mewujudkan dua golongan yang gila dalam masyarakat – rakyat gila bola Umno pula gila judi!!!

http://peguampas.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel Menyerang kerana Gentar Nyanyian Para Aktivis?

Posted: 01 Jun 2010 08:30 AM PDT

Israel mendakwa salah satu hal yang membuat mereka "gelap mata" menembak armada Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza adalah kerana dari armada tersebut terdengar nyanyian "rasis." Nyanyian rasis? Ya, yang menurut Israel berbunyi seperti, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!"

Itulah yang menurut Direktur Eksekutif AJC (American Jewish Committee) David Harris membuat Israel naik pitam. "Tragedi di laut lepas ini sepatutnya dihindari, dan kami menyesal akan matinya sebahagian orang. Fakta armada Flotilla menolak untuk bekerja sama dengan Israel untuk membongkar muatan kemanusiaan mereka di Asdod membuktikan bahawa bentrokan ini persis seperti yang para pendukung Hamas dalam skala internasional telah merancangnya."

Menurut AJC, Israel, di bawah undang-undang antarabangsa, memiliki hak untuk mencegah kapal, dan telah memperingatkan armada untuk tidak mendarat di Gaza, yang dikendalikan sejak 2007 oleh teroris Hamas, kelompok yang secara terbuka berusaha menghancurkan Israel, dan merebut kekuasaan Gaza dalam kudeta kekerasan mengusir Pihak Berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas.

"Gerakan Free Gaza itu ironisnya yang ada hanya untuk memperkuat rejim Hamas. Armada ini tidak memberikan bantuan kemanusiaan, tapi untuk mendorong sebuah dimensi internasional dalam kempen tanpa henti dari Hamas terhadap eksistensi Israel," tambah Harris.

Dalam rakaman televisi Al Jazeera, ketika memulai pelayaran para aktivis pro-Hamas memang tanpa henti menyanyikan kata-kata terkenal, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!" yang ertinya "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentera Muhammad akan kembali." yang tanpa diduga ternyata sangat menggentarkan Israel. (sa/ajc)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Jangan menguji kesabaran seorang Turki!

Posted: 01 Jun 2010 08:00 AM PDT

Tindakan Israel mengepung konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah tidak berperikemanusiaan.



Ankara - Perdana Menteri Turki, Erdogan memberi peringatan kepada Israel atas tindakan mereka mengepung kapal LifeLine 4 Gaza yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin, dengan mengatakan perbuatan itu menguji kesabaran orang2 Ankara dan sewajarnya mereka itu diberu hukuman.

Katanya lagi di hadapan seluruh ahli parlimen Turki dengan perasaan marahnya, "perbuatan serangan yang dilancarkan oleh Isrel itu adalah melanggar undang2 dan mencabuli hak manusia dan mereka WAJIB dapat balasan, dan pasti dapat balasan".

Erdogan juga menyeru agar Israel memberhentikan serangan itu secepat mungkin, dan siasatan atas punca yang menyebabkan kapal-kapal itu diserang akan dilakukan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

PM Turki Recep Tayyip Erdogan mengamuk terhadap tindakan Israel laknat

Posted: 01 Jun 2010 07:30 AM PDT




Apa cerita APCO di Malaysia? Apa khabar Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat? Di mana kamu Najib dan Barrack Obama?

Israel should be "punished" for its "bloody massacre" on aid ships bound for Gaza, Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan (photo) said Tuesday, as he warned the Jewish state not to test Turkey's patience.

"The bloody massacre Israel carried out against ships carrying aid to Gaza deserves condemnation," Erdogan told lawmakers from his ruling Justice and Development Party, in an angry tirade against Israel.

"The insolent, irresponsible and impudent attack by Israel, which went against law and trampled human honor underfoot, must definitely be punished," he charged amid loud applause from his audience. "Nobody should test Turkey's patience," he added.

Erdogan said that the Israeli military action was an attack "on international law, the conscience of humanity and world peace."

Testing Turkey's patience

The flotilla was the ninth attempt by sea to breach the three-year-old blockade Israel and Egypt imposed after the militant Hamas group violently seized the Gaza Strip in 2007, home to 1.5 million Palestinians. Israel allowed five seaborne aid shipments to get through but snapped the blockade shut after its 2009 war in Gaza.

"They have once again showed to the world that they know how good they are at killing people," Erdogan said. "Israel in no way can legitimize this murder, it cannot wash its hand of this blood."

Erdogan said Turkey would continue to support the Palestinian people. "We will not turn our back on Palestine, Palestinians and Gaza," Erdogan said.

"No one should test Turkey's patience," he added. "Turkey's hostility is as strong as its friendship is valuable."

He urged Israelis to question the actions of their government. "It is damaging your country's image by conducting banditry and piracy," Erdogan said. "It is damaging interests of Israel and your peace and safety. It is the Israeli people who must stop the Israeli government in the first place."

He said Israel cannot face the international community without expressing "regret." "Israel cannot ensure its security by drawing the hatred of the entire world," the prime minister declared. (Source: ANKARA (Agencies), via al-Arabiya)



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tee Keat digugur, hanya libatkan 2 menteri MCA

Posted: 01 Jun 2010 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Dalam rombakan yang dilihat tidak mengejutkan ramai, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong (gambar) yang tewas dalam pemilihan semula MCA bagi jawatan presiden digugurkan. Beliau memegang jawatan itu sejak 2008.

Kong, yang turut gagal dalam persaingan jawatan timbalan presiden, kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Wira Chor Chee Heung yang kini merupakan timbalan menteri kewangan.

Chor pernah dikaitkan dengan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan turut memenangi pemilihan jawatan Naib Presiden MCA Mac lalu.

Rombakan ini sebahagiannya berhubung kait dengan perubahan barisan kepimpinan MCA yang diadakan Mac lalu bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Pengumuman perubahan anggota jemaah menteri persekutuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Rombakan menteri hanya membabitkan pemimpin MCA.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut, Perdana Menteri mengumumkan penamatan pelantikan Ong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa Jumaat ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 3.30 petang di Istana Negara, Jumaat ini.

Rombakan kali ini hanya membabitkan pelantikan tujuh orang termasuk dua Ahli Parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan.

Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dari Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti.

Palanivel yang tidak diberikan tiket untuk bertanding semula pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008.

Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong, yang juga anak lelaki kepada Presiden MCA pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dua Naib Presiden MCA yang baru masing-masing Senator Datuk Donald Lim Siang Chai pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald Lim pernah memegang jawatan timbalan menteri sebelum ini tetapi digugurkan selepas tewas pilihan raya umum 2008.

Selain itu, Najib juga mengumumkan pertukaran portfolio empat timbalan menteri.
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri dan Senator Heng Seai Kie dari Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Donald Lim, D'Cruz dan Gan sebagai senator berkuat kuasa hari ini.

Mereka akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara dalam tempoh terdekat.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy

Posted: 01 Jun 2010 06:27 AM PDT

ROMBAKAN (sebenarnya pembetulan bagi saya) kabinet dilakukan Najib Razak lewat petang ini sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus kempunan untuk menjadi menteri bila menantu bekas PM itu tidak disenaraikan sebagai jemaah menteri.

Begitu juga gembar-gembur mengatakan orang bertanggunjawab meluluskan judi perlawanan bola sepak piala dunia Awang Adek Hussein kononnya akan dilantik menjadi menteri penuh, juga tidak kesampaian. Desas desus mengatakan Ahmad Shabery Chik akan digugurkan juga tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya apa yang berlaku Najib hanya membetulkan kabinetnya dengan menggugurkan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dengan memasukkan Kong Sho Ha untuk mengambil alih tenpat bekas presiden MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu dua bulan lalu.

Kedudukan Cho Ha sebagai diganti oleh Chor Chee Heung yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan yang cuba ditonjolkan sebagai orang bertanggungjawab dalam meluluskan judi bola sepak. Saya tidak fikir pertukaran Chee Heung itu kerana hukuman ke atasnya yang ditonjolkan sebagai insan bertanggungjawab meluluskan lesen judi itu.

Dalam pembetulan kabinet itu juga naib presiden kanan PPP, Senator Maglin Dennis D'Cruz dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunakasi dan Kebudayaan. Perlantikan Denis D Cruz ini dilihat sebagai persiapa sekiranya M Mugiah yang kini bermasalah di dalam PPP terlucut jawatannya sebagai Presiden yang kini berebut dengan M Kayveas.

Kemasukan Maglin itu sebagai mengganti Heng Seai Kie.

Calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor yang ditolak oleh Umno, G Palanivel pula dilantik sebnagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Perlantikan Palanivel ini dilihat sebagai pemenuhi janji - kompromi antara MIC dengan Umno semasa pertelingkahan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kesan dari 'perbalahan' Umno dengan MIC telah memberi keuntungan kepada MIC apabila selain dari mendapat kerusi Hulu Selangor MIC juga dapat satu lagi kerusi Timban Menteri.

Seorang wakil dari SUPP Richard Riot pula dilantik menjadi timbalan menteri luar negeri. Perlantikan Riot sebagai mengganti tenpat dikosongkan mendiang Robert Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Anak Presiden MCA, Chua Tee Young pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikan ini dilihat sebagai latihan untuk anak Chua Soi Lek itu belajar politik untuk bergerak lebih jauh.

Dua lagi Naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pembetulan kabinet hari dilihat sebagai memenuhi kehendakan parti komponen BN sahaja dan ia tidak melibatkan menteri-menteri Umno. Apakah tiada perubahan anggota menteri dan timbalan menteri melibatkan Umno itu menunjukkan prestasi mereka semuanya baik dan memuaskan.

Mungkin apa yang paling mengejutkan dalam pembetulan Kabinet ini apabila tidak disenaraikan Senator Boy sebagai anggota kabinet. Sebelum ini budak-budak senator boy telah menjaja ke seluruh negara hingga ke Bachok dan Gua Musang kononnya senator boy akan dilantik menjadi anggota kabinet.

Beliau kononnya akan di letak di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khas untuk menjaga kaum belia dalam negara ini . Kesimpulannya pemnbetulan kabinet dilakukan Najib hari ini benar-benar mengecewakan penyokong Khairy Jamaluddin dan senator boy (Ezam Mohammad Noor).

Kedudukan ini menepati apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa Najib tidak akan melakukan rombakan Kabinet melibatkan anggota menteri Umno kerana ekoran kedudukan parti itu kecil buat masa ini. Situasi ini menyebabkan Najib tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengekalkan menteri, timbalan menteri yang sedia ada. Beliau juga tidak akan menukar ganti menteri dan timbalan menteri Umno bagi mengelakkan timbul suasana tidak senang kepadanya. Sesungguhnya Najib sangat takut kepada kecelaruan.

http://msomelayu.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Komandan Penyerangan Kapal Kemanusiaan, Ternyata Yahudi China

Posted: 01 Jun 2010 05:30 AM PDT



Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Setelah Mavi Marmara, Israel akan Menghadang Kapal Rachel Corrie

Posted: 01 Jun 2010 05:00 AM PDT

Meski menuai kutukan dari pelosok dunia, Israel menyatakan tetap akan menghalangi kapal-kapal yang berupaya mengirimkan bantuan ke Jalur Gaza. Hal tersebut ditegaskan Deputi Menteri Pertahanan Israel Matan Vilnai, Selasa (1/6).

"Kami tidak akan membiarkan kapal-kapal mencapai Jalur Gaza, termasuk bantuan yang akan menjadi ancaman bagi jantung Israel," kata Vilnai.

Pernyataan itu merupakan respon atas pengumuman dari penyelenggaran "Gaza Freedom Flotilla" yang menyatakan akan mengirim kembali dua kapal mesin untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza, meski Israel baru saja menyerang konvoi kapal bantuan mereka.

Laporan Radio Militer Israel menyebutkan, kapal MV Rachel Corrie akan masuk ke perairan Gaza pada Rabu (2/6) dan seorang anggota marinir Israel berpangkat Letnan yang tidak disebut namanya, dalam siaran radio militer Israel mengatakan, pihaknya berharap bisa mengambil alih kapal MV Rachel Corrie dengan mudah. Letnan itu juga menegaskan bahwa pasukan Israel sudah "siaga" untuk menghadang kapal Rachel Corrie.

Pernyataan pejabat militer Israel itu menjadi tamparan di tengah kecaman keras, pemanggilan duta besar Israel di berbagai negara dan aksi protes warga dunia terhadap serangan brutal Israel ke kapal Mavi Marmara, salah satu kapal dalam rombongan Freedom Flotilla. Pernyataan itu menunjukkan arogansi Israel dan sikap yang melecehkan seruan dunia agar Israel bertanggung jawab atas serangan brutalnya yang menyebabkan 20 aktivis kemanusiaan internasional tewas. (ln/prtv)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Sime Darby, Pos Malaysia Diminta Perjelas Kerugian Kepada Parlimen

Posted: 01 Jun 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pihak pengurusan Sime Darby Sdn Bhd dan Pos Malaysia Bhd bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmi Khalid berkata, kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dijangka dipanggil pada minggu kedua persidanganParlimen yang akan bermula 7 Jun ini.

"Kita buat keputusan untuk panggil kedua-dua syarikat ini memandangkan isu ini mempunyai kepentingan awam.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua syarikat ini, tetapi memandangkan ia kes berprofil tinggi dan mendapat liputan meluas oleh media, jadi kita perlu panggil mereka untuk beri penjelasan ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad ZubirMurshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhirpada 26 Nov ini, telah diminta bercuti. Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu. Azmi tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia.

Ditanya sama ada PAC bersetuju tindakan Sime Darby mengarahkan Ahmad Zubir supaya bercuti, Azmi berkata : "Itu bukan urusan kami. Kami belum merumuskan apa-apa, kami hanya ingin tahu fakta dan apa yang sedang berlaku dalam syarikat itu." Azmi juga berkata, jawatankuasa itu hampir selesai menyiapkan laporan berhubung projek landasan berkembar elektrik kereta api antara Rawang dan Ipoh yang menelan belanja hampir RM1.43 bilion, iaitu 32.9 peratus lebih tinggi daripada nilai kontrak asal. Ia juga hampir menyiapkan laporan mengenai Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) berhubung prosedur pelupusan aset oleh syarikat tersebut termasuk rancangannya untuk melupuskan 1,139 unit badan bas yang tersadai di depot bas di Serendah dan Sungai Buaya. - BERNAMA


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Muktamad Dan Belum Muktamad Dalam Pentadbiran Rosmah Najib

Posted: 01 Jun 2010 04:00 AM PDT

umum GST- belum muktamad

umum pengurangan subsidi- belum muktamad

umum kenaikan minyak petrol- belum muktamad

umum gula akan naik- belum muktamad

umum kouta kg Baru 40% kat Cina- belum muktamad

umum pemotongan bantuan kerajaan- belum muktamad

umum lesen judi- MUKTAMAD!

memang betul la rakyat di dahulukan
NKRA

NAJIB KERJA ROSMAH ARAH
hahahahaha...


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Terungkapnya Dokumen Israel Berisi Nama-nama Aktivis yang Harus Dibunuh

Posted: 01 Jun 2010 03:30 AM PDT




Penyerangan kapal Mavi Marmara yang mengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza secara membabi-buta oleh pihak Israel pada subuh hari Senin (31/5) kemarin, dan menewaskan sedikitnya 16 orang aktivis, ternyata telah direncanakan dan ditargetkan sebelumnya oleh Israel.

Fakta tersebut terungkap pasca jatuhnya sebuah dokumen dari saku seorang tentara Israel yang menduduki dan menyerang kapal Mavi Marmara, yang berisi daftar nama-nama aktivis yang harus dibersihkan dan dibunuh.

Dokumen tersebut ditemukan oleh seorang aktivis di geladak kapal Navi Marmara dan segera disiarkan oleh beberapa media internasional, khususnya media-media Turki yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan tersebut.

Terungkapnya dokumen berisi daftar nama-nama aktivis yang akan dibunuh oleh Israel tersebut mengundang keterkejutan dan protes keras di Turki dan di beberapa negara lainnya. (ags/db)


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Samy! Berhentilah sebelum orang benci

Posted: 01 Jun 2010 03:00 AM PDT

Subky Latif


DATUK Seri Samy Vellu berjanji sekiranya calon MIC memenangi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, maka dia akan mengambil langkah untuk berundur dan pimpinan MIC akan diserahkan kepada timbalannya. .

Mungkin kemenangan itu dikiranya MIC sudah pulih setelah tersungkur teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Ditakdirkan calonnya menang. Samy Vellu menunggu pula kepada satu masa yang difikirkannya sesuai. Ia menyebabkan setengah anggota MIC bimbang Samy tidak mengotakan janjinya. Malah sekutunya seperti Umno pun bimbang Samy akan mengekalkan pimpinannya.

Pandangan umum merasakan jika Samy kekal hingga pilihan raya umum akan datang, dibimbangi MIC tidak dapat memberikan bantuan kepada BN bagi mempertahankan kuasanya.

Justeru itu Timbalan Ketua Pemuda MIC mendesak supaya Samy jangan bertangguh lagi. Letaklah jawatan serta merta. Lalu Samy memecatnya. Berikutnya terbentuk GAS – Gerakan Anti Samy Vellu. Ia mengawatkan krisis MIC.

Ia menyebabkan putera tunggal Samy, Vell Paari membuat kenyataan menuduh Umno di belakang gerakan menggulingkan Samy. Gempar pula Umno dan akhirnya anak Samy minta maaf kepada Umno.

Dr. Mahathir lalu menasihatkan Samy supaya berundurlah sebelum orang benci. Kononnya seperti yang dilakukannya, dia berundur dari Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika dia cukup popular.

Masalah bagi Samy sekarang dia sedang tidak popular atau dia sedang dibenci. Tidak berbangkit lagi soal dibenci kerana dia sedang dibenci.

Bagaimana dia hendak berhenti dalam keadaan dia dicerca kiri dan kanan. Hanya Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Ling Leong Sik yang sanggup berundur ketika tidak popular.

Samy mungkin tidak mahu jadi macam itu. Dia mungkin mahu jadi macam Dr. Mahathir tidak sedia berundur ketika dia dibenci tetapi Dr. Mahathir menunggu masa kembali popular, baru dia berhenti.

Mungkin Samy mahu berguru dengan pengalaman Dr. Mahathir. Ketika baru menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir memberitahu, dia tahu bila hendak berhenti. Iaitu dibenci atau sebelum disuruh orang berhenti.

Tetapi Dr. Mahathir pernah menghadapi tiga pusingan dibenci oleh banyak pihak. Pertama ketika dia berdepan dengan krisis dengan raja-raja. Boleh dikatakan sekalian raja-raja membencinya. Pandangan umum rakyat khususnya orang Melayu tidak mahu melihat kedudukan raja-raja direndahkan begitu sekali, maka dia dirasakan patut berundur.

Bagaimana pun Dr. Mahathir tidak berundur ketika raja-raja benci kepadanya dan rakyat merasakan dia tidak patut kekal lagi. Dia tunggu masa raja-raja tidak marah lagi kepadanya barulah dia berundur.

Kedua, ketika dia berlawan dengan Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam. Dia menang tipis dengan Ku Li. Dia pun diseretkan ke mahkamah. Natijahnya Umno diharamkan. Ibrahim Ali berpusing ke seluruh negara mengutuk Dr. Mahathir.

Itulah masa Dr. Mahathir paling tidak popular atau paling dibenci oleh Umno. Tetapi dia tidak berhenti ketika dia amat dibenci oleh partinya. Hingga Umno hidup semula dan kembali kuat dan Ibrahim Ali menobatkannya sebagai Wira Dunia Ketiga.

Sesudah Ibrahim Ali lebih sayang kepadanya daripada sayang kepada Tengku Razaleigh barulah dia bersara.

Ketiga, Dr. Mahathir dibenci lagi apabila dia memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Sehingga ada yang menyindirnna sebagai Maha Firaun. Ertinya berganda lebih teruk dari Firaun.

Siapa yang kata begitu? Dipercayai orang Umno atau kerabat Umno sendiri.

Bercempera sekali Umno hingga BN kalah di Terengganu gara-gara krisis di bawah pimpinan Mahathir. Tidak berhenti dia ketika popularitinya begitu rendah.

Dia tunggu hingga sebahagian dari penyokong kuat Anwar benci pula kepada Anwar. Mereka cium tangannya. Ketika dia kembali popular dia pun mengumum bersara. Menangis sekalian atas tindakannya itu.

Jika dibandingkan benci MIC kepada Samy Vellu dengan benci Umno kepada Dr. Mahaathir dulu, belum tentu Samy Vellu lebih buruk. Tetapi Dr. Mahathir tidak berundur ketika namanya terlalu buruk.

Samy Vellu adalah orang yang membanggakan diri seperti Dr. Mahathir juga. Dia tidak mahu bersara ketika GAS muncul bagi memalukannya. Bagaimana dia mahu bersara ketika Umno sedang merendah-rendahkannya?

Umno menempelaknya dengan menolak calon pilihannya di Hulu Selangor iaitu timbalannya. Bagaimana dia mahu berhenti ketika dia dimalukan oleh pimpinan Barisan Nasional?

Mungkin meniru Mahathir, Samy Vellu mahu menunggu beberapa bulan lagi atau sehingga partinya benar-benar pulih dan ketika orang MIC menyayanginya kembali. Dia percaya, jika Umno dan BN tidak mengganggunya, dia boleh susun semula MIC dan boleh pulihkan sokongan masyarakat India kepada partinya.

Bolehkah dia memulihkan MIC adalah satu hal yang lain tetapi Samy tidak mahu meninggalkan MIC dalam keadaan parti itu amat lemah dan keadaan penuh krisis.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Posted: 01 Jun 2010 02:30 AM PDT

1. Ramallah, Palestin
Protes di hadapan West Bank city di Ramallah





2. Paris, Perancis
Demontrasi berhampiran Champs Elysees, dekat dengan kedutaan Israel








3. Brussels, Belgium
Demontrasi di hadapan Bangunan Menteri luar Belgium, Brussels



4. Karachi, Pakistan
Protes besar-besaran di Karachi



5. London, Britain
Protest di hadapan jalan Downing Street



























6. Tehran, Iran
Membakar bendera Israel di luar ibu pejabat PBB



7. Athens, Greece
Demontrasi di luar kedutaan Israel









8. Istanbul, Turki
Protes di luar kedutaan Israel









9. Di Belfast.



10. Norwich
Pelajar Universiti di Norwich bantah kekejaman Israel terhadap misi bantuan ke Gaza.



11. Di Norway.



12. Di Sweden.






Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel Tidak Peduli Bantahan Dunia, Terus Tawan 480 Aktivis

Posted: 01 Jun 2010 02:00 AM PDT

Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.

Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.

Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel. -erapakatan


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Perhatian!!! Lambang Zionis Dalam Komputer Anda

Posted: 01 Jun 2010 12:56 AM PDT

Perhatian!!! Saat ini anda pasti membenci regim Zionis Israel dengan perasaan yang teramat-amat benci. Rasanya, kalau Benjamin Nethanyahu ada depan anda semua sekarang, biru lebam muka dia kena belasah. Tapi apa boleh buat dia tak singgah Malaysia, dia pi Amerika sahaja besok.

Tapi, ada satu perkara yang anda perlu buat hari ini….pergi kat mycomputer dan letak alamat ini (C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF) kat address bar. Anda akan jumpa logo disebelah. Ia adalah gabungan logo bendera Zionis Israel (Bintang) dan juga logo Mossad (Lilin). Delete sahaja logo itu.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rencana kami di Sinar Harian: Judi Bola – Begitu Terdesakkah Kita?

Posted: 01 Jun 2010 12:30 AM PDT

oleh Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi Nik Ahmad

Keputusan Kerajaan Persekutuan yang ingin membenarkan perjudian sukan menjelang Piala Dunia 2010 menimbulkan banyak persoalan. Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini menimbulkan andaian keadaan kewangan kerajaan terlalu terdesak sehingga terpaksa memikirkan sumber-sumber yang menimbulkan implikasi sosial bagi menjana pendapatan.

Jelas sekali bagi umat Islam judi adalah haram.

Dalam Surah al-Maidah ayat ke-91 Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "

Logik kerajaan adalah amalan judi haram berleluasa, maka dengan melesenkan judi sukan ini akan mengurangkan amalan judi haram. Menggunakan logik itu, adakah kerajaan berhasrat 'menghalalkan' masalah sosial yang lain atas dasar amalannya berleluasa? Mungkin Kerajaan Persekutuan melihat model di sesetengah negara Barat yang melesenkan aktiviti pelacuran mahupun 'menghalalkan' kegiatan dadah ringan dengan alasan menjamin kesihatan pelacur dan penagih dadah memandangkan aktiviti ini wujud di mana-mana sahaja.

Ya, memang aktiviti judi beroperasi di negara kita menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Pada zaman 1960an ketika Lee Kuan Yew belum bersedia membuka Singapura kepada kasino, Kerajaan Perikatan telah membenarkan pembinaan kasino Genting Highlands.

Di Selangor, premis perjudian berlesen tidak berubah dengan ketika zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Kerajaan Negeri. Sebaliknya, kerajaan BN telah menyuburkan lagi amalan judi sejak dua tahun kebelakangan ini. Pada Oktober 2008, sejurus dilantik menjadi Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan 30 cabutan tambahan untuk semua syarikat loteri di negara kita.

Kini, timbul pula dasar meluluskan lesen perjudian sukan.

Tentu kita masih ingat kesan insiden rasuah bola sepak tahun 1994-1995 yang meninggalkan kesan negatif kepada bola sepak negara hingga hari ini. Kira-kira 100 orang ditangkap termasuk pemain bola sepak kebangsaan. Tahun 2008, Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin mengumumkan beberapa pemain tempatan dipanggil memberi keterangan berikutan dakwaan rasuah bola sepak kembali menular.

Sebab itu legenda bola sepak negara, Abdul Ghani Minhat baru-baru ini turut menyuarakan kesedihannya dengan keputusan membenarkan perjudian sukan.

Walaupun amalan perjudian sukan berleluasa di Eropah, Amerika Syarikat mengharamkan aktiviti ini di kebanyakan negeri menerusi Professional and Amateur Sports Protection Act 1992. Baru-baru ini National Collegiate Athletic Association yang mewakili persatuan sukan kolej dan universiti di Amerika telah mengancam untuk menghentikan sebarang perlawanan di negeri-negeri yang cuba melesenkan perjudian sukan.

Keadaan ekonomi hari ini, meluaskan aktiviti judi menimbulkan kesan negatif khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Bapa Nazmi, seorang pesara kerajaan, mengisahkan perbincangan antara Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada awal dekad 70-an yang beliau hadiri sebagai pegawai. Tan Siew Sin mahu meluaskan operasi mesin slot di kedai-kedai biasa bagi meningkatkan hasil kerajaan. Dr Ismail dengan tegas menolaknya.

Sudahlah begitu, lesen perjudian sukan ini diberikan khas kepada Kumpulan Berjaya menerusi Ascot Sports yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan. Ascot Sports sudah diberikan lesen ini pada 1987 dan diperbaharui pada tahun 2003 tetapi tidak diperbaharui ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Tindakan 'menghalalkan' amalan ini secara tergesa-gesa dalam masa beberapa hari sahaja sebelum Piala Dunia menggambarkan sebab sebenar keputusan ini. Kita begitu terdesak, sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat keuntungan jangka pendek.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Marahkan Israel Mesti Dimulakan Dari Putra Jatya

Posted: 01 Jun 2010 12:00 AM PDT

RM 77 juta wang rakyat Malaysia yang dibayar kepada Apco tidak syak lagi menunjukkan perkongsian kita atas pembunuhan petugas misi kemanusiaan Freedom Flotila.

Amat menyayat hati bagaimana akhirnya Malaysia sedikit sebanyak terlibat dengan penajaan keganasan Israel - menerusi Apco.

Rakyat marhaen seperti biasa menunjukkan kemarahan mereka atas kekejaman Israel dengan berarak ke kedutaan Bapa Angkat Israel - Amerika. Ia langkah yang baik - sekurang-kurang kita mempamirkan respon dan kemarahan kita.

Namun, selepas Kedutaan Amerika, tidak selesai demo bantahan ini jika kita tidak lanjutkan ke depan pejabat Perdana Menteri.

Pembatalan serta merta kontrak Apco tidak boleh dilakukan oleh kita rakyat biasa. Ia hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan kebencian kepada kekejaman Israel harus dibuktikan dengan menidakkan peranan Israel dalam urusan negara kita. Apa lagi, memberikan agen risikan Israel yang berlindung di belakang syarikat penasihat semua dokumen rahsia negara, seperti tercatit dalam perjanjian kontrak berkenaan.

Menaja syarikat dari Israel sama dengan menaja Israel. Bermakna, tangan kita telah terpercik darah saudara kita yang tertindas.
Terpercik sama darah rakan kemanusiaan dari seluruh dunia yang telah dibunuh Israel ketika sedang berusaha membuka tirai besi penindasan ke atas rakyat yang tidak punya apa-apa di Gaza - selain simpati dunia.

Alangkah azabnya perasaan kita berpemimpinkan pemimpin yang sedang mengisi poket Israel dengan wang kita sendiri pada waktu Israel sedang menunjukkan keangkuhannya.

Saya bersetuju dengan pendirian pemimpin Pakatan memberikan PM masa 48 jam untuk bertindak.

Tindakan seterusnya ialah himpunan rakyat mendesak ditarik balik cubaan mengenakan tindakan menggantung Dewan ke atas DSAI - atas pendedahannya mengenai hubungan Malaysia- Apco - Israel.

Jika tidak, Israel mentertawakan kita. Baru beberapa bulan Apco diterima menjadi penasihat negara kita, kita sudah bersedia mengorbankan anak watan kita sendiri demi Israel.

Kita marahkan Amerika. Tapi jangan lupa, kalau kita sendiri gagal membetulkan tindakan Putra Jaya, apa sangat yang hendak kita harapkan dari Amerika? Apa lagi Israel. Kita mulakan dari Putra Jaya.

Jika di depan kedutaan Amerika kita berapi-api tapi Apco masih tegak berdiri di Putra Jaya, itu namanya hipokrit.

Kalau kita marahkan Amerika kerana tidak berbuat apa-apa tetapi kita sendiri secara salah menghukum rakyat kita kerana mendedahkan skandal Apco, itu maknanya kita telah bersatu hati dengan Israel.

http://cetusan-hati.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Orang Kg Baru Gelak Alkisah Orang Melayu Baru Belajar Nak Tipu Melayu

Posted: 31 May 2010 11:32 PM PDT

'Kenapa mesti serah hak Kg Baru kepada bukan Melayu?'
Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 1 Jun - Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru di ibu negara berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera rata-ratanya tidak dialu-alukan oleh penduduk kawasan berkenaan.

Penduduk Kampung Baru yang ditemui The Malaysian Insider dengan tegas memberitahu mereka tidak akan menyerahkan tanah mereka kepada bukan Melayu untuk dibangunkan bersama.

Ini kerana bagi mereka, tanah Kampung Baru adalah hak milik masyarakat Melayu dan hanya mereka sahaja yang boleh mendiami kawasan berkenaan.

Nazimuddin Hissuddin yang berusia 60 tahun menegaskan, cadangan tersebut jika dilaksanakan akan merosakkan imej Kampung Baru yang selama ini dimonopoli oleh masyarakat Melayu.

"Saya bantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut kerana selama ini Kampung Baru didiami oleh masyarakat Melayu sahaja, jadi mengapa ia mesti dibuka kepada bangsa lain pula?

"Selama ini masyarakat Melayu sahaja yang tinggal di sini jadi mereka mempunyai hak untuk membantah cadangan tersebut.

"Selain ini, imej Kampung Baru yang selama ini mencerminkan masyarakat Melayu akan rosak sekiranya masyarakat bukan Melayu turut berada sama di sini," katanya.

Sabtu lalu, satu majlis perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi membincangkan pembangunan di kawasan berkenaan.

Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Seorang lagi penduduk, Mohd Said Mohd Nor, 63, berpendapat hak milik masyarakat Melayu di Kampung Baru perlu dikekalkan memandangkan ia satu-satunya perkampungan Melayu yang ada di Kuala Lumpur.

"Kenapa mesti nak serahkan hak pemilikan tanah ini kepada masyarakat bukan Melayu?

"Ini satu-satunya kampung Melayu di Kuala Lumpur dan ia harus dikekalkan.

"Saya setuju cadangan untuk membangunkan Kampung Baru tetapi saya bantah cadangan kerajaan untuk serahkan 40 peratus hak pemilikan tanah kepada masyarakat bukan Melayu," katanya.

Pembangunan semula Kampung Baru yang sudah lama diperkatakan disentuh semula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan lawatan ke sana awal tahun ini.

Najib berkata, nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan itu yang dapat merealisasikan potensi Kampung Baru sepenuhnya.

Nilai tanah di Kampung Baru sekarang hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.

Susulan pertemuan Sabtu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin mengumumkan bahawa hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan.

Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut, kata beliau sambil berkata, "apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di Negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat."

"Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan," katanya.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata Kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Sekatan kepentingan tanah yang terdapat di dalam geran tanah Kampung Baru menetapkan bahawa tanah di kawasan itu tidak boleh dipindah milik atau diduduki oleh kaum bukan Melayu.

Ia secara tidak langsung menjadi satu dilema dalam isu-isu tanah di kawasan berkenaan selain disifatkan akan mengehadkan potensi pembangunan Kampung Baru, sekiranya sekatan itu dikekalkan.

Semalam, beliau menjelaskan cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera belum muktamad selagi tidak mendapat persetujuan daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan.

Kerajaan akan mendengar serta menerima maklum balas daripada pemilik tanah di kawasan berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

Cadangan kerajaan itu turut dibantah penduduk Salleh Mad, 80 yang mengatakan cadangan untuk serahkan hak pemilikan tanah kepada masyarakat bukan Melayu adalah tidak logik.

"Cadangan tersebut memang tidak logik, ini adalah tanah masyarakat Melayu. Mengapa mesti diserahkan kepada masyarakat bukan Melayu?

"Jadi saya minta supaya kerajaan menimbangkan semula cadangan tersebut kerana ia melibatkan masa depan Kampung Baru yang selama in dikekalkan imej masyarakat Melayu," katanya.

Dalam pada itu, Adibah Salleh, 70, pula berpendapat cadangan tersebut dibantah oleh masyarakat Melayu di kawasan berkenaan.

"Bukan saya seorang sahaja yang bantah tetapi keseluruhan masyarakat Melayu di sini membantah cadangan tersebut.

"Sebagai penduduk saya mahu imej Kampung Baru ini dikekalkan walaupun pembangunan dijalankan disini," katanya.

Pendapatnya turut disokong Masijah Sukar, 70, yang berkata, cadangan untuk membangunkan Kampung Baru diterima oleh masyarakat Melayu tetapi bukan cadangan hak pemilikan tanah kepada masyarakat bukan Melayu.

"Kalau serahkan hak pemilikan tanah ini kepada masyarakat bukan Melayu, maka hilanglah imej Kampung Baru ini.

"Ini kampung masyarakat Melayu jadi biar masyarakat Melayu sahaja yang tinggal di sini.

"Mengapa mesti nak kacau kawasan kami?" katanya.

Fatimah Sarip, 70, pula berpendapat cadangan tersebut akan menyebabkan masyarakat Melayu tidak lagi dapat duduk dalam sebuah "komuniti yang dimonopoli masyarakat Melayu."

"Saya hanya mahu masyarakat Melayu sahaja yang tinggal di sini.

"Kerana selama ini masyarakat Melayu sahaja yang tinggal di sini dan ini merupakan warisan turun-temurun," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu Kampung Baru, Shamsuri Suradi berkata masyarakat Melayu Kampung Baru membantah keras cadangan kerajaan tersebut.

"Sudah berpuluh tahun masyarakat Melayu tinggal di sini dan mereka memang membantah cadangan tersebut," katanya.

Oleh itu tegas Shamsuri, beliau berharap kerajaan akan menimbang balik cadangan tersebut.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

(Video) Protes Serangan Rejim Zionis Terhadap Kapal LL4G di London.

Posted: 31 May 2010 08:00 PM PDT




Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rakyat Makin susah Ambil Lesen Memandu

Posted: 31 May 2010 07:30 PM PDT

Oleh: rozmal

"Saya mengambil lesen memandu semasa di Amerika Syarikat dulu. Begitu mudah dan murah sekali, walaupun saya rakyat asing di sana. Tak perlu hadir kuliah berjam-jam, tak perlu buat temu janji untuk ujian memandu. Walaupun mudah dan murah ambil lesen di sana, rata-rata pemandu di sana lebih berhemah dari kita di Malaysia.

Nak ambil lesen L di sana cukup mudah dan murah. Pergi ke pejabat DOT atau JPJ di sana. Ambil ujian objektif 25 soalan. Tak silap saya kalau betul 20 soalan dah lulus lesen L. Boleh terus dapat lesen L dan terus memandu, dengan syarat ada orang yang berlesen di sebelah. Dan bayaran lesen L ni hanya USD 20.



Kalau gagal ujian objektif. Boleh datang keesokan hari. Dia akan beri set soalan yang lain. Ada 3 set soalan tak silap saya, A , B dan C. Setiap set lebih kurang sama je soalannya. Kalau gagal lagi boleh ulang lagi keesokan hari.

Nak ambil lesen memandu pula, lepas dapat lesen L, terus juga pergi pejabat DOT. Untuk ujian memandu. Kalau lulus, bayar USD 20 dan terus boleh memandu. Kalau gagal datang keesokan harinya, sampailah lulus. USD 20 sah untuk tiga tahun.

Mudah dan murah kan dapat lesen memandu di sana. Kemudian saya tengok sekali lagi laman web DOT terkini, tak banyak perubahan, masih sama sistemnya dan kosnya http://www.iowadot.gov/mvd/ods/types.htm ( C (Non-commercial-Operator) 16 2 Years , 5 Years, Knowledge, Vision, Driving $8 $20 )

TAPI PELIK di Malaysia ni. Makin lama makin mahal dan makin susah nak ambil lesen memandu. Kerajaan, Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ cik abang oi, pemandu kita makin beradab ke di jalanraya bila makin susah ambil lesen ni ? Remaja bawah umur tanpa lesen akan berkurangan ke dengan sistem semakin susah dan mahal ini ? Orang dewasa tanpa lesen akan berkurangan ke ?

Apa nak di kata, kita rakyat ni umpama mentimun je. Di gelek ke , menggelek ke, kita terpaksa terima sajalah apa sahaja keputusan yang dibuat. Mahal mahal-lah apa nak buat. Kalau tak mampu tak payahlah ambil lesen, pandu sahajalah, kalau kena tangkap sendirilah tanggung.

Rasuah akan berkurangan atau bertambah ke kalau makin susah rakyat nak ambil lesen memandu ni ?

Artikel sebelum ini :

Semakin ramai remaja bawah umur memandu tanpa lesen di http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-johor-14-tahun-nasib-baik-tak.html

Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

*************************

KOS BELAJAR MEMANDU DINAIKKAN ?

Utusan Malaysia TAPAH 30 Mei – Kos belajar memandu mungkin akan dinaikkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kurikulum pembelajaran yang baru pada hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana ia bertujuan meningkatkan kualiti pemanduan bakal pemandu baru di negara ini.

Katanya, walaupun kenaikan kos itu akan menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat namun negara masih mengenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu. "Apabila kita perkenalkan kurikulum baru ini, saya jangkakan pasti ada kenaikan kos. Kenaikan harga untuk mendapatkan lesen ini memang akan berlaku kerana kita pentingkan kualiti cara pemanduan.

"Kita perlu membelanjakan lebih sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan berkualiti," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Program Satu Komuniti satu JPJ Bersama Masyarakat Orang Asli kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon; Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Salim Parlan dan Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed. Solah menambah, kurikulum baru itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendidik dan membentuk pemandu berhemah di negara ini.

Katanya, ia melibatkan jumlah masa belajar memandu, pemilihan spesifik kenderaan, elemen ujian memandu serta kelas lesen memandu dan cara mendapatkan lesen memandu. Beliau memberitahu, kurikulum baru yang diberi perubahan untuk kali ketiga itu kini dalam peringkat akhir pelaksanaan.

Jelas Solah, ia melibatkan kajian dan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan beberapa ahli akademik. "Kita akan laksanakan kurikulum baru ini secepat yang mungkin. Perubahan yang akan dibuat melibatkan perubahan dalam aspek latihan dan ujian.

"Kali ini kita ada kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian bagi merangka draf. Perubahan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya, tetapi melibatkan pelbagai kajian," katanya. Pada majlis tersebut, seramai 585 peserta Orang Asli menerima Lesen Memandu Percubaan Motosikal B2 secara sah. Di bawah program Satu Komuniti Satu JPJ, semua masyarakat Orang Asli berumur 21 tahun dan ke atas hanya dikenakan RM100 untuk mendapatkan lesen memandu percubaan tersebut.

Program tersebut bermula 27 Mac lalu dan semua kursus, latihan serta ujian dijalankan oleh anggota serta kakitangan JPJ.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Adun Kuala Nerang, dijangka sertai PAS meskipun di persimpangan

Posted: 31 May 2010 07:15 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Hashim

Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang kini sedang dijejaki oleh wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan darinya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman meninggalkan BN menyertai PAS hari ini.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau memberitahu bahawa wakil rakyat BN itu kini sedang berada di Pejabat Majlis Daerah Padang Terap menghadiri satu majlis yang diadakan di sana.

Difahamkan di samping beliau turut disertai oleh para penyokongnya yang lengkap dengan pakaian 'Kedah Sejahtera' yang sering dipakai oleh penyokong-penyokong PAS negeri ini.

Tidak dapat dipastikan samada beliau akan membuat pengumuman selepas majlis tersebut. Sementara itu difahamkan juga sehingga kini belum ada pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri mahupun di peringkat pusat yang dapat menghubungi beliau.

Kegagalan menghubunginya kerana beliau dikatakan telah menggunakan telefon yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan kawan-kawan rapatnya sahaja. Debaran semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan UMNO, manakala PAS melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk kekuatan partinya yang sedang memerintah kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.-


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Zionis halang ‘Armada Kebebasan’ daripada Gaza

Posted: 31 May 2010 07:00 PM PDT

'Armada kemerdekaan' telah pun bertolak pada hari Ahad (30/5) pada jam 4 petang dari tempat berhimpun menuju ke pelabuhan Gaza setelah menunggu selama 3 hari di perairan antarabangsa di kawasan pantai Cyprus supaya kapal-kapal yang turut serta dapat berkumpul di situ. Adalah dijangkakan, armada tersebut tiba di perairan Gaza pada keesokan pagi.

Pihak Zionis terus memberikan ugutan bagi menghalang armada tersebut daripada tiba ke Semenanjung Gaza. Zionis telah mengisytiharkan peluasan kawasan latihan ketenteraannya di laut dari 21 batu kepada 68 batu bagi menyempitkan laluan kapal-kapal yang turut serta dalam armada berkenaan.

Beberapa sumber mengatakan bahawa tentera laut Zionis telah memulakan latihannya dengan melancarkan bedilan sehingga boleh mengancam keselamatan terhadap armada tersebut serta para aktivis yang turut serta.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Terkini dari Gaza TV oleh John Herson.

Posted: 31 May 2010 06:45 PM PDT





Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G)

Posted: 31 May 2010 06:00 PM PDT

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang "Mavi Marmara" milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin

2. Dr Mohd Arbai'e bin Syawal, HALUANPalestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

sumber : CMT-LL4G


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.